Walaupun suami selalu pkul, aku masih lg syg dia smpai snggup cium baju kotor dia.

Saya tak tahu sama ada kisah saya sesuai untuk disiarkan disini atau tidak, tapi saya sangat berminat dengan page ni berbanding page-page lain bila saya baca confession kisah orang lain yang dikongsi mendapat komen-komen supportive dari pembaca. Saya seorang wanita berumur lingkungan 20 an bekerja sebagai Eksekutif di sebuah syarikat swasta antarabangsa. Apa yang saya nak kongsikan pada semua ialah mengenai kisah hidup saya disamping saya sangat-sangat memerlukan kata-kata semangat dari pembaca semua.

Saya tak mampu untuk meluahkan semua masalah saya, apa saya rasa dan apa yang saya lalui pada kawan-kawan mahupun keluarga. Pertama saya sangat malu & kedua saya tak nak sesiapa pun melihat saya tidak kuat. Tapi makin lama saya simpan semua ini makin saya rasa terseksa. Hampir setiap malam saya menangis, saya meraung sehingga saya tertido sendiri.

Luaran mungkin orang nampak saya happy, kerja seperti biasa, keluar dengan family, buat semua rutin harian seperti biasa tetapi tiada siapa yang tahu jiwa saya sebenarnya dah m4ti. Saya pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga lewat 20 an, bekerja dengan sebuah syarikat swasta dalam sektor Minyak & Gas yang terkemuka di Malaysia.

Bagi saya dia seorang yang good looking, tinggi lampai, berbadan tegap, berhidung mancung berkulit kuning langsat & heavy smoker. Permulaan perkenalan kami dia memang tidak pernah ada sifat-sifat romantik dalam diri. Dia tak pernah beli jiwa saya dengan kata-kata yang janjikan bulan & bintang. Cukup dengan layanan yang baik-baik sahaja. Tetapi saya jatuh cinta dengan perwatakan yang menampakkan kelelakian dia sebagai lelaki.

Saya suka dengan cara dia even dia tak pandai nak treat saya like a bakal permaisuri dalam hidup dia. Dia bukan jenis lelaki yang boleh plan any surprise, bagi bunga, bagi ayat-ayat berbunga dsb. Dia melamar saya pun hanya dekat kedai makan lepas habis waktu kerja. “Sudi tak awak jadi isteri abang?” Just that point with a dua bentuk cincin yang dia mintak mak dia pilihkan. And after kahwin saya boleh gambarkan perkahwinan saya & perwatakan dia sama dengan Aaron Aziz dalam Movie Ombak Kasih lakonan Maya Karin juga.

2 tahun mengikat tali pertunangan ternyata tidak menggambarkan siapa dirinya yang sebenar. Dunia perkahwinan yang sangat menyedihkan bagi saya. Kami jarang keluar bersama. Berbual sesama sendiri apatah lagi. Hidup saya hanya sekadar tak ubah seperti seorang perempuan simpanan dalam rumah yang dia sediakan.

Keperluan, tempat berteduh, makan pakai saya semua dipenuhi tetapi saya hanya jaga diri saya sendiri. Keperluan dia pula saya perlu uruskan dengan baik kerana dia sangat cerewet dari segi penjagaan pakaian, rumah & bilik tidur yang perlu sentiasa kemas even dia sendiri yang penyepah. Setiap hari saya perlu kutip baju yang ditinggalkan di sofa, stokin yang bersepah atas lantai, mug yang dah bersemut tanpa ada rasa simpati sedikit pun pada saya yang juga bekerja.

Setiap malam saya jadi penunggu dalam rumah, mana dia pergi apa dia buat saya tak pernah tahu. Bila dipejabat, saya selalu berdebar bila waktu dah hampir jam 5.00 pm. Kenapa dah jam 5.00? Saya tak sanggup nak balik rumah. Saya dah tak sanggup nak hidup sunyi. Balik rumah sunyi sepi. Cuma pandang dinding, tatap frame kahwin kami dengan linangan air mata.

Ofismate saya semua tak sabar nak balik rumah nak masak untuk suami nak layan anak-anak. Tapi saya? Jarang saya dapat masak untuk suami, bila masak pun saya cuma makan malam seorang diri. Kadang-kadang bila saya text, dia cuma jawab pegi je beli apa-apa sebelum balik rumah. Dan kehidupan saya setiap hari berulang-ulang macam tu. Hampir setiap malam saya tertidur sendiri.

Jam berapa dia pulang setiap malam pun saya tidak pasti. Cuma saya tersedar bila dia menjatuhkan tubuhnya disebelah saya dalam kegelapan. Bila saya ada masalah, saya tiada tempat mengadu. Hidup saya betul-betul terasa kosong. Mana mungkin saya perlu mengadu pada ibu ayah saya sedangkan saya punya seorang suami.

Isteri juga perlu menjaga aib rumah tangga & maruah suami. Bila saya dalam kesusahan, Saya tetap selesaikan nya sendiri. Saya bagi satu contoh kejadian yang pernah terjadi. Pernah satu hari kereta saya tak boleh nak hidup lepas habis waktu kerja, dengan hari yang dah nak senja.

Saya call dia tak pernah berjawab walaupun dia boleh reply text saya at the same time. Dia just bagi suggestion pinjam lah jumper sape2 atau pun mintak lah tolong kawan kerja sedangkan tempat kerja dia dengan saya cuma dalam kawasan sekitar yang sama. Salahkah kalau dia datang jenguk keadaan saya waktu tu sedangkan dia pun dah habis waktu kerja juga? Bila kawan-kawan datang membantu bertanya dah maklum pada suami ke?

Saya mampu cakap tak tahu kenapa tak dapat hubungi. Mungkin masih berada dalam kilang jadi tak dapat jawab call. Sedangkan dia tidak hirau pasal saya. Dia anggap saya ni tidak penting sebagai mana seorang suami perlu lindung isterinya. Dengan jawapan yang sebegitu lebih baik saya cari solution bagaimana saya harus pulang. Text dia saya biarkan tak berjawab.

Tak perlu jawab jika hanya untuk makin luka kan hati sendiri. Dan dia pun tak kan bertanya masalah saya dah selesai atau sebaliknya dan saya dah selamat pulang ke rumah tak? Bila saya tidak sihat macam mana sekalipun saya gagahkan diri juga ke klinik sendiri. If dia hantar pun puas saya merayu minta tolong dia hantarkan jika saya memang tak mampu untuk drive.

Itupun dia tunggu saya dalam kereta without temankan saya masuk klinik or tolong papah saya dsbnye. Saya juga dijadikan tempat pelepas amarah dia, saya tak boleh berbincang, bersuara, mahupun merungut atas semua layanan dia pada saya. Kalau saya bersuara tangan dia mesti hinggap dekat tubuh & muka saya. Sudahnya saya hidup dalam ketsayatan seolah patung berny4wa dalam “penjara” yang diciptakan untuk saya.

Saya tak mampu lagi nak bersuara. Even saya hanya menangis dia akan mengamuk macam orang tak sedar diri dan akan tampar saya non stop supaya saya berhenti menangis. Saya tak boleh nak tunjuk apa pun reaksi depan dia walau kadang tanpa sedar air mata saya dengan sendiri mengalir.

Bila saya terlampau sakit kena pkul, suara saya akan makin kuat, dia akan belasah lagi teruk supaya saya diam lebih cepat. Saya dah terbiasa lihat wajah & tubuh sendiri dengan kesan lebam-lebam. Hidup saya setiap hari tak bermaya. Hati saya setiap hari rasa sesak menahan sebak.

Bila-bila masa sahaja saya boleh menangis. Selama 2 tahun saya sorokkan dari pengetahuan keluarga saya apa yang saya lalui. Bila wajah saya ada kesan pvkul, saya akan bagi seribu alasan untuk tidak pulang ke rumah ibu bapa saya. Untuk layanan b4tin pula, jika saya bersedia dari segi emosi mahupun tidak, dia tidak peduli yang penting saya harus melayan tanggungjawab saya yang satu itu. Kemudian sambung tidur dengan membelakangkan saya.

Kadang-kadang saya terfikir apa salah saya? Jijik sangat ke saya sebagai isteri dia? Bukankah dia sayang kan saya sehingga memilih saya sebagai isterinya? Dia tak pernah kenalkan saya pada kawan-kawan dia, sebarang event di pejabat dia tak pernah bawa saya.

Orang lain semua bawa anak dan isteri tapi saya? Hanya dirumah seorang diri. Cuma satu yang selalu saya fikir, selagi mana saya isteri dia, saya kena jaga dia dengan baik, uruskan rumah dengan baik walaupun saya terpaksa ke market seorang diri beli keperluan dapur. Angkat barang-barang yang berat seorang diri.

Apa sahaja masalah dekat rumah saya kena selesaikan sendiri, panggil plumber or apa sahaja saya tak kisah yang penting saya boleh jaga dia dan rumah dengan baik. Walaupun saya tak ubah hanya seperti seorang pembantu / penunggu rumah itu tapi saya cuba untuk tidak kisah kerana dia suami saya.

Saya perlu lindung & jaga harta suami saya. Itu yang saya selalu fikirkan. Tapi bila ada masa-masa yang saya terlalu rindukan dia, saya hanya mampu cium baju-baju kotor yang masih ada bau badan & kesan perfume pada baju-baju tu. Sebelum basuh semua baju-baju dia saya akan ambik kesempatan c1um dan peluk erat seolah saya peluk tubuh suami saya sendiri.

Sambil saya berkata-kata sendiri “sayang rindu abang sangat!”. Bila saya kemas almari solek, saya akan buka gel rambut dia & hidu bau pada penutup gel tersebut. Itupun dah buat saya rasa terubat rindu saya. Seolah saya dapat mengucup suami saya sendiri, seolah dia berada dekat dengan saya.

Bagi saya biarlah saya dapat lihat dia setiap hari waktu pagi walaupun sekejap semasa masing-masing bersiap nak ke tempat kerja dan saya tahu setiap malam dia masih disebelah saya. Saya tak sanggup untuk dia hilang terus dari saya walaupun dia layan saya tak selayaknya seorang isteri dapat. Macam-macam cara yang saya buat untuk ambil hati dia.

Supaya dia kembali jatuh cinta pada saya, masakkan untuk dia walaupun suapannya langsung tak berselera, saya surprisekan dia macam2, semua kehendak dia saya turuti. Tiap kali ulang tahun perkahwinan & birthday, saya akan wish yang indah-indah dan memuji dia di s0cial media seperti ucapan terima kasih sebab abang jaga sayang dengan baik, saya luahkan betapa bahagianya saya disamping dia. Saya bagitahu betapa beruntungnya saya jadi isteri pada dia.

Saya luahkan kata-kata tersirat agar dia tersentuh dan saya berharap dia sedar dengan perbuatan dia walupun dia tidak pernah respon. Secara personally pula saya akan wish dan berulang kali saya cakap saya sayang kan dia saya sayangkan perkahwinan ni. Saya nak hidup dengan dia sampai bila-bila.

Saya nak ada anak bersamanya. Kadang-kadang saya juga menyalahkan takdir, kenapa sepanjang 2 tahun usia perkahwinan ni Allah swt tidak kurniakan zuriat pada saya? Mungkin jika ada zuriat suami saya akan berubah dan akan sayangkan saya serta perkahwinan ini.

Saya rasa sudah terlalu panjang saya menulis, sekiranya admin approve cerita saya untuk disiarkan & pembaca beminat untuk mendengar saya akan sambung lagi pegalaman hitam yang saya lalui. Part seterusnya juga saya akan ceritakan kenapa suami saya bersikap macam tu, bagaimana akhirnya saya berpisah.

Keadaan kedua-kedua pihak keluarga dan apa yang jadi pada kehidupan saya selepas bercerai. Sehingga sekarang pun saya masih tidak kuat untuk lalui semua ni. Saya harap pihak pembaca mendoakan saya. Supaya Allah swt kurangkan kesedihan saya ini. – Cik Orkid ( iium confexion)

Antara komen ntizen :

Nurl Athirah Adm : Buang yg negative, selepas byk ujian yg menimpa, jgn benarkan ia bunuh jiwa sis, tetapi jadikan sebagai Batu loncatan, kerana ujian ini , aku perlu lebih berjaya. Kehidupan adalah respon Kita kepada ujian tersebut, jika ujian ngatif tetapi response positf, pasti kesannya positif. Sy doaakan akak lebih kuat di masa hadapan.

Jiha Latif : Sambung sis. Saya nk tahu critanya. Stay positive in what ever stuation , saya doakan yg baik2 buat cikbunga. Allah xkan zalimi hambanya brterusan mlainkan smua itu ujian dan ada hikmahnya yg xdapat dilihat dgn mata kasar. May allah bless your life cikbunga

Noor Izrain : Klu bc dr tajuk, awk seolah2 myesal blakunya pceraian..skurang2nya awk dah tlepas dr ‘sleeping with yr enemy’…hanya inilah nasihat sy buat masa ni…abiskn cerita baru kita org boleh bg nasihat. For the time being, cerita awk ni boleh diambil kira sbgi luahan kesengsaraan yg awk alami selama ini…waiting for the rest of the stories.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *