Aku hadiahkan ibu beg tangan tapi isteri jeles sehingga ibu pulangkan balik beg tu.

Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Aku suami, tajuk tu agak lawak tetapi sebenarnya luahan aku ni serious. Bini aku ni asal dari luar bandar. Seorang rajin memasak dan menjaga hal rumahtangga. Biasalah mana ada manusia perfect.

Kelemahan bini aku ni dia suka share hal rumahtangga dekat orang luar. Membawang, sampai digelar Halimah Bawang oleh jiran-jiran aku. Dahulu takde fcebook, so dia membawang dengan “ahli mesyuarat tingkap” je.Sejak teknologi makin moden ni, makcik-makcik bawang pun dah upgrade menjadi lebih moden.

Terlalu bangga kerana dapat bersuamikan seorang cikgu. sampaikan master aku pun ditayang di fb. Siap cakap, wanita tak perlu nak sambung belajar, cari saja suami yang educated. Adoii…

Aku bekerja sebagai cikgu sekolah. Masa aku banyak habis disekolah. Disebabkan tak tahan diperli oleh jiran-jiran, sampaikan kain pelekat aku terkoyak pun jiran dapat tahu, aku suruh bini aku menyambung pelajaran, at least dia busy dengan benda baru. Tapi dia menolak dengan alasan dah tua.Ya Allah, umur baru 27 tahun. Anak seorang tu pun aku yang bawa ke taska setiap hari.

Bini tidak mahu menjaga di rumah kerana dia memberi alasan menjaga anak ni tanggungjawab lelaki. Kebetulan taska tu adalah milik kakak aku, aku pun hantar je la anak ke sana.

Sikapnya makin melampau apabila mula berjinak dengan fcebook, habis hal rumahtangga kami dijaja, jika aku marah dia, dia akan mengadu di facebook. Mulalah tag nama aku dekat mana-mana artikel suami bini. Kononnya ibarat aku tidak boleh menjadi suami yang baik.Bila aku tak balas, dia mula buat gila dengan create fb fake letak nama aku. Kononnya untuk tunjuk aku komen balas dengan bini. Tak ke gila semua tu. Ada satu kes minggu lepas, dengan IIUMC confession mengenai lelaki kawin dua.

Macam biasalah dia tagged aku, lepas tu kononnya aku balas balik loving-loving gitu kat ruangan komen. Sampaikan kawan aku terbaca, dan perli2 aku didalam group wassap, sedangkan aku tak tahu menahu apa pun. Aku semakin stress. Nak marah bini, nanti dia mengadu kat fb.

Bulan lepas, kebetulan birthday bini dan ibu dibulan yang sama. Setiap tahun kebiasaan aku akan belikan hadiah untuk mereka. bini, aku belikan emas dan ibuku aku belikan beg tangan jenama. Selepas sambutan majlis hari jadi, bini bermasam muka dengan aku, update segala di fb mengatakan aku suami tak adil, utamakan ibu sendiri dan segala diluahkan disitu sehingga adik aku berasa hati.Ibu dapat tahu, dan memulangkan kembali beg tangan tersebut dan mengatakan, aku perlu utamakan bini dahulu daripadanya.

Aku tahu, ibu sedih. Bini seolah tidak menghargai mempunyai ibu mertua yang tidak langsung masuk campur didalam urusan keluarga kami. Apa saja tidak kena dimatanya.

Ada kawan sekerja juga menegur aku untuk mengawal sikap bini, tetapi aku dah cuba sedaya upaya, tetapi bini tetap tidak mahu dengar kata. Jiran-jiran ramai yang anti dengan keluarga aku disebabkan tidak tahan mulut bini yang champion didalam membawang.Diri aku, pada dahulu lagi memang aku tetapkan apa saja yang datang aku akan miliki hanya satu sahaja.
Termasuklah mempunyai hanya seorang bini.

Ramai suggest suruh aku kawin lagi, tapi, amanah allah berikan kepada aku walaupun hanya seorang, aku tetap gagal untuk didik. Apatahlagi menyuruh aku menambah cawangan, makin parah kehidupan aku nanti.

Selalu aku memohon doa supaya Allah menyedarkan bini aku. Aku ini cikgu, tugas aku mendidik anak bangsa, tetapi aku gagal mendidik bini aku sendiri, cukup sedih rasanya.

Bini aku, apabila mengomen punyalah pandai ibaratkan kauselor, tetapi dia lupa, rumah sendiri pun hampir roboh kerana perangainya. Itulah kehidupan sebagai seorang suami kepada the lady of bawang. Doakan aku semoga aku kuat. Imran, anak aku itulah menjadi kekuatan untuk aku terus hidup didalam rumah ini.

Kepada wanita sekalian, jangan terlalu mendongak ke langit sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai suami yang baik, ada yang saya melihat terlalu bangga dengan apa yang dianugerahkan kepada mereka.

Jika ada kekurangan, wajib selesai diantara dua belah pihak sahaja. Dunia tak perlu tahu masalah dalaman kita. Hati-hati apabila berkata-kata. – Jamal Jan

Antara komen netzen:-

Hafiz Aiman : Saya petani (gaji tidak menentu), isteri saya pakar perubatan (makan gaji).

Dalam bab duit ini.

Duit saya adalah duit isteri
Duit isteri adalah duit isteri

Cuma bila bab pengurusan kewangan ini saya memang berhadapan dengan sikap isteri yang suka beli barangan yang tidak diperlukan pun.

Tapi sebelum berkahwin saya sudah mencari ilmu2 rumahtangga untuk diterapkan dalam diri.

Antaranya :

1. Psikologi kekeluargaan
2. Pengurusan kewangan

Cara saya mudah sahaja untuk sedarkan dirinya dengan membelanjakan duit itu secara baik.

Dalam kehidupan rumahtangga ini. Solat berjemaah adalah penting. Kerana ia dapat mengeratkan sifat kasih sayang antara pasangan.

Setiap kali kami selesai solat. Saya akan membacakan doa dalam bahasa Melayu dan dengan ayat yang penuh pujangga. Tujuan berdoa sebegitu rupa supaya dapat menarik jiwa pasangan untuk bermuhasabah diri.

Bila selesai solat saya pun ajak dia untuk tidur atah paha saya. Ini adalah untuk meruntuhkan ego isteri. Caranya bila dia mula letak kepalanya atas peha saya. Saya akan usai rambutnya dan memberi nasihat perbelanjaan dengan penuh kasih sayang.

Saya juga setiap kali berhadapan dengan situasi bila dia nak beli barang yang tidak diperlukan. Saya akan guna kaedah reverse psychology. Saya akan beritahu padanya belilah lagi sayang. Supaya bila saya mati dan diri awak mati anak kita mampu hidup senang.

7 bulan usaha saya dalam mendidik isteri. Hari ini dirinya tidak lagi berboros dengan duitnya.

Isteri kita adalah acuan kita ( suami ) bukan lagi seorang ayah.

Hidup kita, kita yang corakkan.
Baik buruk pasangan kita itulah pilihan kita.

Suami Terkena : Seram giler baca kisah ni… ni bkn awak yg gagal. Ni parents in law awak yg gagal didik anak dia…

Pelik la zaman skg, suka tuding suami bila isteri naik tocang buat salah. Ibarat, suami tu kawin dgn budak kecik, so kena didik elok2 mcm la isteri tu x reti fikir mana betul mana salah…

Ni perangai ni dah terbiasa dr azali lg… susah nak berubah…

Wahai kaum perempuan, kita ni masa kawin bukannya budak kecik lg ooooiii sampai suami kita kena didik kita tunjuk kita ajar kita apa betul apa salah… xkan la kita ni sebelum kawin xpernah pergi sekolah, xpernah belajar, xpernah bersosial…

Adoyai… wake up la org perempuan… semua benda mesti kena jatuh pd suami ke?

Ron Anayil : Cikgu blh mulakan dgn tag isteri pd post2 ttg dosa dan azab membuka aib, memburukkan suami, ingkar dan melawan kata suami. Moga2 dia sedar diri. Kalau xsdr juga, cikgu nikah jelah lain. Jaga anak mmg tanggujawab suami tp juga merupakan kewajipan isteri utk meringankan beban suami. Xkn nk harap smua kt suami. Bknnye keje pun..tapaham la ngan bini cikgu nih. Xpun…

Cikgu acah2 la butang baju mlayu aku manaaaaa pah..

Msti bini cikgu haru biru. Kahkahkah. Kalau cikgu xblh nk jentik dahi beliau, sy yakin ramai org kt sini nk jentik sesangat dahi bini cikgu.

Imyz Omran Omar :

Kuat membawang ok lagi tapi isteri cikgu ni boleh dikategorikan mental problem. Create fake account, komen sorang², lagi parah dengan mertua pun nak cemburu. Tak educated, tak bekerja, sudahla x bekerja anak seketul pun hantar ke taska. Layak ditempelengkan pakai kuali bagi sedar diri.

Nak tambah sikit lagi. “Nak dimarah takut dia mengadu kat fb”. Sorry to say tuan confessor. Jangan lembik dan terlalu sabar dgn perangai tak empuk bini tu. Jaja hal rumahtangga, dok tagged² laki kat fb, dok menyanyah sorg² kat komen smp suami kena perli seriously annoying. Bagus ambik henfon tu hempas ke lantai. Settle!

Humaizah Hashim : Cikgu, saya doakan smoga cikgu dikurniakan kkuatan luar biasa dlm berdepan dgn krenah isteri cikgu.. doa byk2 cikgu.. mntk dgn Allah spaya Allah balikkan hati dia utk lbh waras dlm bertindak.. dan saya jgk doakan smoga cikgu ada kkuatan utk berkomunikasi dgn isteri cikgu berkaitan dgn perkara ini.. aamiin

Pesanan utk semua.. berwaspada dlm bercerita dan menyampaikan sesuatu.. takut2 ada yg teraniaya dgn tindakan kita.. ♥️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *