Hairan aku suami menolak utk “bersama” disaat aku subur. Akhirnya aku mnyesal bercinta selepas kahwin.

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Aku berumur 28 tahun bekerja sebagai seorang doktor di salah sebuah klinik kesihatan kerajaan. Aku yang memohon ke sini untuk bersama dengan suami yang juga bekerja di sini. Aku dan suami dah 3 tahun berkahwin. Belum dikurniakan cahaya mata. Kami berkahwin tanpa kenal hati budi.

Buru-buru berkahwin padahal cuma kenalan saudara begitu sahaja tapi aku setuju. Hantaran sepatutnya ada tapi suami tidak pernah membayarnya jadi dianggap percuma sahaja la. Tapi aku tak kisah, kerana aku cuma memikirkan soal bahagia. Namun bahagia yang diharapkan tidak pernah kunjung tiba.

Dulu suami seorang duda

Suami seorang duda. Dia pernah berkahwin dengan seorang wanita yang telah mengkikis semua hartanya. Jadi yang tinggal untuk aku cumalah lelaki yang tidak berharta. Aku tidak menghiraukan soal wang ringgit kerana aku sendiri bekerja. Aku mampu fikir aku. Tapi malangnya , semua wang gaji aku turut dikikis oleh dia.

Kalau benar menyimpan dendam pada perempuan sebelumnya janganlah aku dijadikan tempat membalas dndam kerana aku tidak terlibat dengan perkahwinan pertamanya langsung. Aku pernah menyuarakan aku ingin menyimpan wang gaji untuk kegunaan aku, kerana aku mempunyai banyak impian tapi apa yang suami aku cakap hanyalah “kenapa awak kerja? Seorang isteri perlu kerja ke? Isteri kerja untuk tolong suami!!” Dibentaknya aku.

Ingin tunai umrah tapi tak diendahkan

Aku pon ingin menunaikan umrah seperti rakan-rakan kerja yang lain, namun keinginan aku tak diendahkan.Kadang-kadang aku ingin belanja diri aku dengan makanan yang sedap dan mewah tapi suami aku sentiasa memerli aku, yang aku ni nak hidup mewah sahaja sedangkan aku cuma makan makanan yang sedap-sedap tu sebulan atau dua bulan sekali. Suami seorang yang kuat berhutang.

Dia bekerja sebagai seorang pegawai keselamatan. Gajinya mencecah RM3k sebulan tapi semuanya dah ditolak dari semua personal loan yang digunakan bukan untuk aku tapi untuk kemewahan dirinya. Jam dia berharga ratusan ringgit. Bajunya berjenama. Sedangkan kalau nak beli baju aku, dia cuma bawa ke bundle sedangkan aku tidak meminta wang darinya.

Aku cuma guna duit aku. Ya pegawai keselamatan gajinya ada potongan untuk isteri tapi duit potongan akan diminta kembali setiap bulan tanpa gagal. Alasannya adalah untuk membayar duit club, duit baju tshirt larian 10km, duit krew. Untuk pengetahuan semua suami aku sentiasa ada “event crew” dan melibatkan makan yang sedap-sedap, pergi bercuti bersama-sama semuanya memerlukan duit tetapi tak pernah sekali aku diajak ke “event crew” tersebut. Sebaliknya duit aku sahaja yang “diajak”.

Katanya semua itu wajib itu memang tradisi . Memang aku tidak meredhai setiap event yang hanya menghabiskan duit aku.Kami tak dikurniakan anak mungkin sebab suami aku memang taknak anak. Suami takkan bersama dengan aku di saat aku subur. Tapi setiap kali aku menelefon mertua, Aku ditanya bila aku nak memberi anak untuk suami.

Sisuami minat lelaki?

Ingin sekali aku jawab anak mak tu tak nak berazmara, mana datangnya anak pula.Aku merasakan suami aku seorang yang tidak berminat dengan perempuan, hal ini kerana aku kerap melihat beliau menonton vldeo lelaki tanpa baju dan sebenarnya banyak juga mesej-mesej menjelikkan yang aku jumpai dari telefon bimbitnya. Tapi setelah dia mengetahui aku sering menelek telefonnya, dia akan marah dan bergaduh besar dengan aku.

Ada dari kalangan pegawai (lelaki) mengajaknya membuat perlakuan yg tidak senonoh, dan pegawai tersebut adalah atasannya. Sedikit pon dia tak pernah menolak. Memang hampa hati aku. Kadang-kadang aku terfikir adakah suami aku dahulunya duda asbab isterinya mengetahui hal kegiatannya ini? Terfikir juga lelaki dari sana memang semuanya berperangai sedemikian rupa kah? Aku pernah meluahkan hasrat ingin bercrai. Di saat aku bertekad untuk bercrai dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

Aku dah tak pernah menjumpai apa-apa mesej kegiatan jelik lagi selepas itu. Tapi lain pula jadinya kali ini. Suami aku suka meminjam minjam. Suka berhutang. Ada seorang kawan rapatnya ketika di kem sana seorang lelaki berkeluarga memberi wang hutang kepadanya tetapi nilai tersebut naik apabila dia tidak membayarnya (bunga).

Suami kuat berhutang

Aku marah ketika mengetahui hal tersebut kerana itu sudah tentu haram, rezeki tersebut haram. Aku telah melarangnya berhubungan dengan kawannya tapi katanya dalam askar kita memerlukan kepada kawan. Itu bukan kawan tapi lawan. Akulah yang telah membayar hutang piutang suami aku.

Masih juga dia berhubungan dengan seorang Islam yang meninggalkan ajaran Islam melakukan perniagaan RIBA! Jasa aku satu pon tak dihargai, di saat aku perlukan pertolongan dia akan berleter dan marah-marah aku, kenapa aku tidak pernah minta tolong dari kawan saja? Aku ni cuma menyusahkan dia. Sedangkan dialah yang menyusahkan aku. Terkadang setiap hari aku hanya makan telur goreng dan nasi , kadang-kadang cuma mee segera untuk lapik perut aku.

Tapi suami aku, makan yang sedap-sedap bersama kawan-kawan pegawai keselamatan. Ya kalau pegawai keselamatan ada koperasi , kita boleh mengadu pada saluran tersebut. Tapi aku cuma isteri tiada siapa yang akan mengendahkan aku.

Aku telah menghadiri perjumpaan koperasi baru-baru ini tapi malangnya tiada satu pon input yang telah aku perolehi tiada satu pon bercakap tentang kelebihan menyertai koperasi. Aku nak bercrai tapi aku takda kekuatan aku takut dihina orang kampung, aku belum ada anak pon pernah dikata ” hurm dia takdak isi lagi adik dia dulu la bagi cucu dengan mak” aku terkilan.

Aku rasa ingin marti saja. Aku penat tapi tiada siapa yang memahami hati aku yang sangat terluka ni. Kalau aku ceritakan hal ini pada orang aku dikira membuka aib tapi aku sendiri tidak tahan. Percraian menggunakan kos yang banyak, tapi aku tidak mampu. Bantulah aku. Tolongla aku. Aku buntu. – Dr. Asma ( bkn nama sebenar )

Antara komen ntizen :

Ruselina Sulong : Puan doktor dah terkena ni. Eloklah berpisah. Sampai bila nak jadi lelaki yg tak bertanggungjawab. Bila mertua tanya ttg cucu terus terang anak mak suka jantan bukan perempuan. Kat sini jgn cakap fasal aib sbb tu mak dia.

Amalina Musa : Dik, ape erti perkahwinan bg kamu sbnrnye…? Apa yg kamu cari..? Kalau tau perbuatan suami tu tak betul, keluarlah dr perhubungan tersebut…

Cari kebahagiaan diri kamu sndr… Kerana kamu berhak bahagia dan lelaki tersebut tak layak utk kamu..

Cekodok : Confessor.. Tlg jd cerdik sikit bole x? X hina jd janda asal pandai jaga maruah. Psl org keliling nk membawang tu biarlah sbb stgh masyarakat kita memang sebati dgn bidang pembawangan. Eiii.. Sakit plak hati ni dgn jantan tagune tu

Wati Nuar : Sis nasib le xde anak lagi, kalau nk berpisah senang sikit.. Xde rebut2.. Tanggungjawab dia masa xde anak pun dah ke laut… Better la minta fasakh.. Simpan lama2 kang gila pulak.. Huhu xpe yakin, insyaAllah.. Mula2 je susah.. Masa yg akan merubati kita

Rahani Jalal : Menyampah pd suami dr bila baca kisah dr niii, tapi yg dr belajar tinggi2 kerja dr, x Kan la lurus bendul, nak belanja duit gaji sendiri pun x boleh, makan ala kadar, oooo belum kawin mak bapa jaga elok, bila kawin lebih teruk, masa tu sepatutnya dr lebih matang boleh buat keputusan untuk left , tidak ada satu kebaikan suami yg aku nampak, dr lebih takut org kata dari terus menggalas biawak hidup, tepuk dada selera.

Rafidah Ibrahim : Cuba cari mana yg baik pasal suami dia, nmpknye takde Wanita bijak, kerja doc lagi. Move on, percaya dgn Allah bukan percaya janji manusia.

Sumber : iium confexion4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *