Para Suami Tolong Jaga Ikhtilat Di Tempat Kerja.

I’ve been meaning to share this story with a permission from my friend. Moga kita dapat ambil iktibar. Rasanya ada hikmah bila MRO ni jadi kan. Beberapa hari lepas, kawan saya ada hantar text kepada saya. Agak lama jugak kami tak berhubung. Tiba-tiba dia text santai2 tanya khabar dan kita berbual macam biasa hal anak2, kebimbangan kita pasal Covid -19 hingga topik kiamat pun kita sentuh.

Tiba-tiba text (whatsapp chat) dia berbunyi ” i think i’ve lost my own battle babe” dan hantar icon nangis banyak-banyak buat hati saya risau.

The story goes like this :-

Since MRO 18/3, suami nya bekerja dari rumah. Takde apa yang pelik hingga kan satu hari ketika suaminya mandi, ada phone call bertalu-talu masuk. Dia yang masa tu risau, takut kalau-kalau ada emergency kat ofis ke apa, tengok lah hp suaminya dan nampak nama rakan ofis.

Dia jawab call itu tapi tanpa sempat ckp apa-apa ada suara yang terlebih dulu cakap.“Bee, kenapa awak tak jawab whatsapp saya? Saya tak tahu pasal keje ni.. bee, bee, are u there.. XXXX dengar tak ni awak.. tolong la saya awak.. camne ni”. Suara perempuan yang cakap. Dan XXX itu nama penuh suami dia.

Nak kata orang salah no, takkan siap sebut nama penuh kan. Kawan saya tekan end call, tangan nya menggigil. Is this for real? Takpe Allah ada dia fikir.. Allah ada. History call dia delete. Dia tenang dan pura pura seolah takde apa berlaku. Lepas tu, suaminya keluar dari bilik tidur mereka dan ke bilik keje sambil hp di telinga.

Dia sempat dengar suara suami nya cakap,“saya mandi tadi awak… sorry yer. Kejap saya tengok kan.. sabar yer.. jangan la macam ni pleaseee”, lembut soft spoken nada suaminya unlike kalau bercakap dengan dia, nada mendatar aje.

End of day.

Next day, rutin yang sama macam hari sebelum ni, si suami masih sibuk wfh dari bilik keje sementara kawan saya wfh di meja makan. Anak-anak duduk depan tv. Life macam biasa.. dan dia, masih lagi memerhati dan menyantuni suami sama seperti rutin biasa & berdoa apa yang dia fikir di dalam kepalanya bukan benda yang buruk. 5 hari dah MRO, suami nya masih sibuk wfh termasuk sabtu ahad.

Takpelah cari rezeki kan.. kata kawan saya. Hari ke 5 tu Ahad, suaminya sempat keluar beli barang-barang dapur.dan disitu la segalanya terbongkar melalui whatsapp web yang lupa ditutup oleh suaminya. Allah nak tunjuk mungkin.. kata kawan saya. Takde niat nak ceroboh pun tapi kalau dah chat itu terbuka luas, saat dia nak guna komputer untuk surfing..

dia nampak la perbualan tu. The whole conversation tu jadi bukti yang suami nya ni ada girlfriend di tempat keje. Yang bijaknya suami ni, nama perempuan tu dia save nama penuh siap designation apa dalam phone book. Panjang chat mereka dari tahun lepas lagi. Dari formal menjadi perbualan informal.

Conversation dari i & u bertukar jadi saya & awak..dan akhirnya yang terbaru “baby & bee” 5 bulan diambil untuk mereka berdua ni jadi rapat kalau ikut dari history whatsapp itu lah. Dari cakap, “thank you sebab tolong i” kepada “nak join minum tak, lapar ni penat buat keje” kepada “jom saya tunggu hantar awak ke kete dah malam ni kan” kepada “nanti tunggu tempat biasa ye, bagi semua orang balik dulu” kepada “thanks baby teman bee makan tadi masa balik keje.. miss you”

Suami dia ni siap update gf dia tu kalau ada hari-hari yang dia cuti atau masuk keje lambat. Yang buat kawan saya tersangat luluh hatinya ialah si suami + gf siap keluar bersama lunch pada hari yang sama kawan saya ada di hospital untuk jaga anak mereka dan sewaktu proses discharge anak dia. Si suami kata tak boleh datang sebab ada meeting.

Suami kata kad kredit kan ada, guna la dulu nanti claim kemudian dgn suami. Macam mana dia tau? Dari whatsapp itulah segala details perbualan mereka berdua.

“I ‘m speechless babe”, kata saya.

Kawan saya reply “this is the hardest battle in my life, living together with a man yang aku fikir jujur.. yang baring di sebelah aku tiap-tiap malam-malam tu.. Rupanya tengah dok ralit berwhatsapp dengan perempuan lain.

Aku tak tahu la bila dia baring sebelah aku tu fizikal je wujud… atau kepala dia melayang ke perempuan tu” Sekarang kau nak buat apa, saya tanya.

Dia jawab..

“I just finished packing my stuff dan anak-anak. Aku fikir..aku nak keluar dari rumah ni. Aku nak bina hidup baru sendiri babe. Aku tak rasa aku ni diperlukan dan penting kat dia lagi. He has everything, he has money… great job. He can simply pick up any girl untuk dia nikah.

Aku boleh redha.. aku akan redha walaupun aku selalu ada waktu dia susah.. waktu dia down, waktu dia ada masalah… waktu dia kosong.. waktu dia baru nak naik.. i’ve seen his worst. Tapi sekarang, Allahuakbar… dia biarkan nfsu kuasi diri dia. He choose to have a gf.Kau tak nampak bertapa ceria & bercahaya nya muka dia tiap-tiap hari depan komputer…

i thought he was enjoying his work so much, rupanya… he was chatting with his gf while doing his task. I was fool… he was fooling me. Di whatsapp panggil perempuan tu baby.. di rumah panggil aku sayang” Lama saya tak respond.. lama saya fikir.

Saya jawab “istikharah babe. Allah ada..Allah tak pernah tidur, dia Maha Mendengar” Kawan saya reply..

“12 years of marriage babe.. 5 years as girlfriend-boyfriend.. 17 years together.. Hari ni aku rasa i’ve lost my battle to someone who is young,easy going,pretty and energetic girl. Someone yang buat dia rasa fun dan happy yang selama ni aku rasa, aku lah orangnya.

Dan aku, hanyalah seorg isteri yang takde nilai apa-apa agaknya selama ni” Dan… kemudiannya kami menangis sama-sama. “Aku nangis Babe..aku serius nangis”, saya jawab,

“Aku pun…akhirnya. aku simpan berhari-hari cerita ni. Akhirnya aku mampu nangis. Sejak aku baca whatsapp dorang, aku emotionless.. aku tak tahu nak respond apa. Dunia aku gelap, yang buat aku sedar hidup belum berakhir ialah anak-anak aku” , jawab kawan saya

Saya jawab, “Jangan risau.. aku ada. Allah ada. We fight together”

“Aku tahu….aku mesti. NO, aku wajib kuat demi anak-anak. I’m not gonna battle with that lady for him. Let them be together, i will not disturb them. I’ll start my new fresh journey with my kids”

Perbualan kami terhenti sendiri, kerana saya sungguh-sungguh tak sangka. Ujian Allah itu Maha Besar. Dan pagi tadi saya dapat whatsapp berbunyi,

“Babe, i’m out…semua bukti aku dah simpan. Anak-anak ada dengan aku. Doakan aku kuat, i’m leaving him babe. I’m leaving him… for the sake of my pride and happiness of my kids. Jangan risau, aku ada dalam KL aje. I will protect my kids and I hope Allah swt will protect me”

Doakan kawan saya yer, sekarang ni MRO.. mana lah dia nak pegi dengan anak-anak.

Buat semua lelaki yang bergelar suami, saya merayu jaga lah “ikhtilat” ditempat kerja. Google apa maksud ikhtilat tu, anda akan faham.

Jangan kerana rasa seronok, anda terlupa pada insan halal yang Allah telah jodohkan untuk anda. Insan yang hari-hari mendoakan anda setiap kali anda ke tempat kerja. Dia adalah “isteri” anda.

Buat sahabatku Ara… insya Allah, Allah ada.. aku ada. Kau kuat…

– Kawan Ara (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *