Tanggung penceramah Ustaz keliling dan belanja satu kedai. Ali Putih dedah kebaikan Abam

Pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey baru-baru ini, ternyata meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga, tetapi seluruh rakyat Malaysia. Bulan sahaja majlis pengebumian 4rwah diiringi ribuan peminat, malah sisi kebaikan 4rwah selama hayatnya telah didedahkan satu demi satu.

Ramai yang tidak menyangka begitu banyak kebaikan yang dilakukan 4rwah selama ini sehingga menjadi inspirasi kepada mereka yang masih hidup.Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Malaysia Gazette, adik 4rwah, Ali Puteh, menceritakan kebaikan abangnya itu bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi kepada orang ramai termasuk pusat-pusat tahfiz dan anak-anak yatim.

Anak yatim berpusu datang

Kata Ali, ketika 4rwah dimandikan, di luar bilik terdapat ramai kanak-kanak yang menunggu sekurang-kurangnya 40 orang berpakaian sekolah agama, sekaligus menimbulkan rasa hairannya. ”Bila saya tenung, budak-budak itu merupakan ‘adik-adik’ kami.. adik-4rwah 4rwah terutamanya, anak yatim yang 4rwah tanggung di Batu 8..

”Saya tanya kenapa bersila kat sini? Tak apalah abang Ali, dia kata.. kita nak tunggu abang.. yang menunggu dia tu ialah anak-anak syurga, anak yatim yang doanya luar biasa,” kata Ali. Hantar duit belanja ‘adik’ aku. Malah, anak-anak yatim ini juga berpusu untuk mengusung jenazah ‘abang’ mereka.

Semasa hayat 4rwah, Ali juga sering menjadi wakil kepada abangnya itu untuk membantu anak-anak yatim untuk menyambikan.”Dia tak panggil sumbangan 4rwah ni.. dia kata hantar duit belanja adik aku.. adik nak sekolah..

”Kau rasa adik-adk aku dah makan belum? Dia selalu macam tu.. Dia dapat job cash, dia cakap boleh tak kita pergi beli makanan, kita makan dengan adik-adik aku.”Bila sampai kita makan sama-sama, makanan yang dia belanja.. benda ni dia tak pernah hebahkan langsung, tunjukkan apa pun kepada orang ramai walau di media sosial..” kata Ali.

Sifat pemurah ‘luar biasa’

Kata Ali, 4rwah abangnya itu memiliki sifat pemurah yang disifatkan sebagai ‘luar biasa’ dan tidak mampu dilakukan oleh ramai orang walaupun mempunyai kemampuan kewangan. ”Kedai mamak yang penuh dengan orang tanga mengira bangsa.. dia lepas makan, dia suruh kira semua.. dia tak kira siapa cina, india.. satu kedai bukan satu warung tapi satu kedai..

”Bukan satu kali, tetapi banyak kali di kedai lain.. bila bayar dia beritahu kaunter jangan beritahu siapa bayar.. ”Itu adalah satu benda contoh yang kita tak mungkin buat.. sebab bukan dia banyak duit.. kalau kita kira lagi orang banyak duit daripada dia.. ramai lagi jutawan..” kata Ali.

Tanggung kos penceramah bebas

Ali memberitahu, menerusi satu panggilan daripada PU Azman, pendakwah itu telah menyampaikan pesanan kepada Ali daripada seorang rakannya yang merupakan penceramah bebas dari negeri Pahang. ”Dia menangis beritahu saya, pergerakan Ustaz Anas untuk berceramah, berkuliah, menyampaikan segala misi bantuan di negeri Pahang ataupun segalanya ditanggung oleh 4rwah..

”Itu yang sangat luar biasa sehingga PU Azman menangis.. kerana dia Ustaz pun tidak mampu melakukannya.. ”Kita bukan belanja orang pergi ‘holiday’.. kita support orang untuk pergi buat benda macam tu dan tanggungannya adalah dia seorang sahaja..” kata Ali.

Moga segala kebaikan budi Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey diberi balasan setimpalnya oleh Allah, diangkatkan darjatnya ke tempat yang mulia dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Sumber : Malaysia Gazette & Siakap keli

Antara komen ntizen :

Zildah fadzil : Allahuakbar…insan yg paling mulia di sisi Allah…hingga ke hari ini saya rasa sedih bila terbaca segala kebaikan ceritanya…rasa sayu je…menitis airmata walaupun saya xpernah jumpa dan kenal beliau…

Tengku Maharezza : Semua tugasnya di dunia sudah selesai, Abam ni contoh “tangan kanan memberi, tanpa diketahui oleh tangan kiri”, sekarang abam tinggal menuai hasilnya saja di akhirat nanti.

Sasaki Kojiro : Kita tak tau apa dalam tahajud dia dalam hajat dia dalam setiap fardu dia.. apa yg dia minta apa yg dia janji dan apa yg Allah dah makbulkan.. Agaknya rwah dah tunai semua apa yg Allah nak dia buat sbb tu dia dijemput cara terhormat 😓😓

Sunan Andika : The power of sedekah… ni kita sedekah singgit ari jumaat tp nak pulangan berlipat kali ganda… ckp utk diri sdri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *