Dato Aliff Syukri ‘unfollow’ isteri di IG – Ini penjelasan Dato Aliff Syukri berkenaan rumah tangga beliau.

TINDAKAN usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak lagi mengikuti isterinya, Datin Seri Nur Shahida di laman Instagram mengundang pelbagai andaian netizen. Aliff ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga, namun memberitahu hubungan dia dan isteri dalam keadaan baik.

IG Dato Aliff hanya follow 24 orang sahaja setakat hari ini.

“Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami… kami masih bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya… itu sahajalah! “Buat masa ini saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya. Yang lain-lain pun saya tak ada komen!” katanya kepada mStar.

Aliff Syukri lancar lagu Cuba Bahagia pada Jumaat.

Aliff ditemui semasa sidang media pelancaran lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Cuba Bahagia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat. Dia diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya hubungan rumah tangga mereka sedang bergolak dan berdepan masalah.

Malah isterinya tidak hadir dan memberi sokongan terhadap pelancaran lagu baharu usahawan tersebut, pagi Jumaat. Lebih menguatkan spekulasi apabila usahawan ini muncul dengan single baharu seolah-olah ditujukan kepada isterinya itu.

“Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia. Lagu ini tak ada kaitan dengan keluarga! Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia.

“Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia. “Dalam kehidupan ini ada pasang surut dan ketika saya cipta lagu ini enam bulan lalu saya berada dalam mood tak begitu baik kerana tekanan kerja, bisnes dan netizen,” ujarnya.

Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat. Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menerima kecaman teruk daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli keluarga sendiri.

Laporan daripada astro gempak :

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangganya bermasalah susulan tindakannya yang sudah tidak mengikuti isterinya lagi, Datin Seri Shahida di Instagram. Aliff, 33, berkata hubungan rumah tangganya bersama isteri baik-baik sahaja.

“Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami, kami bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya…kami bahagia. “Saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya,” katanya ketika ditemui sewaktu sidang media pelancaran lagu Cuba Bahagia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, Aliff ketika ditanya mengenai tindakan Shahida yang juga tidak mengikutinya di Instagram, usahawan tersebut enggan memberikan komen lanjut. “Tiada komen”, jawabnya ringkas.

Terdahulu, hubungan rumah tangga pasangan tersebut dikatakan bermasalah selepas kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti antara satu sama lain di Instagram. Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila lagu terbaharunya, Cuba Bahagia yang dilancarkan hari ini seolah-olah ditujukan buat insan bergelar isteri.

Biarpun menafikan hal tersebut, namun, Aliff mengakui lagu itu menggambarkan perasaannya ketika ini yang benar-benar sedih dengan apa yang dilalui. “Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia.

“Saya nak bahagia dengan anak dan keluarga,” luahnya. Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menerima kecaman teruk daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli keluarga sendiri.

Dalam pada itu, lagu Cuba Bahagia merupakan single ketujuh yang diterbitkan usahawan tersebut. Ia merupakan cubaan sulung Aliff menghasilkan sepenuhnya lirik dan lagu berkenaan.

Antara komen ntizen :

Shue Aida : Isteri sendiri pn dh xtw nk buat mcm mna lgi dh kt Dato kepala batu nie lgi lrang lagi dea buat xreti aku ngn org kaya xsedar diri nie

Nur Amira : Unfollow isteri ,balik rumah jumpa jugak..ehmmmmmmmmmmmmmm

Sumber : Astro Gempak / Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *