Semua kos perkahwinan aku yg tanggung, tapi Norman masih juga nak bekas kekasih dia. Siap berbalas komen mesra di IG.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terima kasih jika pengsayaan ini disiarkan. Nama saya Syifa, 27 tahun. Seorang lepasan Master di salah sebuah Research University di Lembah Klang. Alhamdulillah, rezeki berpihak padsaya. Kini, menyandang satu jawatan yang saya kira tinggi dalam syarikat yang saya bekerja.

Siapa sangka, 3 tahun bekerja bermula lepas tamat Degree sehingga kini, saya dikira berjaya dalam kerjaya.Ohh ya, sambil saya kerja, saya buat Master. Baru je selesai. InshaAllah grad nanti and naik lagi pangkat. Dilahirkan dan dibesarkan dalam family yang baik-baik, cukup didikan dunia dan agama.

Mampu untuk punya kereta sendiri, melancong ke mana ikut kata hati, bahagiakan parents dan adik beradik. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki. Dah cecah umur 27 tahun ni, of course risau pasal jodoh. Saya pernah bercinta, and baru putus cinta. Dulu saya pernah bercinta dengan someone, almost 4 tahun bertahan.

Takdir Allah, takde jodoh. Saya redha.Saya jenis susah nak sayang lelaki, sebab saya tsayat kecewa. Senang berkawan, tapi nak bercinta tu saya memilih jugak. Sampai la 2 tahun lepas, saya kenal seorang lelaki lain setelah setahun lebih saya ambil masa untuk move on.Let me introduce him as Norman. Kenal melalui kawan saya. Alhamdulillah, start kenal semua okay.

Sampai la beberapa bulan kenal, macam2 hal jadi. Bekas kekasihnya datang balik menuntut kasih sayang Norman. Okay, kita sebut nama ex dia Nisa. Nisa dulu pernah tinggalkan Norman sebab curang dengan lelaki lain. Norman lepaskan Nisa cara baik, ambil masa untuk heal himself sampai la dia jumpa saya. Ohh anyway before saya dengan Norman decide nak serius dalam hubungan ni, kami share semua cerita hubungan kami yang lepas.

Saya tak berahsia. Dan dia pun sama. Saya janji saya takkan jadi macam Nisa, dan dia janji untuk tak jadi macam bekas kekasih saya. Tapi, bila Nisa datang semula untuk tagih cinta Norman, Norman macam lupa dengan apa yang Nisa dah buat dekat dia. Bukan sekali curang okay, 2 kali dengan lelaki yang lain. Norman cerita semua dekat saya.

Saya terkilan bila dapat tahu Norman berhubung semula dengan Nisa. Norman janji nak kahwin dengan saya, dia dah bawa saya jumpa dengan keluarga dia, dan saya pun dah kenalkan dia dengan keluarga. Alhamdulillah, kedua-dua keluarga restu hubungan kami.

Saya tanya Norman baik-baik kenapa masih berhubung dengan Nisa, dia cuma minta saya sabar. Dia akan fahamkan Nisa betul-betul yang antara dia dengan Nisa tak mungkin untuk Bersama kembali. Dan saya, seorang wanita yang terlalu naif, percaya untuk pegang janji Norman.

Saya sabar. Almost setahun lebih saya sabar dengan drama ni. By the way, Norman seorang lelaki yang baik. Soft spoken, tak cakap kasar. Saya hormat dia bila saya tengok layanan baik dia pada keluarga dia, dan keluarga saya juga.

Dia punya banyak sifat yang saya dambakan untuk saya jadikan sebagai suami. Tapi, dia ada kekurangan dari kestabilan kewangan. Punya kerja yang biasa-biasa. Tapi saya cakap takpe, saya janji nak susah senang sama-sama dengan dia. Saya janji nak start dari bawah dengan dia.

Saya tolong dia mana saya mampu.Saya share semua benda dengan dia. Hatta barang hantaran untuk bahagian saya pun, saya usahakan sendiri. Saya taknak menyusahkan dia. Saya cakap nanti dah jadi suami isteri, even saya ada kerjaya yang lagi baik dari dia sekalipun, saya tetap bawah dia.

Saya tetap kena anggap dia sebagai raja, ketua keluarga, imam saya.Saya yakinkan keluarga saya dia boleh Berjaya. Bab duit saya bagi saya tiada masalah kalau ada usaha. Kan Tuhan dah janji Dia akan cukupkan rezeki untuk orang yang nak berkahwin. Berbalik pada Nisa, dia datang balik untuk ganggu kebahagiaan saya dengan Norman.

Saya banyak berendam air mata, bila tengok Norman dengan Nisa berbalas comments dalam Instagram. Saya terasa. Sampai la satu hari Nisa call saya minta untuk saya sedar diri.Nisa kata Norman janji nak kahwin dengan Nisa. Nisa minta saya undur diri. Saya taknak bergaduh lama, saya minta Norman untuk buat keputusan sama ada dia pilih saya tau Nisa.

Dan pendirian tetap sama, minta saya untuk tempoh bersabar.Persiapan kahwin masih tetap berjalan macam biasa, dan drama antara dia dan Nisa tetap ada. Sepatutnya kahwin bulan 12 tahun lepas, Norman minta untuk postpone ke bulan 3.

Means bulan ni, tapi Nisa desak Norman untuk kahwin dengan dia. Saya nasihatkan Norman untuk postpone wedding kami sampai hujung tahun ni, saya bagii peluang untuk Norman settle down hal dia dengan Nisa. Minta untuk Nisa move on.

Norman kata dia takkan lepaskan saya. Saya bersabar atas nama cinta, saya bagi peluang untuk dia berubah. Tapi sampai sekarang langsung takde perubahan. Norman makin rancak melayan saya, dan juga Nisa. Dah jadi macam lagu Ukays bagi Norman, di sana menanti, di sini menunggu. Lately jadi tersentak dengan diri sendiri.

Saya tanya diri saya kenapa masih bertahan dengan seorang lelaki yang tak menghargai kewujudan dan pengorbanan saya. Saya jadi tawar hati, penat asyik menangis setiap malam sebelum tidur. Saya ambil nafas Panjang, gagahkan diri untuk minta putuskan hubungan dengan Norman. Saya fikir Norman akan halang keputusan saya, tapi saya kecewa bila dia kata why not untuk dia tak bagi peluang kedua buat Nisa.

Saya tanya di mana tempat saya sebenarnya, dia tak mampu jawab.Dia kata dia akan tetap ambil saya sebagai isterinya. Tapi sayang dia pada Nisa tak hilang. Tak termakan dengan janji palsu Norman, saya minta dia maafkan saya. Saya undur diri. Saya penat Norman, dengan Nisa, dengan diri saya sendiri.

Kali ni saya mengalah, demi kebahagiaan semua orang.Buat Norman, terima kasih. Saya nak tegaskan masih ada seorang wanita yang boleh ada di sebelah seorang lelaki saat waktu susah senang kau. Cuma, kau tak pandai nak hargai. Dan saya nak tegaskan, orang yang curang sekali, dia akan curang berkali-kali.

Sebab dia terbiasa untuk buat macam tu.Saya maafkan semua. Saya doakan kebahagiaan kita semua. Buat Nisa, tahniah. Semoga Bahagia selalu. Dan semoga pengorbanan saya untuk mengalah kali ini boleh buat kau berubah untuk bahagiakan Norman sepenuhnya. Saya penat dengan lelaki.

Duit simpanan saya untuk kahwin, saya decide saya akan buat deposit beli rumah. Pinta saya Cuma satu, andai ditakdirkan saya untuk tak berkahwin, saya redha. Namun andai ditakdirkan saya dijodohkan dengan seseorang, saya harap dia pandai menghargai hati saya. Doakan saya – Syifa

Antara komen ntizen :

Afira Ashfari : To Nisa.. Curang byak2 Norman still Terima.. Bg malu je… Berdasarkan graf saintific president bawang, Norman ko better je gantung diri ko kat pokok ceri. Dah tua tua pon bodoh..

Confesor you really did a great job even I believe it took loads of courage to walk off from this relationship. Lesson, laki tu syg duit hang ja.

Farhah Simard : You go girl.. Jangan sedih, you buat keputusan yang cemerlang sekali..

Dan Adam, well Nisa mesti tahu kalau dia curang lagi kelak, Norman sedia menerima aje…

So good luck lebih untuk Norman.

Ain Kadir : Congrats confessor sbb berjaya move on and tak tunggu Norman. He doesnt deserve you at all !!! Biarkan dia mereput nak mti bila nisa curang dgn dia lagiii. Hahaahhahaha. Mmg betul bila sekali dah curang, mmg akan curang berkali². Sorry to say Norman mmg bodoh. So to confessor, enjoy your life and stay strong okayy. The right man will be in front of you when the right time comes.

Radin arishah : Awak mmg patut sedih sbb awak manusia biasa yg ada perasaan. Tapi awak mengambil langkah sgt bijak bila tinggalkan dia. Ada hikmah besar benda ni jadi sekarang. Kalau dah kawin dia buat perangai dgn x dia tu lagi rumit. And as they say, the best revenge is to be happy. Buat la apa2 yg terbaik utk diri sendiri dan keluarga. Awak bijak, tentu mcm2 awak boleh buat. Biar nanti dia tau erti penyesalan.

Siti Khatihah : Normallah tu …lelaki x cukup 1…jika yg lebih gedik, murah melayan tentulah si lelaki nak , kecuali yg x munafik, x tamak nafsu..lepas ni dia akan nampak perempuan lain yg lebih bagus dpd bunga. Syukur sempat meninggalkan lelaki x setia tu..

Noradilla Ghaffar : Syifa, sebenarnya Norman sedang mengambil kesempatan ke atas awak..dia tak nak lepaskan sebab dia boleh dapat kasih sayang & material (mungkin) dari awak sebab awak sangat memahami keadaan dia dan terima dia seadanya..walaupun amat pahit, tapi Allah sedang tunjukkan yang dia tak layak buat seorang wanita sebaik awak..

been there, done that..we deserve to be happy walaupun tanpa cinta plastik seorang lelaki.

Sumber : IIUM confexion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *