Aku dibuang kerja dan skrng menganggur . Tapi hairan aku bila isteri dan anak happy bila aku tak kerja.

Assalamualaikum dan hai. Saya cuma nak kongsi pengalaman pasal rumahtangga saya pernah ditimpa musibah kewangan dulu. Perit waktu tu nak harung, tapi macam orang putih kata, You lose some, you gain some. Waktu income tengah stable, saya mengajar kat kolej swasta, wife di government. Kami jugak dah ada dua hero. Sulung dah 3 tahun. Second baru 1 tahun.

Life is very ok.

Sampai satu hari, company saya membuat pengecilan operasi. Mungkin dah rezeki saya waktu tu, saya antara yang diberhentikan. No pampasan. Memang tertiarap betul. Susah nak cari kerja yang berdekatan rumah. Kalau ada vacancy pun di negeri lain. Itu pun kalau dapat.Waktu job searching period, saya memang jadi stay at home dad.

Mental weh bila life kau downgrade. Kau dah ada anak 2, kecik lagi, tapi kau bangun tidur hari2 as jobless dad. Of course, saya memang segan dengan wife. Saya tengah gagal jadi breadwinner waktu tu.So, nak encounter malu tu saya cuba jadi lebih involve dalam hal makan pakai anak, jaga rumah.Kalau dulu saya wife gilir2 mandikan basuhkan kencing berak anak, sekarang saya buat handle semua.

Kalau dulu, wife jaga dapur & bilik, saya jaga ruang tamu & luar, sekarang saya take charge semua.Dulu wife kalut nak kejar spot parking, sekarang rileks dah ada driver pergi & balik. Tak kalut dah gilir2 hantar anak kat pengasuh. Kerja wife sekarang, balik masak, menyusu anak second & rileks je.Lepas handle semua ni, mood wife boosted up. Happy manjang.

Banyak benda boleh bersembang sekarang. Dua-dua happy sebab wife penat kerja balik rumah tak payah buat apa2, saya pulak tak ada beban kerja harian. Kerja saya urus hal anak & rumah je. Anak-anak pun saya rasa hepi. Sebab saya dah makin kuat melayan peel diorang.Ambience happiness ni lain sangat daripada waktu saya dan wife sama2 bekerja. Sampai satu tahap, saya rasa kena giveup cari kerja.

Kalau saya kerja, benda akan jadi macam dulu balik. Saya tak rasa wife & dua anak saya akan happy.So saya give up dengan jobstreet & linkedin. Saya terus join commision based work sebab everyone can join. I have to choose this path supaya saya boleh ada income untuk family dan ada flexible hour untuk anak bini. Alhamdullillah, murah rezeki saya dalam bidang ni. Life dah jadi okay balik dan saya still prefer wife balik rumah masak, menyusu anak & rileks.

Sebab walaupun masa saya tak selapang waktu jobless dulu, tapi kerja saya tak stress.So saya la yang patut amik stress urus rumahtangga. Wife tanggung stress kat ofis dia cukup.Tapi standard laki, mesti ada moment malas kadang-kadang. Saya mintalah tolong wife handlekan sekali sekala. Wife memang okay je.

Okay point saya nak kongsi, pada suami-suami yang tengah hilang kerja sekarang, kita cuba bantu senangkan kerja isteri semaksimum mungkin dulu. Sebab saya percaya bila kita senangkan kerja orang, tuhan akan senangkan apa yang kita tengah usahakan.Kasi wife happy ni penting. Isteri kalau dia dah happy, nanti dia akan doa macam2 yang baik untuk kau.

Isteri kalau stress kerja then balik kena urus rumah lagi, percayalah, kadang2 dia lupa nak doa kat kau. Sebab penat weh.Doa seorang isteri ni lah penting sebab kita suami kena sedar yang kejayaan hidup kita ni bergantung pada doa2 anak isteri kita.Gaji tiap2 bulan yang kau dapat tu adalah rezeki anak isteri kau.

Kita suami ni, tuhan jadikan sebagai saluran saja.My last word. Jika kita ada masalah dalam hidup, cuba be a good husband first. Then solution will come.

Insya Allah.

– KHH (Bukan nama sebenar) via iium confession

Antara komen ntozen :

Emma Nazria : Setuju! Wife x kisah pn penat kerja klu suami jenis mcm ni. blk umh bersih, ank2 dh mandi, xde pinggan n kain baju berlonggok wow Terus mood sampai kebintang. ko mintak la msk apa mesti on je..ni yg byknya laki x kja, ank kena anta pengasuh lg. Blk umh mck tongkang pecah. Baju nk kena cuci lipat. Nk kena msk lg. Dh la kena beli sendiri lauk n bahan msk. Kena hidang kena plk kemas lepas mkn. Eh baik kau men1nggal je.

Princess Hidayah : Suami mnnganggur tp tolong isteri jd surarumah buat semua kje rumah n jg anak bg sy it’s okey in Sha allah mesti isteri pun redha.. pastu suami plak baik.. Dr suami pemalas xnk tolong Satu apa pun jd biawak hidup tu baru la x ok.. same JG buat isteri surirumah jgn la berkira kadang2 suami x mmbntu pas balik kje,. Kalu suami baik, xberkira lngsung belanja isteri n ank2 pastu bertangjawab buat jela kje rumah ngan ikhlas.. in Sha Allah besar ganjaran para isteri..

CT Hajar : walaupun menganggur tapi setelkan hal rumah mudahkan urusan isteri ..sbb tu isteri happy dan xberkira mengungkit bab duit….jgn dh kau menganggur,jadi biawak pulak kat rumah…isteri kena buat semua…mental fizikal penat…Mula la isteri nak jadi singa nak mengungkit segala benda…last isteri gak kena cop xbau syurga….apa2 pun berbalik kat suami…

Sarah akmal adam : Sorry tp sy x setuju dgn life mcm ni sebab seolah2 mendidik lg ramai org lelaki bangsa Melayu lg malas usaha lebih, kerja lebih utk carik rezki… Perkara ni akan jadi satu trend actually sy mmg nampak dah ramai couple Melayu hidup mcm ni… iaitu isteri income lebih dan si suami sekadar kerja ala kadar utk tanggung keluarga walaupun si suami ade buat kerja2 rumah sekali pun. Islam pun dah ajar kita mmg org lelaki tugasnya utk carik rezki kalo wife nak tolong terpulang kt wife tu. I’ve been in that life before i helped my husband lots in financial stuff so i know. Maybe bagi si suami ni romantik lah life dia jadi surirumah lelaki tp jelas sgt byk perkara berkaitan duit diselesaikan oleh wife nya. Tak bagus didik anak2 dgn pemikiran mcm ni. A man is still a man u need to work hard for ur family.. rezki Allah mencurah2 apabila seorang lelaki berusaha bersungguh mencari rezki utk keluarganya.. dlm Quran pun ada ayat psl ni kan?

Muhammad Firdaus : kau suami yang baik, kalau lelaki lain, jadi biawak dah, tapi kau ada juga akal dik, tak kisah sebenarnya suami kerja apa asalkan ada income dan nafkah dia cover, bukan harapkan isteri cover atau kongsi, itu tak de punai…bab urus rumah tangga tu, bagus tu…kau nampak hikmah kena berhenti kerja dan duduk rumah, andai dengan itu kau mampu lihat bahagia pada mata dan jiwa isteri dan anak2 kau, teruskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *