Pelik bila mak habiskan 1kg gula dlm 2 hari. Pantang kami terleka main telefon atau tertidur, mak msti buat senyap2.

Baru-baru ini saya terbaca di news feed fb kisah seorang ibu lari dari rumah kerana merajuk dengan anaknya. Anaknya tidak memberi makan kepada ibunya disebabkan marah ibunya ada membela saka. Tapi hanya cerita dari sebelah pihak.

Dari pihak anaknya tidaklah kita ketahui. Perkara sebenar yang berlaku hanya Allah dan mereka sekeluarga yang tahu. Spontan saya teringat ibu di kampung dan mesej whatsapp yang selalu adik hantar ke saya.

Tentang karenah ibu kami yang kadang-kadang seperti anak kecil. Bermula usia remaja saya dah biasa berjauhan dengan keluarga – duduk sekolah berasrama, sambung belajar di universiti kemudian bekerja, berkahwin seterusnya menetap di luar negeri kelahiran saya. Dalam setahun hanya sekali dua saya balik kampung halaman, balik berhari raya.

Waktu bersama keluarga terbatas, dan hanya kapal terbang capaian pengangkutan ke kampung halaman saya. Terpisah oleh lautan.Ditakdirkan tahun lepas ibu saya ditemani adik bongsu tinggal di rumah kami suami isteri lebih kurang 3 bulan.

Meraikan konvokesyen dan pertunangan adik saya, sambil jalan-jalan kata ibu.Tempoh ini saya berpeluang melihat sendiri karenah ibu kami yang sudah tua. Ibu kami yang sekarang sangat berbeza berbanding zaman kami kanak-kanak dahulu.

Ayah kami sudah mennggal dunia. Sangat sensitif, degil tahap tak dapat bincang, prasangka buruk. Untuk memudahkan cerita, saya ringkaskan dalam bentuk poin.

Kesihatan

Ibu kami ada kencing manis, darah tinggi. Ada jadual temujanji doktor, kena insulin. Tapi ibu berhenti jumpa doktor, stop rawatan. Dipujuk diberi nasihat, ibu tetap dengan keputusannya. Ibu kami peminat kopi O. Bukan masalah kopi O tapi manisnya minuman yang dibancuh.

Sekilo gula bertahan dua ke tiga hari. Sehari sekurang-kurangnya 3 cawan kopi O manis, tak termasuk yang tersembunyi yang ibu bancuh senyap-senyap ketika kita sedang leka tidur atau menghadap smartphone.

Prasangka buruk.

Melihat rumput dan semak samun rumah jiran kami, ibu melabel jiran kami sebagai pemalas. Saya jelaskan jiran kami bukannya pemalas tapi mereka mampu mengupah tukang rumput membersihkan kawasan rumah.

Ada jadual merumput dan membersihkan kawasan rumah. Syukur sangat ibu saya tak ke rumah jiran untuk membawang. Ini bahagian yang paling saya risau sekiranya terjadi begitu.

Ulangan

Perangai yang berulang-ulang, perkataan yang berulang. Sebagai anak, layankan saja. Setiap hari ibu selalu risau kalau-kalau TV kami meletup, sebab dibiarkan hidup berjam-jam. Bukannya hidup 24 jam pun.

Takut kipas siling jatuh sebab volume kipas nombor 5.Setiap kali ibu menyapu rumah (walaupun tidak disuruh) sisa kotoran ibu simpan di tepi dinding rumah di tengah-tengah rumah. Pelik. Walaupun ditegur ibu tetap mengulang tabiat yang sama.

Lupa

Apa pun yang ibu cerita, saya dengar tapi percaya…jangan. Apatah lagi cerita yang berkaitan adik beradik ipar duai. Tabayyun cerita terlebih dahulu. Kadang-kadang kita cerita A, tapi dia faham B.

Hoarding disorder

Saya terbaca di fb dan ciri-ciri penyakit tu ada pada ibu saya. Sampai tahap adik saya dah buang pinggan mangkuk gelas yang dah retak sumbing ke tong sampah pun, ibu kutip dan basuh kemudian simpan semula di dapur.

Ditegur sudah tentu kena marah. Dan banyak lagi karenah lain yang menguji kesabaran kita sebagai seorang anak. Nasib baik suami jenis memahami, apapun perangai ibu, dia maintain tenang. Saya berharap adik beradik di kampung halaman bersabar.

Dan setia menjaga keperluan kebajikan ibu kami. Saya simpulkan sebaik ibu kita dapat cucu pertama dan cucu seterusnya, dah naik pangkat jadi nenek, itu juga petanda akan banyak perubahan yang pada mulanya kita rasa pelik, lama kelamaan kita akan faham – oh ibu ku sudah tua rupanya. Teruskan berbakti kepada orang tua kita, kerana kita juga akan jadi orang tua (InsyaAllah) yang perlukan perhatian orang muda. – Rozita ( bkn nma sbenar )

Antra komen ntizen :

Deedee Nas : nenek dan kawan i menggal kerana kencing manis. kalau degil,u kena bertambah degil paksa dia makan ubat,jaga makan dia,tapi kena berlembut sikit ya nanti dia merajuk lagi xnak makan..dan kalau tambah teruk,memang dia xkan dapat tidur malam menahan sakit.

Siti Rahmah : My mum is 70 and need to jab her insulin 4x a day. Perangai dengil n pelupa tu ada, tp bila kenang blk saya masa kecik2 lg degil n nakal. X jd nk marah apa2. Malah I am counting days, takut2 kalau today is her last day. I can’t imagine my life without her l.

Saiful Aqmal : Sis, i suggest you bawa jumoa pakar perubatan orang tua (geriatrician). Make sure it is not signs of early dementia atau any other mental health illness. Kita correct dan rawat itu dulu, insya Allah masalah kesihatan lain akan dirawat bersama sama.

Dilla Mohd : Puan, saya tak sempat skrol komen orang lain. Mungkin dah ada komen seperti saya. Point nombor 3 tu, ada kemungkinan ibu puan dalam fasa bermulanya penyakit nyanyuk. Eloklah jika dapat dibawa berjumpa doktor untuk diagnosis. Nyanyuk ni tiada ubat, hanya ada pelambat proses nyanyuk. Jangan dibiarkan.

Mazlina Arif : Saya sedang menghadapi saat2 ini…agak getir…kadang2 menyesakkan jiwa dan raga…namun saya tetap berpegang…dia lah ibu yang melahirkan dan membesarkan saya…saya akan terus berbakti untuk nya sehingga ke akhirnya…mohon didoakan saya sentiasa sabar dan tabah

Syanifa Zul : Sy juga ada ibu yg berusia71 tahun. Alhamdulillah masih sihat. Bercerita berulang kali tu kebarangkalian makin lupa. Tersalah sebut, terus suara kan apa yg ada Di hati mmg sebab faktor umur. Mungkin kita pun akan BEGITU Nanti.. Sekarang ni tgok ibu berdoa je dlm hati jgn jadi begitu, kalau benda tu tak baik, cuma jgn berkata yg tidak benar saja. Kerana benda yg tak benar ni mengundang persengketaan. – iium confexion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *