Ibu selalu hina aku sbb aku gemuk dan hodoh. Time balik kg CNY aritu ibu halang. Pelik aku. Rupanya ibu sanggup buat perkara tu bila aku takda. Patutlah.

Ibu,

Angah harap ibu sihat selalu hendaknya. Dilimpahkan kesihatan yang memudahkan ibu untuk beribadah dan meneruskan kehidupan seharian dengan bahagia. Angah menulis surat ini, bukanlah untuk menagih simpati ibu, mahupun sesiapa. Angah tahu, jika Angah mengirimkan surat ini secara peribadi kepada ibu, ibu akan terus-terusan mencebik-cebik dan mengejek-ejek setiap inci isi surat Angah ini.

Entahlah. Angah pun kadang-kadang tak faham dengan ibu. Apa salah Angah ye, ibu? Angah bukan tak cuba tau nak jadi anak ibu yang baik, yang solehah. Angah dah cuba. 33 tahun Angah cuba untuk menjadi anak yang baik.

Walaupun seringkali Angah kalah dengan rasa marah dan perasaan tidak adil menyerbu-nyerbu dalam hati. Tapi, Angah tetap cuba ibu. Angah cuba. Tapi, entahlah. Kejadian baru-baru ini, buat Angah rasa, sungguh Angah ini tiada nilai. Tiada apa pun untuk ibu banggakan dari Angah, kan? Angah seringkali dibandingkan dengan anak-anak orang lain. Anak orang tu kerja elok, anak orang tu dah kahwin, anak 3, anak orang itu begini, anak orang itu begini.

Ye, Angah tahu. Sepanjang 8 tahun Angah bekerja, hidup berdikari, Angah tak delah kerja bagus macam anak orang lain. Kalau orang tanya, Angah bagitahu Angah kerja admin. Tapi, kalau Bahasa orang kampong, admin tu samalah macam kerani kan? Ibu malu ye, dengan Angah? Dari dulu Angah nak tanya. Ibu malu ke ada anak macam Angah?

Ibu malu ke ada anak yang tak pandai, gemuk, tak cantik dan tak kerja bagus macam Angah?

Malah kalau dibandingkan dengan adik-adik pun, layanan ibu pada Angah berbeza sangat.Bukan Angah tak cuba nak bersangka baik, banyak kali dah ma. Mungkin ibu tak pernah bezakan kasih sayang tu. Mungkin tu semua perasaan Angah semata-mata.Tapi, siapalah yang sanggup untuk terus bersangka baik, kalau balik-balik perkara yang sama diulang-ulang.

Contohnya, Angah bukan tak pernah masakkan untuk ibu. Tapi, balik-balik, ibu cakap, masakan Angah kotor, jijik untuk dimakan, masin, itu ini. Tapi, masakan menantu ibu yang belum tentu kena selera tu, ibu puji bukan main.Sampai Angah pelik, apa yang kurangnya masakan Angah di tekak ibu.

Sedangkan, bilamana Angah memasak untuk kawan-kawan mereka tidaklah mengatakan makanan Angah itu selayaknya dibagi anjing makan atau apa pun seperti yang ibu pernah katakan pada Angah. Jadi, mana kurangnya ye, Angah ni di mata ibu?

Sama juga macam baru-baru ni. Cuti Raya Cina tu 3 hari tau, ibu. Kalau pun Angah belum gaji, Angah memang mahu balik je ke kampong yang mungkin selepas ini agak sukar juga nak mencari cuti yang sederet 3 hari begitu. Tapi, apa yang ibu katakan pada Angah? “Tak payah balik!”

Alasan pelbagai yang Angah iyakan sahaja tanpa bertanya lebih. Balik kampong nak kemaskan semak samun laaa, nak buat itu ini. Tup tup, ibu bercuti bersama anak, menantu dan cucu-cucu kesayangan? Apalah salahnya kalau berterus terang. Bukan Angah ni tidak faham Bahasa atau pekak atau keras kepala.

Beritahu perkara yang sebetulnya, kan mudah?Tapi, ibu pilih untuk berdalih.Hmmmm. Siapa Angah ye di mata ibu? Ibu katakan Angah ini anak dara tua, Angah pendamkan. Ibu ejek-ejek fizikal Angah, Angah diamkan. Ibu perlekehkan kerja yang Angah ada sedangkan ia kerja yang halal, Angah senyapkan. Apa lagi ma? Angah rasa, Angah jenuh dah mencari apa salah Angah pada ibu ni sebenarnya.

Dari kecil, alasan ibu, Angah anak jahat, anak derhaka. Hinggakan ibu tak sanggup menjaga Angah sampai kena hantar duduk dengan nenek setiap kali cuti sekolah atas alasan “Kau jahat, aku penat nak mengajar kau, biar orang pulak mengajar kau!” Jahat sangat ke Angah ni?

Adakah Angah ni menjual diri di lorong sampai h1na sangat Angah di mata ibu?Adakah masa kecil-kecil dulu, Angah mencuri tabung masjid atau mencuri anak ayam jiran sebelah sampai Angah digelar jahat dan tak boleh diajar? Pelik laaa, ma… Angah pelik!

Angah bukan orang yang vocal. By now, ibu patut tahu, Angah sejenis yang meluahkan perasaan melalui tulisan jauh lebih baik dari bersuara. Tapi, kerana itulah, Angah sering diejek-ejek. Diejek-ejek setiap surat yang Angah berikan kepada ibu. Sejak bersekolah asrama. Ada saja ejekan dan kata-kata sinis ibu mengecam tulisan Angah yang Angah berikan seikhlas hati buat tatapan ibu. Hingga Angah berhenti menulis. Hingga Angah trauma menulis.

Cita-cita Angah diperlekehkan dari kecil. Mahu jadi veterinar, diejek-ejek fizikal gemuk Angah dengan gajah. Diejek-ejek bakal dimakan singa dan harimau.Mahu jadi wartawan, diejek-ejek yang Angah bakal dibuang kerja awal kerana lembik dan tak tahan lasak.Sudahnya, Angah membesar dengan perasaan takut untuk berimpian, untuk bercita-cita.

Disogok kata-kata bahawa Angah sudah menempah tempat khusus di neraka kerana Angah anak derhaka sejak berusia belasan tahun. Ibu tahu tak semua itu satu perkara yang mendera jiwa?
Malah, Angah tak pernah ingat pon ibu ada puji atau mengangkat motivasi Angah.

Apa yang tertanam dalam kepala adalah kata-kata yang sering menghujam perasaan jauh ke lembah gelap. Tiada motivasi dan perasaan kebas terus menyerang.Sebab, Angah tak boleh ceritakan dekat orang lain, apa yang dah jadi dengan Angah, sebab nanti mengaibkan ibu. Angah tak boleh nak ceritakan dekat ibu juga, sebab ibu kata Angah bising, menyesakkan kepala.

Jadi, sebenarnya, apa fungsi Angah sebagai anak ibu, ya? Punching bag? Tempat pelepas nafsu amarah? Atau, sebagai tempat melampias nafsu maki hamun dan sumpah seranah? Hinggakan di usia 33 tahun ini, Angah hilang rasa untuk menyentuh realiti. Angah tak berani nak bercita-cita dan menanam harapan yang bukan-bukan.

Malah, untuk memulakan tali persahabatan dengan orang pun Angah takut. Sebab dalam kepala Angah, Angah ni jahat, Angah ni tak guna dan Angah bukanlah orang baik-baik, sebab tempat Angah dah tentu-tentu di n3raka sebab Angah anak durhaka!

Dan, mereka yang ada sebagai kawan, rakan, dan sahabat pun, hanya ada beberapa sahaja. Sebab ketakutan yang Angah bakal merosakkan masa hadapan orang itu lebih tinggi dari rasa mahu memberi kualiti yang Angah ada.Angah tak pasti apa yang ibu dah hadap satu ketika dulu, sebelum Angah ada di pangkuan ibu.Atau mungkin, kerana Angah anak perempuan?

Sebab, ibu melayan anak-anak lelaki ibu semanjanya. Anak perempuan ibu yang cantik juga mendapat layanan yang agak istimewa. Tapi, itulah. Angah boleh je tuliskan ini dan berikan pada ibu secara peribadi. Tapi, Angah tahu, ibu bakal mengejek-ejek Angah untuk 20 tahun mendatang. Sebab bagi ibu, ini suatu aib dan menjatuhkan maruah ibu sebagai mak kan?

Entah siapalah yang menjunjung ego sebenarnya….

Yang Benar,

– Angah (Bukan nama sebenar)

Surat Angah mendapat perhatian rakan kepada beliau seperti di bawah :-

Kau Angah kan?

Aku tak nak sebut nama dia. Sebab aku yakin, dia pon tak nak orang tahu dia siapa.Tapi, aku rasa, setelah sekian lama dia memendam rasa, dengan hanya orang-orang terdekat dan rapat je tahu betapa seksa jiwa dia, akhirnya dia bersuara. Dan, aku tahu dia membaca setiap komen korang.

Aku jugak baca setiap komen korang. Angah, kau tengok. Ramai sayang kau! Ye, aku terharu bila baca tiap satu komen korang.Cuma, aku rasa, mungkin Angah rasa sedikit terluka bila mana dia baca komen yang macam mengecam ibu dia.

Sebab, Angah ni walaupun dia dah luka berkali-kali dengan ibu dia, orang paling dia sayang adalah ibu dia, abah dia. Walaupun, kadang-kadang hilang akal dia dibuatnya melayan kerenah ibu dan tingkah abah dia. Aku nampak komen ajak dia pergi gym. For your information, Angah ni last aku update pasal dia, dia memang on diet.

Dan recently, bila aku view FB dia, she look radiant and a bit slimmer than before.Tapi, aku jugak nampak mata dia yang makin sedih dan kelam. Aku tak sure macam mana nak bagi korang faham.Tapi, jujurnya, Angah ni bukanlah perempuan terperuk menyepi di sudut dinding dan sejenis meratap menangis menagih simpati.Dia bukan orang begitu.

Korang kalau kenal dia, dia seorang yang sangat matang, independent, manis dan bagi aku dia cantik in her own ways.Bukan sorang dua aku kenal memuji interpersonal skills dan presentation skills dia.Dia intelligent. Sangat berpengetahuan. Kau bukak je isu dunia depan muka dia, dan kau akan rasa macam aku rasa. Kekaguman! Dia ulas isu tu mudah je.

Sebab pandangan dia berbeza dan as she always said herself, “I am twisted in so many ways kan?” sambil ketawa-ketawa.Tapi, satu je dia takkan sentuh. Hal ibu bapa.Berapa kali entah dia dah handle program motivasi, tapi, dia memang takkan sentuh bab ibu bapa ni.She even blank. Muka dia kosong tak beriak.

Yelah, everytime buat program motivasi budak-budak kan, mesti ada pasal mak ayah etc ni kan?Tapi, kau akan tengok dia duduk je dengan muka kosong, tak mengulas sedikit pun, walau diminta oleh kawan-kawan lain untuk menyumbang poin.Dia diam, dan aku tahu dia tengah tahan sesak dalam dada dia.Paling teruk pun dia akan menguap dan pura-pura mengantuk sebab dia dah tak tahan sangat nak menangis.

Itu Angah.Dia introvert, bermuka tenang, dan bagi aku dia wanita elegant. Dia pandai bergaya, dia tahu macam mana nak adapt dengan situasi dan memang boleh jadi pekerja cemerlang dekat mana je dia tercampak. Tapi, jiwa dia tu…

Kalau korang nak dia dekatkan diri dengan Allah? Heh! Salah besar! Dah berapa orang tak bertudung, jadi bertudung berkawan dengan dia. Dah berapa orang hilang arah tujuan hidup, jadi kenal Tuhan, bertaubat sejak kenal dia.Dan ada 2 orang yang aku kenal, dari tak kenal huruf Al-Quran, jadi lancar mengaji sebab tunjuk ajar dia.

Dia wanita yang terdidik dengan agama dan adab. Dan kalau pun ibu dia melabelkan dia sebagai produk yang gagal, aku rasa ibu dia dah salah besar.Kalau dibandingkan dengan anak-anak kesayangan ibu dia, Angah adalah produk yang cemerlang dan sangat berkualiti.Mungkin kecemerlangan itu tidak tertulis atas sekeping ijazah Angah yang tidak bertulis dekan.

Tapi, Angah je anak ibu abah dia yang ada ijazah!Adik perempuan dia yang cantik tu pun sekadar dekan diploma saja, kemudian berkahwin dan beranak!Jadi, Angah bukan produk yang gagal.Tapi, aku tahu. Walau sesakit mana orang lain buat dia, fitnah dia, tikam dia dalam diam, dan bunuh dia berkali-kali pun, dia tetap bangkit.

Tapi, kesakitan terbuang dek ibu abah sendiri tak sama dengan terbuang dek masyarakat.Aku sekali lagi, mengucapkan terima kasih atas komen murni kalian. Angah memang perempuan baik, wanita paling kuat pernah aku kenal. Aku tak pernah jumpa orang yang sebaik dan sekuat dia ni dalam usia 33 tahun.Bagi aku yang kenal Angah, korang takkan terjangkau akal macam mana dia survive sepanjang 33 tahun ini dengan mental torture begitu.

Hinggakan definisi family dia twisted gila! “Family is a group of people who lived together but hate each other”.Itu definisi family pada Angah.Dan dari situ, kau boleh bayangkan dia punya simpan sakit dalam hati dan jiwa dia tu sorang-sorang. Malah, kalau kau kata kau hidup berantakan sebab family kau broken, mak ayah kau bercerai, cuba kau cerita dekat Angah.

Mesti dia senyum. Dan komen dia akan didahului ayat, “Sekurang-kurangnya, mak ayah korang tak membesarkan korang dengan benci pada satu sama lain. Sekurang-kurang, korang masih ada kasih sayang mak ayah, adik beradik, korang je yang kufur nikmat tu!” She as savage as that.

Dan aku yakin, orang yang dihadap dengan penderaan mental selama 33 tahun macam Angah, barely survive macam Angah. Angah, aku nak cakap satu je. You doing great! Aku dah banyak kali cakap kan, kau dah buat yang terbaik. Kau anak yang baik, aku yakin syurga tempat kau.

Kau dah berbakti dah dengan ibu abah kau. Sehabis daya kau jadi selfless. Masa ayah kau stroke tahun lepas, aku tahu kau struggle financially untuk meets your end sebab nak cukupkan apa-apa yang ibu kau tak cukup, sementelah adik kau yang kaya, sangat berkira itu ini sampai nak meminta-minta bantuan itu ini.Tapi, prinsip kau yang tak suka mengemis perasaan dan perhatian tu, kau bawa sampai tak nak mengemis duit.

Kau sanggup susah sorang-sorang semata nak bagi ibu abah kau selesa.Ye, dan aku tahu kau terluka dengan kejadian baru-baru ni, sebab ibu kau buat kau macam sampah lepas dekat 2 tahun kau korbankan banyak perkara untuk memudahkan dia menguruskan abah kau.Tindakan kau menjarakkan diri dengan bekerja di KL/Selangor sejak 4 tahun lepas, aku memang puji.

Sebab kau mula tahu apa yang kau nak. Aku tahu masa tu kau pun dah tak tahan dengan ibu abah kau.Tapi, yelah, sebab hati kau baik. Sebab kau orang baik. Kau tetap balik semula menjadi Angah yang baik untuk ibu abah kau, sebab adik-adik kau tak endah.Dan, sudahlah Angah.

Fikirkan hidup kau. Kau cantik, kau bijak, kau independent. Lelaki yang dapat kau, kalau dia siakan kau, memang patut kena r3jam!Kau buat je apa yang buat kau rasa hidup. Kau dah berjaya setakat 33 tahun ini. Teruskan lagi untuk 20 atau mungkin 30 tahun mendatang ni.Hidup m4ti, aj@l m4ut tu semua atas tangan tuhan. Atas kuasa Allah. Kau jangan takut bila orang datang menghulur salam perkenalan. Aku tahu, bukan sorang dua kau endahkan sebab kau takut orang pandang kau lain bila kenal family kau dan letak duduk kau dalam family kau yang serba twisted tu.

Believed me, Angah. Kau dah buat yang terbaik. Moga Allah balas segalanya dengan baik-baik.Dan komen-komen di confession kau yang lalu, terbukti ramai orang sayang kau. Siapa je yang bagi kasih sayang tu semua kalau bukan Allah yang campakkan? Dan Allah tak mudah-mudah nak campakkan sayang dalam hati stranger kalau kau bukan orang yang baik, Angah!

Teruskan dengan kualiti kau. Aku tahu kau hebat!

– Orang Bumi (Bukan nama sebenar) via iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *