Adik Kandung rampas suami dan nikah di siam. Wanita terkilan suami curang semasa berpantang.

Isu curang bukanlah perkara baru yang didengar, malah isu ini seolah-olah menjadi perkara biasa buat mereka yang pentingkan diri memikirkan nafsu sahaja.

Di Facebook, seorang wanita berkongsi perasaan kecewanya apabila ditikam kawan baiknya sendiri yang dianggap seperti keluarga.Lebih memilukan apabila suami dan kawan baiknya itu sudah bernikah secara senyap-senyap di Thailand. Geram betul!

Aku anggap seperti adik kandung sendiri

Maaf kalau posting ini menganggu, hanya untuk kesedaran kaum wanita dan pesanan agar korg berjaga-jaga dengan org sekelilingi.Kebahagiaan aku harini musnah kerana terlampau percayakan org yg sangat rapat dgn aku.

Setiap kali menemani suami ke class marketing di KL, aku kesian melihat dia keseorangan dan tak ada kawan.Aku cuba untuk mendekati dia dan berkawan dengannya.

Atas alasan simpati itu juga lah, dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan aku. Bayangkanlah seorang isteri tidak pernah ada rasa syak wasangka langsung yang mereka akan menjalinkan hubungan cinta diam-diam dibelakang aku.

Kerana aku melayan baik, menyokong dan menganggap dia seperti adik kandung aku sendiri, perempuan yg aku panggil nama Sarah.

Curang ketika dia mengandung dan berpantang

Malahan aku menyayangi dia dengan ikhlas, tak pernah sedetik melihat kekurangannya, sentiasa mendengar rintihannya tapi tanpa aku sedar, dibelakang aku dia bercinta dengan suami aku.

Allahuakbar! Aku salahkan kedua duanya. Tergamak mereka semasa aku mengandung, melahirkan dan ketika sedang berpantang, mereka berhubungan dibelakang aku tetapi dalam masa yg sama perempuan yang aku anggap adik berpura- pura baik didepan aku.

Ya Allah beratnya dugaan aku kali ini. Sungguh tergamak mereka. Sedangkan dia tahu aku punya keluarga yang bahagia dengan 3 cahaya mata, tapi dengan sekelip mata hancur berderai gara-gara ditikam sahabat baik dari belakang seperti ini.

Jika mengenangkan kembali kebaikan yang aku lakukan untuk mereka, sejujurnya hati aku hancur dan kecewa dilakukan sebegini rupa. Aku tidak dapat nak membalas segala perbuatan mereka kerana aku percaya Allah itu Maha Adil.

Sentiasa bertiga kemana sahaja

Kepada kawan-kawan diluar sana, beringatlah supaya nasib anda semua tak jadi seperti aku. Jangan pernah percaya kepada seseorang walau baik mana pun penampilan mereka.

Aku sudah merasakan sampaikan aku terduduk, terkesima dan merasakan dunia seakan berhenti berputar. Tapi aku harus bangun dan kuat demi 3 cinta hati aku. Untuk kamu yang telah melukakan hati, terima kasih.

Abang.Terima kasih banyak-banyak atas rasa cinta yang kita bina selama hampir 11 tahun ni.Susah senang yang kita lalui bersama ketika dulu, kini hancur. Abang berjaya sekarang, dan abang memilih kebahagiaan bersama dia.

Sedangkan akung tiada apa-apa yang nak dibanggakan. Aku percaya perjalanan yang Allah aturkan itu sentiasa terbaik, aku redha jika hari ini aku diuji dgn ujian yg besar, aku yakin pasti ada sinar bahagia menanti esok hari. I wish nothing but the best for you, aku mengundur diri. Assalamualaikum.

Sumber : Hanna

Komen ntzen :

Salfarina Ruzlan : Tergamak betul dia eh…kawan baik kot! Dia x fikir ke lps ni persahabatan dia hancur lebur, org kecam dia, family kecam dia, customer dah xnak beli kuih bulan dia. Tapi yang penting persahabatan dia dgn kawan dia tu! Inilah org ckp ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kalau dia ada otak, dia kena lawan perasaan dia kat laki kawan dia tu. Ini ikut nafsu semata, sanggup kawan baik tolak tepi. Yang jantan tu tetap jantan la. Perangai tak pernah cukup yang satu walaupun muka mcm ayam! Aku rasa mcm nak tgk reaksi muka dia bila kita ajukan soalan kat dia “Kau takda rasa bersalah ke rampas suami kawan baik sendiri? Kenapa kau tikam belakang kawan baik ko sendiri?” Kau dah xde jantan bujang lain ke? Kau ni perempuan ke betina?” Haaaa…! Jawab!

Mohd Nazri : Siapa sangka siapa menduga engkau berubah tiada ku pinta. Ramai sgt2 sblum ni yg simpati ngn fizikal pmpuan tu . Tapi xsangka dalam diam laki kawan baik sndri di sondolnyaa
Hmmmm btul org kata xleh nilai buku dari kulit luarannya . Isi dlm mcm2 rupanya. Moga akak tu tabah mmbesarkan anak2. Pda jantan xguna tu xpdan ngn rupa curang.

Ana Miqdad : Itu la bersahabat dgn allah jaga allah taala insyallah selamat dunia akhirat suami di ajak bergaul dgn ppuan kesana sini bergambar sampai bersentuh bahu apa faedah yg dpt baik bg ja dia kawain klu dh baik sgt dgn kawan baik tu sbb kita sendiri yg bg kelongaran dn galakkan jd x mustahil dn terkejut di atas apa yg berlaku ini prinsip sya la org lain sya x tahu la .klu dgn maknusia ckup setakat sailaturahim sesama islam.mohon maaf atas pendapat sya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *