Isteri aku seorang usatazah. Aku hairan hp dia beratus SMS msuk lalu aku buka , trus isteri menangis ceritakan perkara sebenar.

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan confession aku. Aku adalah suami yang mempunyai isteri seorang ustazah KAFA. Untuk makluman isteri aku adalah graduan UIA. Sebelum kami berkahwin isteri aku sudah banyak apply untuk kerja tetapi semuanya ditolak. Memandangkan situasi ekonomi yang mencabar, isteri aku terpaksa meminta apa sahaja kerja yang boleh dia buat.

Dari dropship, business online, cod, mengajar mengaji, dan sebagainya. Sampailah dia mendapat tawaran guru KAFA.Semasa proses pemilihan begitu ramai calon2 yang mohon. Bukan calang2 juga calon2 itu semua, kebanyakan mereka ada degree seperti isteri aku, malah lebih dari itu pun ada.Alhamdulillah isteri aku lepas sehingga pemilihan akhir dan dapat bertugas sebagai guru KAFA.

Hanya beberapa orang calon sahaja yang diterima bekerja, dalam 10% dari total pemohon. Bayangkan, bertapa mencabar untuk graduan kita hendak apply kerja.Berbalik kepada tajuk aku nasib ustazah “dipaksa“ merangkak untuk sesuap nasi. Hari pertama isteri aku bertugas, aku amat kasihan melihat keadaan tempat kerjanya. Mereka guru2 KAFA tiada bilik guru, hanya kerusi2 disusun diluar untuk mereka duduk dan kemas2 buku2 atau fail2 untuk silibus subjek.

Murid2 pula MasyaAllah, nakal!! Yang berlari2 nya yang terjerit2 nya yang bergaduh nya. Aku pula jadi pening tengok mereka.Selepas itu aku balik kerumah. Selepas isteri aku balik kerja aku bertanya mngenai sekolah. Untuk pengetahuan, isteri aku ni mmg terlalu baik orgnya, lurus betul. Dia cakap semua ok macam biasa je.

Padahal aku dah perhati semuanya dari lepas aku hantar kesekolah.Hari demi hari berlalu sehinggalah aku asyik perasan isteri aku tak lepas dari phone dia setiap hari. Hati aku mula syak bukan2. Terus aku ambil phone dia senyap2 dan buka wasap. Fuhhh!! Beratus2 chat dari ibu bapa murid2. Berpuluh2 chat dari guru2 senior. Semuanya minta isteri aku uruskan masalah2 mereka yang perlu diselesaikan.

Macam2 hal!!Yang ibu tanya pensel warna anak, yang ayah tanya anak dia bila nak habis kelas, yang pengetua suruh pergi kursus itu ini sebagai wakil. Hmmm terus rasa bersalah dalam hati ini kerana mengesyaki bukan2 padahal isteriku ini adalah wanita terbaik Allah amanahkan untukku jaga.Keesokan harinya selesai subuh aku bertanya kepada isteri.

Berapa gaji awak? Dia jawab dalam 1000. Aku tanya lagi elaun berapa? Dia jawab tiada gaji sebenarnya, yang dapat hanya elaun lah jumlah tu sahaja. Terkejut aku! Dah lah guru KAFA bukan kerajaan tiada pencen dan Tiada privileges seperti guru2 lain.Aku pun bertanya lagi, betul ke ok dengan kerja ni?

Aku mahu dia jujur. Terus air mata dia mengalir, dia cakap dia penat sangat. Dia stress, tapi dia taknak berhenti kerja. Kerana mak ayah dia hantar dia belajar sampai degree, dan mereka mahu dia berkerja. Kalau ikutkan, gaji aku sudah cukup kalau isteri aku tidak kerja sekalipun. Dia beritahu murid2 sangat susah dikawal, paling aku terkejut usia2 macamtu dah pandai benda2 loocah.

Belum masuk hal2 mak ayah yang banyak sangat kerenah, sampai waktu selepas bekerja pun sibuk duk tanya itu ini.Isteri aku ni baik dan lurus sangat, aku pesan supaya jadi garang dan jangan ikut sangat kehendak orang lain. Tapi itulah diri dia, end up dia akan menangis luah kat aku. Jadi apabila timbul isu baru2 ni ustazah dipaksa merangkak memang aku agak terkilan dengan perkara itu.Untuk pengetahuan ibu bapa.

Kebanyakan guru2 agama kita bukan orang biasa2. Mereka pun ada lulusan tinggi2, malah sebahagian mereka memang tak pandang kerjaya tinggi2 gaji mewah2 ni. Memang mereka niat ikhlas untuk didik anak2 tuan2 puan2 mengenai ilmu agama.Santunilah mereka sebagai saudara saudari islam yang sepatutnya.

Kalau dibandingkan gaji mereka 1000 itu dengan keringat kudrat yang mereka curahkan. Tak terbanding tuan2 puan2 sekalian. Mereka juga punya suami punya anak2 dan periuk nasi yang perlu diisi.Sebenarnya, banyak lagi perkara2 yang aku tak dapat nak luah mengenai nasib guru2 KAFA ini.

Dikesempatan ini, Harapnya kerajaan baru ini, buatlah penyerapan guru2 KAFA yang berkelayakan tinggi ini untuk masuk kerajaan. Bukan lagi swasta yang hanya dapat elaun 1000 sebulan. Bukan aku nak complain untuk isteri aku, tetapi ramai lagi guru2 KAFA lain yang nasib mereka tak terbela. Ada antara mereka yang suami dan isteri guru KAFA.

Bagaimana mereka nak survive dalam ekonomi yang mencabar ini?Dari beberapa tahun lepas janji nak serap masuk kerajaan, ramai yang berharap dan sanggup stay dalam bidang ini. Aku akan terus perjuangkan hak dan nasib isteri aku dan guru KAFA lain. Itu sahaja dari aku. Terima kasih. – Suami Ustazah (Bukan nama sebenar)

Antara nasihat ntizen :

Kimie Ja : Ibubapa sekarang mana hendak Carita kisah mereka Kat anak anak sekarang. Kalau diceritakan kisah guru mereka dulu dulu anak anak akan faham. Cam kita dulu mak kita Ada Carita yg guru mereka garang siap bawa rotan besar. Bila mak ayah Carita camni secara tak langsung anak anak bila kene denda mereka ingat mereka buat salah Dan bukan sebab cikgu benci

Ayien Jinis : Kesian.Penat2 belajar.Bila nk start kerja ya.Gaji guru lulusan degree lagi rendah dr gaji pembantu rumah Indonesia. Kerajaan Malaysia tlgla prihatin.Jgn kera di hutan di susu kan.Anak kat umah marti kelaparan.Compare maid indon yg bermasalah.Gaji bersih rm1200-rm1500. Makan tanggungdgn nasib ustazah ni.Mmg kesian sgt.

Cumi : Aku dlu ad customer .guru kafa gaji 700 ad yg 850 .. yg seribu tu klo diselangor nun . Cian weh . Penah cod ke skola agma ni nampak muridnyaa mak ai .. tamo dga ckp ustazah .naseblah dlu ta minat cikgu sbb aku mmg ta suka budak..haha .takut kne cepukk je budak tu kang

Iyqa Gani : Off chat dr bukan admin.. biar admin ja yg boleh post.. lebih baik xyah laa group².. apa² telefon skolah.. mak bapa laa nie laa semua nak senang ja.. x reti nak ajar anak tanggungjwb terhadap brg sendiri..
Kita dulu pemadam hilang, xda dok report kat mak ayah.. nnt kna marah.. x cukup tu kna pukul kat tangan.. padahal bukan bg hilang, org amik buat harta..dh x jumpa..

Azrol Noni : Begitu anak begitulah ibu bapanya..anak adalah cerminan ibu bapanya..ingatan untuk diri sendiri, kaum keluarga dan juga rakan2 supaya sentiasa menegur perangai anak2 yg nakal dan kurang adab ni. Jangan dibiar membesar tanpa adab dan budi pekerti..anak2 adalah pewaris generasi akan dtg..

Reyna Ibrahim : Bila ada degree…bukan orang orang biasa…jadi pastikan kita tidak mudah jatuhkan maruah sendiri hingga sanggup mengikut telunjuk orang . Jadilah perempuan yg berani pertahankan hak….ada degree harus juga ada keyakinan diri.

Sumber : iium confexion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *