Suami aku kacak mcm Aeril Zafrel. Layanan dia bg pada hari pertama kahwin buat aku mcm “perempuan terakhir”

*gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum. Nama saya orkid, berusia 30an, sudah berkahwin. Usia perkahwinan kami baru menginjak ke tahun ke 5 tetapi kami belum dikurniakan zuriat.

Suamiku merupakan seorang pekerja di sektor swasta, hensem macam Aeril Zafrel orang kata. Hahaha.

Saya tergerak hati untuk menulis disini setelah terbaca status seorang rakanku share cerita dari confession ini tentang seorang gadis kaya yang menjadi miskin selepas berkahwin,

Dia merasakan yang semua perempuan kena cari lelaki kaya untuk dijadikan suami supaya dapat belikan emas dan mekap.

Dia juga merasakan yang hidup perempuan akan musnah selepas berkahwin.You are wrong sis.

Mari saya ceritakan bagaimana perkahwinan telah menjadikan hidup saya lebih baik..

Saya dan suami berkahwin pada ketika itu saya baru beberapa bulan tamat belajar. Sempat jugaklah saya kumpul duit kawen kerana rezeki dapat kerja sebelum habis internship (mungkin rezeki orang nak kawen?)

Saya dan suami sama sama kumpul duit hantaran kerana saya tahu dia pun bukanlah anak orang kaya. Dan saya tak pernah tahu I’m married to a great man.

Suamiku, he’s a great man. Sejak saya mengenali dia, saya jadi lupa yang lelaki mempunyai ego. Saya jadi lupa perkataan EGO.

Saya pun tak tahu sama ada semua ni nampak manis disebabkan usia perkahwinan kami yang masih baru atau kebahagiaan ini merupakan hasil doa ibu bapa ku.

Kenapa saya cakap hidupku jadi bertambah baik sejak berkahwin?

– Pakaian.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang agamanya biasa-biasa, a basic Islamic life. Mak ayah saya tak pernah pun suruh pakai tudung, labuhkan tudung, pakai stokin. Semua atas kesedaran sendiri.

Saya start pakai stokin dan menjaga aurat sejak masuk degree. Tapi bila berkahwin, aurat ni makin terjaga sebab ada suami yang ingatkan.

“Sayang, tudung ni abang nampak jarang sikitlah, nanti abang belikan inner ye”

“Sayang, tudung ni nampak singkat sikit ni, tutup macam ni baru cantik”

Mungkin ada perempuan yang rimas bila orang tegur pakaian dia tapi bagi saya, saya okay je sebab dah dapat suami baik apa lagi yang saya nak?

– Doa harian.

Kami pergi kerja naik motor. So hari-hari suami saya akan bacakan doa naik kenderaan. Dia ajar saya sebaris sebaris sampailah skrg saya dah hafal.

Dia juga ajar saya doa sebelum tidur, doa ketika hujan turun dan lain lain.

– Jangan tinggi suara dengan mak ayah.

Saya mengsaya dulu saya selalu tinggi suara dengan mak ayah. Mungkin sebab saya kakak sulong so semua orang saya marah.

Tapi suami saya baik. Bila balik dari kampung dia nasihat saya elok-elok.

‘Abang tak nak sayang jadi macam adik adik abang yang suka tinggi suara dengan ibu. Sayang mungkin dengar biasa tapi abang yang dengar ni rasa kasar. Mak ayah ni kita tak tahu apa yang dorang rasa’. Nasihat suami ku…

Sejak tu saya cakap dengan mak ayah saya baik baik. And yes, saya tak pernah dengar suami saya tinggi suara dengan parents dia.

What a great son. Dia juga tak malu cakap ‘I love U ibu’ depan orang. Saya sendiri tak pernah cakap macam ni depan mak ayah saya.

– Selalu ucap terima kasih.

Sejak kawen sampai hari ni, he always thank me for every single things that I do. Dia always ucap, “sayang thank you masak” without failed sampai ke hari ni sebelum kami makan.

“Sayang, thank you belanja”

“Sayang, thank you kemas rumah”

“Sayang, thank you sidai baju”

Sampai saya pun terbiasa ucap terima kasih untuk semua benda bukan kepada suami saya je tapi kat semua orang. What a nice man.

– Suami saya tak pernah halang saya untuk bekerja sebab dia paham mak ayah saya bukanlah orang senang.

Dia tahu yang isterinya ini dibesarkan dalam serba kekurangan.

Saya ingat lagi mak gadaikan rantai emas sebab nak bayar yuran masuk universiti. Saya ingat lagi ayah jual besi buruk semata-mata untuk hantar duit belanja untuk saya.

Saya ingat lagi ayah makan sehari sekali je sebab tak cukup duit. Saya ingat lagi ayah segan nak pinjam duit ptptn sebab nak ambik lesen lori.

Saya ingat lagi masa kecik kami memakai baju dari dermaan orang.

Kalau orang lain duit loan study guna untuk diri sendiri, tapi saya, duit loan tu la untuk saya bagi mak ayah dan adik adik saya makan.

I never had android phone sehinggalah nak dekat habis degree.

Saya ingat lagi belikan phone yang ade kaler untuk mak saya guna duit ptptn, sampai sekarang phone tu boleh guna lagi, mak saya guna untuk dengar radio. Hahahaha.

Kami pernah putus duit nak makan. Pernah pinjam beras kat rumah atuk. Pernah dilabel gila harta sebab kami miskin, padahal ayah saya la yang paling suka bagi orang makan kalau dia ada duit lebih.

Pantang duit ada, mesti dia akan masak sedap-sedap bagi kat orang.

Alhamdulillah berkat tolong mak ayah, sekarang Allah balas dengan suami yang baik sangat.

Hidup saya sangat dipermudahkan. Mudah dapat kerja, mudah naik gaji, cuma satu je.. zuriat. Tapi kami tak kisah.

Saya ingatkan bila dah kawen saya dah tak dapat berkhidmat untuk mak ayah. Tapi saya silap.

Their life getting better. Saya ingat bila dah kawen tak dapat pegi jalan, rupanya saya dapat suami yang kaki travel. Setahun 2 kali kami travel.

Kami bukanlah kaya yang gaji ribu riban, kami menabung tapi dalam masa yang sama saya rasa rezeki saya tak pernah putus sebab saya tak pernah berkira dengan parents, adik dan suami.

Walaupun gajiku tak sampai RM3k dan suami tak sampai RM5k, tapi kami mampu untuk pergi travel, bagi parents, beli rumah, kereta dan lain-lain.

Ini semua kerja Allah. Dia yang bagi semua ni. Doakan kami diberikan zuriat dan semoga perkahwinan ni kekal sampai ke syurga ya.

Saya doakan sesiapa yang bujang semoga diberikan jodoh yang baik walaupun lambat, yang berjauh hati dengan pasangan semoga Allah dekatkan kembali, yang putus semoga bertemu pengganti. Dan yang penting, jangan bercinta dengan isteri/suami orang.

– orkid (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen:

Mira Rolan : Biasalah tu sis. Hidup kita ni memang begitu. Kalau masa kecil susah payah, masa dewasa Allah permudahkan dan senangkan. Same as orang yg masa kecil dia hidup senang mudah, dah dewasa Allah beri kepayahan pada dia. This is from my observations. Even org kaya Allah uji, orang miskin pon Allah uji. Sekarang ni ujian sis sbb takde anak je. Allah uji sis ikut kemampuan sislah. Nanti sis dah ade zuriat, Allah uji cara lain pula. Hidup ni sentiasa diuji. Bila mati je dah tak diuji. Cume org yg kuat & tabah je mampu hadapi ujian dgn tenang sampai tiba masa ajalnya sbb dia dah berjaya lepasi semua ujian hidup dia tu. I selalu pikir orang baik mati awal sbb Allah lebih sayangkan dia drpd diuji lagi dan lagi.

Fatin Shamira : Positive vibes! Suka confession sis yang buka sisi pandang berbeza tentang perkahwinan. Murah rezeki sis selepas kahwin plus menjadi muslimah lebih baik. Thank you doakan kami. Kami doakan sis juga dikurniakan zuriat yang soleh solehah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *