Mak mertua tak suka aku. Satu hr aku nmpak suami menangis sambil pel0k erat mak mertua. Tak sangka perangai mak mertua mcm ni.

Assalamualaikum. Nama saya R, bekerja dalam industri penerbangan, menetap di negara Z. Suami H bekerja dalam industri perkapalan, dan seorang anak, 3 tahun.Kami dah 6 tahun berkahwin dan jujurnya H adalah kawan saya masa kami kahwin. Tiada langsung rasa cinta masa tu, sebab saya dah penat nak kenal mana2 laki untuk melalui fasa bercinta sebelum kahwin.

Jadi bila H lamar, saya terima saja lepas mak abah saya bagi restu.Saya tak tahu mak H restu ke tak perkahwinan kami, sebab masa melamar, mak datang seorang diri, hanya bertemankan adik H. Saya tak fikir banyak pasal ni, tapi tak lama lepas kami kahwin, mak H bagitahu saya tentang betapa dia lebih sukakan menantu dari selatan berbanding utara.

Saya dan keluarga berasal dari utara.Mak juga ada menyatakan perihal dua pupu H yang juga menetap di negara Z, bekas graduan luar negara dan kerjanya setaraf dengan kerja H. Plan mak H adalah untuk jodohkan dua pupu itu untuk H, tetapi hajatnya tak kesampaian bila H pilih saya untuk jadi isterinya.

Bila saya tanya H pasal ni, H jelaskan perkara ni tak jadi sebab H tak setuju.Saya hanyalah graduan universiti tempatan dan pemegang diploma. Saya terpaksa tolak sambung ijazah sebab taknak susahkan mak abah saya. Abah pesara kerajaan, mak kerja kerani dalam badan kerajaan serta saya ada 6 orang adik yang masih belajar masa tu.

Jadi, saya nekad ke Z, seorang diri, dan alhamdulillah dah 15 tahun saya kat sini, dari bujang sampailah berkeluarga.Rezeki yang saya dapat selama bekerja di negara Z, saya pastikan separuh darinya untuk kegunaan saya dan keluarga, manakala separuhnya lagi saya simpan. Saya tak pernah guna kad kredit atau ambil pinjaman bank.

Alhamdulillah rezeki tu sentiasa cukup bagi saya.Dari zaman bujang lagi saya dah amalkan macamni, sebab saya tahu andai tiba2 saya pulang ke Malaysia, ini sajalah bahagian saya untuk dinikmati masa tua. Saya tak pernah lokek nak belikan hadiah untuk keluarga, hulur2 pada yang memerlukan, dan sentiasa bawa keluarga jalan-jalan atau makan besar, sekali sekala bila saya pulang bercuti ke Malaysia.

Jadi bila dah berkahwin saya berkongsi pulak rezeki dengan keluarga H.Andai masa bujang saya sentiasa belikan mak abah hadiah, sekarang saya belikan juga untuk mak H dan sentiasa dahulukan mak H untuk pilih mana berkenan, dan apa yang tinggal itu saya beri pada mak abah saya. Saya cuba lebihkan pada mak H, yelah dah nama pun mak mertua kita.

Macam mak sendiri jugak. Asal dia happy, anak dia mestilah happy, saya pun lagi lah happy kan.Sebelum saya mengandung, saya ditawarkan untuk bekerja dengan keluarga diRaja negara Z. Saya berpeluang bekerja kontrak sekejap dan seterusnya terpaksa menolak tawaran kerja sepenuh masa waktu tu demi keluarga.Pada saya, andai sudah berkeluarga, agak susah nak meneruskan kerja dengan kerabat sebab jadual yang cukup padat.

Tambahan pula H macam dah hint2, it’s about time for us to think about having kids. Anyway, saya tolak rezeki dengan kerabat, sebab saya fikirkan insya Allah rezeki saya pada anak dan keluarga pulak lepasni.Saya ingat panas sampai ke petang. Lepas saja saya habis cuti beranak, anak saya masa tu 8 bulan, H hilang kerja dan punca pendapatan.

Dia adalah antara pekerja yang dmakang masa recession 2017-2018. 6 bulan pertama habis semua gaji dan simpanan H digunakan.Lepastu, setahun setengah kami survive guna simpanan dan gaji saya. Simpanan saya sepanjang 12 tahun. Sejak dari tu, berkali-kali H rasa bersalah pada saya, dan setiap kali tu dia janji akan ganti setiap sen yang dia guna daripada simpanan saya, bila dia dah dapat kerja nanti. Pada masa susah kami ni, saya baru nampak, urusan kewangan H sangat caca marba.

Saya tolong selesaikan hutang H belajar di oversea dulu, hutang ASB H, hutang rumah H di Malaysia, hutang kereta H di Malaysia yang mak H guna, hutang kad kredit H dari 3 bank berbeza. Duit belanja untuk mak H dan mak abah saya, bayar gaji pekerja (masa ni kami ada perniagaan kecil tapi perniagaan tak menjadi sebab langsung tak ada untung malah saya keluarkan duit sendiri.

Sebab kasihankan pekerja yang juga adik H), bayar sewa kedai dan bil air elektrik internet kedai, bayar sewa rumah di negara Z (sebulan dalam rm5k), bayar kereta di negara Z, bil air elektrik internet di negara Z, dan perbelanjaan keluarga.Masa ni kami betul2 dalam keadaan susah. Tambah pulak sejak H hilang kerja, H hilang kelayakan untuk menaja diri sendiri dan anak kami. Kerja saya pula tak melayakkan untuk menaja H dan anak. Maka, setiap sebulan, saya, H dan anak akan terbang ke negara sebelah, dan pulang pada hari yang sama.

H dan anak masuk kembali ke negara Z menggunakan visa pelawat. Anak saya masa tu 9 bulan. Dan masih menyusu badan. Saya gigih temankan H sebab saya tak sampai hati biarkan H seorang handle anak kecil. Dan saya kasihankan anak saya jugak. Setiap bulan, inilah rutin kami. Penat tu tak payah cakap, tapi saya gagahkan jugak. Kami tak pernah nak mintak tolong dari keluarga kat Malaysia.

Saya tak nak mak abah saya risau.H pun saya nasihatkan jangan risaukan maknya. Kadang2 perbelanjaan untuk mak, mak abah kami terkurang, or missed. Tapi H akan mesej mohon diorang faham keadaan kami masa tu. Masa kesusahan kami ni, hadiah2 dah berkurang, duit hulur2 pun berkurang, lalu saya nampak siapa kawan, siapa lawan.Awal 2019, H dapat tawaran kerja, tapi di negara N. Alhamdulillah.

Walaupun gaji yang ditawarkan kurang banyak dari gaji sebelum H dmakang kerja dulu tapi sekurangnya kami ada pendapatan lebih. Anak saya pun akan mula persekolahan pada hujung tahun ni, maka two jobs are better than one. Dan H pun mula kotakan janjinya masa kami susah dahulu.Jujurnya saya tak harap, tapi saya ambil dan simpan pemberian H.

Mana tau andai kejadian dmakang kerja berulang, sekurang-kurangnya kami ada la jugak sedikit simpanan. Pada masa yang sama, since H dah takde kat negara Z, saya terpaksa mintak tolong mana2 ahli keluarga saya yang sanggup datang ke sini untuk jaga anak saya masa saya kerja. Nak upah maid, requirement nya memerlukan saya tinggal dalam rumah 2 bilik, sekurang kurangnya.Saya masa tu mampu sewa studio saja.

Menjadikan saya tak layak upah maid. Keluarga lah harapan kami. Saya sebolehnya taknak susahkan keluarga, tapi masa tu kami betul2 terdesak. Maka mak H, mak saya, dan adik2 saya yang tengah cuti belajar, menawarkan diri. Maka bergilirlah antara yang menawarkan diri ni datang ke Z untuk jagakan anak saya. Saya gunakan kelebihan kerja dalam industri penerbangan ni untuk bergilir bawak keluarga saya dan mak H, untuk tengokkan anak saya kat sini.

Saya elakkan untuk hantar anak saya pulang membesar kat Malaysia, sebabnya saya sendiri membesar jauh dari mak abah saya, membesar bersama tok dan pak/mak saudara.Sampai sekarang saya merasa terpinggir dan agak independent dalam keluarga. Saya tertanya jugak kenapa cuma saya, kenapa tak adik beradik lain? Dan saya taknak anak saya melalui perasaan sama.

Sekurang kurang nya saya kat sini, keluarga kami hanya tolong tengokkan anak saya sepanjang saya bekerja saja. Habis kerja, saya yang jaga. Dan saya hulur sikit untuk ahli keluarga yang datang tolong. Kerja saya ni ikut jadual yang berubah ubah setiap bulan, dan masa kerja saya tak tentu siang malam pagi petang. Bab makan saya tak cerewet. Kalau tak sempat masak, saya beli luar.

Saya tak include scope memasak pada keluarga kami yang datang tolong.Keutamaan saya cuma anak saya. Tak perlu pening kepala pasal rumah dan lain2 hal yang melibatkan saya. Kalau diorang tolong masak dan mengemas, saya bersyukur dah. Kalau tak, samada saya masak/beli luar, dan saya kemas rumah bila off. H pun dah terbiasa dengan cara ni sebab dia faham kerja saya sangat sangat penat.

Kadang kalau kerja teruk sangat, lepas kerja, saya balik tidur tak keluar bilik, abai makan abai anak, just sekadar berehat untuk syif kerja seterusnya. Bukan saya nak kata kerja saya paling teruk, kerja semua orang pun teruk. Tapi since masa kerja saya agak tak normal, mentally and physically exhausted tu dah macam makanan bagi saya. Baru-baru ni, kami sekeluarga pulang ke Malaysia. Sampai je KLIA, kami balik selatan.

Itu memang rutin, andai kami balik Malaysia, selatan dulu kami tuju. Masa hari terakhir kami di selatan, sebelum kami berangkat balik ke utara, saya dikejutkan dengan H menangis masuk bilik, dan suruh saya kemas barang dan masuk kereta.Saya tergamam cuba mintak H bertenang tapi H berkeras suruh saya keluar. Masa nak keluar rumah dalam keadaaan terpinga-pinga, saya cuba salam dan peluk mak, tapi mak elak dan katakan mak tak pernah dengki iri hati busuk hati apa2 dengan saya.Saya betul2 lost masa tu.

Apa yang mak cuba bagitau? H dah kat luar, dok suruh saya masuk kereta. Saya masih tak berganjak selagi saya tak salam tangan mak. H hilang sabar, masuk semula ke rumah dan minta maknya ulang kembali apa yang baru disampaikan pada H sebentar tadi, yang membuatkan H menangis. Saya ni tergamam tengok drama dua beranak ni. Mak seolah olah cuba elak berhadapan dengan situasi. H desak jugak mak untuk berkata jujur.

Akhirnya mak meluahkan apa yang dirasa.Mak cakap H dah berubah. Mak merasakan saya melarang H sayang peluk cium mak macam dulu. Dia merasakan H banyak berubah kerana saya hasut dan saya dengkikan hubungan H dan mak. Mak merasakan saya melayannya seperti orang gaji sepanjang sebulan keberadaannya di rumah kami di negara Z. Saya terduduk bila dengar mak H cakap macamtu.

Saya cuba bertenang dan tanya, ‘bahagian mana yang mak rasa R ni layan mak macam orang gaji?’ Mak tengok muka saya dan jawab: Saya berak tak pam dan harapkan mak yang pam. Saya suruh mak pesan-beli makanan sendiri. Pernah sekali saya dan anak saya seharian tiada sakit perut cirit birit, sedangkan mak claim dia makan apa yang saya dan anak saya makan, tapi dia seorang cirit teruk.

Mak seolah superstitious dan cuba menyalahkan saya dalam hal ni.H langsung bangun pertahankan saya. Dia sedia maklum dengan keadaan tandas rumah kami, yang masa tu sentiasa rosak. Kadang dah pam pun, tahi keluar balik. Saya sayai ada sekali mak tegur pasal tu, dan saya cakap dah pam & agaknya terkeluar balik & saya terlepas pandang hal tu.Saya ada maklumkan pada H pasal hal kerosakan tu. Kami dah bagitahu pihak pengurusan studio, tapi tak boleh buat apa katanya pasal tekanan pam rendah.

Itu alasan diorang, tapi mak tak clarify pun pasal ni, and it was a one time thing, terus kena macam ni ke? Seriously pasal berak tak pam?Dan pasal pesan-beli, ia memerlukan kad & phone saya untuk pesan-beli. Mana mungkin saya suruh mak pesan sendiri. Reti ke dia nak guna app pesan makanan dan walhal app dalam phone saya. Sumpah tak masuk akal. H pun sedia maklum dengan saya yang kalau bab makanan, saya ni sentiasa beli lebih.

Dapur sentiasa stocked up. Tak pernah saya kedekut hal makanan.Silap saya bila saya mintak mak bagitahu pada saya apa mak nak makan, so that saya boleh order. Tengok pamphlet mana yang mak nak, nanti saya orderkan terus dari app untuk dia makan. Mana saya tau mak nak makan apa. Bila mak cakap mak kenyang dah masak&makan, I took her words seriously dan tak order apa2. Now it became an issue for her.

Masa ni saya faham apa kaum laki rasa bila tanya gf nak makan apa dan gf jawab tak lapar; IT’S A TRAP.Bila mak sebut je pasal mak seorang cirit dan saya&anak takde apa2, saya menggeletar hilang sabar. Saya tanya balik, apa yang mak maksudkan? Mak diam. Mak cuba cakap saya ni guna sihir ke? Mak diam. Dan dia kemudiannya bagitahu yang pada hari dia cirit tu dia berpuasa dan berdoa pada Tuhan andai saya ni ada dengki pada dia, tunjukkanlah. Makanya dianggap cirit tu sebagai tanda saya ni dengki pada mak mertua sendiri.

Saya hilang sabar. Saya dah menangis-nangis masa tu. Fitnah saya menyihir ni saya tak boleh terima. Abah saya sakit dari muda sampai tua pasal orang menyihir rebutkan jawatan, rebutkan tanah, saya faham sakit disihir orang tu macam mana.Sejahat-jahat saya, saya tak gila lagi nak bersekutu dengan setan. Saya menangis-nangis hilang akal sampai bersumpah kalau betul saya yang sihir mak mertua saya, Allah tarik je nyawa saya dan anak saya masatu.

Ya Allah sakitnya rasa bila kena fitnah. Saya betul2 kecewa sangat masa tu. Saya hilang langsung pertimbangan.Mak jadi makin galak bila tengok saya hilang akal. Masa saya terduduk menangis sambil dukung anak saya, dia datang depan saya dan jari telunjuknya di tunjuk2 depan muka saya sambil cakap tak payahlah menipu. Dia tau saya ni hati busuk. Penipu. Kuat dengki. Dengkikan dia.

Busuk hati pada dia. Hipokrit.Ayat ni berulang ulang dia cakap depan anak saya dan H. H menangis suruh mak nya berhenti sambil berusaha pertahankan saya. Anak saya masa tu tutup telinga. Bingit kot pagi2 terjaga dah kena hadap drama. Saya? Menangis sambil teringat mak abah saya.Saya kumpul kekuatan. Saya menangis mintak H untuk pulangkan saya pada mak abah cara elok.

Saya suruh H balik pada mak. ‘Syurga awak dengan mak. Pulangkan saya balik macam mana awak mintak saya kat mak abah dulu’. Saya nekad. H terdiam tengok saya dan istighfar.H ajak saya balik. Ditarik nya tangan saya sambil menangis. Saya turut. Sampai pintu keluar, mak campak ke tanah duit2 pemberian H. Di menjerit-jerit pada saya yang saya perempuan tak elok.

Perempuan tak layak dmakat isteri. Disuruhnya H cari isteri lain dan tinggalkan saya. Di ulang-ulang perkataan hati busuk, perempuan tak elok sebagai isteri pada saya.Sisi lain mak keluar masa tu. Dah macam kena rasuk pun ada. Masa ni, lama saya berdiri depan pintu, membelakangkan mak sambil telan semua caci maki dia kat saya. Saya ingat sebutir sebutir setiap caci maki mak kat saya.

Sepatah saya tak melawan.H start kereta, terus gerak. Terhuyung hayang kereta H bawak. Saya suruh H stop tepi. Lama kami menangis sama2. Tapi H decided untuk patah balik, sebab H nak mintak izin pulang pada maknya. Saya tak tau apa jadi lepas tu sebab saya tak dibenarkan H untuk ikut masuk ke rumah.Masa tu saya masih lagi dok tersedu sedu menangis dalam kereta.

Anak saya terdiam kat car seat. Lepas H dah setel urusan dengan mak nya, H keluar sambil menangis. Terus kami gerak pulang ke utara. Sepanjang jalan kami banyak diam. Kejap2 kami berhenti tenangkan fikiran. Saya dengan nangis tak payah cakap la.Jujurnya, saya trauma. Sampai sekarang, out of nowhere saya akan suruh laki saya pulangkan saya pada mak abah saya.

Saya tak mintak kawin kalau macam ni drama nya. Saya rasa lepas je kejadian kena hina dengan mak mertua sendiri, saya jadi ralat dengan situasi.Yang buat saya terpikir panjang dan ralat; sebenarnya saya dah cukup senang dengan kehidupan saya yang bujang dulu, kenapa perlu saya kahwin dan tambah masalah? Saya dah tenang aman damai cukup makan pakai, bahagia dengan family saya.

Kenapa saya bodoh sangat pi terima nak menjaga anak orang? Mak rasa H adalah anak terhebat terbaik serba serbi cukup jaga diorang anak beranak, kenapa perlu tambah saya yang bermasalah dan tak belajar tinggi ni?Disebabkan drama ni la, saya mengsaya kat H lepastu, saya menyesal kahwin. Kalau ada masalah kat H, kenapa saya yang disalahkan?

Padahal saya baru hidup dengan H 6 tahun. 30 tahun lebih H bukannya saya yang jaga, kenapa saya yang disalahkan andai H ada buat silap? Dan H is not a kid anymore, for God’s sake.Selama saya hidup, saya tak pernah berhutang, tapi H ajar saya ambik pinjaman bank, makan riba. Sebelum saya kahwin saya hidup bebas hutang berdiri atas kaki sendiri sesen pun saya tak menyusahkan family saya atau orang lain.Ingatkan lepas kahwin katanya akan ada imam akan tunjuk jalan, guide saya ke jalan yang lebih membahagiakan.

Sekali kawin dengan laki yang ajar makan riba lepastu dapat pulak pakej kena hina dengan mak mertua. Simpanan saya pun habis licin. Ni kalau mak abah saya tau hal ni, menangis saya rasa. Saya tawar hati sungguh. Saya sedar saya orang luar tapi saya tak mintak pun nak kawin dengan H. Ambik anak orang elok2, kalau dah meluat sangat, pulangkan cara elok. Bukan dengan maki hamun. Kalau anak2 mak pandai cakap suruh paham situasi mak la bagai, habis saya ni takde situasi?

Saya ni anak takde mak bapak ke yang sedap kena hambur macam anjing? Memang mudah bercakap, mak yang lahirkan dan besarkan kita, habis saya ni mak bapak saya tak besarkan ke sebabtu sesedap rasa orang luar boleh hambur macam2? Saya kecewa amat dan saya takde harap apa lagi dah dalam perkahwinan kami.Jujurnya saya menyerah. Saya taknak tanggung dosa jadi menantu hantu tapi H tetap taknak lepaskan saya.

Saya taknak H tanggung dosa sebab tersepit antara saya dan mak, jadi eloklah saya dilepaskan.Andai H baca nukilan saya ni, jujurlah pada situasi. Saya taknak dia menambah dosa dengan mak sendiri. Lepaskan lah saya. Saya bukan lahir kat dunia ni untuk jaga anak orang. Biar saya jaga diri sendiri lepasni.

Saya ingat dengan berkahwin ni saya akan dilindung. Bukan saya yang kena melindung. Tengok dari keadaan kita sekarang ni, jujur saya penat.Saya mintak, kesiankan lah saya. Lepaskan lah saya. Saya taknak H tanggung dosa. Insya Allah isteri boleh cari lain. Mak kita tu la satu. Awak balik pada mak awak syurga nan satu. Tolong. Jangan kejam seksa saya macam ni. Saya tak sanggup.

– R (Bukan nama sebenar) via iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *