‘Sakit abang’. Aisya genggam erat tgnku. Aku terduduk, Aisya ‘pergi’ selepas melahirkan bayi kembar kami

Pertama sekali benarlah di musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini kita ada banyak masa terluang sehingga menjebakkan aku membaca luahan perasaan para penulis di sini.

Aku amat terkesan dengan bingkisan hati oleh para wanita yang dikecewakan. Antaranya adalah dari penama pena ‘Kawan Balqis’.

Aku seoarang pelaut yang dikenali juga sebagai Offshore. Saban minggu berada di Laut China Selatan sejak 10 tahun yang lepas. Aku pernah punyai kekasih sehebat ‘Balqis’, aku pernah punyai kesetiaan seikhlas Balqis, aku pernah rasai kasih akung setulus Balqis.

Kekasih yang selama ini setia, akung dan menunggu kepulangan aku sepanjang aku di lautan luas.

10 tahun lalu, talian di atas kapal tidaklah semudah sekarang. Dapat berhubung dengan yang terakung 5 minit pun cukup lah.

Begitulah setianya kekasih aku yang aku kenalkan sebagai Aisya. Aisya menunggu aku menghubunginya saban hari. Setiap kali aku menghubunginya suaranya menyambut dengan gembira.

Pelbagai cerita Aisya sampaikan kepada aku walaupun salam tempoh 5 minit itu.

Dengan adanya kekasih seperti Aisya aku merasakan hidup aku sempurna. Mengenali Aisya hanya sebentar namun cukup membahagiakan aku.

Peribadinya yang lembut, peramah, berbudi bahasa, cantik rupa paras ah.. cukup sempurna di mata aku. Aku tak perlu masa yang lama untuk mengambil keputusan melamar Aisya. Aku mesti memiliki dia, mesti.

Selepas 6 bulan berkenalan, tak pernah sehari pun Aisya tidak membuat aku jatuh cinta dengan sikapnya.

Menanti aku dan hanya mebgkhabarkan perkara yang gembira sahaja. Sama seperti perwatakan ‘B’ yang digambarkan oleh penulis.

Sehinggalah satu hari aku dapat tahu berlakunya kemlangan di tempat kerja Aisya. Atas alasan tidak mahu membebankan aku, Aisya cuma mengatakan kemlangan kecil dan dia tidak cedera.

Hakikatnya, Aisya hampir kehilangan kaki!

Kejadian itu membuatkan aku mengambil keputusan untuk mempercepatkan pernikahan kami.

Setelah berbincang, keluarga aku menghantar rombongan merisik dan diikuti pertunangan kami. Hanya disaksikan kedua keluarga. Majlis kecil yang cukup meriah.

Aku masih terbayang anggunnya Aisya ketika majlis itu. Senyumnya cukup manis, ayu wajahnya mententeramkan hati aku, lembut tutur katanya sentiasa menenangkan jiwa aku.

Kehadiran Aisya cukup menyempurnakan hidup aku. Aku terus bekerja mengumpul duit untuk menghalalkan Aisya. Perancangan rapi untuk kehidupan selepas kahwin itu perlu.

Aisya membentangkan kira-kira untuk perbelanjaan kahwin dan selepas kahwin kami. Aku bersetuju dengan perbentangan Aisya.

Perbentangannya cukup jelas. Allah…. Bagaimanalah aku tidak jatuh cinta dengan wanita ini?

Setiap hari aku percaya dia bakal suri hidup aku yang akan menyempurnakan hidup aku yang kelam ini. Wataknya yang ceria kadang kala buatkan aku tersenyum sendiri.

Gurauannya bersahaja tapi apabila terkenang aku tertawa kecil walaupun di tengah laut dilambung ombak. Wanita itu benar-benar mencuri hati aku. Aku mahukan dia!

Setelah 6 bulan mengumpul duit kahwin, akhirnya tibalah hari yang dinantikan. Hari aku melafazkan ijab dan kabul menandakan Aisya sah menjadi milik aku.

Setelah selesai kedua-dua majlis kami berpindah ke kediaman yang telah aku siapkan untuk keluarga kecil kami.

Aisya adalah orang yang paling gembira apabila melangkah ke kediaman kami. Tidak sabar untuk mendeko katanya.

Kehidupan kami normal seperti pasangan lain. Setelah menjadi suami isteri, Aisya menunjukkan sisinya yang lain.

Manjanya sentiasa menjadikan aku serba salah untuk naik ke laut. Setiap kali sampainya aku dipanggil bekerja, air matanya turun bagaikan aku ke medan perang.

Namun, dalam pada itu aku bahagia. Punyai isteri yang menyayangi aku setulusnya. Setiap kali itulah aku memujuk agar dia bersabar.

Perjalanan hidup aku bersama Aisya amat bahagia. Aisya isteri yang sempurna di mata aku.

Namun, kami diuji. 3 tahun perkahwinan kami tidak dikurniakan anak. Aisya sentiasa meminta maaf setiap kali membuat ujian kehamilan dan ternyata negatif.

Aku memujuknya, Allah tidak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dikurniakan zuriat. Kita bersabar dan berusaha lagi. Aisya akur.

Menjelang ulang tahun kami yang ke 4. Hadiah teristimewa dari Aisya, isteri aku yang terakung.

“Abang, Aisya mengandung”.

Alhamdulillah syukur tak terkira. Tak sabar rasanya nak sampai ke rumah untuk berjumpa Aisya! Tempoh 2 hari sebelum sampai ke darat amat lama dirasakan.

Sepanjang tempoh kehamilan, Aisya tidak mengalami alahan teruk. Cuma baby suka minta makanan menjelang tengah malam.

Menggelabah aku. Mana kan tidak, jika tak dapat, muncunglah wajah kesayangan aku itu.

Aku mengambil cuti tanpa gaji setahun selepas mengetahui Aisya sedang membawa zuriat aku. Aku mahukan yang terbaik untuk suri hidup aku.

Segala makanan yang Aisya hajatkan pasti aku penuhi. Alhamdulillah menjelang bulan ke 4, doktor sahkan Aisya membawa bukan seorang tetapi 2 orang zuriat kami.

Allah syukur tak terhingga. Mengalir air mata kami apabila doktor maklumkan kami bakal menimang cahaya mata kembar.

Aisya sangat teruja kerana memang dia suka kan kanak-kanak. Bulan demi bulan aku lihat Aisya semakin penat membawa zuriat aku tetapi dia tetap ceria.

Dia tetap ingin memasak untuk aku biarpun dihalang. Aisya cukup sempurna sebagai isteri aku, bidadari aku, ibu bagi anak-anak aku.

Kami menjalani hidup seperti biasa dan terasa berbunga menanti kehadiran permata hati kami.

Aisya sudah mula membuat persediaan barang-barang bayi. Risau nanti tak sempat sedia semua katanya.

Aku lihat Aisya cukup teruja untuk menyambut kehadiran permata hati kami. Memilih baju 2 pasang setiap satu.

Senyumnya yang aku masih terbayang sehingga kini. Senyuman yang cukup membahagia dan mententeramkan hati aku.

Menjelang hari kelahiran buah hati kami, Aisya nampak gelisah. Dia kerap menyuarakan kerisauannya.

“Abang, kalau Aisya tak ada nanti, abang kahwin lain tak?”. Aku ketawa. Aku tanyakan, “syg nak ke mana?”. Mukanya bertukar serius. “Mana lah tau, syg tak sempat besarkan anak-anak kita.”

Jelas kerisauan di wajah ibu kepada anak-anakku.

Aku jawab tenang,

“syg jangan fikir bukan-bukan sebab akung dah janji nak bagi abang sedozen anak dan kita akan besarkan diorang sama-sama”. Walaupun agak gusar di hati aku.

Aisya memandang mata aku dengan penuh cinta. Digenggam tangan aku dengan rasa akung.

“Abang, syg tak tahu berapa lama Allah pinjamkan abang untuk akung, tapi syg harap abang bahagia selama syg jadi isteri abang.

Syg mohon ampun dan maaf dari abang kalau sepanjang tempoh jadi isteri abang, ada yang tak sempurna”.

Terlalu kerap Aisya memohon maaf sebegini menjelang tarikh kelahiran anak-anak kami.

3 September 2014. Tarikh keramat yang aku tidak akan sama sekali lupakan. Tarikh Aisya mengadu sakit. Aku terus membawa Aisya ke hospital.

Semasa menunggu, Aisya menggenggam kuat lengan aku. Kuat sekali. Genggaman yang tidak akan pernah aku lupakan.

Bibirnya dibasahkan dengan alunan zikir dan doa Nabi Yunus. Wayar berselirat di atas dadanya. Wayar untuk monitor bayi kami.

Sesekali digenggam kembali tangan, lengan dan baju aku. Allahhuakbar hebat sekali kuasa Allah. Aisya sedang menahan kontraksi.

“Sakit abang.”

Aku hanya mampu memujuk Aisya untuk sabar, mengajak Aisya sama sama terus mengalunkan zikir dan doa. Aisya lembut mengikut sambil menahan sakit.

Sepanjang di dalam bilik itu tak putus Aisya memohon ampun maaf, menitip pesan supaya aku menjaga zuriat kami sekiranya dia tewas. Hati di dada bagaikan nak pecah mendengar kata-kata itu.

Aku katakan pada Aisya,

“Hanya Syg yang layak jadi ibu untuk anak-anak abang. Kita akan besarkan anak-anak kita seperti yang kita impikan”.

Aku kucup lembut dahi wanita dambaan hati aku sejak dulu dan selamanya. Nurse datang untuk check laluan.

Kata nurse, sekejap lagi Aisya akan ditolak ke LR. Aku mengangguk. Aku diberi kelengkapan untuk masuk bersama-sama.

Suasana yang tak akan pernah aku lupakan. Aisya menggenggam kuat tangan aku untuk push bayi kami. Nurse dan doktor tak putus memberi kata semangat.

Aku di sisi Aisya juga tak putus mengingatkan Aisya pada Allah, memberi kata semangat.

Tepat jam 9.45 malam 3 September 2014.

Bayi pertama selamat dilahirkan. Tiba-tiba keadaan menjadi agak tegang. Doktor memaklumkan bayi kedua sudah berpusing dan berada dalam keadaan songsang. Aisya perlu dibedah!

Allahhuakbar. Aisya terus dibawa ke bilik pembedahan.

Keadaan berlaku terlalu pantas. Aku sempat melihat Aisya yang nampak sangat letih. Aku berjanji aku akan tunggu di luar sehingga semuanya selesai.

Pemandangan terakhir aku lihat Aisya ditolak laju, nurse2 berlari menahan lif, doktor2 bergegas keluar menaiki lif dan semuanya berlaku sangat cepat.

Jam 11 malam, permata kami yang kedua selamat dilahirkan. Alhamdulillah perkhabaran gembira buat aku.

Tak sabar rasanya ingin mengucapkan terima kasih pada Aisya yang berjuang habis-habisan untuk melahirkan keturunanku. Rindu yang teramat pada Aisya walaupun baru sekejap dia dibawa pergi.

Ayat pertama doktor,

“Tahniah bayi awak selamat. Baby girl jugak ye”.

Dan diikuti,

“Maafkan aku encik, aku tak mampu selamatkan isteri encik”.

Gelap. Itu yang aku rasakan. Terduduk dan tiada kata yang mampu aku ucapkan.

Keluarga aku yang mendengar berita itu turut terkejut. Mak menarik tangan aku untuk bangun.

Dipeluknya jasad aku yang bagaikan telah hilang rohnya. Lembik. Abah turut sama memeluk aku untuk memberi kekuatan. Sungguh, aku lemah. Kehilangan Aisya disaat ini?

Aku masuk untuk melihat bayi kami. Aku menjalankan tanggungjawab pertama sebagai bapa, azan dan iqamat di telinga kedua-dua bayi kami.

Aku peluk erat kedua-duanya saat mengalunkan azan dan iqamat. Amanah yang perlu aku jaga.

Amanda Zahirah dan Aisya Zahirah aku letakkan nama mengikut pilihan ibunya.

Kehilangan Aisya menggelapkan duniaku. Usai selesai pengkebumian, aku mulai rasa sunyi dan rindu yang tak pernah aku rasakan. Aku mahukan Aisya.

Satu persatu kenangan bersama Aisya muncul dalam kepala aku. Jika tipis iman, boleh jadi gila merindu pada yang tiada.

Tapi aku perlu kuat itu yang kerap dipesan mak, ibu, abah, ayah. Aku perlu kuat untuk dua permata tinggalan Aisya.

Alhamdulillah 3 September 2020 genaplah 6 tahun permata hati kami. Wajah mereka tak tumpah seperti ibunya. Lembut tutur kata sangat mengikut ibunya.

Aku bersyukur kerana mak ayah aku dan mertua sentiasa ada membantu aku menjaga anak-anak aku. Tak pernah sekali pun Aisya aku lupakan.

Setiap kali cuti aku akan bawa anak-anak ke persemadian ibunya, sesekali aku akan bermalam di rumah mertua, di bilik Aisya untuk melepaskan rindu.

Ya, aku sendiri. Tiada yang layak mengganti Aisya. Hati ini tidak berkeinginan untuk mencari ganti. Di usia ini biarlah aku terus membesarkan anak-anak dan menambah amal ibadah sebelum bertemu pencipta.

Tujuan cerita ini dikongsi cukuplah untuk menjadi bacaan kalian. Hargailah insan yang menyayangi dan mencintai kita dengan tulus ikhlas.

Ini kerana, untuk menyayangi seseorang mungkin mudah tetapi untuk mendapatkan seseorang yang benar-benar menyayangi kita dengan tulus amat susah.

Penceritaan “Kawan Balqis” sangat membawa aku ke zaman aku masih bersama Aisya. Insan yang sanggup menunggu aku pulang ke darat tanpa curang, yang sabar menanti aku pulang dengan penuh rasa akung, yang tetap memahami kerja aku walau pelbagai diracun pelbagai orang, yang menjalani hidup dengan tabah walau pelbagai dugaan datang bertandang.

Aku mengambil masa untuk menulis nukilan ini kerana aku bukanlah penulis yang baik. Semoga penceritaan ini sampai ke hati tuan/puan.

Menyayangi dan mencintai orang adalah mudah. Mendapatkan kasih akung dan cinta dengan tulus dari orang yang kita cintai itu amatlah payah.

Hargailah insan yang menyayangi kita sebelum syg dan cintanya menjadi hambar kerana perlakuan kita.

Sebagai manusia, kita tidak akan merasa puas dengan apa yang kita ada sekiranya kita sentiasa mencari yang terbaik.

Anologi mudahnya, sekiranya kita berada dalam satu taman bunga untuk mencari bunga yang terbaik pastinya kita akan keluar dengan tangan kosong.

Cukup untuk membahagiakan, cukup untuk menenangkan, cukup untuk mengisi hati kita. Selepas dapat, sentiasa lah bersyukur kerana Allah hantarkan dia untuk kita sedangkan ramai lagi orang lebih baik dari kita untuk dia. Sentiasa bersyukur.

Kenangan adalah perkara yang pahit untuk dikenang bagi seseorang yang pernah memberi kita rasa manis semasa kewujudannya dan kita memilih untuk mengabaikan usaha dia membahagiakan kita.

Kita takkan dapat mengulangi kenangang itu bahkan mendapatkan kenangan yang sama semula.

Percayalah, rindu pada seseorang yang memberi kenangan manis pada kehidupan kita akan datang secara tiba-tiba terutama sekiranya kita melihat atau mendengar perkara yang berkaitan dengannya.

Doa aku untuk Cik Puan Balqis khasnya dan para pembaca secara umumnya semoga hati kamu semua sentiasa dibalut bahagia dan kekecewaan kamu ada kini akan dibawa pergi luput ke langit ke tujuh.

Teruslah memandang kehadapan meneruskan hidupmu yang masih panjang sehingga bahagia milikmu.

Asalamualaikum dan terima kasih meluangkan masa membaca cerita yang panjang ini. Aku juga menyusun sepuluh jari sekiranya penulisan aku ini mencederakan hati mana-mana pihak.

Sumber – Abah Zahirah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *