Jiran Lapor Org Gantung Diri, Polis Dtg Jam 5 Pagi. Bila Check Polis Pun Tergelak.

Seperti sedia maklum, tugas anggota polis adalah antaranya memastikan sesuatu tempat itu aman tanpa sebarang aktiviti jenayah atau perilsaya mencurigakan. Semuanya untuk menjaga keselamatan awam agar boleh hidup tenang dan harmoni. Seorang wanita, Nini Ruspawan menceritakan detik cemas ‘dikunjungi’ pihak polis di awal pagi setelah menerima laporan daripada jiran mengenai suatu insiden yang kelihatan serius namun pengakhirannya.

Orang ketuk pintu rumah pukul 5 pagi

Subuh subuh hari tadi, lebih kurang jam 5 am, ada orang datang rumah saya. Ketuk pintu punya la kuat. Kami pulak tengah tidur kat atas. Hujan tengah lebat sangat, jadi memang tak berapa nak dengar orang panggil dan ketuk pintu. Bunyi hujan tu bising kan. Sudahnya, orang tu siap panjat pagar nak ketuk sliding door.

Aduhaiii. Saya tak sedar sangat, mamai je. Duk fikir, saya mimpi kut. Mujurlah hari tu suami saya ada kat rumah. Ye la, kami baru pindah masuk rumah tu kan.

Bila dengar ketukan kat sliding door, dia la yang turun. Tiba-tiba, saya terdengar suara orang lelaki bercakap-cakap. Then ternampak 3 orang lelaki berpakaian seragam polis naik ke atas sampai ke bilik. Ahhh sudah, mimpi ke betul ni..? Jantung saya laju, tapi masih dalam keadaan separa sedar. Letih sangat, Hani asyik meragam.

Polis datang siap naik rumah

Saya tak pasti apa yang dibincangkan dengan suami saya. Dengar suara bercakap-cakap, tapi tak jelas. Saya dalam bilik, tidur dengan Hani. Pintu mestilah tertutup kan. Risau jugak waktu tu. Jam 5 am polis datang rumah, siap masuk dan ke tingkat atas terus. Ada apa hal sebenarnya?

Tapi disebabkan keletihan dan mengantuk yang teramat, saya terlena balik. Dan terus menganggap yang semua tu hanya mimpi je. Esok paginya, waktu saya turun ke bawah nak siapkan sarapan Hani, suami saya bukak cerita. Saya terus sedar yang semalam tu bukan mimpi.

Al kisahnya…

Kecut perut waktu tu. Rasa nak tercabut jantung dengar. Tapi suami saya boleh pulak dia ketawa. Rasa nak bagi pelempang je masa tu hahaha.

Rupanya…

Rupa-rupanya..

Jiran saya nampak manequen saya ni. Jarak rumah saya dengan rumah belakang, memang dekat. Saya pulak baru pindah, tingkap takde langsir. Sliding window, bila malam, lampu pasang, nampak samar-samar ke dalam rumah.Manequen saya ni, ada sambungan kepala yang saya buat sendiri. Asalnya takde kepala.

Tapi saya tambahkan kepala tu sebab saya jual tudung. Duk snap gambar la. Kepala tu pun saya gam pakai glue gun je. Tak cukup kuat lekatnya. Masa proses mengangkut barang nak pindah, terpele’ot la kepala tu, jadi macam dalam gambar la. Dah tu, manequen saya tinggi.

Dari rumah jiran, dalam samar-samar cahaya yang tembus masuk ke bilik saya, dia nampak manequen dengan kepala terpele’ot ni dalam bentuk silhouette je. So dia assume, itu adalah orang gantung diri.Elok pulak sebelum tu si Hani menangis tak henti-henti.

Sampai jam 3 pagi taknak tidur, meragam je. Suara dia dah la nyaring. Mungkin jiran saya duk fikir yang Hani menangis sebab saya dah mati gantung diri, takde siapa yang nak attend Hani masa tu. Sebab tu dia call polis.

Siap panjat pagar, ketuk sliding door

Polis pulak sampai kat rumah, masa hujan tengah lebat. Jadi memang la bila dia panggil tu kami tak dengar. Berlawan dengan suara hujan. Kata suami saya, polis sampai guna pembesar suara tau.Tu pun kami tak dengar. Terpaksa pulak dorang panjat pagar masuk ke rumah. Baru la dapat ketuk sliding door tu. Saya punya gelak tak ingat dunia masa ni.

Tapi bagus sangat jiran saya. Concern dia cukup tinggi. Jiran macam ni la yang kita patut jadi. Ambik berat, bukan menyibuk tau.Dan polis tu pun cukup bagus buat kerja. Bila suami saya bukak pintu, dorang tanya dan suami saya jelaskan, dorang tetap nak naik atas dan periksa sendiri.

Saya yang tidur pun sebenarnya dorang jenguk waktu tu sebab nak pastikan sah laporan yang diterima tu, tak berlsaya.

Sumber: Nini Ruspawan

Antara komen ntzen

Siti Ratnadewi : teringat mber cter..terima panggilan ade bau busuk dr dlm rmh…tn rmh ni p bcuti agk lm..then bila die blk..die thidu bau bsuk dr dlm rumah die n syak sesuatu..so pnggil polis mai…dtgla 1 team polis…mmg busuk..msk rmh n cari..cari..cari…cari….cari…

rupa2nya tn rumah off suis peti ais die masa cuti…so hbs la brg dlm peti ais tu…dan menyebarkan bau kurg menyenangkan….

Siti Fatimah : Tq jiran..tq polis..anda sgt prihatin. Sy bg 10 bintang! Jgn salahkan jiran. Bgs la dia prihatin. Polis pun bagus take action. Awk tuan rumah mmg buat lawak tau! Kita pun tgelak sama. Salah faham je senua ni. Yg pembaris..jgn la melatah sgt..rilex udah..xde bde pun. Aishh..tkomen jgk i 😂

Rosma Emma : Jarang² polis handle kes camni…mesti lepas kejadian, masing² tahan ketawa, berhenti kedai mamak dulu hilangkan “debar”…tahniah & terima kasih kpd anggota² polis terlibat…jiran pon, nampak ambik berat & cakna dgn keadaan persekitaran kejiranan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *