Mak dan kakak tiba2 jatuh sakit melayan kerenah 7 orang lelaki dalam rumah. Allahu, sedih aku bila mak tipu keadaan sebenar pada ayah.

Dah nak raya ni, kecoh pula pasal perempuan mengadu letih sebab basuh pinggan kan? Siap ada perang drama kat twitter. Ha meh abam nak cerita sikit.

I grow up in a big family, however my mom & my sister are the only women. Bayangkan, saya adik beradik 7 orang. 6 lelaki, 1 perempuan. Termasuk ayah saya, 7 lelaki in total. Akak saya pulak anak pertama, saya anak kedua.

Imagine how hard for my mom and my sister to take care for us (the men)? Kalau masa raya lagilah teruk, mak masak basuh pinggan semua. Akak lah jadi lelaki, angkat itu ini. We (men) often took women for granted. Saya pun pernah dulu masa tak matang, alah basuh pinggan je pun. Alah gosok baju je pun. Alah itu je pun.

Semua nak alah tapi saya tak nak buat sendiri sebabnya AKU LELAKI. Btw, my parents are both working parents & my sister is one year older than me. Bermulanya macam ni masa saya 17tahun, mak saya jatuh sakit secara tetiba (& it was worst) & saya sorang bawak dia gi hosp. Outside from the doctor’s room, saya overheard mak saya under stress yang teruk due to penat kerja office & home chores.

Tapi mak tipu kat ayah sbb kurang darah je. Tapi saya tau punca sebetulnya and still buat b0doh. Pastu akak lah sorg yg jaga kita semua dari memasak, basuh pinggan, baju, semualah. Dan.. start situ jugak akak depression, makan ubat depressed. Akak masa tu belajar kat ipta. Bayangkan, balik rumah nak jaga kitorang lagi.

Kitorang pulak b0doh betul, ego taknak buat apa apa sebab kitorang lelaki. Sampai satu masa, dia mungkin dah tak tahan. Dia cakap kat saya, “kau tau tak perkara paling bahagia akak pernah buat apa?? Masa sem satu, akak wajib dok kolej. Akak jauh dari rumah ni.” sumpah it broke my heart. So much.

So one day, I took an initiative to do something before I lose my mom and my sister. Pelan pelan saya tolong kak saya basuh pinggan. Seminggu lepas tu, saya sbg abang sulung kerahkan pulak adik2 lelaki saya. Suruh dorang iron baju sekolah sendiri, basuh baju sendiri.

Saya buat rule, clean up your own mess. Seminggu lepas tu, saya basuh pinggan dengan adik saya, saya tak suruh akak basuh sebab dia dah masak. Mak dah rehat sepenuhnya, dia cuma kadang tu sapu rumah je. Seminggu demi seminggu saya berubah, dan ubahkan adik adik lelaki saya.

Alhamdulillah saya dah 21 sekarang, saya dan adik adik lelaki saya semua dah capable untk house chores (calon laki mithali). Siap masak lagi. Akak, saya dan dua org adik saya dah keluar dari rumah sbb sambung belajar. Tapi tiga org adik saya masih lagi sekolah. Still mak tak perlu buat kerja rumah, adik saya lelaki tiga org tu urus semua.

Saya tak salahkan perempuan mengeluh basuh pinggan, sebab saya pun tahu macam mana penatnya kemas rumah. In this confession, I dont want to pick on gender equality or whatsoever. But its about our conscience. Kau nak bini tak mengeluh buat kerja?? Kau kenalah jadi laki tak mengeluh kalau bini mintak tolong.

Belajar masak, belajar lipar baju. Perempuan yang ada dalam hidup kita ni bukan kuli kita. Agama ajar kita untuk memuliakan perempuan, tapi bila perempuan mengeluh sikit sbb penat basuh pinggan kita yang lelaki ni kemain suka sangat nak bash. Padahal sbelum basuh pinggan entah berapa ribu kerja dah perempuan dah siapkan. Kita point out yg dorang tak buat je. Sory panjang berjela. – Lelaki via iium confexion

Antara komen ntizen

Dymm Illyas : adik beradik aku 6 sume laki , x heran takat wat keja dapur , sebelah mata je ,, n x de nye aku nk bagitau satu dunia aku wat keje dapur , but since kau tgok laki dri perspective view sendiri aku nk kata aku laki aku wat keje dapur , so wat?

Nur Madihah : “Kau nak bini tak mengeluh buat kerja?? Kau kenalah jadi lelaki yang tak mengeluh kalau bini mintak tolong. Belajar masak, belajar lipat baju. Perempuan yg ada dalam hidup kita ni bukan kuli kita. Agama ajar kita memuliakan perempuan, tapi bila perempuan mengeluh sikit sebab penat basuh pinggan, kita yg lelaki ni kemain suka sgt nak bash. Padahal sblm basuh pinggan entah berapa ribu kerja perempuan dah siapkan. Kita point out yg dorang tak buat je.”

PALING SUKA AYAT NI. Terharu rasa bila seorang lelaki bersuara begini. Untungnya si isteri….. 😭

Siti Nursolehah : Haha.. Ni aku suka.. Aku suka confession ni.. Sbb…? Hahahha………

Thumbs up bro!!.

Kakak kau sulong ? Kau nom 2 eh?.

Sakinah Ibrahim : Tak kira la anak laki ke pompuan ke kita kena didik dia dr kecil utk buat kerja, why? Sbb ajal dan m4ut itu d tentukan Allah..

kalu kita sakit tetiba ke atau mati sdkurang2 nya dia bole uruskan diri…kalu tinggal dgn org or mak tiri in sha allah dia akan disenangi…paling mudah letak baju kotor dlm bakul, masa anak saya boy blum bole jln baru dlm umur 9 ke 10 bln tu,time nk mandi saya buka baju n seluar dia then saya pegangkan kt tangan dia saya taktih dia ke bakul baju kotor sambil ckp amik bju masuk bakul…

bila umur dia setaun dia bole brjalan every time b4 mandi dia amik baju masuk bakul x payah suruh pun trkejut saya now ammar dah nk masuk 2 thn and dia still buat kalu baju yg trkeluar dia akan tolak masuk dlm…benarlah kata org dulu, melentur buluh dr rebung…semoga kita peroleh keluarga yg. sakinah, mawwadah, warohmah…amin

Ariffatri Mohd : Dalam Islampun semua tugas masak, kemas rumah dan jaga anak tugas lelaki atau suami, tugas perempuan ialah susukan anak dan layan suami je….yg jadi macam sekarangni sbb adat dan budaya Melayu…tapi perempuan buat semuatu atas ihsan kepada suami dan bila suami suruh buat…baru hukum jadi wajib…yg pasti dua2 kena bertolak ansur…

Apa yg kau cerita ni bro…memang wake up call kepada aku as suami …

Aku pun nak kena berubah juga..perasan juga bini aku muka makin stress sbb kena urus semua padahal aku relax je balik keja main game dan buat deee je…

Korang doakan lah aku jadi suami yang lebih bertanggungjawab…susah nak ubah tabiat buruk ni…tapi nak juga doa dari korang….azam nak bantu isteri juga buat kerja rumahm..at least basuh pinggan mangkuk dlm sinki lepas kami makan dan lepas wife aku masak…dan buang sampah…

Masurah Suhaimi : Paling jiwa sekali bila ada makan2… Tuan rumah laa masak… Tuan rumah laa hidang… Tuan rumah laa kemas… Tuan rumah laa basuh pinggan…

Yang lain??? Angkat pungkoq p makan, sembang, basuh tangan, pinggan makan apa pon xangkat… Sambung sembang depan tv, isap rokok, siap oder ayaq lah bagai….

Aku macam nak hambat keluaq ja depa2 ne… Bahagia sangat aihh hidup tu… Kita dok ketung ketang kt dapoq, hampa boleh dok hayun perut ja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *