Linda sakit sedang jmpa doktor. Suami dia selamba je smoke kat situ. Akhirnya doktor tulis “sesuatu” dlm kertas buat Linda menangis.

Saya ni student fourth year medicine di sekian sekian universiti. Hehe rahsia sikit . Sebagai medical student, most of the time kitaorang ni spend masa di hospital , bersama pesakit dan doktor. Apa yang best berkepit dengan professor ni, lagi lama diorang berkhidmat lagi banyak cerita diorang suka share.

Saya pulak jenis suka dengar cerita orang, so memang kena sangat lah. Okok nak dijadikan cerita, saya tengah berkepit dengan doktor bedah saya dalam bilik doktor menanti patient datang. After a while, ada seorang perempuan kurus lingkungan umur 30-an dengan seorang laki maybe suami dia masuk bilik.

Perempuan ni, saya letak nama samaran as Linda lah untuk senang cerita. Linda ni datang hospital sebab asyik sesak nafas dan batuk tak berhenti-henti.

Lambat jugakla dia datang hospital , katanya sebab dia ambil ubat batuk beli dekat farmasi je sebelum sebelum tu. Dia dah pergi bahagian general medicine, tapi takde perubahan so dia dirujuk ke bahagian Surgery. Doktor check akak ni throughly.

Ambil sample sana sini, suruh pergi ambil x-ray bagai(kalau bagitau details jadi panjang pulak, so saya cerita ala kadar je ye) Saya perhati je akak ni, seriously kurus yang amat. Sambil sambil tunggu keputusan report lab pesume.

Akak Linda ni bercerita la pasal cuti sekolah nanti keluarga dia inshaAllah nak bercuti. Dia cerita pasal anak-anak kecil dia. Meanwhile laki dia yang nampak bosan tu tetibe keluarkan rokok dari poket and mintak izin nak keluar bilik doktor kejap. Sampai je report lengkap dari semua jabatan, saya jenguk fail patient tu.

Tertulis,
“Small lung cell cncer stage IIIb”

Ya allah knser dia dah advanced. Doktor try sampaikan berita knser, dia terdiam kejap and then terus menangis depan kami time tu. Blank jugakla saya time tu taktau nak buat apa. Doktor try nak tenangkan dia tapi akak Temah ni tak berhenti-henti nangis. Dia cakap dekat kami,

“Apa salah saya sampai kena macam ni?”

Sebak gila kot tengok. Ikutkan hati saya pun nak nangis sama. Lepas tu dia sambung lagi cakap.

“Saya solat 5 waktu macam muslim lain, saya tak pernah lawan cakap mak ayah dengan suami saya. Kenapa saya yang kena? Anak-anak saya nanti macam mana?” Bunyi dia macam terus hilang harapan eventhough tak mula treatment pun lagi.

Doktor dengar je luahan hati dia sampailah dia habis meraung dalam bilik tu. Suami dia? Still tengah merokok dekat parking lot hospital gamaknya. Bila dia dah balik dengan mata bengkak, doktor terus pusing dekat saya and cakap dia kesian dengan orang baik macam tu.

Dia takde buat salah tapi dia terkena tempias penyakit atas perbuatan orang lain. Doktor kata memang makin berat ujian kita sebenarnya Allah makin sayang dekat kita. Tapi tak semua orang perasan benda tu. Ada orang bila dapat tahu berita buruk, memang tak boleh fikir positif and secara waras on that time.

Biasalah manusia. Patient takde yang masuk lagi time tu, so dia reveal la one of the factor kanser patient tadi.

“Suami dia smoker”

“Kalau dia duduk rumah terperap tak terdedah dengan udara luar yang tercemar macam mana pun, suami dia tu still dedahkan dia dengan asap rokok. Dalam rumah”

Saya terdiam.

“Suami dia light smoker. Merokok untuk isi masa lapang je. Tu yang buat saya rasa bertambah kesian dengan akak tadi”

Saya pun tanyalah kenapa.

“Sebab light smoker ni bukan ketagih dengan rokok pun. Diorang ni just nyalakan puntung rokok tu as a habit.

Habit sebenarnya senang nak buang. Disebabkan dia tak buang habit tu, dia tingkatkan risk dia and akak tadi kena knser.”

Terkejut gila saya dengar perkataan habit ” seriously?”

Doktor tu sambung lagi. “Yes. Habit. Habit menyalakan puntung rokok. Bila tengah stress nyalakan rokok, bila tengah tunggu bas nyalakan rokok, bila tengah tunggu lunch nyalakan rokok.

Its a habit. Habit that might kill someone” Saya jadi marah bila dengar pasal facts habit ni. Kalau addicted saya boleh tolerate lagi sebab saya tahu memang susah nak berhenti dari amik nikotin. Tapi habit. Habit kills people that you love. Guys saya pun dulu smoking.

Heavy smoker pulak tu. Tapi saya dah stop. Kalau a heavy smoker boleh stop, why not you guys? Ah kau nak cakap nanti bila tak merokok , kawan kawan kau ejek sebab nampak tak cool? Weh seriously lembik lah weh kalau kau rasa inferior kawan kawan ejek.

Lantakla kawan kau nak ejek ke apa ke. Nak kata sebab susah nak stop? Oi ingat sikit saya heavy smoker pun survive stop rokok ok. Heavy smoker lagilah siap ada withdrawal syndrome bagai weh. Seksa. Tapi saya survive.

Dalam al-quran pun dah kata jangan memudaratkan diri.

“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (dan membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu”- Surah An-Nisaa’ ayat 29.

Pastu sila rajin sikit bukak al-quran baca surah al-Baqarah ayat 195. pun terangkan oasal jangan binasakan diri. Saya bukan ahli ulama’ nak haramkan rokok tapi saya pesan dari segi agama jangan lah kau nak memudaratkan diri.

Mungkin kau tak kena tapi orang lain boleh kena.

– Doktor In Charge

Komen dari ntizen :

Amirul shafiq : Happens to my family. Ayah saya slalu merokok even ibu saya dah byk kali tegur. Smpaikan 1 masa, kene pulmonary TB complicated with pott’s disease. It takes a very long time to heal. Skang ni pun tgk ayah saya kurus sgt je. Saya xnak assume benda2 buruk since ayah saya degil nak buat checkup. Moga Allah panjangkan umur ayah saya.
So, don’t start smoking. Lagi2 bila dah berkeluarga tu. Kalau susah sgt nak stop, ingat la family keliling anda. Sebagai suami, anak, mereka byk depend pada kita nnt. Kalau kita sakit, mereka nnt nak harapkan pada sapa lagi.

Sajidi Jaapar : Alhamdullillah sejak wife lahirkan anak pertama, dgn izin Allah saya berjaya berhenti merokok, sbb tak nak org lain kena side effect.

Noor Zaleha : Ayah saya perokok tegar. Lepas satu satu batang rokok dihisap sepanjang tgk tv. Bulan puasa ni kurang la tp kalau hari biasa, mmg boleh kata sekotak 2 kotak sehari. Saya risaukan kesihatan saya n anak saya berumur 3 tahun yg selalu main dgn atuknya. Dh byk kali bgtau tp ayah mmg degil. Dh buntu, xtau nk buat mcm mana. Ayah saya merokok x kira tempat. Kalau dlm rumah, dr ruang tamu smpai ke dapur boleh bau asap rokok sebab hisap rokok murah. Dh penat nasihatkan tapi xde perubahan.

Tuan Farhana : My father used to smoke, sampai tahap aq tengok cm best je merokok ni so aq try, yup mmg best poof poof keluar asap tp lepas tu batuk2 la haha n mase tu aq kecik lg like 7-8 tahun…. But then bile adik pompuan aq start asthma dia makin serious (dia xbole dgn sebarang jenis asap, keta ke rokok ke) ayah aq cuba benti merokok sbb sayang anak punye pasal, tp pasal ayah aq bkn perokok tegar pun, so senang je dia benti… Me? Well aq merasa je tp aq xjadikannye tabiat sbb aq sendiri pun xtahan ngan asap rokok… The point is, nak benti ni bole je sbnrnye, cume ikut niat kte kuat ke x….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *