Abah kerja outstation mak pula berani tunjuk kehangatan bercinta dgn “kawan” di rumah. Akhirnya terbongkar bila abah tahu.

Assalamualaikum semua. Thanks admin sebab sudi baca and published cerita aku. Nak kata aku buntu macam ada masalah besar tu, tak ada lah buntu sangat. Cuma kadang² aku jadi fed up dengan keadaan sekeliling aku.Aku berusia 33 tahun. Aku ada 5 adik beradik and kesemuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak masing². Hanya aku seorang yang belum berumah tangga.

Aku mempunyai seorang tunang 5 years older than me. Dia duda anak 2. We dating almost for 11 years and kami sudah mengikat tali pertunangan selama lebih 3 tahun.For me, seriously aku dengan tunang aku tak ada masalah sebenarnya. Memang betul tunang aku banyak kali cakap pasal kahwin tapi so far alhamdulillah dia faham yang aku masih belum bersedia.

Kami masing² ada kerja tetap and we both bukan jenis main² dengan kerja. Setiap hari dia akan ambil aku pergi dan balik kerja.Kami sudah beli rumah guna nama bersama (Dont ask me kenapa boleh lepas beli rumah nama bersama, padahal tak kahwin lagi. Itu rezeki kami.) pada tahun lepasuntuk preparation sebelum berkahwin dan aku sendiri ada buat pinjaman peribadi khas untuk majlis perkahwinan yang aku impikan dan untuk kegunaan hidup selepas kahwin nanti.

Family aku memang ok and sangat selesa dengan dia. Everytime family gathering or family vacation, dia sentiasa ada. Dia sangat² rapat dengan adik lelaki dan adik² ipar aku yang lain. Anak² dia pun ok dengan aku. Dorang selalu tanya aku “bila mummy nak kahwin dengan abah?” sebab mama dorang pun dah kahwin baru. Aku pun ok dengan anak² dia, semua dah besar and pandai bawak diri masing². Bab family memang tak ada masalah.Ramai orang fikir, hidup dah stabil kenapa tak kahwin? Mana² aku pergi, orang akan tanya benda yang sama.

Kenapa kau tak kahwin²?? Bila nak kahwin?? Kenapa tak nak kahwin?? Kenapa takut nak kahwin??Sebelum bertunang aku ambik masa hampir setahun untuk bersetuju dengan pertunangan tersebut. Itu pun sebab desakan family dia dan family aku. Tipulah aku cakap aku tak teringin nak berumah tangga. Aku nak kahwin, aku nak sangat ada anak sendiri, lagi² aku dah nak masuk middle 30s, perasaan nak ada anak sendiri membuak².Tapi time aku fikir jelah aku nak semua tu. Bila kembali di dunia yang nyata, aku just geleng kepala jelah.

Sebab aku nampak kecruangan mak aku dengan mata aku sendiri. Nothing break a child’s heart more than finding out one of his/her parent cheating on their partner. Especially when you are too young and you found out about it by yourself. The impact/effect kekal sampai mati. Macam aku selalu cakap “permanent scratches mark”.Aku hanya berusia 14 tahun pada masa itu. Terus terang cakap rasa macam patah hati sangat² bila dapat tahu mak buat macam tu kat awrah abah.

Awrah abah sangat penyayang. Dia tegas tapi dia open minded dengan anak². Masalahnya abah sangat² murah hati. Dia sanggup susahkan diri dia untuk tolong orang lain which is aku faham kenapa mak aku fed up.Hidup kami sendiri pun kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang tapi dia tetap akan tolong orang sebab abah jenis tak sampai hati. Abah rajin kerja, bila ingat balik hal lama² macam ni, automatically air mata aku jatuh.Mak pulak suri rumah tangga sepenuh masa. Kami pindah KL sehelai sepinggang.

Aku tak boleh tidur and aku dengar segala perbualan mereka.Disitulah aku dapat tahu yang mak telah menduakan awrah abah dan bermulalah episode benci yang mendalam terhadap mak aku. Aku jadi degil and melawan cakap mak tapi bila abah cakap, aku dengar. masa tu bila tengok muka abah, rasa sedih sangat².Actually “kawan” tu bukan orang luar tapi salah seorang daripada family sebelah abah jugak. So sebab tu “kawan” tu selalu ada dirumah kami. Setiap kali “kawan” tu datang, aku akan buat muka, memang aku sengaja tunjuk yang aku tak suka dia.

So satu hari tu awrah abah kena out station. Aku memang tak sedap hati. Malam tu aku cuba tidur macam biasa, entah macam mana aku terjaga tengah malam. Aku tengok adik² aku je yang ada. Mak aku tiada dalam bilik. Hati aku berdebar² sangat. Aku keluar bilik, pergi ke ruang tamu, tak ada orang tapi bantal dengan tilam ada. Selalunya “kawan” tu tidur kat ruang tamu sebab rumah ada 2 bilik je.Aku pergi ke bilik kami adik beradik, tak boleh buka and tertutup rapat.

Aku dah mula menangis, aku harap sangat mak tak buat apa yang aku tengah fikir. Aku buka semua lampu dalam rumah termasuk bilik air dan dapur. Aku pergi ruang tamu, aku pasang TV kuat² (Aku 14 tahun, what do you expect? itu jelah cara budak² memberontak.. hahaha).Masa aku duduk kat ruang tamu sambil tengok TV. Tiba² keluar bilik, dia tanya kenapa aku tak tidur?, aku cuma cakap aku tunggu dia balik sebab aku ingat dia keluar. Mak senyum kat aku and mak cuma cakap dia kat dalam bilik air. Rumah tu ada 1 je bilik air, aku siap buka lampu bilik air.

For example tolong belikan hadiah birthday untuk “kawan” tu and that time mak selalu suruh kakak sepupu aku beli card phone (seingat aku kalau nak call guna phone rumah, kena guna card tu untuk dapat harga lagi murah, so mak selalu sangat beli card tu). so everything related “kawan” tu, mak akan minta tolong kakak sepupu aku.Entah macam mana satu hari tu, mak bergaduh besar dengan kakak sepupu aku. Depan awrah abah, kakak sepupu bagitahu yang mak ada skandal lain. Allah je tahu macam mana terkejut dan takutnya aku masa tu. Abah tanya cara baik, mak mengaku.Malam tu, abah tak boleh tidur.

Dia duduk dalam bilik kami main komputer. Dia menangis, bila tengok dia menangis, aku pun automatically menangis juga. Raut wajah dia sangat² kecewa. Masa tu aku harap sangat mak dengan abah bercerai. Andai kata mereka berpisah, sudah tentu aku akan ikut abah. Keesokan paginya, abah hantar aku dengan adik² pergi sekolah macam biasa. For one whole day, aku tak focus dengan kawan², aku cuma nak balik tengok abah.

Balik sekolah abah ambik macam biasa. Aku tengok mak dengan abah berkelakuan seperti biasa. Akhirnya aku dapat tahu yang abah tak nak fikir panjang. Dia ambil keputusan untuk lupakan apa yang berlaku. Dia maafkan mak dan mak janji tak buat lagi.Abah kata demi anak² sebab kesian anak² masih kecik katanya. Terus terang cakap aku tak setuju keputusan abah (sampai hari ni, aq benci bila perempuan yg dicurangi masih bersama suami atas alasan anak masih kecil). Dengan apa yang terjadi, kami meneruskan hidup seperti biasa kembali. “Kawan” tu pun dah lama tak nampak.Awrah abah pass away semasa aku berusia 18 tahun.

Selepas abah pass away, mak semakin berani menunjuk yang dia sedang hangat bercinta dengan “kawan” tu. Satu hari mak bertanya kepada kami 5 beradik, “boleh tak kalau mak nak kahwin baru?”. Surprisingly, semua adik² aku setuju kecuali aku. Aku cuma bagi kata “Mak boleh kahwin baru tapi dengan 1 syarat, kakak akan keluar rumah selama² nya.”Mak batalkan niat dia dan sampai hari ni dia tak pernah sebut perkataan “kahwin baru” depan aku.

Dia tahu aku tak suka dia. Sehingga hari ini aku tak pernah cari dia, selalu dia je yang contact aku dan bertanya khabar. Aku sentiasa lebihkan adik beradik aku. Semua harta, EPF, Insurans aku letak ke semua nama adik² aku dan tak ada satu pun harta aku atas nama mak aku. Aku boleh beli emas untuk anak² buah aku tapi aku tak pernah beli seketul emas pun untuk mak aku.Aku tahu aku berdosa sebab buat mak yang mengandungkan aku 9 bulan macam tu tapi perasaan benci aku sudah tersemat dihati.

Satu je cara aku berbakti kepada mak, setiap kali dia admit hospital, aku akan ambil cuti seminggu dua hanya untuk menjaganya. Aku tak izinkan adik² aku menjaga nya kerana aku tahu ini sahaja peluang yang aku ada.“Kawan” tu hidup lagi. Dah terlalu lama aku tak jumpa dia. Sehingga hari ini aku tak jejak kaki kerumah nenek di kampung. Aku benci keluarga abah aku. Sehingga sekarang aku tak bertegur sapa dengan sesiapa yang ada related dengan family abah. Semenjak awrah abah mniggal dunia, dari umur aku 21 tahun hingga sekarang 33 tahun, setiap tahun aku akan pulang ke kampung untuk menziarahi koobur awrah abah.

Tapi percayalah setiap kali solat, nama abah lah yang kakak doakan dulu. Let meet up in jannah one fine day. Aminn..Kepada adik² keakungan kakak, kakak doakan rumah tangga korang kekal sampai bila². Cuma kakak nak tanya, kenapa korang cepat move on dengan apa yang dah berlaku? Korang tak rasa marah ke dengan apa dah berlaku??Buat tunang terakung, terima kasih sebab bagi masa 11 tahun untuk aku.

Aku cuma minta masa setahun je lagi. Aku janji ini kali terakhir aku tangguh perkahwinan kita. Aku akan cuba kuakan diri untuk meneruskan perancangan kahwin kita. (ada sesiapa tahu kat mana nak cari pakar kaunseling tak).Kepada mak, jangan sesekali mempersoalkan kenapa kakak takut nak kahwin. Sebab kakak takut kakak akan jadi macam mak. Lebih teruk lagi, kakak takut kakak kena betrayed macam abah. Mum, i really cant handle betrayal.

Thank you,

– Gametophia Lady (Bukan nama sebenar) via iiumc

Antara komen ntizen :

Juju Elmo : Salah orang lain, orang lain jadi mangsa? Seriously? Marahkan mak, tunang jadi mangsa. Semua orang buat silap, teruskan hidup, move on.

Arwah pun dah takda. Jangan sampai yang lain pun ikut takda..

If you get what i mean.

Nabihah Juhari : Im sorry u have to go through all that things.. Really.. Org lain bolehla suruh move on bagai..tp kau yg alaminya je tau. Just remmber few things. U need to learn to let go not because she is your mom or what..itu dosa dia dgn Allah. But for yourself. U need to be a happier person for the sake of your life and people who loves you and need u. Tidak akan bahagia hati jika menyimpan dendam. Please think of yourself in better perspective..

Sue Emoqwin : You ni ada PTSD. Post traumatic syndrome disorder sebab u terkejut ayah yang rapat dgn u dicurangi. Hal yang dah lepas jangan dibawa ke hadapan. You have a chance to make yourself happy. You ada ketakutan utk ambil risiko tapi hidup beginilah, either u jadi berani dan ambil peluang jadi lebih baik atau u salahkan semua orang kerana u sendiri sebenarnya yang takut. Jumpa kaunselor untuk mulakan pemulihan.

Nur Aalia : Kahwin jelah sis. Kesian encik tunang tu. Even though shes your mom, I definitely dont see that you will end up acting like her. Logically thinking lah, kenapa sis nak takut betrayal when you know you hate that thing? Tak logik. Unless sis takut tunang sis yg betray sis (maybe sebab ada kes), itu lain lah cerita. Tapi rasanya kalau En.Tunang tu dah sanggup tunggu sampai 11 tahun, takkanlah tergamak lagi nak betray sis.. Just take one step at a time. Kahwinlah sis. InsyaAllah, smuanya baik2 saja.

Fiza Mohd Azmi : Manusia mana yg tak pernah buat silap??

Siapa lah kita utk menjatuhkan hukum sesama manusia apatah lagi kedua ibu bapa kita?

Sedangkan Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang, mengampunkan doa manusia wpon seluas lautan, apatah lagi kita yg manusia serba hina serba kekurangan ni?

Jgn lah ikutkan hati sangat….
Apa yg berlaku pd ibu ayah awak tu adalah ujian pd rumahtangga mereka…

Awak sepatutnya jadikan pengalaman itu utk jadi yg lebih baik, lebih bertakwa….

Sudah, sudahlah…
Bangun malam, buat tahajud, taubat dan hajat…
Mohon Allah lembutkan hati awak dan diberikan hati yg penyayang sesama makhluk…

Semoga hidup awak akan lebih tenang…insya allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *