Aku gadis anak bilal surau. Amir duduk sebelahku dalam bas ke KL. Pada jam 3 pagi aku tertidur, muka Amir tiba2 jadi kemerahan menahan sesuatu.

Assalamualaikum semua. Maaf sekiranya luahanku sangat panjang. Nama diberi Naira. Menuntut di sebuah ipta, berusia 22 tahun dan memiliki seorang cahaya mata baru setahun usianya. Seluruh ahli keluargsaya alhamdulillah cukup menjaga solatnya. Ayahku bilal dan saya anak sulung dari enam beradik. Saya ingin minta pandangan mengenai kisah hidupku.Setelah tamat SPM, saya menyertai kursus ekonomi rumahtangga selama 3 bulan.

Di situlah saya mula mengenali Iz. Kami sebaya. Ketika itu saya menegur alfatihah nya yang kurang elok sebutan makhraj dan tajwidnya semasa menjadi imam. Tapi teguranku itu hanya melalui kawan perempuan satu sekolahnya. Alhamdulillah dia terbuka menerima teguran itu. Saya fikir sampai itu sahaja. Hinggalah suatu malam ada mesyuarat jawatankuasa. Saya dipanggil seseorang dan saya tidak mengenalinya.

Dia kata terima kasih kerana menegur bacaannya. Baru saya kenal, itulah orang yang saya tegur bacaan al-fatihahnya.Tanpa menunggu lama, saya beredar meninggalkannya kerana kawanku sudah melangkah jauh ke hadapan. Mungkin perwatakanku yang suka menjauhi lelaki dan berpakaian menutup aurat membuatkan ramai orang tertarik padsaya.Satu hari, ada program dengan pelajar darjah enam. Kami menjadi fasilitator dan dia memilih untuk satu kumpulan denganku.

Iz banyak berjalan di hadapan dan suka mengambil hati budak² hinggakan mereka turut menjadi orang tengah.Benar, dia menyukaiku. Dia ambil berat padsaya. Memberikan makanan untukku. Dia pernah juga wasap denganku, tapi saya terus menyekatnya kerana saya ingin menjaga ikhtilat. Kakak angkatnya satu bilik denganku. Pernah kecoh bilik itu apabila iz menyukaiku dan sampai ke pengetahuan rakanku yang lain. Saya buat biasa saja.

Kadang kawanku juga ada menyakatku dengan iz. Selepas beberapa minggu saya tidak menyekat wasap iz. Kami memang jarang bersua muka kerana kursusnya berbeza denganku. Kebanyakannya kawanku atau kakak angkatnya menjadi orang tengah untuk bertanyakan sesuatu perkara. Setelah tamat kursus, ada sesi bergambar. Saya perasan pada galeriku, ada wajahnya yang fokus pada kamersaya tidak yang lain.

Dan satu hari, dia wasapku bertanyakan alamat rumahku dan saya memberikannya.Iz datang ke rumahku bersama adik perempuannya dengan menaiki motor dan dia sanggup datang hujan². Tersentuh hatiku. Jauh rumahnya hampir tiga jam perjalanan dan mujur Iz katakan, ada rumah nenek dan saudaranya berhampiran dengan taman perumahanku. Iz baik sekali dengan umi ayahku. Hormat orang tua.Kemudian, saya melanjutkan pelajaranku di sebuah kolej dan Iz di sebuah institus pertanian di utara tanah air.

Bila cuti semester, Iz ada ke rumahku dan bermalam. Tapi, saya tiada di sana sepanjang Iz bermalam. Bila saya balik rumah, iz akan datang ke rumahku untuk memberikan hadiah.Benar, kami sering bertukar hadiah. Dia memberikan ku tudung, sarung tangan dan mathurat melalui ayah ataupun pos. Kerana padsaya, jika kita sayangkan seseorang, kita boleh berikan sesuatu yang menggembirakannya. Setelah saya ke kolej, biah (suasana) keislaman yang syumul menelusuri hatiku.

Kunci lagi satu saya tidak memberitahunya. Bertahun juga saya menyekat wasapnya dan bertukar nombor telefon. Kami berhubung melalui fb tapi itupun jarang sekali. Boleh dikira dengan jari.Iz wish birthday saya dan dia amat merinduiku. Tapi, Iz tidak kata dia rindu saya cuma berpesan, jangan lari jauh². Iz sanggup menungguku dan dia akan berusaha memperoleh kunci itu.

Dan saya melihat usahanya, yang kini sudah memiliki kunci kereta dan kunci motor. Seterusnya saya perkenalkan az dan kami sebaya. Kami kenal sejak sekolah rendah. Ibubapa kami saling mengenali. Waktu itu, az suka pada kawan baikku. Dan mereka terpaksa putus sebab kawan baikku merasakan dia tidak boleh bersama az. Amir lebih padan denganku. Kerana kami dari aliran agama.

Dan saya hanya menganggap sebagai kawan rujukan dalam menuntut ilmu.Amir banyak memberiku pesanan mengenai islam yang kadang terkesan pada kehidupanku. Kami ada berhubung tapi mengenai pelajaran sahaja kerana Amir hebat dalam pengiraan. Kami juga saling membantu tapi Amir lebih banyak membantu diriku.

Amir juga tahu mengenai iz. Amir pernah menjadi orang tengah saya dengan Iz kerana Iz suka menghubungi saya secara tiba². Dan saya tidak menyukainya kerana padsaya suara perempuan itu aurat dan saya tidak mengangkatnya sebab tidak penting padsaya. Pada hari raya 2 tahun lepas, saya, Amir dan kawan baikku yang lain konvoi beraya. Saya memakai cincin untuk menjaga diriku. Tak sangka, ramai kawanku menyangka saya dan az sudah bertunang.

Padahal kami kawan biasa cuma keperibadian kami lagak ustaz dan ustazah membuatkan mereka menyangkakan begitu.Amir telah mengajakku konvoi beraya dengan kawan sekolah menengahnya dulu. Ada juga kawan sekolah perempuannya yang dia kenalkan padsaya lebih awal sebelum saya bertemu mereka semua. Mereka baik sekali. Ketika itu, ada kawan perempuannya wasap denganku.Dia bertanya, adakah saya dan az mempunyai hubungan istimewa?

Dan saya mengatakan, kami hanyalah kawan biasa. Mereka pasti berteka-teki antara saya dan az. Kerana az memperkenalkan saya pada sahabat sekolahnya, guru di sekolah dan selainnya.
Pernah juga kami balik konvoi raya pukul 10 malam. Dia serba-salah kerana menghantarku lewat pulang ke rumah. Hingga sanggup berjumpa ibubapsaya untuk meminta maaf. Dalam kereta itu, ada kawannya di sebelah pemandu dan saya seorang perempuan di belakang.

Saya pernah ditanyakan untuk menjadi isteri kepada seorang hafiz alQuran di sebuah madrasah. Saya juga pernah dilamar jejaka tetapi masih belum cukup pendapatannya untuk mendirikan rumahtangga.Saya pernah berkenalan dengan lelaki yang sudah memiliki pendapatan yang cukup untuk mendirikan rumahtangga dan saya menolaknya kerana dia membuatkan saya rimas. Memang perempuan suka diambil berat.

Tapi kalau setiap saat selalu tanya soalan yang sama mestilah rimas dan membosankan.Kemudian, saya menyertai laman cari jodoh. Saja-saja. Dan Z berkenalan denganku. Z ada dua akaun yang tapi profil yang berbeza dan 10 tahun lebih tua dariku. Saya fikir dia lebih matang dariku. Pengalaman hidup nya lebih banyak dariku. Dan Z yang membuatkan saya menangis sewaktu berada dalam kereta Amir.

Z marah kepadsaya kerana suka konvoi beraya bersama lelaki.Pada saya, tidak salah yang penting kita jaga aurat dan pergaulan kita. Tanpa kusedar, tahun itulah saya dan Amir konvoi beraya bersama. Setelah setahun berkenalan, Z menjadikan saya suri hatinya. Sewaktu Amir mengetahui statusku menjadi tunang orang, Amir memintsaya menemaninya ke Kuala Lumpur untuk urusan baucer mahasiswa.Saya menurutinya kerana saya sudah mengambilnya lebih awal.

Dan saya fikir, ini bantuanku untuk Amir yang selalu membantuku hingga membuatkan ibubapsaya jatuh hati pada perwatakannya yang ramah lagi mesra.Sewaktu menaiki bas, saya agak kaget apabila seat yang ditempah Amir iaitu dua orang secara bersebelahan. Saya menggelabah tapi saya kawal. Amir meletakkan beg sandangnya sebagai perantaraan. Di dalam bas dia ajarkan saya mengenai ilmu IT. Dan saya tertidur.

Amir juga begitu dan dia mengejutkan saya dari lena yang seketika.Kami sampai jam 3 pagi di TBS. Amir membawsaya ke sebuah meja makan. Amir duduk bersemuka denganku. Face to face.Wajahnya merah. Benar, dia menangis dihadapanku. Dia bertalu bertanya kepadsaya, kenapa terlalu awal untuk menikah? Macam mana dengan study? Dia risaukan saya.

Saya terkelu. Tidakku sangka dia menaruh perasaan terhadapku. Saya sangka dia sahabat baikku.Patutlah lelaki dan perempuan tidak boleh bersahabat, pasti akan ada perasaan suka. Saya minta dia doakanku berjaya dunia dan akhirat. Selepas Subuh, saya tunggu Amir menyudahi solatnya. Agak lama. Tsayat saya berseorangan di tempat yang asing. Dia lalu menerpsaya. Diam seribu bahasa. Wajahnya masih lagi merah. Saya serba salah.

Amir sedih sekali. Amir persis abangku. Banyak melindungi, mengajar dan menasihatiku.Sebelum majlisku, saya sempat minta maaf kepada Amir dan Iz. Saya pos kad kahwinku kepada Iz dan dia hadir bersama keluarganya. Tapi saya tidak bersua muka dengan Iz. Bagaimana dengan kunci Iz? Manakala Amir sibuk dengan Maritim di universiti nya. Amir memang awal² pesan, dia tak dapat datang pada majlisku.Dan kini, saya sudah menikah dengan Z.

Iz dan Amir sudah lama menyepi. Namun, Z tidak seperti yang kusangka kan. Sebulan perkahwinan semua baik belaka. Selepas itu, saya sedih dan kecewa.Dia selalu memarahiku dan berkelsayaan kasar. Suka membaling barang. Pernah mengatakan bodoh kepadsaya. Mengungkit hantaran yang pernah diberikan dan mengatakan saya mata duitan. Tidak membimbingku secara lembut.

Bila saya masak, sedikit pun Z tidak sentuh masakanku.Saya penat. Saya makan hati. Dia katakan saya mata duitan. Saya yakin, dia menikahiku bukan kerana cinta tapi kerana usia Z. Di hadapan orang, kami seperti biasa. Tiada istilah romantik dalam rumahtangganya ini. Saya menagih kasih sayang suami. Saya memilih menyendiri bersama anakku. Saya pulang ke kampung pada cuti semester kali ini.

Mengubati hati. Z cuma rindu anak bukan saya. Cemburu apabila melihat pasangan lain berpelukan. Gambar pasangan di media sosial. Tapi tidak saya merasai kemanisan rumahtangga. Saya hanya mampu pendam. Pernah saya suarakan apa yang saya tidak puas hati. Dan Z menyalahiku. Inginku mati kerana tidak mampu terluka.Saya tawar hati. Hilang hormat padanya. Tapi sampai bila harus saya begini?

– Naira (Bukan nama sebenar) via iium confession

Antara komen ntizen :

Nurul Fazrina : Adakah aku sedang membaca novel bertajuk Lelaki-lelaki pilihan aku dan aku tersalah pilih suami?

Jap, aku tak faham. Jaga ikhtilat tu maksud dia jaga batas pergaulan kan? Betul tak?

Camana kau jaga batas bergaulan sampai berconvoi2 dengan lelaki, pastuh pulak naik bas dengan laki siap duk sebelah. Yang musykilnya di sini, bapak kau tak marah ke pergi KL dengan lelaki?

Aku tanye tu tau.

Bahiyah Hamid : Ayoyo..jaga ikhtilat pebenda 10 malam dok atas jalan lagi..ngan ajnabi pulek tu..siap naik bas sesama..kau terlalu pandang tinggi pada diri sendiri yg kengkonon tinggi ilmu agama..konon je la….orang jaga ikhtilat ni semua dok dirumah dan keluar bila ditemani mahramnya aja..x nercampur dengan lelaki tau

Salju Kencana : Dah tu, nape nak meroyan?

Umo baru 22 kot.

Sempat bagi harapan kat iz. Tapi bila iz nak contact, ko rimas.. Ko suruh az jawab.

Acah2 ustazah tapi boleh konvoi raya sampai ke malam buter? Eh takpe yang penting tutup aurat dan jaga batas.

Jaga batas ke kalo rapat sangat dengan bukan ajnabi acah2 ada bff siap jadi pendinding supaya ko boleh jaga ikhtilat dengan so called bf bernama iz.

Alih2 kawen dengan Z.

Z tu sebenarnya kaki pukul.

Kalo aku kata karam hits you hard.. Orang kata kat aku pulak karma tu hindu lah apa lah.

Oklah.. Dalam islam tahu kan kaffarah?

Jadi semua tu kaffarah ko. Solat tobat banyak2 sebab hancurkan ramai hati lelaki.

Geram pulak aku kat pempuan acah ustazah tapi gaya macam nak hotz dikejar terkejar lelaki.

Hipokrit lagi fake beb!

Sorry kalau terasa. Aku memang takleh tengok spesis macam kau depan mata. Geram.

Bye.

Miza Norizan : Banyak unsur kagum kepada diri sendiri cerita ni. “Mesti aku jaga ikhtilat and tutup aurat, ramai suka aku”.

“Mesti kawan-kawan perempuan dia tertanya-tanya pasal aku”

Tah la. Ni dugaan orang tinggi ilmu agama kot. Rasa kagum dengan diri sendiri. Moga jadi tauladan untuk aku.

Kameena Ismail : Z? Mesti kaya dan segakkan? Bayangkan kalau Allah bagi apa yg awk nk. Semuaaanya sempurna. Awk rasa awk dimana sekarang?. Mungkin la its time for you utk muhasabah diri now dan jangan salahkan takdir. Ni bukan cinta zaman bujang u lagi dah dan bkn pasal berapa ramai suka you. Realiti hidup u sekarang, kena fikir cara mcm mana nk survive dan selamatkan perkahwinan u. You are a wife and mother now, not that hot-pious-young-girl with no responsibility anymore. Be mature and handle the situation wisely. You don’t and you can’t just run away from your problem without at least do something u know. You have to face it and be responsible.

Faizah A Rahman : Kesian si iz tu.. susah payah cari kunci . Skali pintu kena rempuh.. dari dalam pulak tu..

Awk muda sgt dik.. jauh lg perjalanan. Sekarang ni pilih.. kalau suami awk tak boleh nak bimbing awk tak boleh nk bahagiakan awk then, awk kena cari jln.. jgn lembik layu mcm tudung awk yg ditiup angin tu..

Baca komen2 dlm ni pun hati kena kental.. kalo tak kental, menangis lagi awk kat bucu katil karang.. seek advise ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *