Gadis Sanggup Belanja rm 200 naik tren semata mata nak jumpa BFF lelaki. Tapi tak sngka ini yang terjadi.

“HANCUR remuk hati saya diperlakukan sedemikian, sudahlah datang dari jauh, tetapi tak sangka ini layanan yang saya terima” Demikian luahan seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Tini yang kecewa dan terkilan dek layanan buruk daripada seorang teman baiknya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Tini berkata kejadian tersebut berlaku pada Sabtu lalu ketika dia mahu bertemu dengan kawan baiknya, Azlan yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Kuala Kangsar, Perak.Menurut Tini, dia berhasrat menemui Azlan, yang juga kawan baiknya sejak 2016, untuk sekadar meluangkan masa bersama dek kerana sudah lama tidak bertemu.

“Saya sudah memaklumkan kepadanya mengenai rancangan saya untuk ke Kuala Kangsar bertemunya sehari sebelum, iaitu pada Jumaat dan dia ok sahaja. Pagi Sabtu, saya siap bangun awal dan bergerak dari Serdang, Selangor dengan KTM untuk ke Stesen Sentral Kuala Lumpur.

“Saya menaiki tren dan tiba di Kuala Kangsar lebih kurang jam 1 tengah hari. Ketika tiba di sana, dia beritahu dia sibuk dengan urusan konvokesyen bapa saudaranya, dan keluarganya ada sekali. Saya kemudian pergi ke institusi tersebut dan menunggunya di kafeteria.

“Walaupun lapar, saya sanggup tunggu dia datang untuk makan bersama-sama. Dia tiba di kafeteria itu dalam pukul 2.30 petang dan selepas berborak dan berbincang mengenai rancangan kami untuk habiskan masa bersama-sama, dia minta diri untuk pulang membersihkan diri terlebih dahulu.

“Dalam pukul 4.00 petang, dia beritahu tak berjumpa saya kerana teman wanitanya tidak benarkan. Dia terpaksa akur kerana mahu menjaga hubungannya bersama teman wanitanya, sedangkan sebelum itu saya sudah minta dia beritahu dan ajak teman wanitanya untuk keluar bersama-sama. Betapa kecewanya saya dengan tindakannya itu,” kata gadis berusia 21 tahun itu.

Screenshot msg Tini dan Azlan selepas kejadian

Menurut Tini, kerana terlalu sedih, dia membuat keputusan untuk terus pulang ke Serdang.

“Saya sudah beli tiket tren secara dalam talian untuk pulang waktu malam. Tapi bila jadi begini, saya enggan tunggu lagi dan terus pulang menaiki bas sahaja pada sebelah petang dan tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada pukul 9.30 malam.

“Dia ada hantar mesej menerusi WhatsApp dan meminta maaf. Sebagai balasan, saya ucapkan terima kasih kepadanya atas perbuatannya itu. Tak sangka dia balas ‘sama-sama’. Memang sikapnya sudah berubah,” kata Tini.

Antara komen netizen yang mengecam tindakan Tini memuat naik posting mengenai kisahnya ‘dikhianati’ rakan baiknya.Menurut Tini, dia sedia maklum bahawa Azlan sudah mempunyai teman wanita dan dia sendiri tidak pernah menganggap lelaki tersebut sebagai teman istimewa, sebaliknya hanya sekadar teman rapat.

“Waktu kami sama-sama menuntut di sebuah politeknik sebelum ini, dia pernah mempunyai teman wanita tetapi layanan pada saya sebagai sahabatnya tidak berkurang. Dia menjaga saya dan ada waktu susah senang. Tapi sikapnya itu amat berlainan sekarang.

“Pada saya, tidak salah pun sekiranya nak benarkan teman lelaki berjumpa dengan rakan baiknya yang berlainan jantina. Kalau betul tak benarkan, mengapa tidak beritahu awal-awal. Saya sanggup berhabis sehingga RM200 untuk datang bertemu rakan baik saya, tapi ini yang saya dapat,” kata Tini lagi.

Tambah Tini, tujuan dia memuat naik posting di Twitter hanya sekadar untuk berkongsi pengalamannya dek kerana kecewa dengan apa yang terjadi.Bagaimanapun, perkongsian Tini itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen, dengan segelintir daripada mereka mengecam tindakan gadis tersebut yang disifatkan sebagai ‘memalukan’ diri sendiri.

“Mereka tak tahu situasi, jadi usahlah sewenang-wenangnya jatuhkan hukuman.Tapi, ramai juga yang DM saya berkongsi pengalaman dan beri kata-kata semangat. Kerana nasihat mereka, saya ambil keputusan untuk padamkan bebenang dan juga video mengenai peristiwa itu.

“Apa yang saya dapat dari kisah ini, usah terlalu percayakan kawan baik. Buat waktu sekarang, saya tak dapat maafkan perbuatannya. Malah saya padamkan semua gambar kami dan sekat nombor dia.“Kalau dia benar-benar tunjukkan effort dengan meminta maaf, mungkin saya akan fikirkan sama ada untuk menerima kembali atau sebaliknya,” ujar gadis ini mengakhiri bicara.

Antara komen ntizen :

Aqmeera Naquia : mungkin dia ni golongan perempuan yang “suka kawan dengan lelaki sebab tak banyak drama” memanglah lelaki tak berdrama sebab kau yang buat drama sis. dia dah ade awek kau jagalah batas.

Sha Mila : Klau aku jd makwe dia pon x bg dik oii .. bahayaa … Klau bopren ko bff gegirl dia nak jmpa pon mesti ko mendidih gak kann .. alee senang cite je kot .. next pliss

Mimie Azlina : Kisah ni mengingatkan ak pada member ak mase tahun 2002.. Dia nak pegi jupe boipren kat kl sentral.. Ak jujo la teman dia.. Siap tdo kat terminal kl sentral tu kot… Drpd tiket sampai makan.. Semua dia lanje ak.. Last2.. Boipren dia xdtg.. Ak ngn dia balik kuale naik tren petang tu.. Sian pulok ngn dia.. Dia teruja kot.. Ak ckp ngn dia.. Cemane hang ley pecaye kat boipren hang tu.. At the end.. Sekarang dia da kawen n bahagia ngn lelaki yg betul.. Nasib baik ak temankan.. Kalo dia pegi swg2.. Maunye xbalik… Anyways.. Itu kenangan zmn ak belajo dulu

Sufi Zainol : Dik, apa2 sja perasaan ko tu xsalah pun xkisah la sebagai apa dgn kwn laki ko tu. Dh nama perasaan mmg akan hadir sndiri. Perasaan ni pelbagai. Ni klu sebut perasaan ja diorg trus cop cinta n syg ja. Xduduk kt tmpt ko mmg diorg xtau. Syok mgata ja. Yg masalahnya jantan tu. Xbuat kata putus yg betul sblm ko brtolak ke sana. Xnk jmpa gtaw cara elok. Jgn biar org penat lelah habis duit n mkn hati.

Umihani Bakar : Lps nie ko kne tahu. Ambik cakna.. Batas pergaulan lelaki dan perempuan..lbh2 lg kalau kwn ko yg berlainan jantina tu dh ade teman istimewa… Ko xboleh expect hubungan korg mcm dulu2.. Akk hrp ko lbh matang lps nie.. Hormati perasaan pasangan kwn ko.. Jgn fikir perasaan ko je.

Norliza Kamarul Zaman : Hmmm… Mungkin tanpa disedari, ado perasaan yg melangkaui sempadan SAHABAT.. sbb tu dia beriyaaa nk dtg jenguk bff dia tu. Klau takat kawan baik, tak prlu smpai viralkn kisah ni.. Buat bodoh paling tak pon BLOCK nombor tipon dia.. Hahahahaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *