Suami tidak tidur sebilik dgn saya selama 2 bulan gara2 “tindakan” mak mertua. Sampai mcm tu tahap benci mereka pd sy.

Di sini saya ingin meminta pandangan serta pendapat daripada saudara saudari mengenai masalah yang saya sedang hadapi. Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Suami saya tidak memberi kebenaran kepada saya untuk bekerja.Jadi di sini saya ingin menyatakan beberapa masalah yang saya hadapi sepanjang hidup berumahtangga.

Tidak diterima oleh keluarga mertua

# Mak mertua saya tidak bersetuju dengan perkahwinan saya dan suami. Mak mertua saya memberitahu saya tentang hal ini setelah saya selamat melahirkan anak saya. Suami saya pula telah lama tahu mengenai hal ini dan menyembunyikannya daripada saya.

# Mak mertua saya mempunyai calon isteri yang lain untuk suami saya.

# Mak mertua saya sering menfitnah saya mengatakan saya tidak hormat pada keluarga mertua, padahal saya seorang yang pendiam dan sangat menghormati keluarga mertua.

# Kakak ipar saya pula selalu menjadi batu api dalam setiap masalah yang saya dan suami hadapi.

# Kakak ipar saya juga pernah berkata kepada saya yang saya ni tidak ada agama, saya mengidamkan untuk putus silaturahim kerana saya diamkan diri apabila saya stress dengan keluarga mertua, dan saya memberi contoh tidak baik pada anak.

# Keluarga mertua saya selalu memarahi saya dibelakang suami saya. Ada sahaja yang tidak kena dengan tindak tanduk saya pada mereka.

# Saya cuba berbaik dengan keluarga mertua, tetapi kebaikan saya tidak diterima oleh mereka.

Suami tidak bertanggungjawab terhadap isteri dan anak

# Suami tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami iaitu menjadi pelindung kepada anak dan isteri, membantu isteri menjaga anak, menjaga aib isteri dan menjadi pendengar yang setia kepada masalah isteri.

# Suami sering kali membiar saya menghadapai masalah dengan keluarga mertua seorang diri. Kata suami saya itu bukan urusan dia dan dia malas untuk masuk campur walaupun pelbagai fitnah dilemparkan oleh keluarga mertua terhadap saya.

# Aib dan maruah saya sebagai seorang isteri tidak dijaga oleh suami kerana suami saya selalu menceritakan hal rumah tangga dan keburukan saya pada keluarga mertua dan kawan-kawan suami saya.

# Soal anak pula, sememangnya hanya saya seorang diri yang akan menguruskan anak dan rumah tangga daripada pagi sampai ke malam setiap hari tanpa sedikit pun bantuan daripada suami. Apabila saya sakit dan penat suami seakan tidak berpuas hati dengan saya dan mengatakan saya pemalas.

Diabaikan oleh suami

# Setiap hari suami akan keluar selepas subuh dan balik semula ke rumah sebelum subuh.

# Saya dan anak diabaikan oleh suami.

# Suami tidak membenarkan saya untuk berkawan dengan sesiapa. Saya hanya dibenarkan rapat dengan keluarga mertua dan pergi ke rumah mak mertua saya sahaja.

# Suami pernah kantoi dengan saya bermesra di mesej dan keluar berdua-duaan dengan perempuan lain.

Mendapat layan yang tidak baik daripada suami

# Suami tidur di bilik berasingan selama dua bulan disebabkan tidak boleh terima apabila saya mengadu pada suami tentang perbuatan keluarga suami yang tidak menerima kehadiran keluarga saya.

# Suami juga pernah mengheret saya turun tangga rumah dan memvkul saya disebabkan saya ada mengadu kepadanya yang saya tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh keluarga mertua.

Nafkah tidak diberikan

# Seperti yang sedia maklum, nafkah suami erhadap isteri adalah rumah yang selesa, peralatan mandian, pakaian baru, duit belanja dapur dan duit belanja diri.

# Suami tidak menyediakan saya nafkah dari segi pakaian baru dua kali setahun dan duit belanja diri.

# Pada anak juga suami tidak memberi nafkah sepenuhnya di mana kebanyakan barang keperluan anak dibeli dengan menggunakan duit anak sendiri.

# Suami sering menghabiskan duit pada keluarga mertua.

Keluarga saya dihina oleh suami

# Suami menghina keluarga saya kerana tidak berpuas hati tentang penerimaan saya terhadap layanan yang diberi oleh keluarga mertua kepada keluarga saya walaupun mak dan ayah saya melayan suami saya lebih daripada seorang anak.

Suami bermain dengan kuasa talak

# Saya sering bergaduh dengan suami tanpa henti, boleh dikatakan hampir setiap hari, walaupun hal kecil.

# Suami sering berkasar dan bersikap kurang ajar dengan saya.

# Suami turut menghina saya dengan mengatakan saya tidak sabar untuk menjadi janda dan ibu tunggal.

# Setiap kali bergaduh suami seakan ugut saya untuk bercrai tetapi tidak lama kemudian suami cuba berbaik semula dengan saya.

# Suami pernah membuat tuntutan kembali taat kepada saya. Waktu itu saya pulang ke rumah mak saya dengan keizinan suami. Tetapi disebabkan saya dan suami bergaduh, suami saya menyuruh saya untuk tidak pulang lagi ke rumah sewa kami melalui panggilan telefon.

Lalu saya dan suami menjalani kehidupan masing-masing bersendirian selama setahun ibarat gantung tidak bertali sehinggalah suami datang semula untuk berbaik dengan saya.

Dis1hir oleh mak mertua dan suami turut bersubahat

# Mak mertua meny1hir supaya saya dan suami bercrai.

# Mak mertua mahu mendapatkan anak saya, lalu meny1hir saya supaya menjadi g1la meroyan. Saya hampir menjadi g1la meroyan, tetapi Allah selamatkan saya.

# Suami tidak mahu mencraikan saya kerana tidak mahu menanggung nafkah anak.

# Dalam masa yang sama suami ingin menikahi perempuan pilihan mak mertua saya tanpa pengetahuan saya.

Sijil nikah dan surat beranak anak disembunyikan oleh suami

# Suami menyembunyikan sijil nikah dan surat beranak anak saya di rumah mak mertua saya.

# Suami enggan memulangkan sijil nikah dan surat beranak anak saya setelah diminta oleh saya.

# Saya memberi tempoh kepada suami untuk pulangkan sijil nikah dan surat beranak anak saya. Sekiranya dalam tempoh tersebut suami masih berkeras, saya tidak teragak untuk membuat laporan polis mengenai kes ini.

Saya sudah tidak sanggup untuk menghadapi kehidupan yang tidak ada kebahagiaan dan disksa sebegini oleh keluarga mertua saya. Saya sebolehnya ingin mendapatkan hak jagaan anak saya sekiranya berlakunya pencraian.

Saya berharap ada saudara saudari yang arif tentang bidang ini sudi berkongsi pendapat dan langkah yang harus saya lakukan untuk tindakan yang seterusnya.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca luahan saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. – Suhanna (Bukan nama sebenar)

Anatara komen ntzien:

Nurul Nadhrah : Aku ni malas nak nasihat apa2. Selalunya isteri yg teraniaya camni, cakap je pungpang2 tapi end up kembali ke pelukan suami ‘kesayangan’ balik bila dipujuk. Sygkan suami melebihi angkasa sangat.. Suami perangai sorga takpa la jugak. Ni perangai persis dubuk.

An Nida : Sijil nikah & surat beranak anak tu buat jer aduan hilang. Nanti dapat la yg baru.. Ini hidup yg penuh toksik. Cipta bahagia sendiri la puan..

Emmy Suzanna : Search FB – Suzana Ghazali, Perunding Psikologi dan Guaman . Awk punya kes susah cr bukti. Jd kene tnya pakar2 utk tuntut. Diorg akn bg jln yg ssuai. Try tnya kak suzana tu

Ummu Azzahra : Dik, sila hadir ke Jabatan Bantuan Guaman di negeri tpt adik tinggal utk khidmat nasihat perundangan …patut setahun dia tinggalkan tu, dah boleh tuntut fasakh tu…. Sila hadir dan tya peguam di sini ye ..insyaAllah..ada jalan… Kalau g pejabat agama, biasa panggil kaunseling dan suruh bersabar je..

Syieqa Syamimie : Pendapat sis….

Ko mmg x kan bahagia dik… Sebab punca utama, family mil ko sendiri x boleh terima awk. Lepastu, dah mcm2 laki awk buat kat awk. So, rasenye kalau ko nak nmpk bahagia tu mcm gelap je sis.

Awk x payah, nak harap dia berubah. Sebab awk seorg yg mudah memaafkan. So, bg dia ape yg dia buat awk boleh maafkan. Faham?

X payahlah nak bertahan demi anak. Sebab dia sendiri x boleh jaga awk, belum tentu dia boleh jaga anak awk. Just move on, kuatkan hati. Allah tu ada. Yg penting, ko pegi je mahkamah. Masa tu, ko bleh dah tuntut segala harta yg ade..

Sekian, dari sis #weareinthesameboat

Nora MN : Yep. This is it people. This is why i prefer to be single since i was born.

Apa2 pun, kesian sis😢 sbb tulah dia tak bagi sis kerja, supaya kalau sis nak tinggalkan dia, sis kena fikir byk kali. Dalam hal ni, suami sis ni kira bijak.

Pada sy, mmg cerilah cara terbaik tp dah jadi ssh sbb sijil semua dia pegang.

Kalau sijil dlm rumah…masa dia pergi kerja, sis cari sijil tu. Cari slow2…jgn sampai bsepah barang supaya tak disyaki.

Kalau dia simpan dkt ofis, mmg susah arr…

Bertabah ya sis…sis wanita yg kuat sy bangga dgn sis sbb masih terus tabah harungi ujian ni. Maknanya sis org2 yg hebat sbb org diuji berdasarkan apa yg dia mampu

Smber : iium confexion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *