Cikgu Ramli panggil aku msuk dlm bilik dan tanya aku dah ada BF ke blum. Tiba2 dia luahkan perasaan suka kat aku sbg GF

Hello semua. Panggil je saya Putih. Sebenarnya kulit saya gelap, saja nak naikkan self esteem, jadi saya suka orang panggil saya Putih walaupun muka je putih, tangan hitam. Kahkah dah macam iklan yob. Umur 35. Yela tua dah, tapi sebab badan saya kecik renek ulala, so tak berapa nampak ketuaan saya ni.Apa saya nak cerita ni berkisar zaman sekolah dulu.

Tapi bukanlah sampai songsang. Kawan saya ramai lelaki, termasuklah pakcik guard, abang dewan makan, pakcik cleaner, dan sehinggalah cikgu lelaki.Dengan cikgu perempuan saya kawan jugak. Tapi lagi ramai cikgu lelaki. Kenapa? Sebab saya banyak pegang jawatan dalam tingkatan, sampaila Tingkatan Enam. ASaya Ketua Pengawas, Ketua Pelajar, dan sebagainya.

Yang mengetuai sekolah, cikgu displin, cikgu kelab debat, cikgu sukan, kebanyakannya cikgu lelaki, so sebab tu la saya ramai kawan dengan cikgu lelaki.Amboi kau, kawan dengan cikgu lelaki. Kata mulut puaka makcik sebelah rumah. Masa tu zaman pergi sekolah, balik sekolah, jadi berkawan tu maksudnya banyak pasal sekolah, pertandingan itu ini, tu je. Kalau berkawan istilah zaman sekarang ni, melepak kedai kopi hipster, jalan dalam mall, ha tu takpelah kau nak bawangkan. And saya tahu halal gap.Berkawan dengan cikgu banyak kelebihan.

Tak tak, Ekonomi Asas. Eleh kau, relaxlah baca ni kena tenang-tenang. Okay cikgu ni ajar kelas saya. Cikgu Ramli nama dia. Garang jugak suka katok siSaya orang. Ayat paling saya ingat adalah satu frasa kos lepas, ‘nak mendapatkan sesuatu, kena melepaskan sesuatu’, ah sesuatu sangat ayat ekonomi ni.So saya ni suka belajar ekonomi ni, dia taklah sekejam add marh, sorry saya Sayareng sikit bab mengira. Tapi bab teori, hafal fakta, bagi saya.

ASaya cop. Kau ambik math. Kau la kau, yang tengah baca ni. Haha. Okay gurau.So lama kelamaan, cikgu Ramli ni macam sedar kelebihan saya pasal ekonomi asas ni. Actually ada mengira jugak tapi connected to fakta so saya suka subjek ni. Nice. Keraplah dia point saya untuk subjek ekonomi ni. Siap lantik saya lead untuk presentation kat kelas lain.Haah, kena present dekat kelas lain untuk certain topik.

Dia tanya saya ada boyfriend ke. Eh apehal kan. ASaya pun cakaplah mak saya marah, tak bagi. Dia gelak. ASaya tengok sampai henjut bahu dia gelak, amboi bukan main suka dia dengar jawapan saya. Sekali dia tanya, kalau ada cikgu suka saya, saya macam mana.Ek eleh cikgu ni, sekali saya lesing. ASaya diam and cakap tak berminat and nak bangun nak blah, sekali dia macam serius beb, and suruh saya duduk.

Dia diam hela nafas and cakap dia suka saya. ASaya diam la, yela suka apa nya, ramai je cakap suka kawan dengan saya.Dia cakap suka macam suka as a girlfriend. Ah sudah. Apehal kan. ASaya diam and blah. Sejak haritu, cikgu Ramli dah tak bercakap dengan saya. Dia pilih kawan saya untuk lead untuk subjek ekonomi. ASaya takpe je, tenang je sebab takde rasa apa. Cuma rasa tak syok la kan.Cikgu Ramli pelik, kejap dia macam okay, kejap dia tak bercakap dengan saya.

Masa tu tak ada whatsapp lagi, kadang dia sms saya. Biasanya saya tak balas sangat sebab saya pelik apehal cikgu ni. Apooo. Masa tu saya kan budak lagi.Sampaila masa tu raya, dia tanya rumah saya dekat mana. ASaya bagitahu la, and yes dia datang. Dia bagi duit raya banyak jugak. And ada kad raya bunyi-bunyi tu. Lepastu diam berhari-hari tak sms saya.Sampaila nak dekat final exam, cikgu BM saya panggil saya.

Dia tanya sambil pegang tangan saya, awak ada affair ke dengan cikgu Ramli? Eh apooo, terus saya jawab takde la. Dia cakap isteri cikgi Ramli datang sekolah dan cari siapa ketua pelajar perempuan. Katanya perampas suami dia. Allahuakbar, saya langsung taktahu cikgu tu dah kahwin, anak dah lima beb, isteri dia baru je bersalin anak ke lima tu. Muka saya pucat toreh tak berdarah.

Bukan sebab saya bersalah, tapi saya tsayat mak saya tahu pasal ni.Saya pun jujur dengan cikgu BM saya ni, saya tunjuk sms cikgu Ramli tu di mana saya tak balas sangat. ASaya tunjuk juga berapa banyak misscall yang saya tak jawab. Cikgu BM saya ni nasib jenis faham. Dia call semula isteri cikgu Ramli dan ajak jumpa saya sekali.Jadi kami berjumpa. Isterinya bertudung labuh. Senyum dan salam.

Dia peluk saya dan minta maaf sebab tuduh saya perampas. Dia dah tahu cerita sebenar, di mana suami dia yang banyak ganggu saya, bukan sebaliknya. Cikgu BM saya bacSayap saya kaw2. Memang saya tak salah. ASaya memang bukan melayan.Kan saya cakap saya pelik cikgu Ramli tu kejap okay kejap tak. Rupanya isteri dia cakap dia ditukar ke sekolah saya sebab kes sama di sekolah lama dia.

Dia ganggu pelajar perempuan. End up, cikgu BM report to Pengetua. Dan cikgu Ramli turut ditukar sekolah, sampai sekarang saya taktahu apa jadi dengan dia.Ye, cerita dah lama tapi setiapkali saya baca pasal isu merampas dirampas perampas, saya teringat. Usia muda saya dah dituduh. Ape kau rasa jadi perampas eh?

Saya yang dituduh ni pun rasa bengang. Yang memang terbukti perampas tu, jangan kau hairan esok lusa orang lain pula rampas hak kau. Apoo? Tak mustahil beb.Saja saya cerita ni sebab macam syok pula bila ramai baca. Nanti saya cerita kisah lain kalau ada masa. Ni ada masa sikit sebab boss saya takde kahkah. Till then, bye bye.

– Putih (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Jane : Aku dulu masa study pun pernah kena maki hamun free2..dituduh perampas..padahal kawan aku pinjam fon..abg angkat dia.aku sudah explain ngan wife dia.tp x percaya..mcm2 la dia maki aku..aku suara lelaki tu pun aku x pernah dgr .dgr2 usia lelaki tu masa tu dekat2 40an jg…erkk.sorrylahh..aku ni tak layan lah org tua..geli geleman aku masa tu

Melati Kesuma : ye2..aku pom prnh hahahahahahaa..dlu mase aku muda remaja..ade laki org anak satu..dye nk kat aku..dye citer la bini dye itu ini begitu begini..tpi aku berfikir..kalau tak suke bini..bini tak layan..anak tu kelua celah pokok buluh ke..dye bawak anak dye jmpe aku..perempuan..sebijik muke ayah dye…!hahahahaa..dasar jantan ..aku pn tolak la baik2..mujo la dye tak meroyan..

Ara Nanami : Aku pernah kena gangguan dgn ramai suami² org tak sedar diri jugak. Bini dorg lawa² oiii. Siap ada degree apa bagai tp pilih jd surirumah sbb nk jaga ank². Itu pun tak bsyukur. Aku mmg tak layanlah. Sbb aku sdr dr keluarga cerai berai. Slagi boleh elak, aku elak.

Kd prampas ni kau jgn fikir kbahagian & hati kau sorg. Hati ank² paling penting. Kau igt seronok ke hidup tak lengkap salah sorg ibu bapa.

Shuhada Norizan : Dri sudut positif kan, rasanya isteri cikgu tu nak selamat kan pelajar perempuan tu sbb tkut terjerat sbbb kekadang yg jenis gatal merenyam ni pantang org suka dia.. Mula terkikik kikikk lagi2 klu diajak mkn free, bg mcm2 hadiah etc. Budak kan… Tu yg dia dtg skolah. Tu je la, nk slmtkn, sbb tu dia mention kena tukar sblm ni sbb kes sama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *