Aku gadis gemuk dan gelap, tidak sngka dpt suami kacak dan tubuh sasa. Bila tnya suami knapa pilih aku, dia bgtahu sbb.

First time saya rasa nak meluah, apa yang terpendam lama kat hati pasal berat badan dan warna kulit saya. Ya, fizikal yang jadi bahan ejekan dan hinaan orang cantik dan kurus kat luar sana. Saya memang besar gedempol sejak lahir. Lahir-lahir je berat hampir 4 kilogram. Kepala saya pun besar. Cukup seksa mak nak lahirkan saya. Terima kasih mak.

Kalau cari baju, memang susah sikit sebab kepala tak muat. Salah saya ke kepala tengkorak besar sejak azali ni? Hahaha. Dari kecil lagi dah jadi bahan ejek saudara mara saya. Saya ni orang kampung je, jadi memang duduk pun dikelilingi mak cik, pakcik dan sepupu sepapat.

Mereka kata nanti kalau saya dah besar, memang tak ada sape nak kahwin dengan saya sebab saya gemuk dan hitam. Ye lah masa sekolah pun saya memang tak pernah ada boifren, tak macam anak2 gadis mereka cantik kurus putih kulit gebu halus mulus senang bertukar2 teman lelaki.

Ohh anak gadis macam tu rupanya yang mereka banggakan yaaa. Hehehe. Mereka kata nanti kalau saya jadi anak dara tua, nak kahwinkan saya dengan duda-duda tua kampung atau jadi isteri nombor dua ke tiga ke empat ke, asalkan bersuami kata mereka. Saya dengar dan senyumkan aje. Takpelah, jodoh dan pertemuan bukan urusan saya.

Cuma memang dari sekolah menengah lagi, setiap kali saya habis solat saya akan berdoa dan minta secara detail ciri-ciri suami yang saya nak (Antara doa tu saya nak suami kacak, baik hati, penyayang, kaya, dan beriman). Sebenarnya dulu saya memang sedih sangat bila saudara mara panggil saya badak sumbu, badak air, anak gajah, dinasor, jalan bergegar macam gempa bumi, dan macam-macam lagi lah tak sanggup nak tulis tsayat termenangis kang.Hehehe.

Dari rumah sampai ke sekolah saya ni jadi bahan hinaan orang je… Sampai mereka kata saya ni dari lahir sampai ke besar tak cantik. Huhu. Saya bukan tak usaha nak kurus tau, zaman dulu tak sama macam sekarang boleh gugel je. Saya budak kampung tak reti apa itu eat clean dan sebagainya, kat sekolah bukan ada ajar pun.

Balik sekolah pun makan apa mak masak… ayam goreng, asam pedas, kuah lemak… Hujung bulan ayah bawak makan kepci mekdi pizza kat bandar. Bukan salah mak ayah saya tau saya gemuk dulu. Mereka pun mungkin takde kesedaran dan ilmu pengetahuan untuk jaga berat badan saya. Bila zaman sekolah saya tak ada orang nak berkawan, ye lah siapa jeee suka kawan dengan orang gemuk hitam kan? Saya ni jenis belajar je.

Sebab takde kawan kannn, apa lagi hiburan saya masa tu selain baca buku dan buat kerja sekolah sambil dengar radio atau alunan bebelan mak saya?? Hidup saya dulu pergi sekolah dan balik sekolah. Cuti sekolah pun baca je buku apa2 mak ayah saya belikan kat bandar atau pinjam kat sekolah. Baik saya duduk je rumah membaca tak kacau siapa2.

Kalau keluar kang terserempak sedara mara buat tambah sedih saya je kan.Hikmahnya, saya antara pelajar terbaik kat sekolah dan amat suka membaca sehingga kini… Dan sekarang pun saya on the way nak jadi doktor falsafah, kalian doakan saya ya… Sikit jeeee lagi ni. Saya berfikir balik, andai kata saya ni dulu cantik kurus kulit putih mulus jadi terkenal dan kegilaan, mesti saya sibuk layan teman lelaki.

Sampai tak siap kerja sekolah, tak fokus cikgu mengajar, dan tak peduli nak dapat skor masa peperiksaan, macam sepupu-sepupu saya yang jadi kebanggaan ibu bapa mereka tuuu. Hehe. Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ni ada hikmahnya tau.. Kena bersyukur di setiap keadaan dan fokus untuk jadi manusia terbaik dan bermanfaat dalam hidup ni. Habis SPM, saya berjaya masuk universiti, masa ni lah saya jumpa suami saya.

Suami yang menepati ciri-ciri saya nak dalam setiap doa saya lepas solat tu, the power of doa. Pada mulanya pun saya memang tak yakin yang ada juga orang ikhlas nak saya? Dah lah dia muda dari saya kot… Kacak dan bertubuh sasa pulak tuuuu. Hahaha. Macam tak tercapai dek akal saya itulah jodoh saya. Suami saya tak kisah pun saya gemuk hitam, dia tak pernah hina rupa dan fizikal saya.

Alhamdulillah, tahun ni dah masuk 6 tahun kami hidup bahagia berumah tangga. Saling cuba melengkapi. Gaduh-gaduh manja merajuk tu biasalah, tipulah kalau takde kannn. Suami saya memang baik sangat. Apa saya perlukan, dia akan usaha untuk sediakan yang terbaik. Saya belajar sampai sekarang pun banyak suami support dari segi sokongan emosi dan kewangan. Sampai kadang saya rasa saya tak layak jadi isteri dia.

Tapi itulah suami yang dikurniakan untuk saya. Dia memang menepati ciri suami yang saya doa dulu. Saya ada juga tanya kenapa pilih anak gajah macam saya ni?? Jawapannya, dia memang cari isteri yang boleh setia jadi teman hidup sampai akhir hayat dia dan kali pertama nampak saya, dia yakin sangat saya ni jodoh dia. (nak nangis, huhu). Lepas kahwin, suami sediakan saya rumah siap ada gym dan swimming pool.

Katanya untuk mudahkan usaha saya nak turunkan dan kekalkan berat badan ideal dan tenang fikiran untuk belajar. Terima kasih, suamiku. Sayang doakan hubby murah rezeki dan berjaya dunia dan akhirat. Saya akan sentiasa cuba jadi isteri yang terbaik untuk dia… Kalian doakan kami kekal bahagia ya. Jujur saya kata, soal jodoh memang saya berserah dan berdoa.

Yang saya tau saya pergi sekolah dan masuk universiti nak belajar pandai-pandai dan dapat kerja bagus. Saya sibuk usaha untuk capai cita-cita saya nak jadi doktor falsafah. Hehe.Lagi satu kan… saya ni kahwin dulu dari sepupu sepapat yang ratu cantik kampung tu. Hahahaha.

Macam saya cakap tadi, jodoh pertemuan bukan saya yang tentukan. Tapi kasihan juga kat mereka bila selalu kena tipu dengan lelaki. Tipu duit dan janji-janji palsu ajak kahwin… Tak apa lah, saya doakan mereka bahagia dengan jalan hidup yang mereka pilih. Saya menulis ni sebab saya faham ramai sangat yang belum bertemu jodoh sampai sekarang.

Apa saya mampu nasihat, kalian berdoa dan yakinlah kalian akan dapat apa yang didoakan. Doa tu pulak kalau boleh secara details ciri-ciri suami yang kalian mahukan. Serahkan semua pada DIA. Fikir positif dan sentiasa bersangka baik walau apa pun terjadi dalam hidup kita dan walau apa pun yang orang hina kita. Kalau saya yang gemuk dan tak cantik ni pun ada jodoh terbaik, apatah lagi kalian yang cantik dan berkerjaya. Pasti ada. Kena doa dan yakin ok.

– Noura (Bukan nama sebenar) via iium cnfxion

Komen ntizen :

Hannan Cahaya : you know, orang yang baik, doanya dimakbul Tuhan, lebih senang, thats why ianya seakan memujuk orang yang sikapnya baik walaupun dihina ke disindir ke, tapi dia tetap senyum dan buat2 biasa.

Sungguh! tiada siapa boleh lawan kuasa Tuhan kan, hanya Allah dapat beri segalanya yang kita mahu .

Cayalah! mesti terlengok your saudara mara kan, ahahah i like this part, so epicccc .

Indra Putra : orang lelaki kan manusia biasa dan ada taste mereka tersendiri. ramai jer yg tak suka jenis kurus cutting model. ramai jer yang tak suka kulit putih melepak. tapi, pasti ramai yang suka seseorg yang beradab dan berbudi bahasa, matang dan pintar, dan paling penting, ramai yg suka seseorg yg rajin dan pembersih. maybe cliche bunyinya, tapi lagi bagus kalau pembersih dan rajin..dari cantik tp pemalas alias pengotor.

Fatheah Zulaile : Alhamdulillah, you deserve better confessor. Sebab dalam dunia ni, di mata Allah kita tetap sama. Rezeki jodoh semua Allah tetapkan siap siap dah.

Apa yang kita alami, kebarangkalian sama itu sangat tinggi. Mungkin juga sebab perspektif masyarakat pada manusia berbadan besar ni memang lekat pekat kat otak sejak berzaman gaknya.

Aku pun dulu macam tu, eh bukan dulu je… Sampai sekarang, apa apa yang berkaitan dengan gemok mesti tala salah ke aku, contoh masuk rumah papan, bergegar papannya… Mesti aku kena dulu. Pahtu makanan habis ke apa ke, mesti dikatanya aku yang tong sampah padahal barulah aku nak duduk makan. Sampaikan dulu mak aku, kalau nak g rumah orang mak aku akan pesan siap siap, ‘jangan makan banyak kat rumah orang, nanti balik mak masak lagi ya’… Sedih dengar mak aku punyalah taknak orang hina anak dia. So, sampai ke besar aku kalau g memana, sedap mana makanan aku takkan tambah. Nasi memang ciput kecuali family aku bawa g makan and family aku bayar.

Dulu pun zaman aku sekolah, aku ni takdelah belakang noh belaja, tapi bila pertandingan semua takde pun yang nak pilih aku. Kadang terasa. Penah sekali ada cikgu aku siap ejek aku. Sedih! Aku ngadu kat mak aku, mak aku kata takpe tu antara cikgu dengan Tuhan. Tugas aku hormat cikgu.

Sampai besar pun, bila gemok, memang jadi tempat kutuk pahtu tambah dengan hodoh, orang macam cop pakej gituh! Hahaha

Tapi samalah aku macam confessor, aku fikir hikmah yang sama, cuma aku ni chinese look skit tapi tak berapa lawo lah. Haha aku bersyukur apa aku ada, pedulikan apa orang kata dulu aku terasa lah jugak tapi lelama dah lali lulu lilin dah. Alhamdulillah on my track nak habiskan degree and insha Allah next journey menanti biiznillah.

**bukan aku cakap gemok tu Bagus, aku pun on the way dapatkan berat ideal dengan healthy lifestyle,jangan terbeliak pulak mata bila dah lawo nanti ehek!. Cuma nak cakap, hidup ni bukan utk dihakimi. Apapun bentuk saiz dan rupa, itu bukan utk dijadikan perjudian lawak tak berapa cerdik manusia ni haa… Ingat lawak ke tho!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *