Hairan suami tidak kisah aku tiada dara, aku senyap2 trus bersama bekas kekasih

Nama aku amalina. Bukan nama sebenar. 28 tahun. Dah berkahwin, dan ada cahaya mata seorang. Aku mengambil masa yang lama untuk menulis luahan ini.

Rasa perit untuk menceritakan apa yang terjadi kepada aku. Namun, setelah difikir berulang kali, aku rasa perlunya luahan aku ini untuk memberi sedikir pengajaran kepada semua pembaca.

Aku telah berkahwin selama 4 tahun. Kami dikurniakan seorang cahaya mata puteri, sekarang berusia 3 tahun. Suami aku sebaya dengan aku. Dia bekerja sebagai seorang jurutera, berasal dari negeri pantai timur. Manakala aku pula berasal dari Selangor.

Kami mula kenal sejak 5 tahun lepas. Ketika sedang melalui fasa mencari pekerjaan. Suami aku merupakan kawan kepada abang aku. Abang aku yang suggest untuk kenal suami aku. Katanya, suami aku adalah lelaki yang paling baik dia pernah jumpa. Dari segi perangai dan agama, dan juga berpendidikan.

Suami aku berasal dari keluarga yang berada dan sangat berdisiplin. Cuma kekurangan suami aku adalah, dia hisap rokok. Selepas setahun berkenalan, kami putuskan untuk bernikah.

Keputusan kami disambut gembira oleh kedua-dua belah ahli keluarga. Pada hari itu, aku berasa sungguh gembira. Suami tahu aku sudah tiada dara. Tapi dia tidak kisah.

Dia tidak pernah tanya tentang kisah silam aku. Sedangkan aku selalu stalk dan trace kisah silam dia. Pada waktu itu, aku rasa sungguh benci kepada bekas kekasih aku.

Sedangkan aku tahu, itu juga berpunca dari kesilapan aku sendiri.Semasa hari pernikahan, aku merasa sangat gugup. Apabila aku melihat suami aku tersenyum lebar ketika ingin akad nikah.

Aku tidak mampu membayangkan betapa sedihnya dia apabila tahu aku sudah tidak ada dara. Pelbagai usaha aku lakukan supaya suami tidak tahu yang aku tidak ada dara pada malam pertama.

Sehinggalah pada suatu malam, kami ingin bersama. Pada ketika itu, aku cuba meluahkan isi hati aku. Aku cuba memberitahunya tentang kisah silam aku.

Namun, dia terlebih dahulu membuka mulut.“Abang tahu apa yang Aisyah nak bagitahu abang. Abang takkan judge masa silam Aisyah, untuk hidup kita pada masa sekarang.” Aku terdiam apabila dengar suami aku cakap macam tu.

Aku langsung tak sangka, sebenarnya suami aku dah tahu tentang hal ni.Aku memohon maaf kepadanya kerana tidak dapat menjaga kesucian aku.

Apa yang membuat aku terharu adalah, suami aku langsung tidak terkesan oleh kisah silam aku. Aku akung suami aku lebih dari apa sekalipun. Kehidupan kami sungguh bahagia.

Kami tidak lagi dihujani apa-apa masalah berat. Kewangan suami yang stabil dan sokongan keluarga belah suami yang sangat kuat membuatkan aku rasa aku adalah wanita yang sangat bertuah.

Setahun kemudian, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Suami aku sungguh gembira. Sudah lama dia inginkan seorang anak perempuan. Kasih akung yang diberikan oleh suami aku memang tidak berbelah bahagi kepada kami sekeluarga.

Seluruh ahli keluarga aku, akung sangat suami aku. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, kenapa Tuhan begitu bermurah hati memberi aku seorang suami yang sangat sempurna.

Semuanya kelihatan berjalan lancar, maka Tuhan memberikan kami satu ujian.. Pada tahun lepas, bekas kekasih aku mula hadir kembali ke dalam kehidupan aku. Dia hadir sebagai client aku.

Kerana aku adalah agent sebuah syarikat kenderaan.Pada awalnya, kami berhubungan atas dasar business. Namun, dari hari ke hari, bekas kekasih aku mula meminta sesuatu yang lebih sebagai kawan.

Aku tidak menceritakan hal ini kepada suami aku. Aku risau dia akan susah hati. Aku yakin yang aku mampu untuk menjaga diri aku.

Namun itu cuma kata hati aku, pada waktu itu. Kami berhubungan selama berbulan-bulan. Lama kelamaan, kami mula jatuh cinta kembali. Tanpa pengetahuan suami aku.Aku mula bersikap kasar terhadap suami.

Aku jarang meluangkan masa dengan suami aku. Aku jarang meluangkan masa dengan anak aku. Aku kerap pulang lewat malam walaupun telah ditegur berulang kali oleh suami aku. Atas alasan kerja.

Suami aku bukan jenis yang mengongkong. Oleh kerana aku selalu menceritakan cita-cita aku untuk jadi berjaya, dia mendokong sepenuhnya usaha aku dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada aku.

Mungkin itu adalah tiket kepada aku untuk melakukan hal-hal yang..terkutuk dengan bekas kekasih aku. Aku tenggelam di dalam hidup bermaksiat bersama kekasih aku. Kami mula melakukan hal-hal yang.. Jiwa, hati dan tubuh aku, aku serahkan kepada bekas kekasih aku.

Pada waktu itu, tidak terasa sekelumit rasa bersalah pun kepada suami aku. Kehidupan kami sekeluarga mulai renggang. Suami aku mula menunjukkan rasa tawar hati kepada kepada aku.

Mungkin kerana aku kerap balik lewat malam dan selalu outstation. Kami juga telah lama tidak bersama. Kerja rumah aku serahkan kepada suami.

Dia terpaksa abaikan kerjanya untuk mengambil anak aku di nursery waktu petang dan menidurkan anak aku pada waktu malam. Sehinggalah pada 5 bulan lepas, suami aku bersikap sedikit berlainan.

Dia mula melayan aku dengan sangat baik. Dia kerap membawa kami sekeluarga ke tempat-tempat percintaan kami. Dia bawakan kami bercuti ke tempat idaman aku. Dia curahkan kebahagiaan kepada aku melebihi dari apa yang bekas kekasih aku pernah lakukan kepada aku.

Dia buat landskap di tepi rumah untuk aku berehat dan bersantai bersama keluarga. Dia buat home theatre untuk kami sekeluarga bersantai pada hujung minggu. Aku merasa agak pelik dan hairan.

Aku mula mengesyaki suami aku. Apa yang ada dalam kepala aku, adalah mungkin suami aku melakukan sesuatu hal yang menyakitkan hati aku. Aku syak dia ada perempuan lain. Aku mula stalk semua tentangnya.

Melalui socmed, melalui rakan-rakannya, melalui keluarganya. Apa yang aku jumpa, adalah kosong. Aku check phone dia. Buka semua apps, tiada.

Hanya carian googles tentang pembinaan landskap, decorate your home thaetre, tempat peranginan, dan resepi memasak. Suami aku tiada apa-apa skandal dengan perempuan lain. Aku tertanya-tanya kenapa suami aku berubah sikap.

Aku cuba berpura-pura tidur pada waktu malam untuk melihat sama ada dia text someone or not. Pun tiada.Sehinggalah pada minggu lepas, aku cuba buka phone dia balik.

Aku tengok semua gambar, call logs. Aku tetap tak jumpa apa-apa. Kemudian.. aku buka imessage. Aku baca satu conversation suami aku dengan kawan baiknya dari negeri pntai timur.

Isi conversation adalah dalam loghat pntai timur . Apa yang membuatkan aku ingin tahu isi perbualan adalah, kerana ada nama aku di dalam conversation tu.

Aku mula baca dari atas. Dan terus ke bawah. Phone suami aku jatuh ke atas katil. Aku rasa sungguh bersalah. Dan terharu. Aku menangis. Suami aku, mengadu kepada kawannya tentang kecurangan aku dengan bekas kekasih aku. Dia tahu apa yang aku buat selama ini.

Setiap ayatnya dalam conversation tu, menggambarkan betapa sedih dan kecewanya dia terhadap aku. Aku rasa sangat berdosa. Rasa sangat tercemar.

Suami aku.. dia berusaha untuk menggembirakan aku… supaya aku dapat melupakan bekas kekasih aku. Dia cuba menghiburkan hati aku. Cuba mengingatkan aku kembali terhadap kisah percintaan kami.

Dia berusaha untuk menceriakan rumah kami, supaya aku lebih kerap berada di rumah. Aku rasa bersalah sangat. Rasa berdosa sangat. Aku nak minta ampun dan memohon maaf kepada suami aku tapi aku malu untuk mengaku semua benda ni di depannya.

Dia mengadu kepada kawannya, dia taknak confront aku tentang kecurangan aku sebab, dia risau akan berakhir dengan perceraian.

Dia taknak bercerai. Dia taknak anak kami hidup dalam keluarga bercerai berai. Dia taknak keluarga besar kami berasa sedih atas perceraian kami. Aku menangis, rasa bersalah, berdosa.. aku delete number bekas kekasih aku.

Aku tinggalkan dia. Aku nak bersama keluarga aku. Aku nak bersama suami aku.Pada hari selepas tu, aku tengok suami aku, tersenyum melihat aku. Dia peluk aku seolah olah tiada apa yang berlaku.

Walaupun aku tahu, dia sebenarnya tengah patah hati di dalam. Aku rasa tak layak untuknya. Aku malu sangat. Aku putuskan untuk tidak menyentuh hal ni di depannya.

Aku akan devote diri aku sepenuhnya kepada suami dan keluarga aku. Aku nak dia tahu, aku dah berubah. Aku akan selamanya di sisinya. Sampai ke akhir hayat.

Terima kasih kepada yang sudi membaca.

– amalina via iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *