Bakal isteri disahkan positif H1V tapi aku tetap kahwini dia. Akhirnya aku tewas pada mlm tu.

Bila baca confession, banyak pulak cerita yang menunjukkan kesampahan lelaki. Suami curang dengan jiran, suami pukul isteri, suami tak straight, sesak jiwa saya. Jadi, rasa terpanggil nak kongsi cerita saya di sini. Harap dapat memadam sedikit rasa tsayat dalam kalangan wanita tentang perkahwinan.

Saya Din. Tahun ni umur 30. Saya duda. Kem4tian isteri 5 bulan lalu. @rwah isteri saya biarlah saya namakan sebagai Nina. Saya dan Nina punya jarak jauh beza usia. Dia 38. Kami kahwin atas dasar pilihan mak saya. Mak saya suka sangat dengan Nina.

Mak kata Nina baik, Nina hormat orang tua, Nina pandai masak. Serba serbi baik senang cerita. Dan sebab Nina ni kecil molek orangnya, tak nampak yang umur dia hampir 40. Kami nampak macam sebaya. Bila mak kata nak jodohkan saya dengan Nina, saya serba salah.

Sebab saya dah ada girlfriend masa tu. Kami belajar sama-sama kat U, tapi dia junior saya. Saya panggil dia Ita. Mak tak tahu pasal Ita sebab saya plan nak bagitahu pasal kami bila Ita dah habis belajar. Tapi bila mak dah keluar cerita pasal Nina, saya macam blur kejap. Mak asyik push saya untuk cuba kenal & kawan dengan Nina.

Sebab mak dah berkenan sangat. Pendekkan cerita, sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Nina, mak saya men1nggal. Mak memang dah lama sakit. Sayalah yang jaga mak selama di hospital. Mak kenal Nina sebab berjiran katil kat hospital.

Bila Nina melawat mak dia, berbual-buallah dengan mak saya. Tu yang suka sangat dengan Nina. Lagi pulak mak saya ingat saya memang tak ada sesiapa, lagilah mak saya nak sangat kami kahwin. Lepas mak pergi, saya buat istikharah. Saya tak nampak Nina, tapi saya nampak mak.

Setiap kali buat istikharah, saya nampak mak. Sebak gila rasa sebab saya memang ikhlas & sayangkan Ita. Tapi istikharah tu? So saya ikut jawapan istikharah. Saya pilih Nina. Ita menangis teruk.

Ita kata saya kena s1hir Nina sebab saya sanggup tinggal Ita yang dah bertahun bercinta demi Nina, seorang anak dara tua. Entah. Saya pun tak tahu nak explain apa kat Ita. Ita minta saya pergi berubat & dia sanggup tunggu sampai saya sihat balik, tapi dia minta saya jangan kahwin dengan Nina.

Saya pesan kat Ita, jangan tunggu saya. Ita berhak dapat lelaki lebih baik. Klisè sangat kan jawapan saya. Macam drama pukul 7. Tapi saya memang nak dia bahagia walaupun tanpa saya. Persiapan pun dibuat. Meriah gila. Sebab Nina anak sulung yang telah dilangkah bendul 3 kali. Jadi parents dia excited sangat & nak buat majlis grand kiranya. Saya ikutkan jek.

Kemuncak cerita bila pergi pejabat agama untuk interview sebelum kahwin. Biasanya, sampul keputusan ujian d@rah akan dibuka oleh pegawai pejabat agama depan bakal pengantin. Masa tu saya dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yang interview Nina panggil saya masuk bilik dia & terbongkarlah segala kisah. Nina HlV+.

Nina menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta saya fikir baik-baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada saya nak teruskan atau batalkan perkahwinan. Bila masuk kereta, saya tengok Nina. Tapi saya tak tahu nak cakap apa. Nina minta maaf sesungguhnya. Nina kata dia b0doh sebab dia ingatkan dia boleh tipu saya tentang ini.

Nina lupa yang ada ujian drah segala sebab dia hanya nak tutup mulut makcik-makcik bawang yang sibuk tanya bila nak kahwin sedangkan hakikatnya dia tak patut kahwin pun. Dah tu, saya pak sanggup ke? Ya Tuhan. Bala apa pula kali ni. Saya rasa frust sangat.

Jawapan istikharah ni membawa saya kepada musibah ini ke? Saya buntu. Nina cakap, terpulang kalau saya nak batalkan majlis. Lagi sebulan. Nak batalkan? Nak cakap apa kat keluarga? Saya tanya, parents Nina tahu tak pasal ni. Nina kata, tak ada siapa yang tahu. Saya teruskan. Saya tak tahu kenapa Tuhan lorongkan hati saya ke pilihan ini. Serius.

Bila fikir-fikir balik, macam g1la juga keputusan saya ni. Sepanjang perkahwinan, lepas solat berjemaah, doa kami adalah supaya urusan kami dipermudahkan, tak kira apa jua kesudahannya. Saya ajar Nina solat, mengaji. Nina cakap dia suka saya sebab dia selalu dengar saya mengaji untuk mak saya masa di hospital.

Sebab tu Nina cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak saya supaya jadikan Nina menantu. Nina cakap, dia tak nak m@ti menderita sorang-sorang tapi at the same time, Nina tak nak family dia tahu yang dia ada H1V+. Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati saya ni memang ikhlas bukan berlandas nfsu semata.

Semakin hari, saya nampak perubahan Nina. Kulit Nina mengering macam berkeruping & berbekas hitam. Bila dalam rumah pun Nina pakai lengan panjang & tudung. Sebab Nina kata dia malu kulit dia buruk. Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat. Batuk tak sembuh-sembuh. Sehinggalah dia sakit terlantar, saya yang jaga Nina sepenuhnya.

Kawan-kawan pejabat Nina semua buat andaian yang Nina kena s1hir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Nina boleh ada H1V+. Sehinggalah Nina pergi. Selepas Subuh, hari Khamis. Lepas saya mandikan Nina, dia kata dia sakit perut. Masa tu Nina macam dah boleh bergerak sikit. Saya papah dia ke bilik air.

Lepas siap, Nina kata dia sejuk sangat. Saya selimutkan Nina & masa tu lah Nina n@’zak depan mata saya. Tiba-tiba. Nina sempat minta maaf sebab seolah dia dah aniaya hidup saya & ucap terima kasih banyak kali sebab jaga dia sampai akhir hayat. Nina pergi macam tu jek. Mudah. Tenang. Saya terkelu kejap.

Tak tahu nak rasa apa. Nina pergi bersama aibnya yang tertutup rapat. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun & Penerima Taubat hambaNya. Oleh sebab Nina masih muda & tak ada history sakit teruk, so kena buat post mortem untuk claim insurans. Mulanya saya tak nak bagi sebab saya risau kecoh pulak tentang punca sakit Nina yang sebenar.

Tapi keputusan post mortem menunjukkan yang Nina kena Tibi (batuk kering) sebab pekerjaan Nina yang selalu keluar negara. Even parents Nina pun tak tahu sampai ke sudah. Jadilah saya duda muda.Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Nina, Allah hantar saya untuk tutup aib & jaga Nina ke hujung nyawa.

Andai itu takdirNya, saya redha. Semoga Allah tutup juga aib saya & berikan saya ganjaran kebahagiaan di dunia & akhirat. Cinta sejati tu wujud ye, semua. Saya tak galakkan korang buat keputusan seperti saya sebab saya rasa kisah saya ni rare sangat. 1 dalam seribu kot. Bukanlah saya nak kata saya ni jejaka beriman ke apa.

Cuma mungkin ini ujian untuk saya & alhamdulillah saya berjaya tempuh hingga ke hujung cerita. Now saya dalam proses nak menenangkan diri. Semoga cerita saya akan jadi semangat buat wanita-wanita di luar sana untuk percaya yang lelaki baik itu masih wujud untuk anda. Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir.– Din (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *