Aku gadis mmg jaga ikhtilat tp akhirnya tewas bila lelaki letak tangan atas paha aku hingga aku terleka.

Assalamualaikum. Usia aku dah menginjak ke umur yang orang selalu sebut-sebut sebagai anak dara tua. Ke mana sahaja pergi orang selalu tanya “kenapa tak kahwin lagi? Usia macam ni patut dah 5 anak dah”. Sakit mendengarnya kadang2 boleh jadi murung tapi apakan daya, ini semua suratan takdir.Aku zaman anak dara diminati ramai jejaka hensem dan kacak di kampung.

Pernah diajak kapel namun aku menolak kerana aku berpegang kepada prinsip “Kapel itu haram”. Jadi aku cakap, kalau nak aku terus kena jumpa parents.Tapi lelaki tu cakap, macam mana nak jumpa parents kalau belum betul-betul kenal aku, tujuan kapel tu nak berkenal-kenal lah.

Maklumlah zaman budak-budak, belum lagi faham konsep taaruf. Tapi Alhamdulillah aku masih kuat pegangan agama. Tidak mahu berkapel sehingga kahwin.Zaman belajar universiti, pun ada yang mengorat aku dan dia cakap dia serius nak kahwini aku. Tapi dia selalu sangat whatsapp aku yang sweet2 sehingga aku rasa chat itu melalaikan. Malah aku tidak balas sesetengah chat dia sebab aku nak elak maksiat alam maya.

Padahal tak teruk pun chat dia, cuma dia cakap dia akung aku. Rindu aku.Camtu je tapi kerana aku sangat menjaga ikhtilat, aku tak balas whatsapp yang aku rasakan tidak mustahak. Sehingga akhirnya aku tinggalkan dia sebab aku kata “aku rasa berdosa dengan hubungan ini, kita banyak zina hati. Lebih baik kita jangan kerap berhubung sehingga awak rasa dah betul2 ready nak kahwin dengan aku, then baru kita contact balik.

Namun akhirnya lelaki – lelaki yang pernah minat aku tu semuanya sudah berkahwin. Masuk alam pekerjaan, aku juga diminati oleh seorang lelaki kacak ni tapi dia pula sering ajak aku dating. Namun aku tolak ajakannya kerana aku nak elak maksiat, tapi sebenarnya aku pun sukakan dia.Tapi akhirnya dia pun tawar hati dengan aku sebab dia cakap aku tak beri ruang untuk kenal dengan dia lebih mendalam. Aku sedih, semua lelaki yang suka mesti akan ajak date, ajak kapel, salahkah aku terlalu menjaga ikhtilat?

Salahkah aku ingin jual mahal? Aku fikir wanita itu tidak sepatutnya murah dan sukar dimiliki. Salahkah aku menjadi mawar berduri? Salahkah aku menjaga eksklusiviti diri aku?Kadang aku rasa sedih, adakah sikap terlalu konservatif aku ini menghalang jodoh aku untuk sampai? Sehinggalah suatu hari.. satu insiden hitam berlaku dalam hidup aku. Rakan sekerja aku ini sangat sukakan aku tapi dia suka dalam diam saje, namun satu hari kami ditugaskan untuk buat lawatan company ke suatu tempat tapi terpaksa pergi hanya berdua kerana keadaan mendesak.

Aku menangis, aku sedih dan aku tukar seat ke seat belakang. Dia akur dan berdiam diri sahaja. Dia teruskan pemanduan dan nampak kekesalan di wajah dia. Kami langsung tidak bercakap selepas itu.Aku terus kemurungan selepas itu. Penat-penat aku cuba menjaga kehormatan aku, langsung tidak mahu keluar berdua dengan lelaki secuba yang boleh, tidak pernah disentuh lelaki walau berlapik, dan aku sentiasa melabuh dan melonggarkan pakaian agar tidak menarik perhatian lelaki tetapi ini yang aku dapat sebagai balasan? Dicaebul begitu sahaja?

Aku persoalkan takdir Allah pada ketika itu, kenapa aku yang jadi mangsa? Mengapa Allah uji aku begini? MasyaAllah, aku seperti orang tidak ada iman ketika itu. Namun aku bangkit, aku bertukar tempat kerja dan mulakan hidup baru. Sama seperti dulu, aku masih menjaga diri aku. Kurangkan bercakap dengan staff lelaki. Namun dalam diam masih juga ada pekerja lelaki lain yang sukakan aku.Satu hari selepas meeting, aku orang terakhir nak keluar dari bilik meeting, namun tiba-tiba seorang staff lelaki (aku namakan Amin), dia tiba-tiba masuk bilik meeting ketika aku berseorangan dan cuba halang aku keluar dari bilik meeting.

Kemudian aku berlalu begitu sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.Aku persoalkan pada diri, kenapa aku selalu jadi objek pemuas nafsu lelaki? Amin itu suami orang, ada ramai anak yang masih kecil. Isterinya sangat cantik malah bertudung labuh litup lagi, tapi kenapa dia masih mahu menodai gadis lain seperti aku? Aku tidaklah cantik pun. Kulit pun sawo matang bukannya putih melepak macam taste majoriti lelaki asia tapi mengapalah lelaki bernfsu dengan aku? Suami orang pulak tu?

Kalaulah isteri mereka tahu suami mereka ini ada buat benda tak senonoh di belakang, pasti isteri mereka sedih. Aku pernah stalk fb isteri Amin, sentiasa dia puji suaminya sebagai imam terbaik untuknya.. tapi sayang sekali.. dia tertipuAku terasa mahu sahaja buat laporan polis, tapi aku teringat tentang kes kawan aku yang pernah di caebul di tempat kerja tapi akhirnya kes itu ditutup begitu sahaja kerana lelaki yang mencaebul itu adalah ‘seseorang’.

Adakah prinsip hidup aku yang tidak mahu keluar berdating melukakan hati lelaki-lelaki dulu sehingga mereka pernah mendoakan yang bukan-bukan untuk aku? Argghhh fikiran aku kusut. Kadang iman aku terasa goyah. Rasa sedih dan kotor dengan diri sendiri walaupun hakikatnya aku masih suci dan dara. Namun sentuhan-sentuhan lelaki-lelaki yang cuba menodai aku itu masih tidak dapat aku lupakan sehingga aku terfikir, lebih baik aku jadi bebas dari terlalu menjaga diri kerana menjaga diri pun tak menjamin keselamatan diri dari nfsu lelaki drujana.

Tolong berikan secebis kata-kata semangat, bantulah aku bangkit. Terima kasih.

– Wanita malang (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *