Time baru lepas bersalin, suami tergila gila nak balik rumah mak dia, tinggalkan aku. Benda ni aku dah tahu lama, akhirnya terbongkar juga perangai family dia.

** gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum & hi semua. Aku S, umur 38, perempuan, married with 3 kids already. Bekerja sebagai penjawat awam dalam bidang professional. Suami juga dalam profession sama. Straight to the point, aku dulu pernah dengar lecture tentang love hate relationship ni masa lecture psychiatry waktu medical school dulu. Tapi masa tu mcm terpinga apakah itu.

Sekarang aku rasa itulah diri aku & ibu aku, having love hate relationships. Ibu aku adalah penjawat awam dengan 9 anak. Aku anak sulung. Ayah cikgu. Bila umur dah cecah 40 an ni, aku tanya diri aku sdiri, kenapa aku tak akung ibu macam orang lain sayang ibu. Tak rasa rindu sangat nak balik kampung jumpa ibu. Balik kampung tu sekadar tunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa kerana tak mahu jadi anak derhaka.

Jawapannya sebab aku tak pernah happy masa membesar dengan ibu ayah dan banyak sangat kecil hati dengan ibu. Flash back balik, aku mungkin ada fasa depressed masa hidup dengan ibu ayah dulu.Ibulum saja aku anak sulung perempuan. Adik beradik ramai. Masa aku umur 6 tahun dah ada 4 orang adik. Rumahtangga ibu ayah pun bukan la bahagia sangat, haru biru dengan sikap ayah yang demanding & tidak mahu membantu serta campur tangan keluarga (datuk & nenek) yang sangat teruk.

Juga uruskan adik2 ayah yang tak habis menyusahkan (ayah juga anak sulung).Ayah pernah jadi penjamin pinjaman MARA untuk adik dia yang sambung belajar kat US. Adik ayah dapat result cemerlang tapi tak nak convert pinjaman kepada biasiswa. Juga tak nak bekerja. Last2 ayah jadi mangsa kena bayar pinjaman.Balik kepada hubungan aku & ibu, sejak sekolah rendah lagi mmg dipaksa dan diperah tenaga untuk membantu ibu.

Kalau untuk mendisiplinkan anak seharusnya semua anak rasa benda yang sama. Tapi ini tak, adik2 aku boleh seronok berehat main game dan tengok tv, tapi aku kena buat semua tu.Pernah jugak disuruh jaga adik yang kuat nangis, dan aku bagi excuse nak buat kerja sekolah yang banyak tapi kena tengking teruk dengan ibu.

Bila adik nangis mmg ibu mengamuk. Aku tahu ibu stress sebenarnya. Penat balik kerja kena masak untuk anak yang ramai. Pantang silap tak menghidang ayah merajuk tak nak bercakap dengan ibu seminggu. Ada sekali tu ibu tertidur lepas menyusukan adik, lauk dah siap masak hidang bagai, cuma ibu lupa nak hidang nasi itu pun ayah marah.

Kata cacian kepada ibu ayah hambur sesedap rasa, contoh ayah cakap perangai macam janda. Pernah je ayah ugut nak kahwin lain masa ibu dalam pantang lepas bersalin adik nombor 5. Sebabnya mudah je, ibu menjawab bila ayah marah2 kena cuci rumah yang banjir masa tu. Aku rasa ibu memang dapat post partum blue dah masa tu. Aku pernah nampak ayah angkat penyapu nak pukul ibu masa ibu tengah mengandung.

Malam buat kuih raya. Maklumlah adik beradik ramai kecik2 memang tak mampu nak beli.Aku buat kuih raya siap kemas complete sebab kalau bersepah memamg ibu marah. Tapi ada sekali dalam bulan puasa tu aku tertidur lps solat asar sebab letih sangat cuci tingkap. Ibu marah sangat aku tertidur tu macam aku dok goyang kaki saja. Ada tetamu datang rumah dia burukkan aku sebab tertidur tu. Ibu ni demanding dan ada perangai suka menunjuk.

Bila raya dia nak impress kat orang dia boleh produce banyak jenis biskut kek yang sedap & menarik. Dipaksanya aku buat 5, 6 biji kek + almond london + kemas rumah mlm raya. Memang malam raya aku jarang tidur. Selalu tertidur lepas subuh sebab letih sangat. Dan akan kena marah. Aku sangat takut kalau ibu marah sebab dia akan keluarkan kata2 pedih & merendahkan.

Ibu pernah cakap kat aku; “Orang kampung semua bercakap yang kau ada ketuat sebab kau pemalas!”. Sekarang aku dah jadi doktor aku tahu ketuat tu penyakit bukan sebab pemalas. Aku memang sakit hati sebab aku tengok kawan aku dapat ketuat ibu dia bawak ke klinik tapi aku dapat cacian. Itu cerita zaman budak.

Lepas dah habis belajar aku antara yang lambat jumpa jodoh. Umur 28 baru aku kahwin. Ibu memang sering merendahkan paras rupa aku berbanding adik2 aku yang memang cantik. Bila aku lambat kahwin, asal ada orang bertanya saja dia berdebar. Kawan2 aku dah ramai yang kahwin ada anak masa tu. Keputusan aku nak kahwin dengan suami ni pun agak terburu2.

Aku & suami dikenalkan oleh seseorang. Hubungan kami bukan macam couple lain yang asyik dating calling bagai. Bila ibu ayah belah suami tahu hubungan kami mereka terburu nak masuk meminang. Yalah sapa tak mau menantu doktor. Parents aku pun tanpa siasat latar belakang terus terima. Sebelum kahwin tu aku smell something not right about husband’s family & aku ingin batalkan perkahwinan tersebut.

Tapi ibu berkeras nak kami kahwin demi menjaga air muka dia. Malulah dengan adik beradik saudara mara sebab segala persiapan dah dibuat. Aku pula masa tu percaya keputusan ibu yang terbaik ibua aku menurut. Lepas kahwin terjadilah apa yang aku dah smell sebelum ni. Rumah tangga aku dapat gangguan daripada ibu bapa mertua & ipar duai yang sangat teruk.

Sampai satu tahap aku telah menfailkan fasakh di mahkamah kerana tak tahan dengan sikap ibu bapa suami yang suka campur tangan terutama hal kewangan. Sampai masa aku nak bersalin anak sulung suami tak boleh hulur duit pun untuk beli baju anak. Masa aku dalam pantang pun suami boleh tergila2 nak balik rumah ibu dia daripada jenguk aku & anak.Back to my mother, bila berlaku semua benda tak baik kat aku, dia boleh cakap, “ma tak rasa ni salah ma.

Sebab kamu berdua kenal pun dengan cara yang baik. Bukannya bercinta bukan2. Bila dia masuk meminang ma terima lah”. Oh mudahnya! Aku melalui saat pantang yang sangat teruk. Dengan anak sawan tangis, suami & family dia buat hal. Ibu masih kerja masa tu. Tapi ibu expect aku bantu dia buat kerja rumah macam tak ada apa2 masalah.Bukan tak ada orang lain dalam rumah tu, adik lelaki & perempuan ada jer.

Tapi ibu tak nak suruh diaorang. Kesian katanya. Bagila budak2 tu rasa zaman muda nak berehat, itu kata ibu. Oh jadi aku ni apa. Dikerah tenaga mengalahkan bibik. Dengan bibik boleh pulak ibu kesian. Aku tertanya siapa aku bagi ibu. Masa aku nak kahwin, ibu buat keputusan renovate rumah. Ibu buat pinjaman peribadi untuk baiki rmh tapi tak cukup.

Sebelum tu memang aku bgtau ibu, aku tak nak buat apa2 pinjaman. Sebab tak mahu terjerat dengan hutang. Gaji doktor gred UD41 masa tu pun berapa sangat. Tiap2 bulan memang aku bagi duit almost RM1K untuk ibu ayah. Kadang2 dapat bonus atau claim oncall aku bagi lagi. Belanja untuk adik yang belajar di Morocco pun aku hulur.

Balik rumah beli apa barang dapur habis. Time raya beli baju untuk adik. Dan ada hutang kereta honda jugak yang itu pun demi memenuhi hajat ibu ayah. Sebab tu aku tak berani buat hutang lagi. Perbelanjaan kahwin aku uruskan sendiri. Ibu ayah janji nak bayar kan duit ibuan pun aku tolong hulur sebab tahu mereka kesempitan.

Perabot & aircond bilik pengantin aku beli dan sampai 5 orang adik lepas aku kahwin pun guna yang tu jugak. Balik kepada cerita renovate rumah tadi, bila ibu tak lepas loan, adik aku, anis yang baru kerja tolong buat loan untuk ibu. Tapi lepas tu dia dah tak hulur la duit bulanan kat ibu. Aku sendiri tak tahu tentang isu loan tu. Renovate rumah tu pun aku tak setuju.

Tapi ibu mengungkit tak habis di belakang aku konon aku yang nak kahwin tapi anis yang buat loan.Sampai adik ada yang terpengaruh dengan kata2 ibu biadap dengan aku. Kalau betul pun ibu perlu duit, kenapa tak berterus terang dengan aku. Bukan tak boleh bincang pun benda tu. Sure la dia tak mahu bincang dengan aku sebab aku bangkang idea renovate rumah tu.

Dan kalau kata aku tak bagi duit, kedekut, habis tu yang aku hulur bulan2 tu apa? Mana pergi duit tu semua. Sampai satu tahap, aku balik kampung masa pregnant sebab nak mengurut. Masa tu dapat ligament pain yang teruk. Tapi berhari tunggu ibu bawak rmh tukang urut last2 balik kerja dengan sakit jugak. Sebab ibu sibuk nak temankan anis beli tudung untuk jual di ofis. Yelah, aku ni anak kebencian ibu yang tidak menyumbang serta tiada paras rupa yang nak dibanggakan seperti anis.

Anis adik aku dah cecah umur 35 pun sekarang tapi belum kahwin. Tapi ibu tak ada la terburu nak kahwinkan dia macam aku dulu.Aku pernah balik kampung masa pantang anak ketiga. Time nak mandi aku panggil la adik aku yang masih sekolah tolong tengokkan anak2 aku. Itu pun ibu marah sebab ganggu adik yang berehat. Habis tu buat apa aku balik. Banyak sangat nak tulis tapi cukupla sini dulu.

Banyak sangat perkara yang menyebabkan aku terasa dengan ibu. Aku tahu aku tak akan ke mana tanpa ibu. Aku berjaya sebab ibu. Ibu banyak berkorban untuk keluarga. Tapi aku tak boleh lupakan segala kenangan pahit dengan ibu ayah. Itulah love hate relationships. Tiap kali lepas solat aku mohon hadirkan rasa cinta kepada ibu ayah dalam hati aku. Allah…

– Anak kecik hati (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntzen :

Siti Hajar : you are a doctor,then you should know how to put boundaries on people.either its your mother,mother in law ke,jiran mil ke..tell them to go off..

you should treasure yourself and fight for your rights instead of tadah..they wont be happy when u put boundaries on them,but believe me,its for your own good.Doc,laki sndri pun tak jaga hati u,mak pun sama..so its up to yourself to jaga diri sendiri..even its a family,toxic is a toxic..lebihkn diri sndri dlu,tak payah la seek approval dari org lain,once u done that..u will know the difference

Sal Hamdan : Please review each word of your confession, list down what hurt you & what motives you to have more kids and still visiting your mum.

You bole jee bagi duit to your mum monthly and limit your visit to every 3 months …. maka akan less stress kan?

You’re a professional…. get a bibik to help you manage your family…. maka akan less stress kan?

Discuss with your husband… jika tamau bantu kewangan kenapa perlu tambah anak every year…. if he continue to be stubborn…. u know what you should do…. still Nak stay in a relationship? You’re a Doctor… fix your problem!

Nur Aminah : Dr, please. Starting from this moment stop thinking or put too much attention on OTHERS. OTHERS MEANS OTHERS. Gaji masuk, transfer duit dan done.

Dr tumpukan perhatian pada anak2 dr sahaja. Jangan biarkan sejarah hitam dr berulang kerana gigih fikirkan semua. Cukuplah.

Now masa untuk you dan anak you. Bagi duit untuk parents sahaja. Others than that if they ask, cakap tak cukup duit TITIK!.

You own your own life. As a doctor, you kena sihat fizikal dan mental untuk masyarakat. U kena sihat untuk anak2 you. Jangan teruskan tekanan takut anak2 u pulak jadi mangsa.

Just dont bother about in laws nak cakap apa ke. Duit u, u keluar untuk parents u sahaja cukup. I know u usaha nak bagi diri u nampak, but people with that kind of attitude will never change if they dont want to change.

Jangan susahkan diri u, mental u dan fizikal u. Pergi keje balik keje. Tumpukan pada kerja, rumahtangga dan anak2.

Bab balik kampung rasa tak ikhlas, takpe. Kurangkan balik, stay sekejap at least u balik tunjuk muka. Tak payah peduli orang pandang rendah, tak hargai ke apa. Dunia ni mmg macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *