Tak pernah jumpa isteri yg brpurdah sebelum kahwin, akhirnya semua terjawab pada mlm pertama sisi sebenar isteri.

Salam. Harap admin hidekan profile aku.

Aku seorang suami, ayah utk sepasang anak berumur 4 tahun dan 3 bulan & jugak seorang medical doktor di hospital kerajaan. Terlebih dahulu aku memohon maaf sekiranya cnfession aku ni melukakan hati para pembaca.

Beban yang aku tanggung hampir 6 tahun ni, dah takdapat aku simpan. Diluah mti emak, ditelan mti bapak. Aku berkahwin dengan isteri aku pada awal tahun 2013. Berkahwin bukan atas dasar cinta, aku dengan isteri, berkenalan tak sampai 6 bulan, terus kami buat keputusan untuk berkahwin, kononnya bercinta selepas kahwin.

Aku dengan isteri, ‘berkenalan’ di fb, dia di Msia, di sebuah University Islam di sini, aku di kolej perubatan di Mesir. Sebelum tu aku kenalkan diri aku serba sedikit. Aku ni tidaklah hensem, ada rupa sedikit, dari keluarga middle class, walid dan ummi aku orang agama yang dikenali ramai di Alor Star, Kedah.

Aku anak keenam dari 8 adik beradik, adik beradik aku kesemuanya bijak dan berjaya semuanya. Isteri pulak berasal dari Terengganu, beza umur 5 tahun tua dari aku, anak yatim piatu, bertudung labuh, berpurdah (semasa bujang), pelajar master bidang Ekonomi & for now tengah buat PHD dan jaga aurat sepanjang masa.

Utk dipendekkan cerita, aku terima isteri atas dasar kesian dan taknak kecewakan isteri, isteri terus planning tarikh pernikahan kami. 6 bulan berhubung (sekalipun tak pernah berjumpa, ada Skype (isteri berpurdah)).

Aku dengan isteri berkahwin di Masjid di Terengganu, hanya ada akad nikah shj memandangkan isteri anak yatim piatu, ada 1 abang dgn 3 kakak. Semua persiapan nikah,
Isteri dengan aku uruskan melalui whatsapp atau call shj. Kursus kahwin, borang kahwin, semuanya by pos.

Hari nikah tulah, hari pertama kali aku akan berjumpa dgn isteri aku. Aku agak terkejut ketika mana dia buka purdah, isteri ada rupa, cumanya bukanlah terlalu cantik, hanya biasa biasa shj. Tapi tak ape, aku terima.. Aku pun bukannya hensem.

Selepas menikah, aku spend cuti summer aku selama 2 minggu di Msia, berhoneymoon dan terus pulang ke Mesir. Ada lebih kurang setengah tahun lagi utk habiskan study aku. Aku dgn isteri, macam biasa, contact melalui whatsapp, Skype. Isteri dapat kerja as executive di bank terkemuka Msia. I’m happy for her.

Selepas 2 minggu, bekerja, 3 bulan tempoh perkahwinan, isteri miscarriage anak pertama. Sejak itu mulanya kehidupan teruk bagi aku. Isteri start mki hamun aku, cakap aku takde di Msia utk bantu dia dalam pantang, dia gugur sebab tertekan suami jauh. Mki hamun, rajuk, gaduh, siap minta cerai berkali kali berterusan sehingga aku tamat study & pulang ke Msia.

Takpernah dengar luahan hati aku, sedangkan semasa HO, workload sangat banyak, kerenah patients, staff, rakan sekerja, kerja shift, oncall lagi, aku sangat stress, setiap kali drive balik kerja, non stop aku menangis.

Pernah jugak aku menangis depan isteri, bila bergaduh, aku mengadu aku penat dgn kerja, dgn kerenah dia, semua tak kena dgn aku, sampai gigi aku pun jadi isu. Dia hina gigi aku jonggng, aku pakai braces, dia hina aku selekeh, busuk (sebab kerja lebih 30jam). Dia takpernah basuh atau ironkan baju aku, aku buat sendiri atau hantar ke dobi. Baju dia, dia hantar ke dobi semuanya, kotlah nak bantu hantar baju aku sekali.

Langsung takpenah, siap asingkan bakul baju lagi. Cadar atau sarung bantal takpernah bertukar, aku tukarkan, rumah aku hired cleaner 1 minggu 2x datang cuci. Dapur, hanya ada 1 kuali, itu pun mak aku kasi, 2 3 pinggan dan mug. Takpernah berasap, aku teringin nak ada isteri yang masak, atleast makanan simple atau buatkan air.

Kemudian, kami dikurniakan 1 anak perempuan. Aku pun habis HO, masuk posting MO, isteri habiskan master, sambung PHD. Ingatkan ada anak, makin berubah. Sama shj, anak kami tu. Kalau aku oncall. Dia hantar ke babysitter dalam keadaan kotor, takmandi, lampin penuh sampaikan babysitter mengadu.

Babysitter pun kena mki dgn isteri aku, asyik bertukar babysitter shj. Sehingga takde siapa nak jaga anak kami, isteri aku suggest utk hantar ke Umi aku di kampung, aku berat hati, tapi isteri? Suka, langsung takpeduli. Setiap weekend kalau tak oncall, aku akan naik flight balik ke AS jumpa anak, isteri? Taknak. Penat kerja katanya.

Mmg 100% Anna ni perfect dari segala segi. Aku dgn Anna bercinta hampir 2 tahun. Setiap majlis kenduri, birthday parties, dinner keluarga Anna aku pergi. Anna mmg taktaw status aku. Fb aku tiada gambar anak atau isteri. Isteri aku? Langsung takpernah tanya aku kemana, check phone aku atau pedulikan aku, kami hidup macam roommate sahaja. Takde anak lagi lah tak bertegur sapa. Kalau whatsapp pun, bila aku kasi receipt bank in duit.

Sampai lah 1 hari aku ceritakan semuanya dekat Ummi aku, aku nekad nak bercerai dgn isteri, and kahwin dgn Anna. Ummi aku minta aku berterus terang dgn Anna dahulu tentang status aku, kemudian buat pengakuan dgn isteri. Aku buat sptmana ummi sarankan. Bila Anna taw aku suami orang, Anna nampak sangat cool. Dia cakap dia takkan sesekali lukakan hati perempuan lain, dia minta aku pulang ke pangkuan isteri.

Aku terus cerita segala keburukan isteri, tapi Anna langsung takpercaya. Dia suruh balik dan didik isteri aku, dekat 3 tahun lebih aku cuba, langsung takdapat didik. Ya Allah. Aku jadi tertekan dan serabut. Balik rumah, terus aku bagitau isteri, yang aku ada wanita lain.

Isteri tunjukkan effort jd isteri dan ibu yang baik. Anak dah ambil semula dari kampung, hubungan kami makin baik. Kewangan kami dah start kongsi. Isteri belajar masak, masuk kelas baking, cooking and dancing. Selepas setahun isteri pregnant anak kedua, dia buat balik dah perangai lama. Anak sulung dia start tak peduli lagi dah. Rumah tunggang langgang, hari hari aku makan mki hamun dia, duit dah taknak kongsi. Makan hati berulam jantung aku ni.

Hari2 aku dgn anak makan kat kedai atau drive thru Mcd. Isteri setiap masa dgn phone, takpun jumpa clients, rakan bisnes, atau jumpa kawan kawan. Isteri ni pernah viral dulu dekat fb, sebab posting pasal kewangan, so followers ramai, dekat FB kemain macam hidup perfect yada yada. Dia beli rumah atas nama dia, aku bayar bulan bulan.

Sampaikan aku ni hutang dgn kawan sekerja nak bayar bil beranak, ni ada baki RM5000 belum langsai hutang. Dia dalam pantang, baru 3 minggu beranak, dia boleh keluar pergi jumpa client dan tengok wayang. Dia tinggalkan 2 anak dgn kakak maternity caregiver, katanya urgent nak keluar, nak keluar sejam shj, akak tu datang 2 jam aje.

Dari pukul 10 pagi keluar, pukul 1 pun belum balik, akak tu call nangis nangis, sebab bos marah tak pergi appointment orang lain, aku terpaksa emergency leave kat tempat kerja, nak balik jaga anak anak. Aku call, dia offkan phone. Rupanya jumpa client dan kawan2. Sekarang anak no 2 dah keluar, aku mmg nekad nak bercerai. Takkan nak curang kali kedua, karang lepas kantoi, gitu jugaklah situasinya, berubah sekejap, kemudian jadi balik.

Nak bercorai, Ummi Walid orang agama, malu sekampung nnt kalau si isteri aku vralkan kes curang aku, silap silap dia reveal siapa Anna, bertambah masalah. Anna langsung taksalah apa2, entah2 dah bahagia hidup dia. Aku nak bercorai aku nk anak anak, nak ajak isteri pi kaunseling, makan sepak trajng aku nnt.

Tapi aku tak sanggup nak hidup dgn isteri macam ni. Asingkan tempat tidur? Dah buat dah, lagi dia suka. Pukul dgn hujung kain? Aku kena balik nanti. Report polis? Takdelah dia tendang sepak terajang aku sampai lebam lebam, dia perempuan, sepak pun tak kuat, tolak tolak kepala, tampar aje. Semua takde bukti. Pening aku.

Harap semua kasi komen berhemah, aku minta pendapat shj. Thanks.

Antra komen ntzen :

Aizat Zamri : Tuan jangan sampai begini. Tuan kan doktor. Depression akan buat performance lifestyle kita semua kacau. Buat apa jiwa kacau sebab dah bertahun tahun merana, kalau faham tak apa. Buat apa nak biarkan isteri tu terus menerus tempah tiket ke neraka. Ramai lagi pempuan yang ok dari ni. Benarlah kata pepatah, dont judge a book by its cover. Ok tuan. Cuba ya

Lienda Haslinda : Penulisan cantik tersusun.. Sy faham setiap butir perkataan tu.. Sy cuma boleh cakap abg tinggalkan jela wife abg tu.. Sbb dia belum tahu erti kehilangan dan penyelasan.. Dia tak reti nak hargai org sebaik abg.. Abg boleh dpt yg lebih baik dari wife abg ni.. Bkn senang nak jumpa org mcm abg dlm 1000 mungkin 1 saja.. Semoga dipermudahkan urusan abg.. Buatlah keputusan sebaiknye 😌

Marliya Ramli : Jangan takut vral jika tuan di pihak yang benar. Vral cuma perkara sementara, yang penting kebahagiaan yang berpanjangan.

Tuan nilai dan kaji. Sebaik-baik nya buatlah keputusan yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

Siapa penulis viral isteri tuan tu ya? Sebab kalau penulis kewangan yang vral mesti ramai yang kenal. Dan beliau mungkin baca posting ini

Tuan lelaki. Tuan suami. Talak di tangan tuan. Jika perhubungan txic dan membawa drita lebih baik dinilai semula

Semoga dipermudahkan

Ikhlas dari saya,
Penulis cabuk yang beberapa kali vral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *