Bila aku labuhkan tudung, suami seakan tidak suka. Mak mertua pula kutuk guna bahasa english.

Kenalkan nama, aku Aisyah. Seorang isteri yang mempunyai 4 orang anak. Berumur 30an. Berbezaan umur dengan suami 8tahun. Suami lebih tua dari aku. Aku berkawin muda ketika berumur 22 tahun. Kami boleh dikatakan sweet couple oleh orang keliling kami. Apa yang dilalui oleh kawan confessor dilalui sama dengan aku, yang mana suami baru terkantoi dalam 5hari lepas.

Sebelum penulisan dibuat, banyak kali aku memikirkan ianya mengaibkan suami atau tidak. Ini kali pertama aku meluah dalam fb. Sebelum ini, nak tag atau share di fb tentang suami juga tak pernah. Tapi untuk bercerita dan meluahkan, aku memilih untuk menulis. niat tidak lebih dari itu.

Suami yang aku percaya, mempunyai handphone lebih dari satu dan menyimpan handphone di dalam kereta. Setiap kali pergi ke kerja atau outstation dia akan guna dan bawa hp tersebut untuk bermessage dengan perempuan yang lebih dari satu.

Yang sorang ex-gf nya yang hampir 15 tahun die kenal. Yang tidak berkahwin dan seorang lagi perempuan yang berkerja dengan adiknya, seorang janda anak 4. Ini bukan kali pertama dia menipu aku, ini kali ke berapa kali aku ditipu. Dari mengandung anak pertama hingga anak ke tiga.

Dan tempoh perkahwinan hampir 10 tahun. Kalau ikutkan hati kali ini, memang aku memilih untuk bercrai memandangkan kewangan aku dah mencukupi dan aku dah redha tiada jodoh. Cuma beza dari story conffesor sebelum ni, ibu mertua aku sangat melukan hati aku. Setiap kali tahu kami bergaduh, dia akan menangkan anaknya yang dah hampir umur masuk ke 40an tu.

Setiap kali gaduh dia akan cakap, aku merampas anaknya dari perempuan itu yang mana ex gf suami yang dulu. Hubungan ex-gf dan ibu mertua sangat rapat. Kerap memberi makanan dan barang. Aku tau hubungan suami dan perempuan itu, selepas aku beli baju nikah.

Ya, aku tahu aku bukan menantu pilihannya. Cuma aku sebagai menantu sangat sedih dengan apa yang ibu mertua cakapkan. Sampai sekarang aku masih teringat memandangkan aku record perbualan kami. Cuma untuk ibu mertua aku, aku hanya ingin meluah rasa, aku sudah mencuba jadi menantu yang baik.

Aku sudah cuba menjaga hati suami dan ibu mertua yang aku akung seperti ibu bapa aku. Setiap kali datang rumah, ibu mertua tak kan makan makanan yang aku masak. Hanya minum sahaja. Belum lagi usik tentang adik2 ipar yang tidak sukakan aku. Mereka akan bercakap dengan kakak ipar yang dorang suka sedangkan aku paling tua dia situ kalau dari segi pangkat, walaupun dari segi umur aku paling muda.

Aku tau dorang golongan profesional kesemuanya. Aku bukan sebaris mereka. Tapi bukan sebab itu, aku perlu diperli dan dihamun kerana tertidur selepas penat menghadiri majlis (ketika itu aku tengah mengandung ) oleh adik ipar. Belum lagi adik ipar yang suka screenshots segala yang aku update di fb.

Apa yang aku pakai menjadi topik perbualan. Sedangkan apa yang aku pakai, semuanya dibeli sendiri. Untuk suami aku, dia dah berjanji tidak akan mengulangi semuanya. Aku? Adakah aku percaya? Aku pun tak pasti. Tapi masa akan menjadi pengubat. Aku sentiasa percaya setiap yang keluar dari mulut suami aku. Aku tak menghukum suami aku, aku melayan dia lebih dari sebelum ini.

Aku anggap ini kekurangan aku dekat dia. Mungkin aku berkasae kerana terlalu penat mengurus anak. Aku tak nak tau ape die buat sebelum ni, sama sebelum kejadian. Allah yang tunjuk semua ni tanpa aku korek apa yang dibuat selama ini. Aku tidak pernah ambil tau ape yang dibuat sebab aku percayakan dia.

Walaupun ibu mertua selalu cakap aku yang kuat jeles. Aku juga pernah menyuruh suami berkahwin dengan ex-gf nya. dan duduk serumah dengan perempuan itu dengan aku. Tapi suami tidak setuju dan tidak mahu berkahwin. Untuk suami, aku dah cuba jadi yang terbaik.

Dengan rupa yang aku ade, dengan umur yang masih muda, aku percaya tidak ade wanita yang sanggup perjudikan masa muda untuk menjaga anak dirumah. Anak- anak kita menjadi orang hebat dan ikut acuan yang awak nak. Belajar ilmu agama, dan bakal menjadi haffiz. Aku berkorban harini bukan untuk siapa2, kecuali masa hadapan yang cerah untuk anak- anak kita.

Aku yang menjaga, mengajar, menghantar mereka ke tuisyen dan sekolah setiap kali awak ke kerja atau oustatation. Aku percaya, Allah maha mendengar. Allah tau yang aku korbankan. Tidak akan ada yang sia2 untuk pengorbanan ini. Harini aku masih tersenyum dan gembira dengan suami dan anak2. Aku percaya walaupun tidak berkerja diluar.

Tetapi rezeki aku tidak pernah kurang dan sangat mencukupi untuk aku dan anak2 serta ibu bapa atau kakak dan adik aku ketika susah. Aku mungkin miskin pada mata ibu mertua dan adik ipar duai aku. Tapi hidup aku tidak sesukar orang lain, sudah cukup untuk aku.

Dapat tidur yang tenang tanpa fikir apa2 ,bagi aku masih menjadi rezeki. Untuk ibu mertuaku, yang selalu memandang rendah padaku, saat ibu memerli aku dalam bahasa english (yang mana dia tahu aku tidak pandai english), aku okay.

Ibu mertua ku, selamani aku yang menjaga cucunya. Akula menjaga anaknya selamani. Ibu mertuaku menganggap aku tidak ada apa- apa, dan selama ini ibu mertua juga menganggap aku nakkan anak dia kerana mereka berharta. Demi Allah.

Dari kawin sampailah 5 bulan lepas baru aku menerima nafkhah dari suami.Aku yang sebelum ini pernah berkerja, suami pernah cakap dia tak akan bagi, selagi aku ada duit. Hinggalah baru 5 bulan, selama bertahun kawin, baru aku menerima nafkhah baru-baru ini.

Ibu mertua tidak pernah tahu, segala perabut dirumah, baju semua anak aku yang beli, bil elektrik dan bil astro semua aku yang membayar ketika aku ade duit. Tak pernah sekali ibu mertua aku tau. Suami aku masih suami yang baik, makanan dan anak-anak masih dijaga. masih solat. Cuma aku tak tahu mana silapnya aku sebagai isteri.

Aku sebelum ini masih memakai seperti perempuan lain, tapi sejak anak makin membesar aku cuba melabuhkan pakaian aku, tudung aku, mungkin suami rasa lain. Aku faham. Tapi aku hanya cari keredaan Allah. Aku bertahan demi anak2 yang aku akung, bertahan untuk tidak menyusahkan kedua ibu bapa aku yang makin tua, bertahan kerana memikirkan kalau bercerai.

Siapa yang ingin menjaga suami aku yang mana lagi 10 tahun hendak masuk umur 50an. Aku boleh berkorban semua demi orang lain. Sebab aku percaya. Allah rencanakan yang terbaik untuk aku. Mungkin anak akan menjaga aku atau aku dapat menghabiskan masa tua yang tenang dengan anak yang aku akung. Adakala orang menganggap aku bodoh.

Aku tau perempuan simpanan, suami atau sesiapa saja mesti gelakkan aku. Tapi bezanya aku mencari reda Allah. Aku tidak mencari musuh dan aku mencari pahala. Aku yakin. Dan sangat yakin. Allah akan memberi hadiah lebih besar dari ini untuk aku. Kalau sekali pun aku tidak tertulis mendapat kebahagian didunia.

Aku harap dapat disana nanti. Alhamdullilah Allah bagi aku kekuatan hati. Aku tidak lagi menangis. Tetapi lebih kepada redha. Kawan2 doakan aku ya. Doakan aku menjadi isteri dan ibu yang baik untuk semua orang. Alang2 dah separuh umur, aku akan terus berjuang untuk kelebihan umur yang aku ada untuk bahagiakan semua orang keliling aku.

Buat masa sekarang, aku terpaksa tidak friend dengan semua adik ipar di facebook, bukan kerana aku marah. Tapi untuk mengelakkan aku sedih sebab melihat mereka sentiasa komen dan like gambar ex-gf suami aku. Aku cuma buat untuk mengelak supaya tidak ada lagi marah dan benci.

Cuma masih focus pada anak. Aku tahu mereka marahkan aku. Tapi ini sahaja aku ada untuk menjaga hubungan yang sedia rapuh. Terima kasih ya Allah. Ini ujian hidupku. Semoga dengan kesabaranku, kau angkatlah darjatku ketika pemergianku.

Dan menjadi kerinduan yang manis untuk semua yang pernah tidak berpeluang menyayangi ku. Menantu dan ipar bukan pilihan. – Aisyah. Via iium confexion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *