Tunang bgtau dia kerja kilang, walhal dia kerja oil n gas offshore. Akhirnya dia buka rahsia kenapa dia tipu pekerjaan.

*gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum . Sekarang memang banyak pengakuan tentang portal cari jodoh di baitul jannah. Aku pun nak share pengalaman saya sebagai perempuan yang menggunakan laman Web mencari jodoh ini iaitu baitul Muslim. Aku tak pernah ada akaun baitul jannah tapi dari pembacaan confessor2 sebelum ni baitul jannah lebih strict berkenan nombor telefon dan sebagainya.

Di baitul Muslim kami boleh bertukar nombor telefon, ig, fb dan sebagainya.Okay, berbalik pada kisah saya. Aku terbuka hati nak join portal ni masa saya di hujung pengajian saya. Aku tak berkawan dengan lelaki. Mungkin dari awal dah terbiasa sebab adik beradik saya semua perempuan, jadi ayah saya agak strict tak bagi kawan dengan lelaki.

Lagi pun ada lelaki yang cakap muka saya garang die orang takut nak tegur haha.Jadi saya ambik inisiatif ini untuk berkenalan dengan lelaki. Awal2 masa saya join, mmg niat saya nak berkenalan dengan lelaki and go for relationship. Tak fikir untuk nak berkahwin pun sebab tak kerja lagi masa tu. Mungkin niat awal saya dah salah jadi selepas berkenalan tak lama lepas tu mesti putus. Untuk makluman pembaca, saya bertukar nombor telefon dengan lelaki di portal tersebut kemudian kami hanya WhatsApp dan jarang jumpa disebabkan faktor jarak.

Dengan lelaki pertama, adalah kot dalam dua kali berjumpa. Itu pun saya tetapkan untuk berjumpa dirumah kakak saya. Selepas 3 bulan, saya hadapi masalah dengan lelaki tersebut dan kami putus.Aku tak putus asa, Lima bulan lepas tu saya berkenalan dengan lelaki lain. Sama juga, bertukar no telefon.

Selepas sebulan saya tetapkan untuk berjumpa di rumah nenek saya kebetulan saya teman nenek saya dikampung selepas tamat pengajian. Sama juga, selepas 3 bulan saya mintak untuk undurkan diri sebab saya ada bertanya mengenai tanggungjawab die pada ibu bapa dia dan saya rasa tak berpuas hati.

Dia juga ada pernah bagi tau saya untuk jelaskan hutang dia yang kena tipu dengan skim cepat kaya selepas saya dapat kerja nanti. Lama saya diam berfikir, saya ambik keputusan untuk tak truskan dengan die, dan dia pun tak nak teruskan sebab saya masih tidak bekerja jadi dia dah berkenalan dengan perempuan lain di baitul Muslim.Bagi orang lain, perkenalan singkat dengan dua orang lelaki mungkin tak bagi apa2 kesan.

Tapi bagi saya yang tak pernah berkenalan dengan lelaki rasa sangat tertekan dan bersalah dengan Allah dan diri sendiri. Satu hari lepas solat (saya ingat sampai sekarang momen ini) saya angkat tangan mengadu pada Allah, ampunkan dosa saya.. Aku dah penat untuk berkenalan dengan lelaki yang bukan jodoh saya. “Ya Allah, Kau kurniakan lah aku bakal suami yang baik akhlaknya, aku tak mahu bercinta dengannya Ya Allah, permudahkan hingga ke pernikahan”.

Aku doa sungguh2 pada Allah. Selepas tu saya aktifkan semula akaun saya. Selepas sebulan, saya berkenalan dengan seorang lelaki. Aku gelarkan sebagai A. A tua dua tahun dari saya. Bekerja di salah sebuah syarikat gas dan minyak di pantai timur dan berasal dari selatan tanah air.Awal perkenalan, saya dah dapat agak die memang seorang yang pemalu.

Dia pun mengaku dia seorang yang pendiam dan pemalu. Semasa awal perkenalan dia merahsiakan pekerjaannya, dia cuma nyatakan die kerja di sebuah kilang sebagai pekerja biasa. Aku truskan berkenalan dengan dia. Masuk hari ketiga, kami bertukar nombor telefon dan saling ‘follow’ di ig. Aku scroll profilenya di ig, tiada yang menarik. Last post pun 2 tahun lpas.

Dia bukan sjenis yang aktif di m3dia s0sial. Tak menjadi masalah pada saya sebab saya memang suka lelaki yang macam tu. Kami berkenalan macam biasa, lepas seminggu die nyatakan hasrat nak berjumpa dengan saya.Aku pun setuju dan die datang seorang diri dirumah saya, masa ni ayah saya tiada dirumah.. Dia balik Kampung uruskan beberapa hal.

Jadi tinggal saya dan mak.Masa berbual, memang ketara die seorang yang pemalu, kalau saya tanya dia jawab tapi pandang mak saya. Anak mata pun lari2 hihi klakar bila ingat balik. Sebelum balik dia cakap, ‘mak cik, saya minta izin berkenalan dengan anak mak cik’.. Mak jawab ‘okay, kawan elok2’. Aku senang hati dengan cara dia tapi masih awal. Untuk pengetahuan, A selalu pulang ke Kampung setiap 2 minggu sekali jenguk mak ayah dia.

Rumah saya pulak memang laluan dia setiap kali nak balik Kampung.Jadi lepas dua minggu jumpa dengan mak saya, dia minta izin nak datang lagi untuk jumpa dengan ayah saya dan buka puasa sekali. Ayah saya lembut hati terima dia sebab perwatakannya sangat hormat orang tua. Ayah saya tiada masalah nak berkenalan. Fast forward, masa hari raya dia datang bawak mak dan Ayah dia raya dirumah saya.

Aku agak terkejut sebab saya rasa kami masih terlalu awal. Aku pun tak brapa kenal dia lagi, cuma sembang2 dalam WhatsApp. Call tak pernah sekali pun.Mak A nyatakan hasrat nak merisik saya tapi mak saya tolak dengan baik dengan alasan saya tengah tunggu keputusan temuduga saya untuk menjawat jawatan awam. Jadi, mak ayah saya nak saya kerja dulu. Alhamdulillah keluarga A sangat memahami. Fast forward, saya gagal dalam temuduga tersebut dan tak lama selepas tu kami ambik keputusan untuk bertunang.

Walaupun dah bertunang, perhubungan kami tetap macam tu. Berbual di WhatsApp itu pun tak kerap sebab die sendiri cakap nak jaga hubungan ni baik2 biar manisnya terasa selepas nikah nanti. Aku hormat dan kami hanya berbual2 biasa, call pun tak. Kalau jumpa pun bila dia singgah masa otw die balik Kampung itu pun dekat rumah depan semua ahli keluarga saya. Aku selesa sangat macam tu. Tak de terikat nak bermesej selalu, hati pun tenang.

Sampaikan adik beradik saya pelik, saya ni tak macam orang bertunang pun.. Tak pernah nampak otp malam2 hihi. Sebelum pernikahan dia jujur dengan saya mengenai pekerjaannya. Dia mengaku dia buat macam tu sebab nak tengok kejujuran saya berkenalan dengan dia. Dia tak nak perempuan kenal dengan die semata2 sebab kerjaya dia.

Sebelum ni dia pun pernah berkenalan dengan perempuan lain tapi tak menjadi sebab perempuan tak boleh terima cara dia dan selalu nakkan perhatian dia. Selepas 5 bulan bertunang, kami dinikahkan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Aku tak berniat ingin menunjuk cuma apa yang boleh saya nyatakan saya sungguh bahagia sekarang. A berubah 360 darjah selepas kahwin.

Dia seorang suami yang sangat romantik, caring, dan bertanggungjawab.Alhamdulillah semua keperluan saya die lengkapkan sampai kadang2 saya segan nak terima pemberian dia. Lepas kahwin, alhamdulillah Allah bagi rezeki kami dah duduk rumah sendiri. A beli semasa dalam tempoh bertunang. Sebulan selepas pernikahan, saya disahkan hamil. A sgt gembira. Aku rasa dunia saya lengkap.

Aku sangat bersyukur dengan nikmat Allah kerana saya percaya mendapat suami yang soleh dan baik juga satu rezeki dari Allah. Mungkin ini rezeki yang Allah janjikan pada hambanya yang berkahwin. Rezeki kami tak putus2 selepas kahwin. Selepas diberitakan kehamilan, saya pula lulus dalam temuduga sebagai seorang guru di sektor kerajaan.

A hadiah kan saya sebuah kereta baru untuk memudahkan saya nak ke mana2 sebab saya tak brani pandu kereta 4×4 dia. Maklumlah lesen masih baru, hehe.Usia perkahwinan saya masih baru menginjak ke stahun. Mungkin ada yang berpandangan, awal lagi memanglah manis, tunggu lama siket nanti. Terpulanglah pandangan masing2.

Kami berdua sedaya upaya hidupkan keluarga kecil kami dengan sunnah2 nabi. Sama2 berdoa untuk masuk syurga Sama2.Doakan saya dan suami ye kalian agar bahtera perkahwinan kami dirahmati Allah. Doakan juga bayi dalam kandungan saya selamat. Aku doakan kalian yang masih belum bertemu jodoh agar dipermudahkan urusan dan dipertemukan dengan orang yang baik2.

Berdoalah selalu dan sungguh2 pada Allah agar diberi jodoh yang baik dan soleh. Janji Allah itu pasti.Ikhlas nasihat dari saya, tak kisah dimana pun nak me cari jodoh asalkan niat kita dari awal kena betul dan bergantunglah sepenuhnya pada Allah. Kalau niat kita berkahwin kerana Allah dan bak kata suami saya berkahwin untuk hidupkan ‘mini usrah’ in shaa Allah, Allah mudahkan dan tiada masalah dengan hal remeh temeh seperti tak balas mesej, lambat angkat call jarang jumpa dan sebagai ya. Jika kita percaya dan bergantung pada Allah, in shaa Allah.. Allah pasti memberi yang terbaik.

Sekian..

– D (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *