Bila suami tahu aku skndal dgn Abg N, dia hanya pluk aku dan bisik sesuatu yg buat aku nangis.

Banyak komen yang mengakui fenomena ini kerap berlaku di tempat kerja mereka dan aku juga akui perkara ini kerana ia hampir terjadi kepada aku. Aku ada satu pengakuan untuk diceritakan untuk kakak/abang/adik di luar sana yang mungkin mengalami perkara yang sama.

Nama aku L, seorang perempuan bekerjaya, umur di saat aku menaip karangan ini hampir mencecah 40. Tetapi cerita yang aku akan kongsikan ini berlaku hampir 6 tahun yang lepas. Ketika itu aku dan suami memasuki tahun ke-8 perkahwinan.

Sedikit latar belakang mengenai kami; kami berkahwin di usia yang muda, malah bertunang ketika masih di universiti. Aku dan dia bukan cinta pertama masing-masing, tetapi di saat awal perkenalan, ‘chemistry’ kami sangat kuat dan kami membuat keputusan bertunang di tahun akhir pengajian ijazah, dan berkahwin 3 tahun kemudian. Kami dikurniakan sepasang anak yang comel, sihat dan pintar.

Rumahtangga kami adalah tipikal, semuanya berkisar tentang dua orang yang membina partnership untuk hidup bersama, mencari duit dan kemewahan untuk memberikan keselesaan dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Aku menjawat jawatan professional di sebuah syarikat swasta yang sangat dikenali.

Manakala suami mewarisi perniagaan keluarga di bandar selatan tanah air, di mana letaknya rumah pertama kami. Masuk usia ke-8 perkahwinan, aku ditawarkan jawatan yang lebih tinggi di HQ terletak di ibu negara.

Pertukaran ini bersifat sementara dan syarikat menjanjikan yang aku akan dibawa kembali untuk mengetuai bahagian selatan tanahair selepas beberapa tahun. Suami sentiasa memberi sokongan, walaupun ada ketikanya kerjaya memerlukan aku meninggalkan keluarga berminggu lamanya untuk lawatan kerja ke dalam dan luar negara.

Tetapi kerana dia sentiasa menyokong, aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Dan beginilah cerita ini bermula. Aku memandu setiap minggu ke ibu negara dan pulang ke selatan pada hujung minggu. Kami adalah pasangan yang rajin bersukan dan merupakan fitness enthusiast, malah aktiviti sukan lah yang menemukan kami pada awalnya.

Jadi walaupun berjauhan dan meninggalkan keluarga, aku masih meneruskan stail kehidupan seperti biasa. Aktiviti sukan dan sosial aku menyebabkan aku rapat dengan jejaka N. Beliau berusia lebih tua, seorang duda dengan seorang anak perempuan.

Kami pada mulanya berkawan dan bertukar cerita mengenai sukan dan anak-anak. Aku sangat menyenangi N, dan kerana beliau juga berseorangan ketika itu, kami banyak meluangkan masa bersama pada lewat petang di gym dan running track. Suami aku tahu tentang kami, aku tahu dia cemburu namun dia juga mempercayai aku secukupnya.

Kami tidak pernah bergaduh, tapi hubungan kami mulai mendatar kerana jarak dan masa, walaupun kami masih dapat melaksanakan tanggungjawab kami sebagai ibubapa dengan sempurna. Masuk bulan ke-7 persahabatan aku dengan N, N membuat pengakuan bahawa dia mahukan aku lebih dari kawan.

Ketika itu, aku mula mempersoal diri sendiri, tentang apa yang aku telah lakukan bersama N. Aku tahu N melayan aku dengan istimewa, dan aku telah membenarkan ia berlaku. Ketika itu aku berada di persimpangan. Bulan-bulan berikutnya bagaikan mimpi, indah seperti dibuai cinta tetapi dihantui perasaan bersalah setiap kali aku menghubungi keluarga dan pulang di hujung minggu. Ia berlanjutan sehingga N mengajak aku meninggalkan suami untuk bersama dengannya.

Ketika itu aku tersentak dan kembali ke dunia nyata. Aku perlu membuat keputusan. Bersama N membuat aku rasa muda dan dihargai seperti di zaman awal percintaan, tetapi akhirnya aku membuat keputusan yang cinta aku adalah milik suami dan anak-anak kami. Aku tidak mahu meruntuhkan sebuah perkahwinan dan merosakkan kebahagian anak-anak demi mementingkan perasaan sendiri ketika itu. Ya, akhirnya aku membuat keputusan yang aku tidak memerlukan cinta baru.

Apa yang aku dan kami perlukan adalah kehangatan dalam perhubungan dan bersama kembali. Aku memohon untuk ditukarkan semula tetapi tidak dibenarkan, jadi ketika itu aku nekad meletakkan jawatan dan kembali ke selatan tanahair untuk membetulkan keadaan kami.

Aku menceritakan semuanya tentang N kepada suami. Aku masih ingat, ketika itu suami cuma memeluk aku dan mengatakan yang dia cuma mahu membuat aku bahagia, dan jika aku lebih berbahagia dengan orang lain, beliau sanggup melepaskan aku pergi.

Ketika itu aku menangis semahu-mahunya, malah keperitan dan tangisan itu lebih hebat dari tangisan mengiringi pemergian arwah bapa suatu ketika dahulu. Aku memohon maaf, dan suami aku masih menjadi seorang lelaki yang aku telah kenali bertahun-tahun lamanya- masih seorang yang pemaaf dan sangat penyayang.

Kini 6 tahun telah berlalu dari peristiwa itu. Suami aku boleh membuat lawak mengenai perkara itu di hadapan anak-anak, tentang bagaimana daddy hampir kehilangan oleh mommy. Syarikat tidak menerima perletakan jawatan aku.

Akhirnya akur dengan permintaan aku untuk ditukarkan ke tempat asal. Membaca isu vlral yang seringkali melalui laman fb membuatkan aku sedar yang aku bernasib baik kerana membuat keputusan yang betul 6 tahun lepas. Sejak peristiwa itu, aku dan suami memastikan kami mempunyai cukup masa bersama berdua tanpa anak-anak, dan meluangkan masa lebih kerap bersama keluarga.

Hubungan kami kembali hangat malah kami menjadi lebih rapat dari sebelumnya.Suami sememangnya mengamalkan agama lebih baik dari aku, tetapi peristiwa itu menyedarkan aku bahawa aku bukanlah isteri yang baik untuk suami, dan kesedaran itu lebih mendekatkan diri aku dengan-Nya. Situasi, tekanan, harapan dan jangkaan seseorang itu mungkin sentiasa berubah seiring dengan masa.

Tetapi tidak orang yang kita pernah kenali. Dialah manusia yang pernah membuat hati kita bergetar suatu ketika dahulu, dan dia masih orang yang sama, jika kita sendiri tidak merubah tanggapan itu. Dan kebanyakan masanya, cinta itu sudah berada di depan mata. Cuma kita terlalu bodoh untuk tidak memegangnya. – Liana

Antra komen ntizen :

Nur Fith : Betul tu..kita boleh je sedar..benarkan perkara itu berlaku atau tak..dan menanggung akibatnya kemudian hari..

Kita boleh je pilih.

Tp salah juga..yg mencipta perasaan tu dan meluahkan walaupun tahu org tu masih isteri seseorg. Perbuatan yg x wajar sgt2. Dan kita as isteri, walau ada sekelumit perasaan pd lelaki lain selain suami kita pun kita dah berdosa.. Xpe jadikan pengajaran dlm hidup.

Bertuah na dpt suami mcm confessor.. kalau suami lain mau kena tinggal dah..lelaki ada ego mereka sendiri.

Ummu Younes : Tiada istilah kawan antara lelaki dan perempuan terutama yg telah berumahtangga.. letak tu dalam kepala inshaAllah.. Di tempat kerj beckap bila perlu shaja dgn berlainan jantina mengenai kerja shj bukan meleret2. Xde keluar makan sekali ke apa walau beramai2..kalau terpaksa ke mana2 elakkan nerdua tumpang kereta naik grab lebih baik .. kita rasa kita kuat tapi kita lupa syaitan ada di mana2 utk sesatkan manusia..so jagalah batas pergaulan.

Ejue Mohd Amin : Sebabtu dalam islam, BATAS pergaulan kena sentiasa jaga. Kalau hal kerja, cukup hal kerja. Jangan lebih2 lunch sama2 lah, lepak sama2 lah, gym sama2 lah. Tu semua langkah2 membuka pintu untuk org ketiga masuk. Benda ni rasa seronok sebab syaitan bagi rasa seronok nak runtuhkan masjid sdiri. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna.

Nur Saleha : Alhamdulillah.. Allah segera menyedarkan confessor. Tahniah puan kerana telah membuat keputusan yang betul.

Lelaki yang baik dan tahu dosa pahala, tidak akan pernah mengganggu rumahtangga orang lain. Berdosa besar hukumnya.

Buat kita semua yang dah berkahwin, jagalah batas-batas dalam berkawan. Tak perlu terlalu akrab, tak perlu keluar dengan rakan berbeza jantina tanpa ada urusan yang jelas, tak perlu berwhatsapp dan sebagainya diluar waktu kerja. Tak perlu meluah perasaan dan bercerita hal rumahtangga pada mereka. Tak perlu saja-saja bermanis mulut tanya khabar, dah makan ke belum semua tu. Tak perlu. Sebab semuanya boleh membuka peluang untuk syaitan masuk jarum.

Semoga confessor dan keluarga kekal bahagia sampai syurga. ⚘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *