Mak suruh sembahyang, aku gerak skit je sejadah berlakon mcm dah sembahyang.

Salam semua,di dalam hidup ini kita tidak boleh lari daripada masalah. Namun, dalam kita tidak sedar masalah dan dugaan inilah yang memberi pengajaran, mematangkan dan membuatkan kita lebih menghargai sesuatu. Yang penting, sentiasalah berdoa agar masalah dapat diselesaikan.Doa itu kan magik bagi seorang umat islam.Tapi! Kalau sembahyang pun malas dan tak ikhlas macam mana hidup nak tenang. Seperti kisah yang dikongsi lelaki ini, hidupnya sering ditimpa dugaan silih berganti sehinggalah pada suatu hari…

Tapi Allah still sayangkan aku, walau aku ja hil, hi na mcm mana sekalipun, Allah tetap pilih aku dengan HidayahNya. Time tu Allah turunkan aku bermacam ujian dan dugaan.Time tu aku rasa down gi la. Aku hilangkan stress aku dengan tidur je. Aku rasa tu jalan terbaik hilangkan stress.Pernah sekali aku down sangat, aku tidur dari balik sekolah sampai ke pagi esok. Tak sembahyang, tak makan tak mandi tak ape ape lahh huhu. Lemahnye diri ni. Tapi, still stress lagi, tak hilang kegelisahan dalam hati, makin gelisah pun ada. Allah tambah lagi ujian tambah lagi macam ibarat manik dipotong talinya. Manik jatuh satu persatu dalam masa yg cepat. Dengar nenek² cakap, “Allah takkan turunkan sesuatu ujian melainkan sesuai dengan kesanggupan diri hambanya. So aku berfikir sejenak, jauh sangat ke aku dengan Allah? Bile aku last sembahyang? Mengaji?

Mula sembahyang tahajud dan hidup tenang..Sebenarnye Allah turunkan aku ujian berupa². Taknaklah aku cerita terlampau banyak dari segi segi lah hahah. So start haritu aku MOVE ON. Aku nak berubah segala-galanya. Aku pun nak tenang mcm diorng yg lain. Aku pun nak bahagia. Semua org nak bahagia! Aku kunci niat aku nak kembali pada Allah. Aku try ikhlas kan diri semata nak cari reda Allah. Aku banyak follow² ustaz di twitter, fb dan bnyak search google.Aku dah bleh start jaga sembahyang lima waktu beb masa tu. Tenang sangat. Rasa mcm nak duduk je atas sejaddah tu lama². Aku lazimkan dengan sembahyang² sunat terutamanya sembahyang tahajjud. HAA yg ni aku nak cerita tadikan. Tahajjud ubah segalanya hidup aku. Aku first time sembahyang tahajjud punya susah beb. Set alarm puakul 3:00, aku snooze sampai lah ke pagi baru nak menyesal haha.

Tapi aku cuba dan terus cuba. Alhamdulillah dah boleh bangun. First aku berjaya sembahyang tahajjud tu, hari tu sampailah hari ni aku rasa diri aku sangat berguna, minda rasa lapang. Hati rasa nak memaafkan org lain. Rasa nak betulkan semua yg silap. Rasa segar sepanjang hari.Dan yang paling mengejutkan segelintir yg tidak suka aku datang mintak maaf kat aku. Nak dekat setahun beb tak tegur. Math punya subjek aku dah boleh kuasai. Dulu aku ja hil, nombor pun aku taknak pandang, kecuali nombor awek hahahaah. Oke tu lah sampai sekarang aku tak tinggal lagi sembahyang tahajjud, dah melekat dah. Bila tinggal rasa ade yang kurang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *