Masih ingat lagi pasangan cilik ini.Dengar dah berpisah akibat cemburu. Sabar ye dik.

Mseti ramai masih ingat lagi dengan cerita pelakon cilik Duerra Mitilda, 10 tahun yg kongsikan kisah cintanya dengan pelakon berusia 13 tahun, Hezriq Shah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ntizen yang beranggapan kedua-dua mereka masih terlalu muda.

Lebih mengundang kecaman apabila bapa kepada Duerra Mitilda memberikan alasan bahawa itu merupakan soal peribadi anaknya selain tidak mahu campur tangan dalam urusan mereka.Terbaru, hubungan cinta pasangan yang direstui keluarga itu dikhabarkan sudah berakhir apabila seorang netizen berkongsikan beberapa status yang dimuat oleh kedua pelakon itu di Insta Story.

Menurut Mitilda, hubungan mereka berakhir berpunca daripada sikap Hezriq yang terlalu cemburu sehingga mereka sering bergaduh. Katanya lagi, Hezriq tidak memahami statusnya sebagai seroang artis.

Dalam pada itu, Hezriq turut mendedahkan bahawa Mitilda mungkin telah menemui pengganti baru iaitu pelakon cilik Nik Adam Mika. Menerusi Instagram, Nik Adam ada berkongsikan beberapa gambar dan vldeo mesra mereka berdua. Difahamkan, Nik Adam dan Mitilda kini sedang sibuk menjalani penggambaraan Runi dan Solah selain merakam video TikTok bersama.

Berita sebelum ini :

PERKONGSIAN pelakon cilik Duerra Mitilda di Instagram mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Hezriq Shah yang mendapat restu kedua keluarga mengundang kecaman netizen.Warganet berpendapat, Mitilda yang kini berusia 10 tahun dan 13, masih terlalu muda dan belum sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta.Bapa Mitilda yang ingin dikenali sebagai Amir enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan ia melibatkan hal peribadi anaknya.

Hezriq dan Mitilda secara terbuka berkongsi mengenai hubungan cinta mereka di laman s0sial. “Saya dan isteri yang menjaga dan menguruskan Mitilda. Jadi, saya rasa isu ini tidak perlu la nak dipanjangkan.”Pada saya, biarlah netizen nak buat andaian atau spekulasi mengenai perkara itu. Kalau mereka melihat secara baik, maka baik la begitu dan sebaliknya.”Ini hal peribadi anak saya dan urusan keluarga saya.

Saya harap semua boleh doa yang baik-baik sahaja,” katanya kepada mStar.Mitilda dan Hezriq dilihat sangat terbuka berkongsi foto dan kisah cinta mereka di laman Instagram yang dikendali ibu bapa masing-masing.Pada saya, biarlah saja netizen nak buat andaian atau spekulasi mengenai perkara itu.

Kalau mereka melihat secara baik, maka baik la begitu dan sebaliknya.Dalam pada itu, Amir memberitahu dia dan isterinya mendidik kanak-kanak itu untuk tidak merahsiakan sesuatu perkara daripada mereka.”Kami didik anak kami supaya tiada rahsia, dari hujung rambut sampai hujung kaki mereka akan cerita dekat kami.”Kami bentuk kepercayaan dan kejujuran supaya mereka tidak memberontak dan membuat perkara yang tidak betul di belakang kami,” ujarnya.

Sumber mstar : rotikaya

Antara komen ntizen :

Sheri Fedona : ape la..citer bdk2 mcm ni pn nk di up kn..spender pn mak bapak tlg pilihkn,owh yela..duit sndri kn dh ada. kononnyer!sudah2la.mnde ni smua jd ikutan pd bdk2 lain jer tunjuk cth xbgus.Kcik2 usia muda baik pk study dlu dik..

Abrahan Samsudin : 10 tahun kena mengaji dik mantapkan ilmu dan Iman. Bukan merenyam.. Ni mesti terlalu ikutkan sgt budaya hiburan.. dasyat budak zaman now.. pucuk pangkal didikan ibu bapa..

Alleya Satai : Kesian ko dik. Nak ckupkan umur 18tahun agaknyer kali ke 19 baru kau jmpa btul3 putri yg btul2 setia ngn ko.

Yana Abdullah : Haihhh kecik lg tp acah2 dah besooooo sgttt.xpe la dik parents yg mjaga lg tahu.smoga bjaya dlm upsr,upkk,pt3,spm,dpt pointer bagus,kerjaya bagus,gaji bagus and last skali jodoh yg bagus2.haa last but not least bjaya di akhirat jua.pjg kan pjalanan adik lg…

Mah Madi : Alahai cinta budak2 ja pun..xkn kemana.. Yg bapa dia sporting x kena gaya, enggan masuk campur hal peribadi anak..sbg bapa patut masuk campur la tu budak bawah umur. Jgn terlalu bg kebebasan yg x sepatutnya untuk budak baya tu.

Zaitun Daidi : Dorg berdua nie blakon apa? Sorry sngt2 acik xtahu korg blakon cter apa..umur korg dh baya ank2 acik pun..plakon kanak2 yg acik kenal miasara, rykarl pastuh yummay @ kg people..itu ajer..

Sizqha Badri : Nak becinta boleh.. Tak salah dik.. Tapi becinta hari sabtu ahad je la… Hari isnin sampai jumaat cuti dulu becinta tu… Nanti sabtu ahad sambung balik.. Begitu la seterusnya… Sampai la dapat result Exam nanti.. Kalau dua2 gagal.. Suruh ayah korang kawin kan terus…

Boy Amy : Mujurlah anak aku yg 10y x baca kisah cinta – curang – dan putus cinta budak nih.. kalau tak mesti anak aku pun mngamuk nk mintak pakwe.. almaklumlah skarangkan budak2 suka ikut trend.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *