Bila mak goreng 11 biji telur, abah mkn 3, baki baru kongsi 9 org. Satu hari baru aku sedar kenapa mak buat mcm tu pd abah.

Cerita aku di sini dengan harapan aku dapat berkongsi pengajaran yang aku dapat dalam sifat aku yang tidak mengenang budi orang tua terutamanya kepada abah aku.Aku dibesarkan sehingga berumur 9 tahun di kampung atuk belah mak aku, Abah cuma akan datang melawat sebulan sekali.

Makbapa aku tidak bercrai, mereka cuma membuat keputusan untuk tinggal berasingan untuk menjaga orang tua masing-masing.Setiap kali abah datang melawat, memang seronok. Duit belanja sekolah abah bagi RM1, perghh… rasa macam orang kaya sebab kebiasaannya mak cuma bagi 20sen sahaja. Abah bagi seringgit tu macam gila dmakatnya bila masa rehat.

Beli semua. Nasi lemak 30sen, air 10 sen, jajan ‘rokok’ 60sen. Bahagia.Sampailah satu tahap, abah ajak mak balik kampung, tinggal dengan abah. Masa tu semuanya berubah. Duduk sana terus tak ada kawan. Adik aku pula kena buli di sekolah sampai tak nak datang sekolah 2 minggu. Abah dah tak bawa kami jalan-jalan, smakk menoreh getah.

Kadang-kadang sampai lupa ambil aku di sekolah. Yang ada transport dan lesen cuma abah. Jadi nak tak nak, tunggu jelah. Kadang-kadang tak tahan sangat, aku jalan kaki, itupun bila balik kena marah teruk sebab abah cari dari sekolah sampai ke rumah jiran.

Takut kena culik ke apa.Selepas setahun dua berpindah, kami ada krisis kewangan yang teruk. Yelah, abah sekadar menoreh getah, getah pula makin hari makin jatuh harganya. Mak buat keputusan untuk ambil upah jahit baju.Lepas sahaja mak dapat kukuhkan kewangan sikit, abah makin jarang beli barang dapur.

Segala jenis bayaran, buku sekolah, yuran, barang dapur, baju raya, hampir semuanya mak tanggung. Abah cuma beri bila mak minta. Itupun tak mencukupi. Pandai-pandailah tambah.Lauk utama kami adalah telur. Abah suka beli telur sepapan terus, bajet untuk sebulan.

Kadang-kadang seminggu sahaja dah habis. Abah marah mak kalau mak kata barang dapur dah habis. Adik beradik aku sudah 8 orang ketika itu. Bayangkan 10 orang makan, mana tak habisnya.Ayam pula boleh kiralah berapa kali makan dalam setahun. Ayam biasa potong 12 kan?

Tapi mak potong sampai kepak, peha tu jadi 3. Kami hanya boleh makan seketul je, lebih untuk hari-hari esok. Walaupun kami bercatu makan, abah yang utama. Kalau mak goreng 11 biji telur, abah makan 3, lebih tu pandai-pandailah kami kongsi. Mak beri layanan ‘raja’ kepada abah.Masuk ke alam universiti, mak lah mangsa kami untuk minta duit.

Walaupun ada antara kami yang tak mahu sambung belajar, abah paksa juga. Kami bergantung sepenuhnya kepada PTPTN. Tak cukup baru minta dekat mak.Disebabkan keadaan yang aku alami, aku ada sifat kedekut yang melampau, dan aku pantang dengan ketidakadilan.

Sekarang aku sudah berkahwin, namun sesen pun duit aku tak kongsi dengan suami, dan aku pesan pada suami jangan jadi macam abah aku. Aku tak nak perkara macam dulu berlaku. Aku tak nak jadi macam mak.Bila aku ada duit lebih, aku bawa mak jalan merata. Abah aku tak ajak langsung.

Dalam hati ‘siapa suruh tak jaga anak dulu, sekarang anak dah tak rapat dengan kau. Tua ni tak ada siapa nak layan kau.’ Memang perkara tersebut berlaku. Bila abah duduk tenguk TV, semua lari. Abah duduk di sebelah pun aku tak selesa. Seolah-olah abah orang luar.Kadang-kadang suami ada menegur, katanya tak baik buat abah macam tu. Aku tak peduli.

Ada sekali, suami beritahu dia perasan abah jalan senget sebelah.Kaki abah sakit. Aku terkedu, aku kasihan, umur sudah 60 sakit kaki pula. Tapi aku tolak ke tepi. ‘Ah, mak lagi susah dulu.Mak tak tidur malam jahit baju, mak masak, mak jaga anak. Abah pergi menebas, menoreh je pun.’Setahun berkahwin, aku diuji dengan kewangan secara tiba-tiba.

Suami tak mampu menanggung seorang diri Aku berkongsi duit gaji aku namun aku memberontak. ‘Duit aku, aku punya hak. Awak yang patut tanggung semua.’ Suami diam. Sikit pun tak marah. Begitulah sepanjang perkahwinan. Asalkan duit aku diguna, aku marah. ‘Tak adil! Itu duit aku.’ Aku tak nak kejadian lalu berulang lagi. Sehinggalah satu hari aku terbaca sesuatu yang mengubah persepsi aku. ‘Rezeki suami datang dari berbagai-bagai cara.

Melalui dirinya, isterinya, anak, dll’ Aku terfikir, mungkin sebab suami layan aku dan anak dengan baik, maka rezeki suami itu mencurah-curah. Rezeki datang bukan melalui suami, tetapi melalui aku.Ya, aku sentiasa cukup duit kerana suami dah bayarkan segalanya. Bila suami minta tolong bayarkan dahulu, duit aku masih ada baki. Bukan habis terus.

Kadang-kadang hujung bulan mampu beli KFC lagi. Aku tersedar. Maka aku bukakan hati aku untuk suami dan abah dan redhakan segalanya.Akhirnya aku mendapat jawapan aku sendiri. Tentang abah. Aku sedar, aku silap menilai. Umur aku menjangkau 30, baru aku sedar apa sebenarnya yang terjadi. Kejadian yang berlaku selama ini aku nilai mengikut apa yang aku nampak sahaja. Abah tak hulur duit kerana memang dia tidak berduit.

Aku jadi buta sebab abah yang dahulu sentiasa bagi duit belanja yang banyak. Walhal abah simpan duit untuk memberi duit sebanyak itu. Apa yang aku harapkan dari seorang penoreh getah? RM2000 sebulan gajinya? Sedangkan RM500 sahaja yang abah mampu.Abah paksa kami belajar kerana abah tak mahu kami jadi macam dia. Tak dapat sambung pelajaran kerana miskin.

Abah tak mahu kami jadi seperti dia. Salahkah abah memaksa kami untuk menjadi lebih baik? Abah lebih tahu mana baik buruk lebih dari kami.Kenapa abah makan dahulu dan lebihnya baru kami dapat? Pernah ke anda menebas 1 ekar tanah bersamaan dengan 43,560 kaki persegi? Macam mana pula kalau menoreh 2 ekar tanah yang jauh sehingga bersebelahan dengan hutan tebal siap ada risiko jumpa harimau. Penat gila kot.

Kita yang duduk hadap computer je pon dah mengeluh. Jauh ceruk mana pun abah pergi ambil upah menoreh.Macam manalah mak tak bagi abah makan banyak, penat tu. Dah jauh-jauh menoreh, nak kena habiskan 2 ekar pokok getah, mestilah terlupa, terlambat ambil anak. Jam tangan pulak tak ada.

Nak call suruh jemput pun bukan ada line dekat hutan.Kenapa abah marah bila barang dapur habis? Memang abah tak faham kami makan macam mana sebab dia tak tengok kami bercatu makan. Dia smakk kerja. Tapi dengan penat, tiba-tiba balik isteri bagitahu itu ini tak ada. Penatnya tak habis lagi, sudah ditambah.

Macam mana nak cari duit lebih? Mesti itu dalam fikiran abah sentiasa. Mesti abah risau setiap hari.Dulu, aku menganggap abah tidak ambil peduli hal kami sekeluarga. Kini aku tahu abah ambil tahu hal kami dalam diam. Abah tanya melalui mak, tidak terus kepada kami. Kadang-kadang kami perlukan duit, kami minta dari mak. Rupanya duit itu datang dari abah.

Walaupun tak banyak, tapi masih memberi. Melihat pada fizikal abah, nampak tegap tetapi rambutnya sudah banyak putih. Kulit mukanya kering dimakan panas matahari. Tapak kakinya merekah, keras dan hitam. Baju, seluar, topi, motor, masih sama seperti 5 tahun lepas tidak bertukar.Mak? Hampir sama seperti abah, tapi bajunya setiap tahun bertukar.

Apa mak mahu kami berikan. Abah pula tiada apa, mungkin diam memendam rasa melihat kami melayan mak seperti ‘raja’. Sekarang anak abah sudah berjaya. Semua masuk Universiti macam abah inginkan. Namun layanan yang kami beri tidak setimpal dengan usahanya. Kerana kami tidak nampak susah yang abah hadapi.

Semuanya kami nampak susah mak, sebab mak di depan mata ketika susah senang.Sehingga sekarang abah masih bekerja walaupun kudratnya sudah kurang, walaupun kakinya tertengkot sebelah. Umur seperti abah sudah sepatutnya pergi Haji dan Umrah, duduk berehat di rumah. Kini aku tekad berubah sebelum terlewat. Sebelum abah pergi.

Sebelum penyesalan yang tak sudah. Benar mak banyak berkorban demi kami, tapi abah juga berkorban mengikut cara dia yang aku tak dapat fahami dulu. Sekarang aku ubah cara layanan aku. Aku akung abah seperti mana aku syg mak. SAMA RATA. Aku mahu adik-adik menyayangi abah seperti aku. Wahai kawan, wahai saudara saudari seIslam ku, inilah aku, Anak Yang Tidak Kenang Budi.

Yang dapat bekerja di office ber aircond di atas kudrat abah yang aku tak nampak. Yang dapat berkahwin dengan suami yang baik dan memahami di atas keizinan abah, berwalikan abah. Dapat merasa kesusahan sebelum kesenangan kerana abah.Jangan menilai membuta tuli seperti aku. Moga mendapat iktibar.Sekarang aku lebih selesa dengan cara redha dan berkongsi.

Baru-baru ini aku membawa abah dan mak tidur di hotel. Tengok muka abah, gembiranya dia dapat ke tempat baru dan berehat. Mandi air panas, ke kolam renang, makan mewah di kedai makan, tidur di tilam empuk. Perkara yang abah tak pernah fikir akan dapat. Kos aku keluarkan tak mahal mana, tapi bahagia abah aku akan ingat sampai bila-bila. Moga ini merupakan titik permulaan baru bagi kami sekeluarga. – Anna

Kisah ini mendapat perhatian ntizen :

Alia Syamira : Inilah confession paling bagus saya baca. Berlinang air mata bila baca luahan saudari. Tahniah saudari. Semoga kita semua terus berbakti kepada kedua-dua ibu bapa selagi hayat dikandung badan.

Nurin Farhah Abdullah : Betul tu sis.. Sayangnya mak ayah saya dah takde selamanya. Semoga sis sentiasa dlm rahmat Allah. Biarla mcm mana pon org tua buat salah tetap wajib kita menghormati mereka.

Fauziah Bakhtiar : alhamdulillah. kenapa lah ada org potong bawang pulak ni. kita kadang leka dgn apa yg kita nmpk sehingga kita salah menilai pengorbanan seseorg. allahu.

Radin Arishah : Tkasih kerana berkongsi cerita. Ye kadang2 kita tersalah sangka dengan org tua kita, sampai berdendam kerana itu. Semoga menjadi pedoman utk kita sbg anak2 utk melihat sisi lain ibubapa kita dan memahami kesusahan dan pengorbanan mereka.

Maizatul Harmi : Syukur saudari sedar sebelum terlambat which is part yg selalu anak2 tlepas pandang.. Ayah juga manusia.. punya hati & perasaan.. cuma fitrah seorang ayah itu selalunya menyimpan rasa dihati.. biar anak & isteri melihat hebatnya dia bukan dukanya..

Azlina Abdul Aziz : Alhamdulillah sedar sebelum terlambat. Terima kasih berkongsi cerita. Memang ini lumrahnya manusia.. Sentiasa mencari sesiapa untuk disalahkan. Bersyukur masih punya masa untuk menghargai

Peah Peah : Tahniah. Beruntung dan bersyukur masih punya ayah yg masih boleh dipeluk dicium tangan dan pipinya. Dan yang paling utama masih sempat utk membahagiakan dia. Semoga ayah dan ibu memberikan saudari peluang utk berbakti dan mengutip pahala utk ke syurga kelak. Redha Allah terletak pada redha ibu ayah.

Sumber : iium confexion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *