Anak minta beli kuih tapi aku xde duit. Bila minta dgn suami dia terus baling duit kat muka aku. Ya Allah. Tak sangka aku.

Kali ni saya lari lagi. Ini kali kedua saya melarikan diri. Lari dari suami (yang saya tak pasti saya sayang atau n@fsu semata) dan anak-anak (yang saya sayang tapi saya sering marah kerana suami marah saya dan saya terpaksa tinggalkan kerana suami saya langsung seharian tak pandang apa saya buat untuk mereka).Saya cuma nak sedikit masa bersendirian.

Hidup saya sangat sibuk dan penuh. Saya tahu tindakan ini jahat, derhaka dan tak sepatutnya saya lsayakan tapi ini sahaja yang boleh saya lsayakan untuk saya kekal waras tanpa menikam anak dan suami saya.Ya, saya selalu terfikir untuk tamatkan semua ini, tapi selalu waktu solat saya akan berfikir waras dan mencari kewajaran setiap tindakan saya.Saya sebenarnya untuk tahun ini cuba untuk push diri saya.

Tahun ini anak minta berbekal ke sekolah. Berbekal yang saya masak. Saya bukan mak yang hebat, saya tak dapat sediakan makanan berkhasiat tapi saya mampu sediakan seadanya, mostly frozen food yang saya goreng.Takpa, anak happy. Saya pun happy. Kalau tak sempat masak, saya akan pastikan at least ada sekotak air susu dan roti dalam beg sekolah pagi dan petang, sebab anak kata kadang kala tak sempat pergi kantin, ramai orang.

Emosi dia pun sangat tercalar, pada saat saya melangkah keluar dari rumah tadi.. The only thing yang saya boleh buat doakan dia, which is saya tak tahu makbul tak doa saya sebagai ibu sebab saya sendiri pendosa yang besar.I survived domestic voilance. Saya bertahan pada saat dihmpuk, dickik, ditmbuk. B0doh, orang kata saya bertahan. Saya survived episod2 suami saya keluar berdua dengan perempuan lain which is dia kata hanya kawan.

Saya survived episod anak m@ti dan suami kata saya punca.Saya survived episod mengatur anak ke segala mak nenek appointment penyakit kr0nik dengan denial daripada suami. Saya survived episod suami tak bagi nafkah yang cukup dan episod baling duit ke muka saya bila saya kata nak pinjam sebab nak belikan anak kuih bawa bekal ke sekolah pada saat dompet saya tiada duit sebab mesin atm kata sorry kat saya.Tapi saya failed, bila suami saya hina saya dari segi moral dan emosi.

Rumah saya bersepah toto sebab semua tido bawah, tido atas tak sempat/lambat pergi kerja/sekolah. Kain baju menggunung tak dibasuh, tapi kena basuh, kalau tak anak dan suami tak cukup baju sebab unifom yang ada tak cukup untuk seminggu.Saya sehari tido dua-4 jam, but still saya tak dapat pastikan rumah saya teratur dan tersusun, sebab laki saya keep cakap saya yang tukang sepah, saya yang punya barang sepah-sepah kat rumah ni.

Ya, semua saya salah katanya, dia tak salah, walhal balik rumah, dia hanya tengok telefon tak sudah.Ya, dia pembersih sangat. Walhal, setokin dia bersepah saya yang kutip. Kadang kalau hujan, sampai keringla setokin kat luar rumah, sebab tak bawa masuk. Dia mandi, sellau saya kutip tuala dan sidai. Dia lepas solat pun, saya yang lipatkan sejadah. Kalau saya tak buat, situlah gamaknya forever.Ya, saya ni, yang peng0tor dan pemalas ni yang basuh tangan baju uniform dia sebab nak hilangkan kesan hitam dan daki.

Saya ni yang iron baju dia setiap hari. Tapi saya pemalas. Tu semua bukan kerja. Baju dia, setokin dia ada tiba-tiba.Saya juga yang p simpan tool box dia yang bersepah, alat gardening, alat mancing saya belikan box, tapi box tu still ada kat kat situ. Saya pasang rak utk organize barang kat stor, saya tunggu je, bila dia nak simpan segala briefcase gadget dia yang bersepah kat tu, tapi dah dua bulan tak kemas, kena tunggu saya juga yang kemas.Most of the time, at the end, saya juga yang buat.

Tapi tetap yang tak guna adalah saya. Rumah bersepah sebab saya. Beliau malas nak kemas, sebab kemas macam mana pun saya yang sepahkan. Itu yang beliau cakap, lihat tudung saya di lantai. Tudung tu di lantai sebab balik2 sahaja ambil anak-anak dari sekolah, sorang terkencing kat lantai, sorang lagi kena ambil ubat.Korang ingat, saya ada masa nak cara mana barang saya masa angkut berbondong2 beg and baju dari transit setiap hati dengan anak merengek dan menangis berg@duh? Dia tak rasa semua tu. Dia balik malam, pada saat saya exhausted, kadang tertidur tapi terbangun sebab dia tengah bebel2 kata saya ni semua salah sambil anak saya tuang vitagen atas muka saya.

Saya yang salah, kenapa anak boleh minum vitagen tanpa pengawasan.Mulut. Saya pernah dan selalu cakap dengan dia, dia p00kul, saya boleh tahan. Dia keluar dengan perempuan lain, saya boleh tahan. Mulut berlagak dia memang saya tak boleh tahan. Tak puji apa saya buat, takde hal. Tak tolong saya buat house chores, tak apa. Tapi jangan komplen.

Jangan berlagak semua benda senang, dan saya ni haprak sebab susah sangat buat benda tu.So, sebelum saya rasa saya betul-betul nak tikam dia (sebab saya rasa and terfikir nak buat macam tu), saya walked out. Saya tinggalkan anak yang sakit macam tu je dgn dia. Saya cakap kat anak sulong saya, if anything happened, ingat, bapak kau yang cabar saya buat macam ni. Saya drahaka. Nusyuz. Sebab saya tak tahan dengan my boastful husband.

Saya pemalas, sebab rumah bersepah. Saya tak layak untuk rasa penat, walau saya mengajar, mengais rezzeki untuk sama2 dengan dia bayar bil utiliti dan yuran sekolah anak. Saya kena juga buat kerja rumah. Dia bos. Dia kena tengok hp je kat rumah, sebab kat office tak boleh tengok hp.Saya ni good at nothing, and he is the best.

Saya ingat, anak happy, asaya ppun happy. Rupanya saya tak happy, sebab ada manusia rasa saya tak buat pape dan membebankan di rumah tu. Sekian, daripada isteri dan mak betung yang tak tahu apa nak buat lagi lepas ni. Stress. – Si Betung (Bukan nama sebenar)

Komen ntizen buat TT sebak :

Rida Baharudeen :

Dear The Betung,

You are stressed and I understand. You need peace of mind, I understand.

But if you expect he will change because you’ve run away… That will be your biggest mistake.

Make a checklist. Your reasons to be somewhere at this point in life. Do you want your life sort out? Do want your children or not?

Deat The Betung,
You can run away from your problems but it will not settle. You will create more problems until you face the facts. he is your problem.

Don’t say you stay all this while because you love him but you didn’t love yourself? Not even your children?

Your children is the mirror refelction of you. Why they didn’t stand up to bullies? Why didn’t you ask yourself? Did you stand up to your bully?

Please stop and take a breath. You have a career. You have friends. You have stranger’s willing to help you. You are a strong women.

Don’t abandon your children to teach him a lesson. That will be your biggest mistake.

Puan Nurul : Tp kenapa puan tinggalkan anak?

Bagaimana emosi mereka?
Maaf puan.
Bukan menghukum.

Saya faham u walked out from the house.

Saya faham puan ada rasa nak tikam husband.

Tapi d kids need u.

Di kelas anak saya, ada kawan anak yg ibu dia lari dari rumah.

Kesian pada anak itu puan. Tercorot. And …..entah lah. Saya doa sgt dia tak hanyut ..

Balik la puan.
Puan kuat. Puan ambik anak2 puan.

The kids wont survive with the jerk.

Nur Nur : Takpe sis. Elok la buat macamtu. Kadang2 bile da terlampau stress sampai tahap depress tu yang ade sampai tibe2 bunuh anak kecik kononnya dengar suara bisikan.. Biarlah sis anak2 dengan suami. Biar die rasa jaga ank2 macam mana. Kadang2 jadi isteri ni kena ajar macam tu la baru die nampak. Selagi tak ambik pengalaman macam tu, selagi tu die tak nampak. Walaupun nampak kejam tinggal anak2 macam tu elok la sis lari sebelum sis menyesal pula kalo cederakan family sis. Tenangkan diri dulu.

Azie Hussein : You need help sis. Pergi mengadu kat pejabat agama. Orang selalu fikir nak bercerai baru boleh mengadu. No! Pergi je mengadu, bagitau suami culas bab tanggungjawab as a husband and a father. Bagitau suami pernah naik tangan, ada perempuan lain semua. Start with kaunseling first. Kalau tak jalan, move on jela sis. Kita perempuan memang Tuhan bagi kita kuat dari hati dan semangat nak hidup. Even sedih tapi kita boleh bangun balik, lagi2 sebab anak. Laki tak guna, elok la biarkan dgn perempuan murah tak guna jugak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *