Baru nikah sebulan tp diceraikan. Tiba2 aku hamil, masa ni aku xdpat teka siapa bapa bby ni sbb dulu aku pernah.

Saya merupakan seorang wanita yang tersilap langkah hingga berziina semata mata menagih cinta seorang lelaki. Kisah bermula sekitar 5 tahun lepas ketika saya mengalami fasa fasa gelap dalam kehidupan. Saya kehilangan kerja, di buru along dan dalam keadaan murung akibat percerraian.

Kecewa kerana perkahwinan atas dasar cinta bertahan hanya beberapa bulan selepas berkahwin kerana bekas kekasih ex husband saya kembali menagih kasih. Sasau dan tak mampu untuk redha, itu lah saya. Apatah lagi keluarga bertindak berdiamkan diri dan tidak menyokong kerana pilihan itu memang tidak di sukai mereka sejak awal. Saya mengenali Joe ketika masih lagi dalam keadaan gila talak.

Jujurnya kali pertama bertemu Joe memang buat saya rasa senang kerana saya terus berterus terang akan apa yang saya hadapi. Joe berbeza dengan lelaki lelaki yang saya pernah kenali. Dia sanggup membantu saya dan buat segalanya untuk saya.

Dia membantu saya membayar hutang along, dia membayarkan installment kereta saya, mencarikan kerja dan hingga ke tahap mencarikan saya rumah sewa agar dekat dengan tempat kerja. Saya lupakan bekas suami saya dan saya jatuh cinta pada Joe.

Sangat cintakan Joe. However, Joe mulai sedar betapa em0si dan mental saya amat rapuh dan saya menjadi terlalu berangantung pada Joe. Joe mula mengambil kesempatan, silap saya juga merelakan segala apa yang Joe buat kerana cinta kononnya.

Saya tak nak kehilangan Joe dan saya tau Joe amat cintakan saya. Hinggalah saya di sahkan mengandung. Pada awalnya saya memang takut, saya sendiri tak sangka saya boleh mengandung kerana saya mengalami kecedraan pada rahim dan doktor pernah mengesahkan bahawa amat mustahil untuk saya mengandung.

Jadi saya berdiam diri mengharapkan kandungan saya akan gugur sendiri. Namun akhirnya apabila kandungan saya mencecah 4 bulan, perut saya mulai ke depan, perangerakan bayi mula terasa, Joe akhirnya tau. Dan itu lah detik hitam saya bermula apabila Joe mengakui bahawa dia sebenarnya telah pun berkahwin dan mustahil untuk dia berkahwin dengan saya kerana saya hanyalah perempuan sampah.

Sejak dari itu Joe menghilangkan diri. Saya menjadi gla kembali. Saya berhenti kerja, tuan rumah menyuruh saya mengosongkan rumah kerana saya tak lagi mampu nak bayar sewa rumah dan saya hilang arah tuju.

Saya gagal mencari Joe tetapi saya berjaya mencari isteri Joe, saya berterus terang kepada isteri Joe. Isteri Joe tenang mendengar apa yang saya luahkan. Katanya suami dia memang seorang kaki perempuan dan saya bukan lah yang pertama.

Dia tak percaya bahawa saya mengandungkan anak Joe kerana perkahwinan mereka tidak di kurniakan anak, apatah lagi wanita murah seperti saya boleh sahaja tidur dengan mana mana lelaki dan mengaku bayi itu sebagai bayi suaminya. Saya terdiam tak terkata.

Hanya mampu menangis. Penyesalan selalu datang terlambat. Dengan perut yang semakin besar, kandungan berusia 6 bulan ketika itu dan tiada arah tuju, saya pulang ke kampung. Benar lah orang kata kasih ibu bapa tiada sempadan.

Papa memang sangat marah tapi saya tak di buang. Saya di jaga dengan baik oleh keluarga. Ibu saya membeli segala kelengkapan bayi bahkan tak pernah malu mengiringi saya mendapatkan check up setiap bulan hingga saya bersalin. Saya bersalin anak pramatang kerana k0mplikasi ketika mengandung.

Ibu lah yang berulang alik membawa saya ke hospital dan sering bercakap dengan anak agar dia kuat. Hampir tiga minggu berada dalam inkubat0r. Saya sangka setakat itu sahaja hubungan saya dengan Joe. Tetapi selepas sebulan saya bersalin, Joe datang bertemu keluarga.

Memohon maaf dan meminta peluang. Joe berjanji pada orang tua saya bahawa dia akan mengahwini saya dan meminta agar membawa saya pulang bertemu keluarganya. Keluaranga saya hanya lah orang kampung, mudah memaafkan Joe asalkan cucu mereka berpapa. Saya mengikut Joe pulang kembali.

Dan Joe ternyata tidak berkahwin pun dengan saya. Joe memaksa saya menipu keluarga saya dengan ugutan dia akan membawa lari anak saya kalau saya tak ikut segala kata katanya. Joe menyewakan sebuah rumah untuk kami dua beranak. Minggu pertama memang sukar kerana saya asyik bergaduh dengan Joe hingga ke tahap Joe menghempas saya ke lantai membelasah saya hingga berlsaya pendrahan.

Joe bukan membawa saya ke hospital malahan membawa salah seorang rakannya untuk merawat saya dari rumah. Di situ lah neraka saya bermula. Joe memang menyediakan segalanya, makan minum pakai semuanya A class, yang terbaik. Bawa saya keluar makan dan beli barang keperluan tak ada yang kurang kecuali, saya tidak di layan seperti manusia.

Joe kerap membawa balik perempuan ke rumah itu, untuk sama sama memadu asmara. Tiap kali dia membawa perempuan, dia akan bagitau mereka bahawa saya ini hanya lah pembantu rumah. Bahkan ada perempuan yang tinggal bersama hingga berminggu minggu.

Saya bodoh kerana tak lari sebab takut akan ugutan Joe. Perempuan perempuan yang Joe bawa balik, saya lihat mereka semua terdiri daripada mereka mereka yang berperwatakan menarik dan sopan.

Orang baik baik yang terperdaya dengan janji janji manis Joe seperti mana saya. Joe akan datang setiap pagi sebelum perangi kerja untuk membawakan sarapan dan akan bersarapan bersama ketika tiada perempuan lain di rumah tu.

Kalau ada, dia akn tinggalkan makanan sahaja dan dia perangi bersama perempuan dia. Joe akan datang kembali selepas waktu kerja dan pulang sekitar tengah malam. Telefon saya Joe pegang dan rumah akan sentiasa berkunci. Saya hanya boleh keluar bersama Joe. Selepas nifas saya berhenti dan habis pantang 100 hari, Joe mula menyentuh saya kembali, ketika itu Joe semakin jarang membawa perempuan datang.

Bodohnya saya, dalam tempoh tu saya berbaik semula dengan Joe walaupun Joe pernah memperlakukan saya tidak selayaknya manusia. Saya sedar akan kebodohan saya tetapi saya tidak tau kenapa saya tidak mampu melepaskan Joe, apatah lagi melihatkan layanan Joe pada anak saya begitu baik.

Anak saya juga amat manja dengan Joe. Dalam keadaan kotor hidup dalam maksiiat, saya tidak lupa untuk berdoa dan solat seperti biasa, memohon agar saya di keluarkan daripada kehidupan maksiiat itu. Selepas hampir setahun, rumah saya di ketuk di luar waktu yang biasa. Saya tau ianya bukan Joe sebab Joe sahaja yang mempunyai kunci dan saya masih terkurung.

Joe akan terus masuk setiap kali. Tiap kali berbual dengan orang tua saya juga di depan Joe menggunakan telefon Joe. Kehidupan saya memang di kawal sepenuhnya oleh Joe.Apabila saya membuka pintu, maka berdiri satu susuk tubuh yang saya kenali bersama seorang wanita yang saya kira sebagai ibunya dan juga beberapa orang lelaki.

Isteri Joe akhirnya berjaya menjumpai “rumah kedua” Joe. Kita sering kali membaca kisah peperangan dan perangelutan yang berlsaya antara isteri dan perempuan simpanan suami. Tetapi ianya tidak berlaku dalam kisah saya. Selepas abang abang isteri Joe berjaya memecahkan mangga, mereka masuk dan kami berbincang dari hati ke hati.

Ibu mertua Joe amat baik, isteri Joe menangis teresak esak apabila ibunya memberi cadangan agar dia bermadu. Dia tidak kuat untuk bermadu. Namun dia tak nak bercerrai kerana terlalu kasihkan Joe. I know im the third wheel. Depan ibu dan abang abangnya dia merayu agar saya perangi dari hidup mereka.

Katanya dia tak mampu hidup tanpa suaminya, dia rela dan redha jika suaminya seorang kaki perempuan tetapi dia tak rela bermadu. Malam itu juga saya di hantar pulang ke kampung. Papa amat marah apabila mengetahui selama setahun lebih saya menjadi binatang.

Kerana kasihkan saya dan cucu mereka yang dah lama tak di jumpai, papa menerima ku kembali bersyarat bahawa Joe tak kan sesekali wujud lagi dalam hidup saya. Saya akur. Saya dengar teruk Joe kena dengan abang abang ipar dia bahkan keluarga Joe dengan keluarga isterinya bergaduh teruk.

Saya dah tak pernah dengar lagi khabar Joe selepas tu. Memang Joe pernah ke kampung mencari kami tetapi di halau oleh papa dan abang saya. Sekarang anak saya dah besar. Saya pun dah berjaya dalam hidup. Memang susah jadi seorang ibu tunggal tetapi saya kena tebus silap saya. Saya nak balas balik jasa ibu papa.

Walaupun sekarang saya berjaya belikan kereta dan rumah buat ibu dan papa saya, tapi semua tu takkan cukup. Kepada kalian kalian yang terlibat dalam cinta dengan suami orang, lepaskan lah lelaki itu. Tak berbaloi kalian melukakan hati isteri yang berkorban macam macam. Sampai sekarang saya masih ingat akan tangisan isteri Joe yang merayu pada saya agar tinggalkan suami dia.

Kalau saya rasa sakit Joe buat macam ni, isteri dia berkali ganda lagi sakit. Buat lelaki, tak perlulah kalian nak test market. Ingat kembali kenapa kalian memilih untuk berkahwin dengan isteri anda. Jika hanya untuk menyakiti, lebih baik tak perlu. Hati isteri amat kuat hingga mampu untuk terus menerus memaafkan anda tetapi tak bermakna anda boleh terus menyakiti isteri anda.

Layanlah isteri dengan kasih syang dan belas kasihan. Buat para isteri yang merasa sakit dengan kehadiran orang ketiga, anda wanita yang hebat. Kerana mampu menempuhi dugaan yang sebegini besar. Saya yang pernah menjadi orang ketiga memohon maaf. Tak pernah berbaloi untuk menjadi orang ketiga apatah lagi dengan kebahagiaan secara haram.

Impian nak membina masjid tetapi asas batu bata yang haram. Tak kan terbina. Tak akan bahagia, tak akan kekal. Jika anda terlibat dalam hubungan sebegitu, tak pernah terlambat untuk berpatah balik. Pintu taubat sentiasa terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *