Baru nak selak baju menyusukan Along, tiba2 mak mertua sepak kepala Along. Allahu. Tiba2 mak mertua berubah.

Salam semua, saya Zaharah. saya dah berkahwin lebih kurang setahun lebih dengan suami tercinta. Awal perkahwinan kami meyewa rumah sewa dikawasan berdekatan dengan tempat kerja suami. Senang untuk suami ulang alik ke tempat kerja dia setiap hari.

Untuk menjimatkan kos dengan gaji suami basic RM 3,000, suami putuskan untuk ulang alik naik motosikal peninggalan ayah dia ke tempat kerja. Memandangkan adik beradik suami mempunyai motosikal baru, so motosikal tu memang jadi hak milik suami. Kereta Viva ditinggalkan dekat saya di rumah untuk urusan saya di rumah kalau tiba2 ada kcmasan di rumah.

Sebelum terlupa saya adalah suri rumah sepanjang msa selepas berkahwin. Suami tak izinakan saya bekerja sebab saya boleh tengok2 mak dia iaitu mak mertua saya di rumah. Mak mertua saya ni kadang ok kadang tak. Adik beradik suami pernah cerita yang mak mertua saya ni terkena penykit mer0yan selepas melahirkan Siti, iaitu adik bongsu suami saya. Adik beradik sebelah suami ada 5 orang, dan suami saya anak yang ke 3 dari 5.

Ada abang 2 orang atas suami dan 2 orang adik perempuan. Masing2 da bekerja. Yang masih bujang Siti, tapi bekerja di Wangsamaju dan meyewa di sana. Oleh kerana abang Long dan abang Ngah masing jauh dari kampung. Suami putuskan untuk jaga. Abang Long kerja di Sabah tentera laut, manakala abang ngah bekerja di Terengganu, oil dan gas tak salah saya.

Abang Long pernah cerita waktu tu umur dia 14 tahun mak mertua melahirkan Siti, ayah mereka terlibat dalam kejadian yang tak diingini sewakatu balik kerja. Time tu mak mertua tunggu due untuk bersalin dalam wad. Memang terkejut sangat bila dapat berita yang ayah kena langgar lari.

Ayah pergi buat selamanya di tempat kejadian. Mak mertua pada mulanya tak tahu apa yang terjadi pd ayah. Selepas selamat bersalin kan Siti, baru mak mertua dapat tahu dari adik beradik dia mengatakan suami dia sudah tiada.

Hari kelahiran Siti sama dengan hari pemergian ayah mereka buat selamanya. So, memang sedih sangat lah bila mak mertua dapat berita macam tu time menunggu ayah mereka di hospital. Mak mertua tak dapat terima kenyataan yang hari bahagia menyambut anak bongsu sama dengan pemergian suami tersayang.

Mak mertua menjerit kuat dalam hospital sepeti orang tak waras. Pak ngah suami lah yang bawa dan ambil mak pulang ke rumah. Mak mertua sempat lihat wajah ayah buat kali terakhir dengan tangisan Siti time tu. Menurut Along lagi, time tu Siti menangis tak henti2 seperti paham pemergian ayah.

Mak tak dapat ikut kebumikan ayah atas faktor kesihatan mak yang baru lepas bersalin. Along yang paksa mak mertua susukan Siti, sebab mak mertua tak nak susu kan Siti dek kerana terlalu sedih pada waktu. Dia seperti menyalahkan kelahiran Siti penyebab suami dia pergi buat selamanya.

Along dan adik beradik time tula jaga mak mertua dan Siti yang masih kecil. So, lepas Along dan angah kahwin, mak dijaga sepenuhnya oleh suami dan adik perempuannya. Along dan angah akan pulang sebulan sekali melawat mak. Hinggalah saya dan suami selamat diijabkabulkan, suami berbincang dengan saya agar saya dapat membantunya menjaga mak mertua dirumah. Saya tak menolak permintaan suami, kerana saya anggap mak dia juga adalah mak saya.

Malah saya lebih sayang mak mertua saya sebab kadang2 mak mertua saya ni kelakar kalau pandai layan dia. Saya tak kisah kawan2 cakap saya ni menghabiskan duit mak bapa je study tinggi2 tapi duduk rumah jaga mak mertua.

Saya tak kisah sebab ini adalah tanggung jawab saya terhadap suami. Genap 3 bulan kami berkahwin, saya disahkan mengandung. Syukur sangat rezeki kami dimurahkan. Sewaktu mengandung saya kurang alami alahan. Malah tenaga saya lebih kuat untuk jaga mak mertua sambil membawa baby dalam perut kami.

Mak mertua selalu main2 perut saya. Letak telinga dia dekat perut, dia selalu buat lawak baby da keluar nanti nak ajak main masak2. Memang lawak dan menghiburkan hati saya la waktu. Time tu mak mertua adalah peneman saya dikala sunyi, mak mertua saya juga kawan saya gaduh, kawan saya berbaik time suami keluar mencari nafkah.

Paling saya tak dapat lupakan dia nak pakai baju mengandung saya.. hahaha.. dia cakap ” mak nak mengandung juga”.. Saya pon blur2 nak cakap apa kat mak mertua time tu. Cukup 9 bulan 2 hari bukaan saya sudah 6 cm dan saya diwadkan. Nasib baik time tu da pukul 10 malam, suami dah ada kat rumah.

Suami yang hantar saya ke hospital ditemani mak mertua, saya cium tangan mak mertua dan suami sebelum masuk ke labor room. Saya pohon doa dari mereka tak lupa juga pada ibu bapa saya yang jauh di kampung, utara tanah air agar mendoakan saya dan baby selamat di lahirkan. Syukur alhamdullilah, tepat jam 4.15 pagi, saya selamat melahirkan baby boy.

So, bermula lah episod saya berpantang dirumah. Saya decide nak berpantang dirumah sendiri sebab nak jaga mak mertua sekali. Suami setuju dengan permintaan saya. Cuma mak dan ayah saya agk kurang setuju sebab yelah mana nak jaga baby dan mak mertua yang skit lagi kan.

Saya kuatkan semangat dan saya cekalkan hati untuk cuba. Alhamdullilah baby pertama kami yang saya panggil Along membesar dan kurang terkena demam. Hari demi hari saya seronok jaga mak mertua dan Along dalam rumah. Untuk pengetahuan saya memang menyusukan badan pada Along, sebab nak jimat kos. Along dah masuk usia 6 bulan.

Suatu hari saya tengah masak, mak mertua pula asyik leka bermain dengan Along. Tiba2 saya dengar tangisan Along. Cepat2 saya pergi ke hall dan saya rasa Along haus. Mak mertua di tepi Along sambil main tepuk2 nak senyapkan Along dari menangis. Saya angkat Along kat atas riba, baru nak selak baju, tiba mak mertua bangun sepak badan Along.

Allah!! Memang saya terkejut dengan tindakan mak. Secara tiba2 memang tak jangka mak mertua nak tendang badan Along yang dalam dakapan saya. Bukan sekali tapi lebih dari 3 kali mak mertua sepak Along. Nasib baik saya pangku Along dengan kuat, kalau tak memang tercampak Along dari riba saya. Saya jerit

“MAK!! MAK!! APA NI!! BAWA MENGUCAP MAK “

Mak mertua saya lari sambil tunjuk good dan cakap ‘ padan muka ko Along, tulah nak nangis sangat kan, ko mak ko peluk ko diam, bila saya ajak main ko nangis!’ Allahu memang saya menangis jerit mak time tu, saya bangun masuk bilik terus call suami bagi tau tindakan mak mertua tadi.

Suami terkejut mengucap panjang balik terus ambil cuti half day. Sampai je dirumah suami peluk mak mertua dan tanya kan kenapa mak mertua buat macam ni. Mak mertua gelengkan kepala dan cakap,

” Saya benci Along, bawa dia keluar”

Malam tu juga suami call abang long dan abang ngah, serta adik dia yang perempuan. Keesokan nya mereka pulang kerumah untuk lihat mak. Mereka berbincang sesama adik beradik termasuk saya sekali. Suami berbincang untk hantar merawat di rumah orang2 tua.

Biar ada kaunselor yang merawat mak. Suami tak sanggup tinggalkan saya dan Along dirumah bersama mak mertua, takot tindakan mak mertua di luar jangkaan nanti. Mula abang long agak keberatan, sebab itu kan mak dia.

Tapi atas faktor kerja yang jauh, Abang long terpaksa akur juga. Adik beradik suami yang lain turut bersetuju sebab masing2 ada komitmen dan tiada masa untuk jaga mak mertua. Saya memang rasa serba salah sangat, pasal saya mak mertua terpaksa dihantar kerumah orang tua yang ada rawatan.

Saya memberi cadangan pada mereka agar mak mertua dihantar tapi bukan selamanya. Saya mampu jaga mak mertua tapi bukan pada masa sekarang. Saya minta kalau Along berusia 4 tahun, saya rela jaga mak mertua kembali, biar Along besar dan pandai sikit.

Adik beradik suami setuju dengan cadangan saya berikan. Maka bermulalah sesi menghantar, mendaftar dan merawat mak mertua di pusat jagaan orang tua2. Semua adik beradik suami pergi hantar mak mertua di pusat jagaan tu termasuk saya. Masing2 menangis menitis kan air mata lihat mak mertua, sayu je mak mertua lambai seperti seronok duduk disana.

Saya paham dia tak mengerti apa2 lagi. Mak mertua mengelap air mata kerana hiba anak2 yg dikandunginya tidak lagi mahu menjaganya.

Saya minta maaf sangat pada suami sebab saya mereka terpaksa hantar mak mertua di rumah jagaan orng tua. “Buat mak, maafkan Zaharah mak. Zaharah janji akan ambil mak semula lpas Along umur 4 tahun. Maafkan Zaharah mak…”- Kisah diatas pernah tular sebelum ini.

Tidak dapat kami pastikan samada berdasarkan kepada kisah benar atau rekaan semata mata. Jika benar, kami doakan semoga urusan Zaharah dan keluarganya dipermudahkan. Moga diberikan kesembuhan kepada mak mertuanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *