Tak Bahagia hidup mewah? “Saya Nak Gaji RM3,500.Duduk Rumah Teres, Pakai Kereta Exora”

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa dia terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang yang dikenali ramai seperti sekarang.

Ini kerana, menurut Aliff, 33, kemewahan dan populariti yang diraihnya pada hari ini dirasakan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan hidup yang diimpikan selama ini.

“Dulu waktu saya susah, saya sangkakan apabila kita ada duit, kita akan seronok, tapi sebenarnya kalau kita banyak duit, kita akan hilang banyak benda seperti hilang kawan, hilang privasi dan hilang masa.

“Saya rasa macam nak tukar diri saya nak jadi orang yang tidak ingin dikenali, saya nak patah balik (kehidupan lama). Saya rasa nak berhenti daripada media sosial, nak bawa apa yang saya ada ke luar negara,” katanya kepada Gempak.

Bahkan, ketika ditanya mengenai apa yang boleh membuatkan dirinya bahagia ketika ini, katanya, dia mahukan kehidupan seperti orang kebanyakan.

“Saya nak gaji RM3,500, saya nak duduk rumah teres, mungkin saya nak ada kereta Exora dan menyorokkan diri, daripada apa yang saya pernah inginkan 15 tahun lepas.

“Saya rasa benda itu lebih buat saya gembira. Tapi itulah, manusia ini tak pernah cukup, dah dapat apa yang dihajati, mahukan lain pula,” luahnya.

Biarpun begitu, kata Aliff, setiap apa yang dilaluinya itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.

“Saya percaya apa yang berlaku dalam hidup ini buat saya lebih matang.

“Saya akui saya sudah kedepankan diri dan inilah benda yang saya perlu terima. Saya perlu bangun dan bangkit,” ujarnya yang kini muncul dengan single berjudul Cuba Bahagia.

Lagu tersebut dikatakan merupakan gambaran luahan perasaan hatinya yang sedih dengan apa yang dilaluinya kini.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi termasuklah isu pergolakan rumah tangga dan penderaaan kanak-kanak.

Aliff Syukri dan Ali Putih Bermaafan

Noraini Abd Wahab – March 14, 2020

Biarpun pernah didakwa menjadi punca perbalahan antara keluarga Ali Puteh, namun Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur apabila pelawak itu tidak pernah memusuhinya sebaliknya sering memberi kata-kata nasihat apabila dirinya dalam masalah.

Terbaru, usahawan dan penyanyi ini berkongsi paparan skrin perbualannya dengan Ali di mana adik kepada arwah Abam itu menasihati agar mengamalkan bacaan surah Al-Fatihah dan zikir Ya Latif.

“Baik rupanya org ya.. dah beberapa kali sy berbual dgn ali… terima kasih ali putih.. sungguh berguna nasihat awak.. kerana “cuba bahagia” kan saya,” jelasnya.

Pesanan Bonda

Sumber : Astro Gempak

Antara kmen ntizen :

Noridaayu Zainuddin : Hargai la dgn apa yg ada..Dato’ banyak cipta kontroversi..org lain pun usahawan kosmetik jgk tp xde la femes pelik mcm Dato’ ni..Dato’ sy tgok x matang Dr segala hal.. cubalah bersikap cerdik dato..amalan Dato’ cantik..sedekah, bela anak org miskin.. Dato’ lupakanlah dunia artis..tumpukan saja pd bisnes Dato..x rugi Dato’ kalau x pandai nyanyi brlakon.
Kan Dato’ dh berjaya dlm bisnes

Serani Kos : Kesian…itu lah orang kata….kekayaan bukan jaminan kebahagiaan. Tengoklah apa dia buat selama ini mencari perhatian dari org ramai itu tanda2 hidupnya kurang kasih sayang dan tak bahagia. Sebab apa? Dia tak pernah puas dgn apa yg dia ada. Org pula sokong caranya kata itulah dia berjaya kerana Marketing Strategy nya tapi kan….10 Jutawan Terkaya di Malaysia tak perlu pun buat Marketing,straKEJI mcm tu tapi tetap kaya yg,dia ni jgnkan dlm senarai 10….100 dan 1000 pun tak layak masuk senarai

Imtieyaz Rizki : dato dah ada semua yg dato ada…sblm dato femes,dato xde sbuk nk up vdeo sne sini kn…ble dh femes,dato up vdeo bkn2..up vdeo bntuan ke,marketing ke xpe la..ada iktibar org boleh amk,cuma kena ada adab jugak…tp ni kdg vdeo tah ppe dato buat..maunya x mkin stress ..maunya bahagia tu xlari..sbb dato kena hadp kecaman org…bnda ni dato kena ubh la…xpyh post yg bkn2..

Yusof Zuhayu : Kaya xsalah..yg jd hilang kwn smua tu sbb sikap sdiri..bila dh kaya,pandang kwn2 yg susah sblh mata,tutur bicara dh berubah..maka kwn/sedara yg terasa hati mula jauhkan diri..yg tggal kwn/sedara yg suka mengampu diri..hati ank,ibu,isteri x dijaga..bahagia kah begitu…
Jadi lah si kaya yg bersifat merendahkan diri..contohi lah si jutawan dermawan Syed Mokhtar..ramai x tau apa sumbangan yg diberikan..hanya nama meniti bibir ke bibir..bkn dr media ke media terpampang gbr memberi sumbangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *