Isteri cuba nk bgtahu sstu melalui lukisan dia, tp aku malu nk bw dia ke klinik untuk cek

Benda ni saya pendam 7 tahun berkahwin. Saya bukan nak buka aib sesiapa disini. Tapi saya perlukan bantuan / cara nak bawa isteri saya jumpa pakar. Isteri saya ada masalah mental.. tapi bukan g1la. Saya pun sebenarnya taktahu kondisi dia apa.

Takpelah, saya cerita, mungkin ada yang tahu isteri saya ni sebenarnya ada sakit apa. First sekali, isteri saya ni datang dari keluarga bermasalah. Ibu dia ‘kupu-kupu’ malam. Ayah dia selalu pkul dia masa kecil. Kemudian kahwin dengan isteri baru pastu tinggal dia macam tu je.

Jadi, dia terpaksa kerja start umur 13 sambil sekolah menengah secara haram. Haram sebab umur 16 baru legal kerja.. saya kenal dengan isteri masa dia umur 20, saya 25. Kami kahwin lepas 6 bulan.. saya sebenarnya niat nak tunggu lagi. Tapi disebabkan kami bukan mahram, saya tak boleh nak protect dia yang seorang diri.

Sebab tu saya pilih untuk cepatkan pernikahan. Lepas sebulan nikah, isteri pregnant. Dia berhenti kerja dan duduk dirumah. Dia memang jadi isteri yang baik. Sampai air basuh tangan pun dia hidang walaupun saya taknak. Everything is okay, perfect. Tapi, saya perasan banyak sangat lukisan, kertas yang dah dironyok dalam tong sampah.

Kat dinding bilik tetamu penuh dia tampal lukisan yang saya tak sangka dia pandai melukis. Tapi. semuanya macam ‘dark’. Satu lukisan tu perempuan kecil tengah menangis.. satu lagi tu perempuan kecil tengah duduk kat atas curam yang tersangat tinggi.. dibawahnya ada tangan-tangan hitam sedang cuba menarik. Ada lagi yang perempuan tengah lemas dalam laut… cuba untuk keluar ke permukaan.

Dan beratus lagi lukisan yang seakan macam tu. Pada awalnya saya tak fikir banyak. Saya cuma ingat isteri saya ni suka melukis. Tu jela.. sampai lah lepas bersalin. Dia tak nak mak saya jaga dia masa pantang. Ibu dia memang dah lama tak contact. Nak upah orang jaga kat rumah, dia pulak taknak. Betul-betul berkeras nak pantang seorang diri.

Saya ni kerja pkul 7 pagi sampai 11 malam.. cari duit lebih demi anak isteri kan.. jadi memang takde kat rumah waktu tu. So isteri yang buat segala benda dari mandikan anak, sediakan makanan sendiri, buat kerja rumah dan lain-lain. (Masa ni dah suruh dia rehat, jahitan dia kat bawah tu banyak, tapi dia kata boleh buat).

Saya pun anggap everything is fine. Sampai lah one day saya cuti.. anak saya menangis tanpa henti. Biasalah baby memang kuat menangis.. tiba-tiba isteri saya ambil pisau. Terkejut beruk saya. Dia cuba nak bvnuh diri dia, saya pujuk slow-slow tak jalan.

Saya terpaksa berkeras sikit demi nak dapat pisau tu. Masa tu tiba-tiba ada keluar drah dari kain dia.. menggelabah saya angkut pergi hospital. Rupanya jahitan banyak terbukak.. Allah.. masa ni saya betul marah. Saya kemas barang dia pergi rumah mak saya, mintak mak saya jagakan sampai dia betul-betul sembuh.

Tapi lepas 3 hari dia kemas balik barang dia naik teksi balik rumah. Saya tanya kenapa buat mcm tu.. dia jawab sebab dia tsayat kena marah. Tsayat kena marah yang rumah tak kemas dan dia tak buat kerja.. dia asyik ulang banyak kali perkataan ‘tsayat’. takde siapapun yang marah dia.

Saya boleh je nak hantar baju pegi dobi atau basuh sendiri.. siapa yang marah dia??? Sampai sekarang saya tak tahu. Kami ada anak umur 6 tahun, 4 tahun, dan 8 bulan. Setiap bersalin mesti dia yang paksa diri nak uruskan.. setiap kali pantang dia akan ulang perkataan ‘tsayat’ orang mrah yang dia tak buat kerja asyik rehat.

Saya dah lain macam dah tapi cuba cool kan diri.. siapa yang marah dia? Ayah dia ke? Hmm. Lagi-lagi dengan keadaan dia tak boleh tidur malam. Start kahwin sampai sekarang dia tak pernah tidur sebelum subuh… kalau dia terlelap sebelum subuh, dia akan mimpi ada ayah dia pkul dia.. hentak kepala dia.. dia meracau racau tsayat… pada awal nya saya buat tak endah.

Tapi sekarang ni saya mula rasa yang dia ada satu trauma masa kecil yang dia tak pernah dapat nak buang. Saya sendiri tak tahu nak tolong macam mana. Kalau saya bawa dia pergi hospital, saya risau doktor panggil saya ni yang glla.. oh ya, disebabkan dia tak boleh tidur malam..

Kalau besoknya ada urusan yang kena pergi pagi, dia paksa diri dia untuk pergi jugak. Dan bila dia tak cukup tidur, perangai dia dari sopan santun, baik hati, lemah lembut, bertukar 360 darjah macam orang tak siuman.. pisau tu dia toreh-toreh kat tangan.. menangis.. sambil ulang yang takda siapa sayangkan dia..

Takda siapa nakkan dia.. dia rasa sorang-sorang… padahal setiap kali tu takde angin bergoncang pun.. takde bergduh ke apa pun.. Disebabkan benda ni dah lama saya hadap.. saya ada sikit improvement untuk handle dia.. prinsip saya, bila dia fikir dia tak layak jadi seorang ibu atau isteri, then minta cerai atau lepas, saya akan fikir benda lain.

Saya takkan ucap langsung perkataan tu kat depan dia. Walau macam mana pun, dia isteri saya. Saya sayang dan takkan lepaskan dia selagi saya masih hidup. Setiap kali dia tak cukup tidur, saya akan elakkan dia dari nampak pisau. Dan terus dodoikan dia sampai tertidur.. walaupun saya dah lambat nak pergi kerja.

Masa saya takde, saya pantau rumah melalui cctv.. banyak kali nampak isteri kurung diri dalam almari masa baby tak berhenti menangis. Lepas 10 minit dia akan keluar balik dalam keadaan tenang. Oh ya, dia ada hyperventiliation. Banyak kali jadi, memang kerap bila panic datang, dia hembus guna plastik…

kalau tak dapat kawal, jari-jemari dia akan jadi bengkok.. keras dan sejuk.. saya risau patah je. siapa yang pernah tengok tu tahu la macam mana. Lukisan-lukisan dia dalam masa 7 tahun ni dah boleh penuh satu bilik.. saya biarkan je asalkan dia bahagia. Tiap kali trauma tu datang, saya akan jaga isteri macam anak kecil. Yang perlu dibelai, perlu didodoikan, perlu dipeluk, ucap perkataan sayang banyak kali tanpa henti.

sampai dia tertidur.. Waktu dia normal, semuanya okay.. rumah kemas dengan bersih.. makanan sentiasa ada.. solat cukup.. mengaji.. ajar anak-anak pelajaran.. Tapi, walaupun saya dah dapat cara untuk handle, jauh disudut hati saya. Saya tertanya tanya, betul kah cara saya ni? Ada ke yang saya silap? Saya ingin jugak isteri saya dapat tidur normal macam biasa..

Saya sebenarnya taktahu kondisi apa yang ada kat isteri saya.. nak kata depressed pun ada, nak kata tra uma pun ada, nak kata insomnia pun macam ada.. nak kata split personality pun ada.. Saya taktahu nak refer pada siapa.. nanti orang kata saya pulak yang glla.. lagipun saya tak pernah bercerita pasal ni kat sesiapa pun walaupun mak ayah saya sendiri.

Lagipun bila dengan diorang, isteri saya ni normal.. hmm.. Walaupun banyak kali isteri nak cederakan diri dia, setakat ni tak pernah dia cederakan saya atau anak-anak. Dia macam ada satu dendam pada diri dia.. yang saya pun tak tahu apa benda.. saya tahu banyak lagi yang dia tak cerita pada saya pasal trauma dia masa kecil..

Kalau saya terpaksa hadap perkara ni sampai tua, saya redha. Orang lain diuji dengan benda berbeza-beza.. mungkin ini bahagian saya.. Allah Maha Pengatur setiap hidup hamba-hambaNya.

Sumber : Dunia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *