Wanita 9 kali mengandung, 9 kali gugur, sumpah anak yg cacat akhirnya makbul

Hi, asalamualaikum semua. Di sini aku hanya nak kongsikan 1 cerita sebenar yang terjadi dengan orang terdekat aku. Aku namakan dia Sofea. Sofea ni lumpuh. Aku tak pernah tahu apa diagnose penyakit dia, tapi dia boleh bercakap dan berfikir normal, cuma kaki dan tangan dia tak develop dengan sempurna.

So dia memerlukan jagaan dan bantuan untuk buat hampir kesemua daily tasknya.Semasa bersekolah, aku pernah jaga Sofea hampir 2 tahun. Berulang ke rumahnya tiap petang selepas sekolah, memandikan, masak serta membantu dia baring tidur di atas katil sebelum aku balik ke rumahku. Sofea ni anak tak sah taraf.

Ibunya masih hidup, cuma bekerja dan menetap dia luar daerah dengan keluarga baru. Ayah kandungnya, aku pun tak pernah jumpa, cuma dengar kata dari awal mak amy tahu dia mengandung ayahnya nak bertanggungjawab tapi mak amy tak mahu kerana taknak kahwin dengan orang tak berapa nak kaya. So lepas mak Sofea ni bersalin, dia jaga amy sampai umur 7 tahun lepas tu tinggal dia dengan nenek dan atoknya.

Nenek dan atok Sofea dah tua, sebab tu aku tolong jaga Sofea dengan sedikit upah. Tapi niatku lebih kepada menolong. Ketika menjaga Sofea, terlalu banyak cerita yang dia luahkan kepadaku.

Tentang bagaimana maknya menyiksa dia ketika dia kecil (dia dah boleh ingat). Maknya pernah memasukkan dia ke dalam tong air, dan hanya memerhati Sofea tenggelam. Dah macam nyawa-nyawa ikan barula maknya keluarkan dia dari tong air tu.

Fuh seram. Mak Sofea juga kerap membawa amy berjumpa dengan rakan2 lelakinya sambil membuat benda2 tak senonoh depannya. Astaghfirullahaladzim. Mengucap panjang bila dengar. Selepas dah tak tahan duduk terperap di kampung, mak Sofea tanpa kebenaran neneknya pergi berhijrah ke daerah lain, mencari kerja katanya.

Maka tinggallah Sofea dengan nenek dan atoknya yang makin lama makin uzur. Semasa bekerja, mak Sofea merahsiakan statusnya kepada semua orang baru di sekelilingnya. Mengaku bujang sedangkan anak OKU ditinggal dengan mak bapaknya. Akhirnya mak Sofea nak settle down dengan 1 jejaka bujang ni. Berasal dari daerah jiran.

Semasa pulang ke kampung untuk urusan bertunang sampailah berjaya dinikahkan, mak Sofea berjaya menutup mulut semua orang dari memberitahu suaminya bahawa Sofea tu sebenarnya adalah anaknya. Suaminya (ayah tiri Sofea) cuma maklum Sofea ni adik kepada isterinya.

Selepas berkahwin, mak Sofea ni seolah olah nak lepas terus dari tanggungjawab menjaga amy. Lebih teruk ketika sebelum berkahwin. Call dah tak nak angkat, balik kampung pun kalau boleh dielakkan dia akan elak. Duit keperluan Sofea pun langsung tak diberi, apatah lagi bertanya khabar. So Sofea ni sampai 1 masa (lebih kurang setahun lepas mak dia kahwin) dia dah tak tahan, plus dia rasa bersalah bersekongkol menipu so dia dengan berani call ayah tirinya.

Membuka segala rahsia maknya. Terkejut beruk ayah tirinya ketika itu. Hampir bercerai, tetapi syukur jodoh masih panjang. Ayah tiri Sofea ambil keputusan untuk memaafkan mak Sofea. Tapi mak Sofea sangat marah gila2 dengan Sofea. Sanggup pulang ke kampung hanya untuk melunaskan rasa marah kepada Sofea.

Disumpah serana amy dengan perkataan cacat, tak tahu untung, baik dibvnuh masa kecik dan macam2 lagi. Sofea yang selama ni banyak berdiam pun hilang sabar,maka keluarlah ayatnya yang berbunyi, ”aku sumpah, seumur hidup mak.. Anak yang cacat ni la satu-satunya anak mak di dunia ni” Di sinilah isi sebenar confession ni. Kata2 Sofea tu benar2 menjadi kenyataan.

Sepanjang maknya berkahwin dengan ayah tirinya, maknya pernah mengandung 9 kali. 9 kali guys. Semua gugur tak lekat2, Dah try berubat macam2, kandungannya memang semuanya jatuh. Sampailah mak Sofea ni menopos dan ayah tirinya dah pun menivnggal sekarang.

Maka jadilah Sofea anak satu2nya di dunia. Sebab pengalaman Sofea ni lah, aku sangat2 takut kot2 ada teraniaya orang secara sengaja ke tak sengaja. Sebab aku dah pernah tengok macamana berbisanya doa orang yang teraniaya ni. Sebenarnya kalau nak cerita penderitaan yang Sofea lalui kerana maknya ada banyak sangat. Tapi tak mampu aku nak taip banyak2.

Cukuplah sampai di sini sahaja, asalkan kita sama2 dapat mengambil iktibar. Terima kasih kerana membaca. Lily ,(bkn nama sbenar)

Antara komen ntizen :

Norsyuma Yusof : Ucapan kita pun satu doa. Sebab tu lah kalau boleh cakap lah baik² terutamanya dengan anak². Pernah dengar orang maki hamun anak, lepas tu mengeluh kenapa anak dia tak menjadi macam anak orang lain.

Farehah Jer : Terima kasih tt. Cerita yang baik utk dijadikan pedoman. Moga kita dilindungi dari menganiaya orang lain. Aamiin

Marini Ibrahim : Cerita melayu lama kan dah ada.. Betapa bahayanya bahana dianiaya sehingga langkawi disumpah menjadi padang jarak oleh mahsuri..

Syed Junaidi : Benar..doa² orang teraniaya memang Allah makbulkan..cuma cepat atau lambat saja. Kisah pengalaman sendiri bilamana bos selalu aniaya pekerja kontrak (aku dan 4 rakan lain). Setiap kali renew kontrak bos akan ugut berhentikan kami walaupun tak lakukan kesalahan, malah sering cari pasal dengan mencari kesalahan kami. Setiap kami menangis dalam diam, telan segala ugutan yang disampaikan, namun terselit doa agar nasib kami dibela dari bos yang zalaim. Allah maha besar, nak dijadikan cerita hujung tahun lepas syarikat lama memang kecilkan operasi dan bos aku antara orang yang tersenarai untuk diberhentikan. Mujur waktu itu aku dah dapat kerja di tempat lain. Alhamdulillah dengan rezeki-Nya..terbukti memang doa aku dan rakan² yang dianiaya bos Allah makbulkan. Aku doakan semoga mereka yang teraniaya dan dizalimi, Allah makbul dan segerakan doa mereka…aminnn

Zanariah Ali : Terima kasih atas perkongsian. Memang betul doa org yg teraniaya tiada hijab. Berhati2lah kita supaya tidak buat aniaya pd org atau kluarga sendiri. Jika kita tersalah langkah cpt2 mohon maaf. Tiada manusia yg sempurna. Yg penting kita perlu ada kesedaran. Semoga nasib Amy terbela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *