Dulu dihina sebab miskin. Skrng kerja di Oil n Gas, baru ramai mengaku sedara dan selalu dtg rumah. Ini yg mereka nak rupanya.

Jadi, artikel ini saya tulis untuk mereka yang masih berusaha mengubah hidup mereka dan dipandang hina oleh masyarakat.Kepada anak anak setinggan, fakir dan miskin, coretan ini untuk anda, jangan berputus asa biarpun keluarga miskin sekalipun. Jangan mencuri dan jangan meminta sedekah. Meminta sedekah membuat anda menjadi terus miskin dan nasib takkan berubah.

Kalau betul betul tiada duit, kami akan berlapar. Tapi keluarga saya kreatif, apa apa boleh dimakan , kami akan ibuan asalkan halal. Masuk ke hutan mencari pucuk pucuk atau ulam ulaman. kalau ada rezeki, jiran saya akan bersedekah lauk pauk.

Dan masa ini adalah masa kami merasa makanan yang mewah sikit.Bila musim perayaan, keluarga saya amat jarang dilawati keluarga. Kiranya keluarga saya adalah toksik dan dipandang sebelah mata. Membesar di rumah setinggan membuatkan keluarga saya dipulau dan dipandang hina oleh sanak saudara.

Letihnya, jangan cakap. Saya selalu jadi bahan ejekan kerana baju saya lusuh, kasut saya berlubang dan beg saya koyak rabak. Itupun saya jahit sendiri. Memang saya rasa ingin memberontak kerana rasa kerdil dan hina hidup sebagai seorang yang daif.

Jika musim hujan, atap bocor adalah perkara biasa. Tidur kebasahan pun biasa. Dengan rumah saya tidak bertingkap dan ditutupi kanvas/ guni, memang sngat daif. Memang tidak selesa dan penuh nyamuk.

Bila hujan lebat, kadang kadang tap pun terbang. Dan saya paling risau jika rumah saya roboh.Disebabkan hal ini, saya jarang menjemput kawan saya ke rumah. Pernah saya menjemput kawan saya ke rumah dan akhirnya saya rasa disisihkan kerana keadaan rumah saya yang teruk.

Kalau kawan kawan saya berborak tentang video game, melancong, saya amat naif kerana saya tidak berpeluang menyentuh semua gadjet ini dan saya tidak pernah melancong. Saya pernah dihina kerana tidak pernah ke luar negara atau melancong.Alhamdullillah , biarpun serba kekurangan, saya dilahirkan bijak.

Kiranya bijak semula jadi. Walaupun saya bekerja sebelum dan selepas waktu sekolah, prestasi saya setanding dengan anak anak orang kaya yang selalu pergi ke kelas tambahan berbayar dan dilimpahi kemewahan.

Wei, tak study sangat pun top student.. ini lah rezeki. Saya yakin kalau saya ada masa menelaah pelajaran, saya mungkin pergi belajar ke luar negara. Bukan ujub, tapi setiap kekurangan Allah bagi kelebihan.Saya pernah mendapat keputusan sangat cemerlang tetapi dihina teruk teruk oleh saudara abah saya.

Paling teruk bila melihat ibu saya menangis kerana dituduh pencuri dan masa ini saya sangat stress kerana abah saya juga kehilangan kerja.

Bagi dia, pelajaran no satu, tak pernah satu hari pun saya dan adik beradik ponteng dari sekolah. PIBG pun ibu abah saya tak pernah ponteng. Semua mesyuarat dengan cikgu pun tak pernah ponteng.Berbanding kawan kawan saya yang may abah kerja Oil and Gas, banyak je tak datang.

Hebat ibu saya ni biarpun tak berpelajaran tinggi. Sumbangan PIBG pun tak pernah miss. Kadang kadang saya terfikir dimana datangnya sumber kewangan ibu saya.

Pernah abah saya dibuang kerja kerana tindakan tegas abah saya melapor salah lsaya di tempat kerja, abah saya dibuang biarpun berlsaya jujur. Jujur golongan miskin ini sebenarnya dosa besar bagi golongan bangsawan. Dan masa ini keluarga saya diuji dengan krisis kewangan yang teruk.

Saya sangat menghormati ibu saya, biarpun serba kekurangan, meminta sedekah dan berhutang jauh sekali dari fikirannya.Bayangkan dengan duit hanya tinggal RM30, Mak saya nekad untuk tidak memohon bantuan. Nak minta bantuan pun dipandang hina, bukan mengemis. Dituduh pencuri. Mak saya pantang jika saya ingin berhutang ataupun meminta sedekah. Kalau tak mampu, buat tak mampu.

Dan dengan RM30, ibu saya memulakan bisnes menjual kuih. Mak saya cuma tahu membuang sejenis kuih sahaja, tapi ibu saya mejaga kualiti dan mendapat banyak tempahan. Alhamdullillah, keuntungan dari menjual kuih cukup untuk menampung keluarga hinggakan abah saya mendapat kerja.

Oleh sebab ini, saya amat menyampah dengan peminta sedekah di masjid masjid selepas solat jumaat. Maaf, saya miskin pun, maruah saya tetap jaga.

Saya yang tak ada kereta dinafikan tetapi kawan saya yang berkereta mendapat biasiswa.Saya selalu mempertikai takdir Tuhan. Selalu menyalah Tuhan. Tuhan benar benar zalim terhadap saya. Biarpun keputusan cemerlang, saya tak mampu ke matrikulasi atau menyambung pengajian selepas SPM. satu satu jalan ialah stpm.

Tapi Allah adil. Rezeki pertama saya adalah semasa masuk ke Universiti, dan saya benar benar tiada wang. Saya sangat stress kerana saya yakin, kalau saya tak masuk U, saya tak mungkin dapat mengubah hidup saya.

Dan tanpa diduga, seorang insan datang melawat saya dan memberi bantuan kepada saya. Bukan saudara, dan alhamdullillah, saya dapat bantuan RM3000 melalui pelbagai NGO atas tabung pendidikan. Bukan kenalan, bukan saudara. Saya tak kenal.Saudara saya semua memandang rendah saya biarpun saya mendapat tawaran ke universiti.

Betapa hina rasanya dan tiada belas kasihan. Pernah saya ditegur, “kenapa nak sambung study, bila lagi nak tolong abah. buang duit ibu abah”. Walhal saya sambung study atas duit saya.

Rezeki kedua pula apabila saya hampir tamat belajar dan memohon internship, saya telah ditolak banyak syarikat kerana result saya sederhana. Bayangkan kawan saya semua sudah mendapat tempat kecuali saya. Belajar di universiti tanpa wang amat sukar. Pointer saya jatuh teruk kerana masalah kewangan dan ibu saya sakit. Saya tak dapat fokus.

Tanpa diduga, saya mendapat pangilan daripada bos tempat saya bekerja sambilan waktu sekolah menengah dulu. Oh lupa, saya dulu bekerja di kedai makan. Bekerja hingga jam 12-1 malam. Rupa rupanya pelanggan setia saya adalah General Manager untuk oil and gas company, dan dia terus serap saya untuk latihan industri di situ.

Kiranya saya ada network yang super power. Haha.. rezeki yang saya tak sedar. Bukan satu, tapi 3 general manager daripada syarikat berbeza. Semuanya oil and gas. Haaha.. power tak public relationship saya.

Selepas saya bergraduasi, saya berjaya masuk ke syarikat bertaraf antarabangsa dan tak sempat menganggur. Menganggur seminggu je. Saya tak masuk ke oil and gas kerana saya ingin memulakan kerjaya saya atas usaha sendiri. Jadi saya bermula daripada bawah.Tapi disebabkan saya lahir dari keluarga miskin, saya tak pandang hinapun staff staff yang berjawatan rendah.

Tapi masa ini gaji saya cukup cukup sahaja kerana saya masih perlu menolong keluarga. Kawan kawan saya pula ramai menganggur selepas bergraduasi. Tapi rezeki saya cepat. saya tak memandang hina kawan kawan saya kerana saya pernah merasa hidup dihina.Sekarang alhamdullillah, saya mendapat pekerjaan baru dengan gaji yang cukup lumayan.

Saya mendapat pekerjaan sekarang atas tawaran dan bukannya saya memohon. Kalau dulu saya tiada peluang untuk merasa tempat orang, sekarang hampir tiap minggu saya akan travel dan ada masanya saya dihantar hingga ke luar negara. semuanya ditanggung syarikat.

Keluarga saya? Baiklah abah saya sekarang ada sebuah rumah 2 tingkat bebas hutang hasil kebijaksanaan ibu saya menyimpan. Family saya diberi program penempatan semula oleh kerajaan dan lebih selesa.

Adik beradik saya belajar hingga ke universiti dan ada yang bekerja dengan kerajaan. Hanya saya sorang yang anti kerajaan dan bekerja swasta. Benar, bila roda berputar, ramai saudara saudara mengaku ibu saya saudara mereka. Selalu dipuji dan jadi tetamu utama kalau ada majlis majlis keluarga.Masa ini saya nampak, perbezaan bila kau miskin dan bila kau dah senang.

Jika kau susah, percayalah Tuhan akan tolong. Jalan pelahan lahan dan Allah akan buka jalan. Jangan meminta sedekah dan jangan sesekali berhenti sekolah. Untuk golongan hina macam kita, ilmu adalah jalan keluar. Akhir kata, Allah sangat adil kepada mereka yang berusaha. Rezeki tetap ada, cuma cepat ataupun lambat. Dan jangan lupa diri bila berada di atas. Usaha, terus usaha dan jadilah keras kepala.

– Anak Setinggan (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *