Ayah dan ibu paksa aku sara abg yg mlas bekerja. Akhirnya aku kahwin dgn org Indonesia dan terus bawa diri.

Assalamualaikum WBT kepada semua pembaca.

Maaf kerana penceritaan agak tidak lengkap kerana fokus saya hanya ingin kongsikan pengalaman saya disini.Maaf kerana saya tidak dapat add friend di fesbuk buat masa ini kerana sudah penuh. Tetapi anda semua boleh menghantar email di dayana1khalid@gmail.com.

15 tahun sudah banyak perubahan yang dilsayakan oleh kerajaan Australia. Tapi masih ada cara kepada yang betul-betul ingin dan tekad untuk behijrah. Paling mudah adalah study visa. Tetapi anda semua lebih baik terus datang ke sini dengan ETA visa, dan cuba masuk English class selama 3 bulan.

Selepas itu boleh lah mengambil ujian PTE (Australia English Test)-Lagi mudah dan senang lulus dari IELTS. Ya memang kos agak tinggi. Tapi jangan risau, makanan banyak diberikan secara percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan di sini. Banyak Food Bank disediakan di sekitar bandar-bandar utama dan boleh digunakan semasa anda baru bertapak ke sini.

Kos belajar tidak terlalu mahal. Tapi bergantung keupayaan masing-masing bagaimana ingin mencukupkan bajet. Memang sekiranya anda bertekad untuk berhijrah, anda perlukan pengorbanan yang cukup besar.

Behijrah adalah perjuangan, dan juga Nabi SAW juga mengamalkan penghijrahan. Berjuang selagi boleh dan kalau rezeki tidak berpihak kepada anda, anda perlu menerima dengan hati terbuka. Mungkin rezeki anda bukannya disini.

Untuk sampai ke student visa, anda perlu ada sekurangnya AUD3000 untuk meneruskan life disini. Waktu yang paling sakit adalah menunggu untuk mendapatkan visa. tetapi apabila sudah dapat, anda akan dapat rasa hasil tuaian dari berkat kesabaran anda.

Mengenai hal Australia menolong mak tunggal, ya, ia masih ada disini dibawah naungan United Nation. Under TPV, Temporary Protection Visa. Tetapi syarat yang diperlukan adalah, mangsa domestic violence dan tidak mendapat perlindungan di Malaysia. Anak-anak sukar untuk bersekolah kerana menjadi mgnsa perceraian.

Sekiranya anda didalam permasalahan ini, anda boleh membawa anak-anak ke Australia untuk meminta perlindungan di Asylum Seekers atau Australia Red Cross di bandar-bandar utama. Pihak ini akan menolong anda untuk memulakan hidup disini, dan mendapat keistimewaan seperti sekolah percuma dan wang saraan bagi setiap anak.

Anda perlu membawa segala bukti yang mengatakan anda sudah tidak boleh tinggal di Malaysia buat sementara waktu kerana didalam keadaan bahaya seperti police report, surat mahkamah, gambar-gambar atau message dari pasangan anda yang boleh dijadikan bukti.

Mengenai masalah ini, saya tahu ramai yang menyalahkan rakyat kita datang secara illegal. Sebenar bukan isu itu sahaja menjadi masalah untuk melancong ke sini. Saya akan terangkan mengapa satu persatu.Pertama, duit cash yang tidak mencukupi.

Australia memang cukup gemar kepada pelancong yang banyak bebelanja di negara ini. Bukan sekadar datang cukup-cukup makan, maksudnya bukan sekadar untuk makan, minum dan tempat tinggal sahaja. Ramai pelancong dikalangan kita tidak mampu membawa cash yang banyak. Yelah, sebab currency pun tinggi.

Lagi banyak cash yang anda bawa, lagi mudah untuk anda dilepaskan oleh immigration. Percakapan juga apabila disoal jawab juga amat penting. Teringat saya pada satu kes kumpulan wanita yang ingin ke Perth tetapi dihalau balik. Wanita terbabit menjawab soalan dengan tidak rasional. Satu kad kredit untuk digunakan dalam satu kumpulan.

Mana logiknya untuk pihak Immigration untuk percaya bulat-bulat? pergi pulak untuk seminggu tetapi duit cash ada AUD300 sahaja, itu sudah cukup point untuk mereka memberi alasan supaya dihantar balik ke Malaysia. So, pandai-pandai lah menjawab dengan penuh keyakinan. bawa segala dokumen dan bank statement.

Selalunya group lelaki lebih ramai dihantar balik dari group wanita. untuk lelaki, jangan beritahu anda datang beramai-ramai. cukup sekadar berdua atau berseorangan. Kerana ini menyebabkan mereka terfikir anda datang kesini untuk bekerja di ladang.

Ketiga, kena pandai cari regional yang mudah melepasi pihak immigration. Bagi saya Melbourne dan Gold Coast adalah regional yang paling mudah untuk lepas. Dan juga perlu alert waktu musim buah.Sekiranya musim sejuk, elakkan turun di Sydney kerana musim blueberry ramai orang kita akan ke Coff Habour melalui Sydney.

Lebih baik anda turun dimana-mana regional yang berdekatan dan travel dengan bas, train atau domestic flight. Agak letih tetapi percayalah, anda akan explore lebih banyak pengalaman dari perjalanan itu.

Keempat, Ramai rakyat Malaysia bekerja secara illegal. Sebenarnya, saya ingin memberi pendapat secara adil didalam isu ini. Kita tidak boleh terus meletakkan kesalahan kepada rakyat Malaysia. Kerana mereka ini pasti bersebab kepada sanggup menjadi PATI di negara ini.

Ya, kerana mereka orang Malaysia susah nak holiday. Tetapi kerana kerajaan Malaysialah terlalu mengetatkan undang-undang untuk mendapatkan visa dan menyebabkan rakyat Malaysia yang terdesak sukar untuk bekerja secara legally.2 tahun dahulu, pihak Australia dan persatuan pemetik buah disini pernah mengeluarkan hasrat untuk mewujudkan visa kepada pemetik buah yang sudah ada disini.

Perbincangan sudah cukup jelas. Pihak Australia juga sebenarnya memerlukan tenaga orang Malaysia untuk bekerja di ladang. Sebab itulah walaupun mereka tahu ramai rakyat Malaysia bekerja secara haram, tetapi amat jarang mereka ditangkap. Kerana Australia sendiri perlukan anda semua untuk mengisi kekosongan diladang.

Ini satu-satunya jalan untuk mereka bekerja keras dan dapat pulangan yang lumayan didalam masa yang singkat. Di Malaysia, rakyat dikerah untuk bekerja sampai lewat dan ada yang melsayakan 3 pekerjaan dalam sehari, tetapi pendapatan tetap tidak sama dengan hasil titik peluh dan pengorbanan. Siapa mahu menjadi PATI dinegara orang?

Siapa mahu berasak tidur 20 orang satu rumah kalau tidak terdesak? Jangan kita terlalu menghukum mereka kalau kita sendiri tidak mampu untuk menolong mereka. Hakikatnya Australia sendiri tidak kisah kalau rakyat kita tidak boleh datang bercuti disini. Kerana mereka tahu tidak semua mampu untuk membawa cash yang banyak dan menjanakan ekonomi disini.

Mengapa Rakyat China masih diberi kelonggaran dan mudah untuk datang sini? walaupun peratusan mereka tinggal illegally adalah sama dengan Malaysia? kerana mereka membawa cash yang banyak, rakyat China ini pandai cari cara untuk tinggal disini. kerana mereka ada duit, so mudah untuk mereka mendaftarkan diri di kolej-kolej swasta di bandar.

Mulanya saya tidak mahu terlalu bercerita mengenai masalah keluarga saya. Tetapi saya tidak mahu ramai yang tertanya-tanya dan akan jadi fitnah kalau tekaan para pembaca itu salah.

Pertama, kisah saya tiada kena mengena dari confession yang ada disebut oleh para pembaca tempoh hari. Inilah kali pertama saya buat confession mengenai hal keluarga saya.

Saya ada abang yang malas bekerja. Saya anak nombor dua dan ada dua orang lagi adik dibawah saya. Pada dulu lagi abang saya ini menjadi dominan dan apa yang dikatakan olehnya pasti abah dan mak saya menerima sebulat suara. Saya bekerja siang malam kerana perlu sara ramai orang didalam keluarga saya. Sehingga anak abang saya pun saya kena sara.

Kerana kedegilan saya, abang saya menghasut abah untuk menerima kawannya menjadi suami saya. Kawannya itu tidak bekerja sama sepertinya dan suka menghisap ganja. Saya tahu kerana saya selalu diganggu sewaktu pergi dan balik dari kerja. Ayah saya termakan hasutan dan memaksa saya untuk berkahwin.

Saya tekad, dan saya tidak mahu menjadi hamba mereka sampai bila-bila sehinggalah abah saya terkena strok secara tiba-tiba. Abang saya menyalahkan saya dan memfitnah yang saya anak derhaka. Mak dan adik-adik semua menghalau saya keluar dari rumah malam itu juga, Bagi saya, itulah permulaan hidup dan dapat memperoleh kejayaan seperti sekarang.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa saya tidak balik memohon maaf. Para pembaca lebih dari itu telah saya buat. Saya balik membawa suamiku dan anak pertama dan kami dihalau seperti peminta sedekah. Suamiku orang Indonesia. Seorang jurutera kapal yang sudah lama berada di Australia. Tetapi sudah meninggal 5 tahun lepas.Selepas kejadian itu, saya terus membawa diri sehingga sekarang. Adik-adik masih dingin denganku.

Saya menyuruh mereka untuk menyambung pelajaran tetapi mereka tidak mahu mendengar kata. Terlalu cepat ingin berkahwin, dan end up dua-dua menjadi janda muda dan tidak tahu bagaimana untuk mencari rezeki.

Saya hanya boleh kirimkan duit untuk menolong mereka. Tetapi kerana mereka masih ego, dan semua hanya mengharapkan mak untuk sesuap nasi. Apabila saya sudah berjaya, difitnah pulak yang saya lupa diri. Tetapi percayalah, tiada sesaat pun saya lupakan mereka.

Kepada yang masih belajar dalam mengejar cita-cita, belajar lah dik sekiranya ada peluang. jangan dengar kata-kata orang yang ijazah sudah tidak lsaya sekarang. Tuntut ilmu setinggi mungkin kerana ilmu itu bukanlah untuk mengejar duit semata-mata. Tapi boleh menjadi penyelamat anda untuk behijrah ke negara lain satu hari nanti. Jangan terlalu sempitkan minda yang rezeki hanya di Malaysia sahaja. Dunia ni luas dik, tetapi kita perlu ada tiket untuk kesana. Belajarlah. jangan berhenti

Ikhlas dan salam sayang,

– Dayana (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Yusri Jamaluddin : Faham sangat masalah ini. Dalam erti lain, kita susah nak ubah orang. Kita pun takde kudrat nak tolong semua orang walaupun orang kata, nanti rezeki bertambah. itu pun kalau bertambah, kalau tak? nak buat apa lagi? rezeki tamat di situ. hidup kita pulak tak boleh dicover.

Respect kat perempuan ni sebab dia menyelesaikan masalahnya dengan realistik dan bukan buat assumption. Jarang jumpa perempuan cam ni.

Akif Alam : Terima kasih confessor… Moga dipermudahkan segala urusan dan percayalah, satu hari nanti, pasti ibu ayah akan lembut hati dengan anda… Jangan berhenti berdoa utk kedua org tua anda… Be positive, smile alwaysz..

Datin Intan Hazlinda : Saya ada cita cita tinggi seperti puan, cuma saya tak tahulah saya kuat seperti puan atau tidak. Sebab puan tak putus asa dan terlalu sabar selain puan selalu bersangka baik dengan Allah. Semoga saya kuat. Dan urusan saya dipermudah Allah swt. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *