Aku pegawai kerajaan tapi suami hanya penoreh getah. Suami sgt daif smpai bju dlm sy pun xpernah tukar.

Pertama sekali saya mengucapkan berbanyak-banyak terma kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati saya ini. Namsaya Emma.

Saya adalah pegawai kerajaan gred 41 di mana gajiku mencecah RM4000 sebulan dan telah pun berkahwin sebelum saya dapat kerja. Untuk makluman semua, suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari.

Jika hari cuaca hujan, memang langsung tak masuk duit apatah lagi bila tiba musim tengkujuh.Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suamiku bekas pelajar madrasah pondok, tak belajar tinggi macam saya yang ada degree dari universiti tempatan.

Suamiku memang baik. Solat tak tinggal. Takde skandal. Kawan-kawan perempuan pun takde. Tak pernah naik suara terhadap saya dan anak-anak, jauh sekali nak naik tangan. Dia selalu tolong saya uruskan rumahtangga. Anak-anak dia yang mandikan, tolong hantar dan ambik dari taska.

Kadang-kadang urusan dapur dia yang tolong settlekan bermula dari urusan beli barang dapur sehinggalah ke memasak dan kemas dapur termasuklah mengemop sisa-sisa tumpahan makanan anak-anak saya. Pendek kata, semua perfect lah. Kiranya saya balik rumah goyang kaki je sebab semua urusan rumahtangga dah settle bila saya balik kerja.Cuma kadang-kadang saya rasa kecil hati.

Sebab duit gajiku habis di hari kedua selepas terima gaji. Saya bayar loan perumahan, loan kereta, yuran taska anak 2 orang, beli stok pampers dan susu untuk sebulan, bayar loan PTPTN, bagi mak saya RM100 sehinggalah yang tersisa dalam akaun saya hanyalah RM50.Dalam masa 1 hari duit gaji saya habis untuk selesaikan benda tu semua sampaikan nak reward diri sendiri pun tak dapat.

Nak makan KFC dan MCD jauh sekali.Suamiku hanya keluarkan duit untuk beli barang dapur, minyak kereta dan bil elektrik. Nak beli baju baru jauh sekali. Pakaian dalam saya pun tak pernah dibeli dan tak pernah nak offer untuk beli. Tiap kali raya saya yang support semua, dari baju raya hinggalalah ke duit raya dan kuih raya.

Saya pergi kerja hanya pakai baju yang sama hampir setiap minggu. Kadang-kadang saya malu kepada staff-staff lain dan cemburu bila tengok mereka pakai baju cantik-cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19. Alat solek saya pun saya beli di kedai Eco je (kedai RM2.10) sebab takde duit nak beli kat drugstore.Saya cuba nak mintak semua tu dari suami tapi saya rasa serba salah sangat bila memikirkan yang dia hanya kerja sebagai penoreh getah.

Dia pernah minta izin saya untuk buat kerja sampingan, nak cari duit lebih katanya. Tapi saya tak izinkan sebab nanti siapa yang nak uruskan anak-anak. Duit dari hasil menoreh getah itulah dia beli barang dapur dan isi minyak kereta serta bayar bil elektrik.

Duit beli baju anak-anak pun saya guna duit gaji sendiri yang berbekalkan baki RM50 sebulan. Dan saya ikat perut setiap hari di tempat kerja. Saya hanya mengambil sarapan pagi sahaja sebab nak jimatkan wang sehinggakan saya terkena gastrik. Saya stress.

Kadang-kadang saya terfikir seolah-olah saya ni ketua keluarga yang terpaksa menanggung semuanya. Wahai pembaca sekalian, adakah saya terlalu overthingking? Berdosakah saya berfikiran begini? Derhakakah saya terhadap suamiku?

Adakah saya isteri yang tidak bersyukur? Tolong berikan saya kata-kata semangat. Saya cintakan suami saya sangat-sangat dan sayangkan perkahwinan ini. Sekian. Terima kasih. – Emma.

Antara komen ntizen :

Hafiz Aiman : Individu A Allah uji.

Anak normal
Pasangan curang

Individu B Allah uji.

Anak OKU
Pasangan meninggal.

Sebab itu sebelum meroyan dalam facebook kena muhasabah diri dulu.

Allah uji manusia ini sama sahaja.

Kena ingat Syurga yang menanti kita itu bukannya PERCUMA..

Sebab itu sebelum kahwin tolong letak tujuan berkahwin untuk mencari redha Allah. Kenapa kena letak tujuan begini. Kerana disebalik redha Allah adanya syurga. Untuk ke syurga kita perlu menempuhi sempadan api yang membakar diri. Kerana syurga yang menanti itu bukannya percuma.

Itu kita kena ingat bila berkahwin bukan untuk menuntut kebahagiaan dari pasangan. Tapi melengkapi apa yang kurang dari pasangan.

Contoh kalau hidup saya menuntut kebahagiaan dari isteri saya. Tahu jawapannya apa iaitu bercerai. Kerana kehidupan isteri saya perlu korbankan anak dan suami. Dia sibuk di hospital dalam tugas menyelamatkan nyawa kaum ibu dan bayi yang dilahirkan. Kadang – kadang juga akibat persekitaran dia bekerja. Emosi dia jadi celaru. Akibatnya pulang sahaja dia dari hospital tiba – tiba dia memarahi saya tanpa sebab. Jadi disebabkan itu hidup saya dalam rumahtangga hanya berusaha untuk menuntut kebaikan dari Allah sahaja. Dengan usaha itu saya mengharapkan dikurniakan kebahagiaan dalam hidup saya. Bila saya perbetulkan tujuan saya kahwin. Baru hidup kami bahagia. Kalau tidak jahanam.

Keadaan isteri saya pula bagaimana dia nak menuntut kebahagiaan dari saya. Dirinya perlu menyelami dan menempuhi hidup saya yang perlu menjadi tongkat buat akak dan abang saya yang sibuk di hospital. Akibat dari itu saya perlu menjaga anak saudara saya. Malah anak saudara saya itu juga merupakan anak autisme. Untuk menyelami kehidupan anak autisme ini tak mudah malah banyak kena berkorban. Jadi disebabkan itu isteri saya juga perlu perbetulkan tujuan berkahwin dengan tidak menuntut kebahagiaan dari saya tapi hanya berusaha untuk menuntut kebaikan dari Allah sahaja. Dengan usaha itu mengharapkan Allah kurniakan kebahagiaan dalam hidupnya.

Malah bila kami letak apa ujian yang menimpa kami ini adalah ladang pahala buat hidup kami. Kehidupan kami jadi bahagia.

Isteriku Pegawai Kerajaan
Aku Petani Modern

Kehidupan kami sama susah sama senang.

Win – win situation (sekufu).

Ridhuan Othman : Yes. You are over-thing-king. Everything should not necessarily perfect as we want. Anak dua. Might be your marriage just below 5 years then. It’s not quite scary sis. The real trouble will be coming for the next five years.

Sometimes it is not as easy to say ‘bersyukurlah’. Maybe you need to relook on your marriage objective, trying to rediscuss it together with your husband.

Surely, I’m not the perfect one to yelling you about this. At least keep patient, try to reconstruct the financing or something else. InsyaAllah I believe it would be better.

Nur Na : A’aa kau tak bersyukur. Suami dah urus semua. Syukur la dik.. Payah cari laki jenis boleh nak buat semua ni.. Kau jadi camtu sebab setan duk hasut. Atau kau banding2kan diri dgn orang. Yela kau siap tengok kerani punya baju dan sebagainya. Bandingkan la tu. Tapi kalau kau taknak laki kau tu, ramai je kot yg nak. Kau cari la yg berduit kaya raya. Tgk lak camne hidup kau.

Najmuddin Azman : Sabar puan… Saat susah itu x lama… Jgn dilihat senangnya orang.. ad org masih belum mmpu berkereta Dan berumah sendiri..puan beruntung memiliki semua tu..peringkat ank nk membesar memang bnyk pakai duit.. kami Pon pernah sesak cmtu.. tpi teruskn sabar Dan Cuba Cari pendptn smpingan.. ramai perempuan di luar Sana bersuamikan ‘biawak’.. puan cukup beruntung.. hargai dia.. jangan sampai kehilangan..

Biskut Merry : Allah, beruntungnya awk dpt suami baik walaupun gajinya kecil.. sy rasa suami da faham keadaan kewangan tp awk kurang yakin nk handle anak2 seorg diri andai suami buat part time job kan? Hal mcm ni mula2 mmg redha lama2 takut jd barah dlm hati.. brbincanglh dgn psgn tntg urusan kewangan sekurang2nya hati tu x membeku dlm diam..

Ikin Mohd : melakukan sesuatu niat kerana allah..aku sendiri terap niat ni dgn diri sendiri..ni nasihat dari org berpengalaman 1 tempat kerja dulu..
walaupun suami tu gaji kecik..xpe..y penting barang dapur dia settle..

bertahun jgk aku menahan nafsu tuk shopping..sabar kin..sabar..ada hikmah..selalu think positif.bila balik kerja. tengok rumah dh settle..ank2 dh settle..siap hidang makan lagi..allah..terima kasih syg..sbb bt ni semua..i rasa i xleh bt mcm ni…berkasih syg selalu..bila gji kena bayar tu ni..xde hal pun..ok je..nk sesuatu aku kena kumpul duit..nk g jalan ke..nk beli brg idaman ke.xpe..tahun berganti tahun..

alhamdulillah..sekarang allah bg rezeki lebih..allah bg dia kerja y jauh beza gajinya dari aku..n now..dia plk y byr tu ni..tp sifat aku y berjimat cermat..dh sebati plk..walaupun ada duit nk beli..tp bukan keperluan..tp kehendak..so..aku lupakan je niat tu..hahahah..kalo dh gian sgt bru grab.
benda paling best..suami akan settlekan kerja2 kat rumah sampai sekarang..walaupun dia balik kerja lewat malam.bila dh terbiasakan…
moralnya..ikhlaskan hati.respect each other.think postif.niat kerana allah.

Sumber : Iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *