Bila aku kerja cashier, adik bradik sume hina aku. Tapi semua respect aku bila aku buat sesuatu pd rumah ibu.

Nama saya Tiha. Umur saya 28. Saya anak bongsu. Dari 6 beradik. Semua adik beradik saya kerja bagus. Kerja kerajaan. Gaji banyak. Ribu riban. Dah ada kereta mewah, ada rumah sendiri. Rumah lebih daripada satu. Siap boleh sewakan dekat orang lain. Dalam semua anak ibu, saya sorang je kerja merapu. Hehe. Maksudnya, kerja biasa. Kerja bukan kerajaan.

Saya kerja area manager, dekat satu retail outlet. Dah lama dah kerja ni, kerja merapu. Bak kata adik beradik saya.Saya tertanya-tanya juga kadang tu. Salah ke saya kerja macamni. Teruk sangat ke kerja saya. Hina ke kerja saya. Takkan sebab saya takdapat kerja kerajaan, saya kerja biasa ni kena cop kerja merapu. Dulu, masa mula mula kerja.

Kerja cashier. Teringat masa tu. Masa tu umur 19. Masa tula masa yang paling hina saya rasa. Bila berkumpul adik beradik, sayalah yang paling hina sekali. Terasa, terasa sangat.. Bila saya memilih kerja daripada belajar. Semua orang mengata saya. Bandingkan saya dengan sepupu sepapat yang sama baya. Semua masuk universiti. Semua dapat kerja kerajaan.

Saya sorang je kerja merapu ni.. Orang kata kerja takda masa depan.Siap tolong kirakan gaji saya, berapa jam kerja dengan gaji saya. Murah, saya tahu murah. Tapi sekecil kecil gaji saya pun tak pernah pun saya minta tolong dengan sesiapa. At least, gaji tu cukup dengan kehidupan saya.Saya bawa bekal setiap hari.. Masak sendiri. Bawa air dalam botol sendiri. Itupun orang mengata.

Orang kata saya tak mampu nak makan luar. Berjimat sangat. Sedangkan kan bagus bekal sendiri, terjamin bersih dan sihat.Sekali dua kata, okay lagi. Tapi kalau tiap kali balik berkumpul, cakap benda sama. Jadi bosan tahu tak. Jadi sedih. Tapi takpa. Saya pendam. Saya tahankan.Tiap kali hati saya terguris, saya akan pujuk hati saya. Ingat balik niat saya kerja ni untuk apa.

Saya kerja nak cari duit, nak jaga ibu, nak bahagiakan ibu.. Bukan nak kaya bermegah-megah, bukan nak disanjung orang. Bukan nak pujian orang.Tiap kali hati saya terluka, ibu akan tenangkan saya. Ibu akan minta saya abaikan cakap orang, ibu malah ucapkan terima kasih, sebab tak cari kerja jauh2, tinggalkan dia sendirian di rumah ni.Saya ingat yang tu je. Saya nak selalu dekat dengan ibu.

Apa apa hal, ibu sakit ke apa, saya ada. Saya nak selalu bahagiakan ibu. Apa dia nak, saya nak tunaikan.Dan tahun demi tahun berlalu. Dah ada peningkatan dalam kerjaya saya, dah naik pangkat. Dari cashier jadi assistant, dari assistant jadi supervisor, dari supervisor jadi asisstant manager. Perlahan, saya tahu perlahan. Progress yang lambat.

Tapi nikmatnya saya rasa. Berkatnya saya rasa, manis.Dari gaji saya RM900. Sekarang gaji saya RM4500. Cukup. Terlebih cukup untuk saya hidup berdua dengan ibu di pekan kecil ini. Dah dua tahun berturut turut, saya terpilih ikut lawatan syarikat ke luar negara.Tiap minggu bawa ibu berjalan, ibuan di tempat yang v1ral. Mana tempat baru, semua ibu nak cuba.

Belikan emas untuk dia beberapa bulan sekali, belikan pasu untuk dia penuhi masa lapang dia. Kalau orang tengok saya yang sekarang, orang takkan percaya apa saya dah lalui hampir 10 tahun dulu.. Bila dah senang sikit ni, barulah adik beradik berhenti mengata. Siap ada nak pinjam duit pun ada. Ingat orang kerajaan kaya sangat, hujung bulan korek celah sofa juga. Kaya loan je. Huhu.

Jangan trigger, bukan semua.Kalau saya, dapat kerja kerajaan. Bersyukur sangat. Sebesar besar rahmat dah rasa tu. Orang pandang tinggi, orang respect. Gaji tetap, ada masa depan. Yang penting, boleh bantu ibu ayah.Tapi adik beradik saya, macam malu nak mengaku asal orang susah. Kawan dengan dato dato yang ada bmw, vellfire. Balik kampung sekejap pun banyak mengomel.

Nyamuklah, panaslah, kotorlah. Dulu tak macamtu pun. Sejak akhir akhir ni la perasan. Makin sombong. Makin berlagak. Nak cakap apa ikut sedap hati je.. Suka rendahkan orang, sesuka hati. Konon dalam dunia ni dioranglah paling cerdik dan pandai dalam segala hal. Semua orang lain lowclass. Takda wawasan.Jadi demi keselesaan ibu saya buatlah rumah ni bagi elok lagi. Bagi ibu selesa. Ibu saya ni pun satu.

Suka menyimpan barang tak guna. Saya tau, ibu kau pun sama kan. Jadi tanpa belas kasihan, saya buang jela. Supaya rumah ni sentiasa bersih dan lapang. Haha. Bila rumah dah cantik, rajin pulak diorang balik.. Yela dah selesa kan.Nak tolong kemaskan atau nak tong tong duit cantikkan rumah ibu ni memang tak la. Tahu nak komplen je. Bila orang buat pandai nak tumpang.

Taktau susah payah saya cari indon yang boleh pasang tiles upah murah. Taktau susah payah saya habiskan hari cuti mengecat rumah ni sendirian. Sehari je saya cat, besok saya saya upah indon sambung cat sebab saya dah tak larat.Yang sedih sangat. Ibu saya macam tak selesa bila abang saya balik. Sebab dia suka komplen pasal rumah ni la dulu kan.

Kesian ibu.. Terguris hati ibu. Kata kata yang kasar dan pedih. Tapi sejak saya dah besar ni, sorry ya. Jangan berani sesapa nak lukakan hati ibu.Saya akan jadi perisai yang jaga hati dan jasad ibu, takda sapa boleh lukakan hati ibu lagi. Balik rumah pakai tuala rumah ibu, tuala ibu berbulu kasar tak macam tuala hotel. Eh saya sound je balik, lain kali bawa balik tuala sendiri, jangan nak bising2.Bila saya dah senang sikit ni, barulah diorang berhenti mengata dan merendahkan saya.

Barulah diorang respect saya selayaknya manusia. Barulah diorang berhenti membandingkan diri saya dengan diorang.Memang hidup ni sekejam tu ke. Masa kita dibawah, kita dihina. Bila berduit, baru orang pandang kita. Lupakah kita. Hidup ni macam roda.. Akan berputar, bukan selamanya kita di bawah. Akan tiba satu saat kita di atas.Takkan nak tunggu kaya raya baru orang nak hormat? Ya. Jawab hati saya sendiri.

Kita hidup di zaman yang kebanyakan manusia hidup berkiblatkan wang ringgit. Ada duit, welcome. Kau miskin, boleh blah.Sedih. Sad truth.Tak semua orang nak jadi kaya. Ada orang bahagia dalam kesederhanaan. Saya pun walaupun tak kaya pun, saya rasa hidup saya dah sempurna. Ada myvi lagibest, ye pilihan ibu saya. Dia nak sangat warna kuning.

Saya nak warna hitam. Haha.Ye myvi je, bukan honda pun. Tapi saya bahagia. Boleh jalan jauh. Shopping puas puas dengan ibu, lepastu tidur hotel mana mana. Macam vacay. Every month.Saya happy, ibu pun happy. Dalam kesederhanaan. Menghargai dan dihargai.. Berhentilah mencari bahagia. Live your life. Hargai setiap yang datang, ikhlaskan setiap yang pergi.

Bahagia akan datang sendiri tanpa perlu dicari. Membesar tanpa seorang insan bergelar ayah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Saya struggle dari kecik sampai besar, membesar tanpa ayah. Ada ibu je. Jadi saya sangat menghargai ibu.Dulu masa ayah ada, selalu dia bawa ibu jalan. Lepas ayah takda, ibu dah lama tak jalan ibuan angin.

Bila saya dah besar, dah bekerjaya. Dah ada kereta, saya bawa ibu jalan puas puas. Semua tempat yang dia nak. Sebab adik beradik lain pergi melancong mana mana tak pernah pun pelawa ibu. Sedih tau. Pergi mana mana, tak cerita kat ibu, jauh sekali nak pelawa ibu.. Ibu ada f@cebook.Bila dia cakap, tengok ni Aliff (abang saya) dengan family pegi Krabi lahh. Seronoknya. Bayangkan. Rasa hancur hati saya.

Abang pergi dengan kawan kawan dia. Trip dato dato. Takkanlah nak bawa ibu yang kampung ni kan..Takpa. Kalau kau semua tak boleh bawa ibu, biar saya yang kerja merapu ni buat.So korang yang mana masih ada ibu ayah tu. Tolonglah, tolong hargai mereka.Bila dah senang sikit ni, selalu doa minta Allah pegang hati saya semoga saya tak mudah lupa diri.

Semoga saya dijagaNya, semoga hati saya sama ikhlas macam dulu walau berapa pun duit ada dalam simpanan saya. Semoga dengan kemewahan yang tak seberapa ini saya dapat bantu lebih ramai insan memerlukan.Akhir kata, tujuan saya confess ni cuma nak mengingatkan sesama manusia bahawa hidup ini cumalah persinggahan yang sementara. Tiada yang abadi. Jadi buatlah kebaikan sebanyak banyaknya.

Miskin atau kaya itu bukan alasan untuk kita berhenti menyebarkan kebaikan..Banyak banyakkan dengar lagu Opick, lagu dia kalau dengar sejuk hati. Tenang je. Ini tak dengar lagu K Clique, tercucuk dah masuk, amende semua tu? Tu semua rosak tahu, rosak.Dan kalau ada adik beradik yang kerja biasa biasa, janganlah hina dia.

At least dia kerja. Dia usaha cari rezeki sendiri. Dia tak susahkan orang.. Kerja biasa biasa pun kalau ikhlas, gaji tu berkat tau.. Support dia. Dia kerja keras. Kenapa nak hina dia?Semua manusia layak dihormati.. Sapa pun dia, apa pun kerja dia. Kita takda hak nak downgrade kerja orang lain.. Dan, selagi ibu ayah masih ada.. Selalu jenguk mereka.

Jangan tunggu jasad tua tu dibalut kafan baru kau nak menangis sampai keluar air mata darah. Sekian peringatan. Bye, nak bawa permaisuri gi ibuan cendol. Pipi dia dah merah2 hehe.

– Tiha (Bukan nama sebenar) via iium confession

Antara komen ntizen.

Encik Pazil : Jenis manusia lupa diri…selalunya org mcm ni mak dia takde bru sibuk nk cri…bru terkenanglah apalah,mulut pun blh tahan…nk condem org pun beragaklah,rezeki org lain2..lgi2 adik beradik selalu bgi kata2 sokongan nk majukan diri. Mujur aku xde adik brdik yg mlut mcm ni..klo ada aku setepek berkali2 aku bgi. Dasar asal lumpur xkn berubah klo pergi mna2 pun

Permaisuri Hati : Love dik baca story adik. Mmg apa adik luahkan ni betul sgt2 pd dunia akhir zaman ni. Bkn semua, tp segelintirnya begitu. Hidup berkiblatkan harta duniawi. Miskin, shuh shuhhh.. Xkenal.. Kaya, yes you’re my friend.. You’re my love husband.. Bila Allah uji sekelip mata je boleh berubah.. Masa tu baru tahu langit tinggi rendah..Teruskan dik membahagiakan hati ibu.. Lantak ckp2 org yg menghina. Yg penting kita tau niat hati kita..

Ej Jas : Kerja mana2 pun jnji halal dan ikhlas…. Tahniah awak…. Apa2 kita bersederhana….. Sebab ke depan lebih bnyk dugaan… Berjuang masa ini, tidak mengapa….. Ingat Masa kehadapan…. Still maintain attitude merendah diri, bahagiakn ibu Insyaallah berjaya dunia dan akhirat…adik beradik ko tu lantakkkkk kn je… Dah terkena Bru paham.

Izzan JoeFiqri : Camtulh dik ada sesetengah org kerje kerajaan tu gred x tinggi manapun tp kalau blk kg rumah parentnya menghinanya mcm lahir2 terus atas dulang emas..

Apepun tahniah utk adik sbb sanggup korban kn perasaan sendiri demi kebahagian mak.. Insyaa allah syurga buat mu dik.

Fuwato Chairun : Subhanallah…bestnya jadi cam awak. Maksud saya dari segi semangat. Saya ni harap je belajar sampai masters tapi still tak boleh nak kerja dengan orang. Saya ada perasaan gugup bers0sial dengan orang. Lama dah saya pendam rasa ni dan saya tak pernah pergi jumpa doktor nak tanya masalah saya hadapi ni. Sebab nak jumpak doktor tanya masalah saya pon saya takut. Sekarang saya buat youtube video masak2 sebab tu je kemampuan saya ada. Alhamdulillah dapat jugak duit walaupun tak banyak. So saya takut bila fikir pasal life future saya yang still xnampak lagi kejayaan.Saya bagitau benda ni kat parents & siblings, saya dikata manja&mengada2, padahal 6 bulan praktikal dulu, saya rasa macam nak mati (bukan bunuh diri ye, perumpamaan saja) sebab terlalu takut kerja dengan orang. Saya rasa semua orang kat tempat kerja tu macam hina saya, mengata saya etc., dok tengok cara saya kerja.. sampai ada sorang ni kata saya bendul, down terus saya bila terdengar. Tapi bila hari last praktikal tu saya termenangis depan sorang colleague sebab ada antara depa yang treat saya lembut sangat, dan saya terharu. Jangan putus semangat ye awakteruskan bekerja dengan aman. Tolong doakan Allah berikan kejayaan saya ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *