Mak mertua xsuka aku hingga aku sorg je xde dlm Whatsapp Group family. Dalam keadaan nangis biras aku bgtau perkara sebenar.

Assalamualaikum. Maaf saya nak cerita kat sini. Saya tak pandai bercerita sangat so bear with me ye.Saya bukan menantu pilihan. Semua bermula bila saya perasan, saya tak ada dalam group whatsapp.Dalam group tu semua ipar duai, biras, mak mertua ayah mertua saya ada. Tapi saya tak ada.Mula-mula saya perasan bila guna telefon suami untuk menyoping barang di Shopee.

Ada notification, jadi masa saya seronok scroll barang-barang tu, saya tersilap tekan. Terbuka whatsapp, dan saya terbaca. Conversation biasa je, mak mertua share gambar masakan dia hari tu.Saya tak ambil port. Small matter bagi saya. Sekadar group whatsapp je pun. Saya tak kisah sangat. Suami saya kat sebelah, dia nampak serba salah bila dia cakap dalam group tu semua family dia ada.“Sayang nak join?” Suami tanya.

Saya geleng. Tak perlu kot? Admin dia mak mertua saya. Kalau dia nak invite, invite je. Tak nak tak apa, saya tak kisah. Apa-apa saya tanya abang je. Begitu saya jawab pada suami.Jadi tu berlsaya beberapa lama selepas saya kahwin. Saya tiap minggu telefon mak mertua dan ayah mertua untuk tanya khabar. Lepas tu lama-lama mak mertua saya tak angkat.Ayah mertua saya okay, dia angkat je. Kalau suami saya call baru mak angkat, dengan cara tu baru saya dapat cakap.

Tu pun selalu mengelak.Saya cool lagi. Small matter. Mungkin salah saya juga sebab ambil mudah. Agaknya ayah mak mertua saya ada terasa hati di mana2 perbuatan saya, dan saya tak try to fix it. Lama-lama makin bernanah. Saya fikir macam tu lah, sebab saya ni jenis ambil mudah. Lepas 2 tahun kahwin, saya masih tak pregnant lagi. Kakak ipar saya dah masuk tiga anak dia. Saya dah consider nak pergi buat test kesuburan, dan waktu ni ramai bagi kelapa mekah tu kat saya.

Kemain saya dengan suami ketuk dengan tukul, siap gergaji, tak terkopek jugak.Tapi it’s okay, sebab tak sempat saya makan, saya dah mengandung. Haha.Dah bersalin, saya dapat anak perempuan. Saya pantang rumah mak di kampung saya. Ayah mertua dan mak mertua saya melawat.“Mujur kulit cerah, tak ikut mak dia.” Mak mertua saya kata.Tipu la saya tak sentap. Saya dah la baru beranak. Ye saya memang gelap sebab saya keturunan mamak. Suami ada darah cina.

Memang putih-putih kulit adik beradik dia. Saya senyum, angguk-angguk je. Masa ni mak saya kat dapur buat air. Suami saya pergi JPN. Tapi makcik belah mak saya ada. Dia sound balik. “Kulit putih ikut ayah dia, mata bulat, hidung mancung ikut mak. Kalau mata pun ikut ayah, hidung kemik, mata sepet la dia.”Aduh mak mertua saya terus masam muka. Makcik saya ni memang mulut dia macam tu.

Start dari tu mak mertua dengan saya makin renggang. Tak bercakap terus! Sebelum balik saya minta maaf dengan mak sebab makcik saya cakap macam tu, tapi mak mertua saya diam je. Hidung kemik mata sepet pun suami saya hensem okay, kalau tak saya takde la berkenan. Adoi.Tak sempat suami saya balik Jpn, mak mertua dengan ayah mertua dah bertolak balik. Saya cerita la kisah benar. Suami cuma geleng kepala.Suami telefon ayah mertua, ayah mertua saya baik tau.

Selalu ajak saya mancing sesama walaupun saya tak pernah dapat tangkap apa-apa. Ayah kata nanti sejukla mak kau tu.Saya hairan juga kenapa mak mertua tak suka saya. Pergi rumah dia, saya memang tak berhenti buat kerja. Masak, lipat kain, basuh baju, kemas rumah. Letak je beg, ayah mertua saya dah request nak nasik minyak, nak mee rebus etc etc.Walaupun saya anak tunggal, saya memang diajar berdikari. Bab masak2 ni memang mak saya cerewet. Saya turutkan.

Dan dalam memasak tu saya memang try berbual dengan mak mertua. Tapi dia layan acuh tak acuh.Ipar duai saya pun baik-baik. Semua macam kawan-kawan. Saya boleh pergi booking hotel, girls night out dengan kakak ipar adik ipar saya, menggila macam kawan baik, terjun tiruk dalam swimming pool bertiga je sambil suami2 kami layan anak2 kami kat rumah.Mereka memang nampak tak senang bila mak layan saya macam tu, tapi itulah.

Ye itulah saya nak buat macam mana.Yang sedihnya anak saya pun terlibat sama dia tak suka. Cucu-cucu lain semua dia bagi hadiah lepas dia balik umrah. Bagi depan anak saya pulak tu. Kesian anak saya masa tu tertadah-tadah tangan nak juga coklat, kacang dari mekah. Tapi mak mertua saya buat tak tau, terus dia masuk bilik.Anak saya masa tu setahun lebih, dia terkulat-kulat pandang saya bila mak mertua saya tak layan dia.

Masa tu saya sebak betul. Kakak ipar saya pun suruh anak dia kongsi sikit dengan anak saya. Bukan saya nak sangat pun kacang tu semua, cuma kesian kat anak.Masa tu saya masuk bilik, saya menangis. Kakak ipar saya masuk pujuk-pujuk saya. Time ni la terbongkar kenapa mak mertua tak suka saya; saya bukan orang senegeri. Masa ni baru everything clicked together, ye laaa.

Biras saya semua orang negeri dia. Anak saya lahir kat negeri kelahiran saya, jadi bukan orang negeri dia jugak. Saya tak nak mention negeri mana.Masa ni saya nak tergelak ada, rasa nak hantuk kepala kat dinding ada, sebab 2020 ni masih ada alasan macam tu. Adik beradik suami saya semua belajar dan kerja luar negeri, dah tu kenapa anti sangat dengan orang luar negeri?Saya tak pandai cakap loghat dia, tak tahu lenggok dia macam mana.

Saya try cakap okay, saya belajar, bukan saya tak belajar, tapi bila saya cakap, saya kena gelak. Haha.Saya tanya banyak2 kali kat kakak ipar, betul ke ni kak, ke kak saja reka, kakak ipar kata betul. Tak caya tanya Bahar bukan nama sebenar iaitu suami saya.Saya terus pergi tanya.Muka suami saya terus berubah, dan dia mengsaya. Dari sebelum tunang lagi mak mertua saya tak nak suami saya kawen dengan saya, saya bukan orang senegeri, tapi suami berkeras.

Saya tak puas hati lagi, saya pergi tanya ayah mertua, dan dia senyum2 kata ya.“Mak kamu tu jenis tak sedar diri. Padahal dulu dia ikut ayah merantau lama mana. Ada je orang baik2 kami jumpa. Macam kamu la, baik orangnya.” Ayah kata sambil tepuk2 bahu saya.Jadi begitulah. Saya sekarang dalam misi memikat mak mertua. Nak pecahkan kepompong dia.

Saya bersyukur sebab family suami lain semua sayangkan saya, sangat baik dengan saya.Saya harap korang doakan mak mertua saya terbuka hati nak sayang saya dengan Aisha macam cucu dan menantu yang lain ya. Terima kasih baca.

– Puteri Obor-Obor (Bukan nama sebenar) via iium confession.

Antara komen ntizen:

Peah Peah : Aku dah 25 tahun kahwen dgn suami dan kes aku pun sama. Tapi aku sabar dan buat tak kisah buat tak faham. Aku buat baik bila berjumpa. Aku pun tak de dlm. group WhatsApp family sebelah suami. Baiknyer ialah aku tak perlu masuk campur dlm apa apa bab berkaitan dia orang, alasannya aku tak tahu. Aku amalkan buat senyap hanya perlu dengar tak perlu komen. Walaupun suami aku akan inform aku. Tapi aku tetap tak nak campur sangat. Bila jumpa baik mcm biasa. Berlakunlah seperti semuanya ok.

Muhamad Firdausi : Macam boleh agak org negeri mana, Kelantan kan? Betulkan?

Maaf org Kelantan, selalu sangat kes macamni berlaku bila melibatkan typikal mak2 org Kelantan yang sepanjang hidup tak pernah keluar Kelantan. Setakat sesekali keluar.

Ada juga negeri lain, tapi kalau Kelantanni, mmg fames bab mertua macam confessor, sebab org suka up up kalau melibatkan Kelantan walaupun hakikatnya tak betulpun dan sama je dgn mak mak negeri lain.

Nur Najihah : Welcome to the club sis….
Saya mamak sis…jangan terasa hati dgn mak mentua ya..beruntung ipar duai ayah mentua semuanya baik2 belaka…saya tidak diterima kerana saya mamak..xsenegeri…tapi bila dah beranak 3…sakit minum bergaduh diaorg adik beradik kita hadapi juga utk settlekan penuh aman…lama kelamaan mak mentua tu akan termalu sendiri. Kita surviver sis…ingat jangan terasa hati dgn mak mentua…suami itu ttp anak lelaki dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *