Aku gadis anak luar nikah. Bila nak kahwin, ayah trpksa jumpa wali hakim dan menangis ceritakan hal sebenar. Ya, anak luar nikah berhak bahagia.

Hi semua. Assalamualaikum. Pertama kali aku nak buat confession tentang diri aku. Beribu kali juga aku fikir untuk menulis tentang ini, tapi aku kuatkan hati. Semoga apa yang aku kongsikan ini membawa manfaat kepada orang lain dan membuka mata mereka yang senasib dengan aku. Aku merupakan seorang anak tak sah taraf.

Ya. anak yang lahir dari keterlajuran ibu bapa. Tapi, akulah antara anak yang bertuah dalam dunia ini kerana menjadi anak tak sah taraf yang paling bahagia di dunia ini. Aku tak pernah kesal, walaupun dulu pernah sedih sedikit. Sikit je rasa sedih, tapi tak pernah rendah diri malah aku rasa hidup aku lebih bertuah dari kebanyakan orang lain.

Ibu bapa aku menikah atas dasar suka sama suka. Ya, mereka terlanjur sebelum kahwin. Jadi, mereka dinikahkan. Aku anak sulung, of course-lah aku anak yang sulung kan, haha! Tapi akulah anak yang paling diakungi oleh kedua orang tua aku, diberi perhatian lebih.

Sampai menimbulkan rasa cemburu pada adik-adik. Hehe. Bukanlah rasa cemburu yang menjerut rasa sampai berdendam, tapi cemburu adik beradik bila mana kakak selalu dapat apa yang kakak minta. Sampai pernah adik-adik cakap, “Kalau kakak semua takpe!” Haha.

Tapi aku juga agak kerap dipergunakan oleh mereka untuk dapatkan apa yang mereka mahu dari ibu ayah. Sebab ibu ayah selalunya mudah dan senang hati menunaikan apa kemahuan aku. Hihi! Aku tak pernah simpan dendam pada ibu dan ayah. Sebesar hama pun tak pernah. Bukan urusan aku untuk menghakimi segala kesilapan mereka.

Aku bukan Tuhan. Mereka membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih akung dan perhatian. Diberi pendidikan akademik dan juga didikan agama yang baik. Bukan nak bangga diri, tapi kami semua belajar sampai masuk universiti dan sukses dalam kerjaya masing-masing.

Cuma sekarang, aku dah pun bergelar surirumah sepenuh masa atas permintaan suami. Ya, aku dah pun berkahwin dan mempunyai anak. Umur aku dah masuk 30an. Apa yang dapat aku simpulkan, urusan pernikahan aku suatu masa dulu agak rumit. Tapi Allah selalu ada, Dia permudahkan segalanya. Walaupun begitu, aku dan ibu ayah juga terpaksa melalui perbicaraan di mahkamah syariah dengan perlu dihadiri oleh bakal suami sewaktu itu.

Hakim taknak suatu masa nanti akan timbul isu berbangkit jadi suami aku hadir bersama mama dan ayahnya. Rawan dan luluh hati aku bila ibu dan ayah terpaksa membuka pekung dan aib ini di hadapan hakim. Ibu menangis, ayah bersedih. Mama mentua aku juga menangis ketika perbicaraan itu. Hati aku lebih terluka melihat air mata ibu melebihi sedih akan diri ini adalah anak luar nikah.

Perbicaraan ini dilakukan secara tertutup, hakim yang bertugas itu sungguh tegas sampai aku kecut perut sama. Tapi aku lebih kasihankan ibu dan ayah sewaktu itu, namun apakan daya. Terpaksa juga bicara untuk memperoleh kelayakan untuk menikah berwalikan hakim. Bukan senang-senang mahkamah nak bagi kita guna wali hakim tanpa sebab yang munasabah.

Tak semudah isi borang terus boleh.Tak, isi borang dan kena bicara dulu dengan kehadiran dua saksi yang boleh mengesahkan yang ibu dan ayah pernah buat kesilapan suatu masa dulu dan membuktikan yang aku sememangnya anak yang telah dihamilkan tanpa pernikahan. Suami aku memang tahu status aku sejak awal perkenalan.

Awal-awal dah berterus terang. Sebab sebelum tu, aku pernah berkawan dengan seorang lelaki yang ibunya tidak boleh menerima status diri aku. Jadi aku fikir, lebih baik aku berlaku jujur dari awal. Suami aku sekalipun dia tak pernah ungkit tentang kekurangan diri aku yang satu ini. Sampai sekarang, dia tak pernah sebut akan perkara ini.

Dah sepuluh tahun pun kami berkahwin.

Kadang-kadang aku ada terfikir, adakah ini benar-benar satu kekurangan? Sebab aku tak pernah merasa kurang apa-apa.Suami aku dari latar belakang keluarga yang agak berada dan keluarganya sangat titik beratkan soal agama. Mama dan ayah mentua aku menerima aku seadanya, melayani aku lebih dari anak sendiri, menyayangi aku selayaknya sebagai menantu mereka. Ya Allah, nikmat yang mana lagi harus aku dustai?

Aku selalu bersyukur dan merasakan hidup aku ini sentiasa dalam rahmat Allah. Adik beradik dan ipar duai tak pernah tahu akan status sebenar diri aku. Ibu ayah dan mentua, menyimpan kemas rahsia ini antara mereka. Tapi, aku fikir tak ada apa yang penting pun untuk dirahsiakan cuma mungkin mereka rasa lebih baik begitu. Tapi betul juga, kesian ibu dan ayah jika rahsia ini terbongkar.

Jadi, inilah yang terbaik. Tolong jangan menilai ibu dan ayah aku, mereka telah banyak bekorban demi aku. Keluarga besar belah ibu ayah juga tahu. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik semuanya, tapi mereka juga memilih untuk diamkan sahaja. Mereka menyayangi dan melayani aku dengan baik, tak pernah dibezakan. Malah mereka cukup bangga dengan aku.

Ya, aku ada melalui beberapa kejayaan dalam hidup. Aku bersyukur punya ibu ayah seperti orang tua aku. Aku sangat berterima kasih kepada mereka kerana menjaga aku dengan baik dari kecil.

Menyayangi aku tanpa minta dibalas apa-apa selayaknya kasih akung ibu bapa terhadap seorang anak. Jadi, tidak diragui lagi yang aku sangat bernasib baik berbanding dengan sesetengah orang lain yang senasib dengan aku. Aku tahu, ada orang tak mudah terima kenyataan tapi apa yang boleh aku nasihatkan adalah, buka hati anda.

Masa lalu tak mungkin dapat kita ubah, jadi apa yang boleh kita buat adalah terima sajalah. Belajar menerima supaya kita boleh teruskan hidup dgn lebih positif dan tenang. Suatu masa dulu, aku juga pernah bersedih dengan kenyataan ini. Siapa yang tak rasa sedih kan?

Sebab masa tu, hakikat ni sungguh mengejutkan dan rasa sangat susah nak percaya. Tapi ibu saudara aku banyak nasihatkan aku supaya kenang jasa kedua ibu ayah, kepayahan mereka menghadapi satu dunia demi aku. Mereka boleh pilih serahkan aku pada orang lain, boleh buang aku ke longkang, atau gugurkan ketika aku masih dalam kandungan.

Tapi ibu dan ayah tak buat macam tu. Mereka memilih untuk tanggung akibatnya dan membesarkan aku dengan penuh kasih akung. Aku tak mampu balas segala budi baik mereka pada aku. Aku bahagia. Kita tak boleh mengubah masa lalu, jadi kita kena hadapi masa akan datang dengan lebih matang.

Suami aku selalu ingatkan, Allah tak pandang permulaan kita, Allah tengok pengakhiran kita macam mana. Jadi, pilihlah pengakhiran yang baik. Apa yang boleh aku minta adalah, semoga Allah mengampuni segala dosa kedua ibu ayah, mengasihani mereka dan bermohon supaya Dia menerima segala taubat mereka. Semoga ibu dan ayah dikurniakan syurga tanpa hisab. Aamiin. – Linda Azura..

Antara komen ntizen :

Mokhzani Mohd : One of the best, most inspirational, most humbling confessions yang saya pernah baca dalam IIUM Confessions. Bak kata omputih, shit happened, so what’s next. And your parents made the right decision to raise you with so much love, that others decided to shower you with the same later in life. Semoga keluarga besar puan terus bahagia. Ameen.

Derrick Tan : Baru petang tadi dengar ustaz cakap dalam youtube jadi pengajaran kpd sy.. zaman nabi kalau ada orang berzlna lepas disabitkan orang tersebut akan dikenakan sebat..lepas sebat orang tersebut dikira jadi bersih dan suci. Nabi menegah walaupun 1 kutukan dan kejian kpd orang tersebut. Indahnya akhlak nabi muhammad saw.

Widuri : Berakhlak penulis citer ni…bole jd iktibar tp camna status anak luarnikah xtau statusnya malah dah kahwin dah ada anak sbb mak bapak rahsiakn…2 anak pompuan kahwin mcm bashe …xda pun pegi mahkamah utk dptkn wali hakim…aku sebagai mciknya serbasalah…kalu bgtau…mmg putuslah hubungan huhu

Siti Fazee : Keluarga mentua kuat agama. Dan sebenarnya inilah yg agama ajar. Kalau yg kata diri sndiri menjaga hukum, kuat agama, tapi merasakan anak tak sah taraf ini sesuatu yg j1jik dan sebagainya, merasakan diri lebih mulia dari org lain, maka mereka itu tidaklah faham tentang agama sebenarnya.
Mgkn parent confessor lebihkan confessor sb rsa bersalah (sayang dah tentu jgk termsuk adik beradik lain) dan taknak confessor merasa terasing.Confessor lahir bukan kerana kesilapan, tapi disebabkan ujian. Ujian yg berjaya dilalui parents confessor dgn TAUBAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *