Bg pinjam motor pd tunang utk kerja sbg penghantar makanan. Blik kerja ak tgk motor aku calar balar. Gduh besar aku bila dpt tau prkara sebenar.

Assalamualaikum semua. Aku seorang perempuan dan sudah bertunang. Berumur pertengahan 20-an. Aku dilema untuk meneruskan pertunangan ini atau meleraikan demi kebaikan diri sendiri dan juga tunang aku. Aku dah berkawan dengan tunang ku sejak 3 tahun yang lalu. Aku kenal dia semasa aku membuat kerja partime semasa cuti semester di speedmart. Manakala, dia membantu mak dia yang memiliki kedai makan bersebelahan dengan speedmart.Dia tiada apa-apa.

Kerjanya pun hanya biasa2. Tidak dinafikan, aku memang sedih atas desakan family aku kerana tidak aku sangka keluarga aku agak mementingkan dengan siapa aku hendak berkawan. Yela, ibu bapa mana yang hendak memperjudikankan nasib anak perempuan tunggal pada lelaki yang begitu. Lebih-lebih dulu aku pernah bercinta dengan seorang anak orang kaya dan akhirnya aku ditinggalkan dan dia pernah bermain kayu tiga semasa aku belajar dia tempat yang berjauhan dengan tempat belajarnya.

Malah, aku pernah dibawa makan bersama-sama dengan girlfriend yang lagi satu di meja yang sama tanpa aku ketahui itu adalah kekasihnya yang satu lagi.Jadi, ku fikir. Tiada salahnya untuk beri peluang kepada tunang aku untuk dia buktikan pada aku sejauh mana dia mampu usaha. Walaupun keluargaku bantah, aku tetap berkawan dengan tunang secara senyap-senyap (tiadalah senyap sangat, keluarga tahu juga).Sampai suatu masa, aku rasa sudah tiba untuk dia berjumpa dengan keluargaku.

Dan alhamdullilah keluargaku akhirnya menerima dia walaupun kerjanya hanya seorang rider dan tidak punya apa2 selain sebuah motor lama untuk kegunaan kerja.Namun, akhir-akhir ni yakni beberapa bulan sebelum aku bertunang terlalu banyak dugaan yang datang kepada tunang ku. Dan setiap kali aku berusaha untuk tolong dia. Pasti akan ada kesannya pada aku. Aku jadi kurang yakin dan adakah patut aku leraikan saja ikatan pertunangan ini.Contohnya, tunang sudah berusaha lama untuk keluarkan kereta.

Alhamdullilah satu hari dia berjaya keluarkan kereta, walaupun secondhand. Semasa proses bawa keluar kereta, tunang harus selesaikan semua saman yang dia ada barulah tukar hak milik boleh dijalankan. Semasa hendak ke balai polis untuk urusan saman, tunang telah disamun dan habis semua wang untuk bayar saman di ambilnya. Dan aku pula kesiankan dia, maka aku hulurkan dulu untuk dibuat pinjam.

Bergaduh besar aku hari tu dengan tunang, sebab itu sahaja wang yang aku ada untuk beli barang-barang kenduri majlis. Dan dia tiada langsung usaha untuk membantu aku mudahkan urusan majlis. Nasib baik, ibu banyak bantu dengan persiapan. Jadi, aku diamkan dulu memikirkan majlis yang akan berlangsung lusa. Selepas majlis bertunang, aku berjumpa tunang dan aku sendiri akan bawa tunang untuk keluarkan simpanan.

Rupanya aku dapat berita, dia telah keluarkan 15K untuk terlibat dengan skim jana pendapatan. Ya Allah! Pilu hati aku yang tunang tidak tahu dirinya telah ditipu dan dia hanya sedar beberapa minggu sebelum majlis kerana dia ada cuba hubungi kawan dia yang ajak untuk terlibat dengan skim tu. Tapi kawan dia pun menghilang.

Dan dari situ baru dia tersedar yang ini semua hanya scam. Hasil titik peluh tunang selama tiga tahun hilang begitu sahaja walhal majlis kawin adalah tahun depan tak sampai 10 bulan pun lagi.Seterusnya, aku beri tunang pinjam motor untuk kegunaan kerja sebab motor tunang rosak. Jadi, semasa aku di office tunang gunakan motor aku untuk buat kerja.

Baru hari ke-2 aku beri pinjam dia esident pula. Habis luka-luka satu badan dan senget handle motor aku. Teruk jugak keadaan motor aku. Bercalar sana sini, remuk hati aku tengok motor yang dijaga selama 5 tahun bertukar rupa begitu. Disebabkan aku risau keluarga akan bertanya tentang motor aku, aku bawa balik juga motor tu walaupun handle senget selama satu jam perjalanan dari rumah tunang ke rumah aku.

Dan sekarang, aku dilema untuk teruskan pertunangan ini atau tidak? Aku seolah-olah risau yang mungkin aku yang membawa nasib tidak baik kepada tunang atau sebenarnya itu petunjuk-petunjuk yang Allah beri kepada aku untuk tidak meneruskan pertunangan.Buat pengetahuan semua, ada lagi perkara-perkara lain yang buat aku berfikir tentang hubungan ini.Aku tidak tahu untuk buat apa. Mungkin pembaca semua ada kisah yang boleh dikongsikan dan boleh beri nasihat kepada aku. – Balqis.

Luahan hati Balqis mendapat perhatian dan reaksi daripada pembaca. Luahan pembaca ini kepada Balqis adalah untuk menyatakan beliau tidak keseorangan hadapi masalah ini.

Assalamualaikum, aku Nur. 9 bulan lepas aku ada post di sini mengenai dilema aku sebagai seorang tunang. Ada yang bagi tips pun aku buat, aku hampir-hampir nak putuskan pertunangan dua ke tiga hari selepas majlis. Tapi, tunang aku tetap yakinkan aku yang duit dia masih ada. Separuh di simpan oleh bapanya. Jadi, seminggu ke dua minggu selepas tunang aku paksa dia ke pejabat pos yang tak sampai 5 minit dari rumah.

Itu pun terpaksa tunggu hampir setengah jam di bawah blok sebab dia tak bangun dari tidur walhal aku dah cakap yang aku nak datang ke rumah.Dia punya marah bukan main lagi pada aku siap cakap pejabat pos dah tutup padahal pejabat pos di block sebelah je. Tengok2 simpanan dia tak seperti yang dia cakapkan. Alasan yang dia bagitahu, separuh duit simpanan dia bapa yang pegang.Aku memang dah nak putuskan pertunangan time tu tapi dia tetap yakinkan aku.

Jadi, aku kongsi bayar kereta bersama dia. Awal2 bulan dia bayar seperti yang dijanjikan tapi empat bulan sebelum kawin dia tak mampu dah nak bayar sebab dia tak bekerja dimana ID dia kena block dan tak boleh nak hantar makanan. Aku pun cakap takpe aku bayarkan dulu sebab faham dia nak kumpul duit lagi untuk kawin. Bila keadaan kewangan dia agak meruncing, aku suggest kepada dia untuk keluarkan sedikit duit simpanan di ASB untuk teruskan kehidupan. Gaji aku pun tak bnyak mana nak bagi dia duit. Pandai pula cakap, syg nak keluarkan duit simpanan yang disimpan sebab tu dia kumpul sejak 4 tahun lepas.

Dalam masa yang sama aku dah book almost semua benda untuk majlis kawin menggunakan duit aku. Aku tak minta apa2 bantuan kewangan dari dia dan hanya minta dia bagi duit hantaran sahaja kepada aku.Even parents aku dah buat pembayaran penuh untuk catering di belah aku.

Tapi dia langsung tak bagi duit hantaran walaupun majlis lagi sebulan, parents dia tak datang langsung atau tanya kepada family aku persiapan untuk majlis.Sebulan sebelum majlis, aku dah minta dia isi borang nikah. Dia cakap dah isi lah dah hantar kat JAIS lah tapi tak sempat siap hari yang sama lah.

Dah lah duit hantaran tak bagi lagi.Aku punya geram aku pusing satu KL naik motor lepas balik kerja cari dia semata2 nak dapatkan borang nikah supaya aku boleh proceed untuk pihak aku pulak. Alih-alih dia cakap, dia dah balik kerja sebab gaduh dengan bos dan ada kat rumah.Sampai bawah rumah dia, dia cakap borang nikah dia tak siap lagi.

Aku dah agak dah, rupanya tak minta sign ppp pun lagi. Next weeknya, tetiap hari aku follow up dengn dia pasal borang nikah. Seminggu dia ambil minta sign ppp. Siap aku kena bagi duit untuk dia reprint semua borang2 dia.Dua minggu sebelum majlis pun tak siap lagi borang nikah dia, duit hantaran jangan cakap masih tak dapat2 walaupun ibu aku dah call.

Kata harini, tak masuk juga. Bila call lagi kata esok pula, pun tak masuk lagi.Last2, adik aku dan kawan dia jadi saksi baru borang nikah dia selesai seminggu sebelum majlis. Dapat je borang, aku ambil masa sehari je untuk selesaikan iaitu 4 hari sebelum majlis.Jadi selama 4 hari ni, almost semua dah buat full payment dan dia tak keluar satu sen pun.

Duit hantaran pun bagi tak sampai 5% yang dijanjikan. Aku buat bayar mana tak cukup, 5 minit dah habis.2 hari sebelum majlis, dah janji nak beli barang hantaran dan batal air solat sesama. Tunggu dari pagi, pukul 10 malam baru sampai rumah aku dengan alasan2 yang tak logik termasuk sesat jalan.

Kelakar tau? Sesat jalan ke rumah aku?Malam tu jugak dalam pukul 12.30 tgh malam, bapa aku panggil dia masuk dan tanya apa masalah dia sebab bapa aku dah tahan dengan alasan2 dia. Walhal, bapa aku tak pernah masuk campur pun sebelum ni.Jadi, sehari sebelum majlis dia cakap dia akan settlekan semua.

On the spot, aku putuskan pertunangan aku sehari sebelum aku nikah.Dan dia? Meroyan dan persoalkan kenapa aku buat keputusan macam ni walaupun satu hari je lagi nak nikah dan siap cakap beri dia peluang setahun untuk stabilkan diri dia. Tolong doakan dia jumpa gadis yang sesuai dengan dia dalam masa setahun ni supaya dia tak cari aku lagi setahun.Alhamdullilah, walaupun parents aku dan aku rugi bnyak untuk siapkan majlis dan menangis untuk aku.

Meraka hanya nak kan yang terbaik buat aku dan ibu sangat-sangat lega dengan keputusan aku. Family besar aku pun sangat2 supportive dan tak membawang.Restu mak bapa sangatlah penting, naluri ibu sentiasa betul. Dan paling penting sekufu. Pemikiran aku dan dia sangat berbeza. Itu sahaja pengakhiran dilema aku. Terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca.

Sumber asal : iium cnfezion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *