Masa tu aku berserah. Aku selak baju sampai peha kpd bakal suami sbb nk jujur dgn keadaan aku skrg. Tak sangka dia terima aku seadanya.

*gambar sekadar hiasan

Assalammualaikum. saya, wanita yang telah 5 tahun berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat. Siapa kahwin tak nak anak kan?? Begitu jugak saya dan suami. saya kesian kat suami saya yang sangat ingin zuriat. Tapi dia tak pernah bersuara hal zuriat sebab tak nak saya tertekan. saya tahu semuanya berpunca daripada saya.

saya tak mampu memberikan zuriat pada suami sebab peny@kit yang saya deritai iaitu SLE. Terasa tidak sempurna diri ini, bukan saja mempunyai peny@kit yang tiada ubat penyembuh,terpaksa bergantung pada ubat dan lebih menyedihkan saya masih tak mampu memberikan zuriat pada suami saya. SLE adalah peny@kit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.Untuk kes saya, autoimmune saya serang darah, hati dan kulit saya. D@rah saya sentiasa berkurang, dan penah hb saya lebih rendah dari 5. Tahun pertama kena peny@kit ni, setiap 2 minggu atau sebulan saya mesti masuk warded dan setiap kali warded mesti kena masuk 2 pain darah. saya kena peny@kit ni ketika saya baru berusia 23tahun, baru mula berkerja selepas menamatkan pengajian. Waktu tu saya belum berkahwin.

saya kerap keluar masuk hospital dan sebab tu jugak saya dibuang kerja. saya pun paham la, company mane boleh tahan kalau staff asyik mc je. MC plak bukan sekejap.Kereta saya tertunggak lebih 3 bulan dan hampir kena tarik. Badan saya pun mengembang sebab ubat-ubatan yang saya terpaksa saya makan esp steroid. Badan saya naik dari 45kg to 65kg. Time tu saya stress giler, saya baru nak mula hidup, saya dah di uji dengan ujian yang berat camni.saya mula mempersoalkan apa salah saya sampai kena uji camni.

Kenapa saya yang diberi peny@kit ni, kena tak orang lain. Mula2 sakit dulu, saya pikir S@kit ni satu musibah untuk saya. Dunia ni dah berakhir dan saya pikir nak m@ti je.saya pernah ditahan di zone merah di bahagian kecemasan. Dipasangkan oksigen, X-tray & ECG semua dibuat diatas katil, saya dah macam orang yang tak bernyawa pasrah atas semua tindakan nurse dan doktor. Melihat nurse membuka pakaian saya utk jalani semua prosedur yg dijalankan sebab saya tak mampu menggerakkan tubuh badan saya sendiri.

Betapa lemahnya saya ketika tu.Alhamdulillah, nyawa saya masih panjang keadaan saya kembali stabil dan dipindahkan ke wad. Lepas beberapa hari saya dalam wad, anggota badan saya mula naik ruam. Seluruh badan saya merah dengan bebiji air memenuhi tubuh saya.saya jadi rendah diri, malu nak jumpe dengan orang. saya tak bagi kawan2 dan saudara mara melawat saya. Tapi Bf (suami saya sekarang) tetap datang melawat saya.

saya menangis, saya tunjukkan pada dia keadaan diri saya. saya selak baju saya hingga menampakkan paha, lengan dan juga belakang saya. Semua dipenuhi ruam. Time tu saya dah tak pikir lagi pasal aurat. Lantak, biar die tengok sendir keadaan saya. saya dah tak lagi cam dulu.. Kulit saya menggerutu dah macam katak puru. saya cakap kat dia, “saya berpeny@kit. Doktor cakap peny@kit ni tak ade ubat penyembut.

Ubat yang diberikan hanya untuk mengurangkan tindakan balas autoimmune dan saya perlu bergantung pada ubat-ubatan selamanya. Awak dah tengok sendiri keadaan saya, andai awak nak tinggalkan saya, saya redha dan saya terima.” Apa jawapan yang saya dapat dari dia. “Gila! saya akan tetap sayang dan saya takkan tinggalkan awak” Allahu Akbar terkedu saya, terharu.

saya pikirkan dia akan tinggalkan saya. Tak ade manusia yang sanggup terima orang yang s@kit. Lepas beberapa ketika, saya kena transfer ke hospital untuk dapatkan rawatan daripada pakar SLE. Alhamdulillah lepas refer to pakar, saya tak perlu lagi warded dan tak payah masuk darah la. Tapi saya masih kena follow up setiap bulan. Nampak menyusahkan kena jumpa doktor setiap bulan tapi saya bersyukur sebab saya semakin sihat dan paling penting saya tak payah tido kat ward lagi.Bila keadaan semakin ok, saya mula bekerja balik, Alhamdulillah ade company yang sudi terima pes@kit macam saya.

Lepas dah bekerja, Bf saya ajak kahwin. Kahwin?? Biar betul? boleh ke saya?? saya tak percaya dengan kemampuan diri saya. Ye sekarang saya nampak sihat tapi bila2 masa saya boleh sakit balik. saya bagitaw doktor dan doktor mintak jumpa bf saya.BF saya pergi jumpa doktor. Doktor explaint semua keadaan saya, risiko yang mungkin akan terjadi dan ciri2 kalau autoimmune mula menyerang. Yang paling doktor tekankan adalah zuriat. Jangan melakkan harapan yang tinggi untuk mempunyai zuriat.Pes@kit SLE mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami keguguran dan kehamilan boleh membhayakan diri pes@kit.

P3sakit hanya dibenarkan hamil setelah kedaan pes@kit benar2 stabil. Alhamdulillah BF boleh terima semua tu.Akhirnya kami berkahwin,dari awal perkahwinan saya kena amek perancang kehamilan iaitu cucuk depo setiap 3 bulan. family member suami tahun keadaan saya. Sekarang dah 5 tahun perkahwinan, pernah 2 kali warded tapi Alhamdulillah suami menjaga saya dengan baik.Kami Masih seperti dulu masih belum mempunyai zuriat. Masih berdua dan sentiasa dalam fasa honeymoon.

Sehingga ke hari ni, sakit saya tak penah stabil, sentiasa turun dan naik dan masih tak dibenarkan hamil.saya pernah ingkar arahan doktor, Tahun ke4 perkahwinan saya stop ambik pencegah kehamilan dan saya tak bagitaw suami saya dan saya berjaya hamil. Mula2 dapat tahu saya hamil, kami terkejut, gembira, tsayat semua ada tapi bila doktor bagitaw r1siko yang bakal terjadi pada baby, suami mula risau. Baby berisiko untuk mengalami sumbang disebabkan ibu makan steroid.

Banyak darah yang doktor amek untuk check untuk pastikan dan berharap antibodi negatif (Anti-Ro dan Anti-La) yang boleh menggangu jantung bayi yang boleh menghentikan jantung baby. Tapi berita gembira kehamilan tu hanya bertahan seminggu dan saya mengalami kegguran. Antara sebab berlsayanya kegguran adalah disebabkan darah saya membeku dan tak sampai ke janin (disebabkan peny@kit saya).

Teruk saya kena marah dengan doktor.Bukan doktor sengaja tak bagi tapi dalam keadaan hamil, lebih mudah autoimmune menyerang buah pinggan saya. Sebab tu doktor kena mengawal dan memastikan semuanya selamat sebelum membenarkan pesakit hamil. Sedih, memang la saya sedih tapi saya tak pernah menyesal, sekurang2nya kami pernah diberi peluang untuk merasai kehamilan walaupun sekejap. Semua orang marah saya termasuk keluarga saya, dan suami. Dorang marah sebab dorang sayangkan saya.

Masih saya ingat macam mana menggelabahnya semua saya bila menangis sebab s@kit perut dan d@rah berketul-ketul keluar. Terus kami ke hopital dan doktor check saya dah total miscarriage. Sedih, menangis suami. “Saya boleh terima kehilangan baby tapi saya tsayat kehilangan awak.” Ya Allah Nikmat apa lagi yang saya dustai. Seorang suami sanggup ketepikan keinginan dia untuk memiliki zuriat kerana sayangnya pada isteri.

Lepas keguguran, Suami saya upah orang utk urut, tungku dan sauna cam orang berpantang cumanye takde baby.Alhamdulillah suami saya angat membantu saya. Setiap Pagi saya bangun sediakan breakfast je, yang lain semua suami saya buat. Mungkin disebabkan saya s@kit, saya dapat kelebihan tu. Suami saya terima saya seadanya. Badan saya penuh dengan parut, selulit disebabkan steroid. saya tengok diri sendiri pun saya jijik. Muka saya jadi gelap dan moonface.

Tapi suami saya tak pernah pertikaikan semua tu. Disebabkan ujian s@kit ni, MIL saya tak pernah bertanyakan saya soal zuriat, tak pernah bagi saya tekanan dan sangat2 membantu saya. Masa saya keguguran, MIL boleh cakap, “Jangan dipikirkan pasal anak. Tak salah kalau kita tak ada anak, jaga kesihatan diri. Jangan korbankan diri sendiri untuk memenuhi kehendak/puaskan hati orang. Mulut orang takkan berhenti bercakap, abaikan.

InsyaAllah anak mak redha dan dia terima kamu seadanya dan mak pun tak kisah. Yang penting kamu sihat dan bahagia.”Allah tu Maha Pengasih, bila saya redha dan terima dengan ujian Dia, Dia bukakan pintu2 rahmah untuk saya. Allah kurniakan saya seorang suami yang sangat2 memahami dan yang paling penting terima saya seadanya dalam sakit dan sihat. Allah kurniakan keluarga dan mertua yang penyayang.

Terima saya dan tak pernah persoalkan hal zuriat. Mereka sangat menjaga. Mertua saya sanggup carikan ubat2 tradisional utk merawat sakit saya especially yang melibatkan kulit saya. Kulit saya berbekas dan penuh dengan parut. Macam2 daun/herba dia cari dan sapukan kat badan saya. Orang2 disekeliling saya, jiran2 dan sedara mara ada bertanyakan saya soal zuriat tapi mereka bertanya dan mereka sendiri yang menjawab “Mungkin ko tak dapat lg anak sebab ko sakit”.

Alhamdulillah disebabkan Peny@kit itu jugak saya tak terus disoal dan ditekan.saya diberikan rezeki, peluang pekerjaan. Alhamdullillah.. Apa lagi yang saya mahukan. Allah bagi saya ujian hanya sedikit tapi rahmah dan nikmat lebih besar Dia berikan pada saya.saya sentiasa berdoa, “Ya Allah sesungguhnya terima dan redha dengan ujian-Mu. Kau berikanlah saya kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Kau adalah sebaik-baik perancang dan perancangan Kau adalah yang terbaik buat kami hamba yang naif lagi tidak mengetahui ini. saya bersyukur ke atas segala nikmat yang Kau berikan kepada saya.”

– Lupus Warrior (Bukan nama sebenar) via iium

Antara komen ntizen :

Salju Kencana : Confessor.

Kakak aku sama macam kau. SLE. doktor detect dia ada SLE selepas melahirkan anak kedua. Lepas tu dia merancang.. Sampailah ketika dia rindu nak ada baby.. Alhamdulillah dia dapat anak ketiga. Tapi tu la.. Masa mengandung mcm2 ubat dan appointment dia kena pegi.

Oh ye. Sejak mengandung pertama lagi, hb dia mmg tak stabil walaupun belum lg detect SLE.

Macam mana kakak aku boleh bertahan? Selain berubat moden, kakak aku berubat tradisional, ruqyah dan perubatan alternatif.

Kalau kau berminat nak tahu… Boleh pm aku. Nanti aku share dengan kau. Moga2 keadaan kau bertambah baik dan stabil macam akak aku.

Hanis Masyarah : kuat sis kuat! saya pun one of the lupus fighter. skrg sy dah kena buat dialisis sbb SLE dah attack tissue kidney sy and both dah rosak so terpaksalah dialsis but at the same time, lupus still lagi attack saraf2. sakit sangat tapi perancangan Allah yang terbaik kan. positive jelah.

Marosidah Mior : Dear confessor,

Rezeki u, dapat suami dan keluarga mertua yang memahami, bukan semua orang boleh dapat, Allah knows best, Allah tahu apa yang terbaik untuk awak, jadi hargailah dan sentiasalah bersyukur.

Norfadzilah Idris : Dulu saya ada kwn satu wad y SLE.. dari die pregnent smpai bersalin duduk di hospital.. raya pun di hospital..puasa pun sehari aja.. bila janin makin membesar doktor pasang stand pd rahim utk elak bersalin sblum waktu.. dan hanya dibenarkan utk baring rehat shj.. x bleh berjalan2 sgt.. kalau berjalan lebih skit akan turun darah.. kesian betul..die punya doktor pakar shj ada 4 org berlainan bahagian.. dn baby lahir 36w6hari.. ceasor..alhamdulillah.. dpt baby gurl y sihat.. masa tgh operatr doktor ckp rahim die berbentuk sebiji mcm hati.. dan amik gmbr tunjuk kt die.. mmg kuat semangat org2 SLE ni.. moga TT pun tabah dah kuat ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *