Pelik isteri xnak tidur bersama lpas nikah. Kelakian aku tercabar. Tiba2 ajak honeymoon di Maldives. Ingat aku dapat. Rupanya.

Terus terang, saya adalah seorang lelaki yang telah berusia 33 tahun. Bekerja sbgi jurutera disebuah syarikat perkapalan oil and gas yang agak terkemuka dalam negara.

Pernah mendirikan rumah tangga, dan tidak berjaya untuk bertahan lama. Kisahnya bermula pada usisaya 29 tahun, saya dikenalkan oleh sedara kepada seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan daerah kerja ku.

Wanita itu sewaktu itu telahpun berusia 31 tahun. Dan ketika itu saya suka melihat dia. Dan kami bertukar no telefon. Macam kebbiasaan lelaki, saya yang mesej dia dulu waktu malam selepas habis kerja.

Saya ingin mengenali dia. Dia pun memberi layanan agak baik untuk ku ketika itu. Dan kami mula mengenali hati budi masing2. Perkenalan kami dibawa hinggalah 1 tahun dan kami rasa kami dah tak fikir nak terus berhubung sebegini.

Kami cuba mendekati hubungan halal dan dia pun bersetuju untuk bawakan saya berjumpa ayah dan ibunya. Ayah dan ibunya agak lanjut usia, dan amat warak. Ini adalah suatu perkara yang positif kerana saya rasa anaknya mesti juga taat kepada perintah Allah swt.

Pabila saya berjumpa dengan keluarganya dan menyatakan hasrat untuk menikahi anaknya, si ayah bersetuju. Si ibu tak berkata apa. Lantas mereka pun berkata jika serius, sila bawa keluarga ku berjumpa keluarganya untuk berbincang.

Dan saya bersetuju. Selang 1 minggu selepas itu, saya pun bawa keluargsaya berjumpa dengan mereka. Dan perbingcangan berlaki. Ketika sesi perbincsngan itu berlangsung, saya tidak berada dalam rumah tersebut, saya hanya diluar minum air dan berborak bersama sedarsaya.

Pabila selesai, ibu saya ajak pulang dan selesai kami bersalam, semuanya balik. Ketika di rumah ku, ibu saya berkata, saya mampu ke? Kerana mereka meminta hantaran 30k. Terkejut saya tak terkata. Saya pun telefon kekasihku dan bertanya dia pun mengiyakan, saya pun berkatalah, tak kan sampai 30k untuk sebuah perkahwinan.

Dia pun berkata, itu adalah keputusan ibu bapanya. Dia hanya menturuti sahaja. Kerana sayang yang muncul dalam diri saya, saya tidak membantah, saya setuju dan saya pun jelaskan kepada ibuku untuk bersetuju sahaja.

Dan ibuku pun nyatakan persetujuanku kepada pihak keluarga sana. Saya pun cuba dapatkan 30k untuk perkahwinan ni dengan bekerja keras, simpan duit dan keluarkan separuh saham dari asb dan buat pinjaman kecil dari koperasi dalam 10k, akhirnya 3 bulan saya usaha, ianya mencukupi.

Lalu saya pun nyatakan kepada kekasihku ianya sudah cukup, dan saya serahkan wang kepada ibuku untuk dihantar kepada mereka. Selesai penghantaran wang, 1 tarikh diletakkan untuk kami bernikah, dan kesemua perkara nikah juga ditanggung oleh saya untuk pakaian pengantin, tok kadi, dll.

Saya agak terkilan, saya dah beri 30k, tapi yang perkara lain2 masih lagi saya perlu tanggung. Tapi tak mengapa, kerana sayang saya turutkan lagi. Hinggalah ke hari pernikahan kami, kami telah pun sah bersuami isteri, isteri saya pula tiba2 dia berbisik, malam ni saya tak dapat tidur bersama dia.

Saya fikirkan dia datang bulan. Saya senyapkan saje. Kami bersanding dan makan beradab tidak seperti saya jangkakan. Kerana isteri saya langsung tak nak bercakap dengan saya waktu itu. Dan malam tu, memang benar, saya tidur di bilik pengantin, dan isteriku tidur dibilik lain.

Saya jadi hairan. Pabila selesai majlis semuanya, saya nak bawa isteri keluar dari rumah mertua dan pergi ke rumah yang saya sewa, tetapi sebelum saya nak packing barang2 ayah mertusaya panggil dan beritahu saya sesuatu. Dia cakap, yang duit hantaran saya yang saya beri 30k, ada baki 25k lagi untuk kami.

Dia gunakan 5k sahaja untuk majlis kami, yang lain lain dia tanggung dengan wang pencen dia. Dan dia nyatakan dia dah serahkan wang tersebut kepada isteriku. Jadi dia minta saya dapatkan rumah sewa atau beli ruamh jenis landed.

Supaya dia boleh datang menjenguk kami pada masa akan datang. Ayah mertua saya adalah pengguna kerusi roda. Dia tak mampu berjalan sendiri.

Jadi dia mohon saya sewa atau beli rumah teres landed. Dilema saya terjadi dan memuncak ketika saya bawa isteri ke rumah sewa ku rumah sewa ku adalah apartment di tingakat 2. Si isteri masih lagi tak nak tidur denganku. Dan dia masih nak berasingan.

Bila tanya kenapa, dia cakap masih dalam bulan. Bila saya bertanya tentang 25k yang si ayah dia pulangkan, dia terus cakap jangan tanya pasal wang tu, dan terus marahkan saya. Saya diamkan dulu.

Diteruskan cerita seminggu selepas tu saya suruh dia tidur dengan saya. Saya masih lagi teruna dan tidak sentuh dia setelah seminggu berkahwin, dan dia masih lagi tak nak, dia tiba2 ubah topik mengajak saya pergi honeymoon, dan tempat honeymoon dia sendiri cakap dia nak ke maldives. Saya masih lagi turutkan kerana mungkin di maldives dia nak tidur dengan ku.

Saya selesaikan urusan passport tiket dan booking hotel di maldives dan duit saya untuk belanja di maldives memang tak cukup. Dia suruh saya meminjam sedangkan saya cakap, 25k tu ada pada kau, dan gunakanlah sedikit untuk kegunaan disana.

Dia berkeras tak nak. Lalu saya sediakan duit tambahan dengan meminjam pada sedara. Sampai di maldives saya dimarahi lagi oleh isteri kerana dia cakap hotel panas, aircond hotel tak sejuk. Dan itu menjadi alasan dia tetap tak nak tidur sekatil dengan saya.

Saya disuruh tidur di sofa bilik, manakala dia tidur seorang di atas katil. Selesai honeymoon, kami balik malaysia dan saya lun kerja seperti biasa, sehinggalah pada suatu hari, saya balik keje jam 8 malam, saya sampai dirumah isteri ku tiada dirumah.

Makanan untuk saya pun tiada. Bila saya telefon dia, dia cakap dia balik rumah mak dia sekejap, rumah mak ayah dia hanyalah sebelah daerah tempat saya keje. Dan saya pun tunggu la dia balik rumah kami.

Sampai ke esok tetap tak balik. Bila telefon tak diangkat. Saya wassap tak balas, hanya bluetick sahaja. Esok masih sama dan tak balik2, bawalah ke lusa pun sama. Lantas hari ke empat saya pergi ke rumah mak dia.

Bila sampai disana, dia ada diluar rumah terus dia lari masuk dalam bilik bila nampak saya. Apa dia nampak saya ni hantu ke nak lari? Bila saya jumpa mak ayah dia, mak ayahnya minta maaf kepada saya, kerana merka tak tahu kenapa anak mereka tak nak tinggal dengan saya.

Saya betul2 terasa hati. Dia langsung tak keluar bilik untuk jumpa saya.

Hinggalah suatu hari selepas dia tinggalkan saya selama 2 minggu dia call saya dan nyatakan, bahawa dia tak menyayangi saya selama ini. Dia cakap dia cuba sayang saya setelah sah bernikah, tapi dia tetap kata dia tak boleh lsayakan dan tak boleh sayangi saya.

Lantas dia ajak saya untuk berpisah dengan baik. Saya mulanya tak nak. Tapi lepas dipaksa banyak kali, saya cadangkan untuk sama pergi kaunseling rumah tangga dulu. Dia terus marahkan saya.

Dia cakap itu takkan berlsaya dia tak nak kaunseling dia cuma nak berpisah. Saya pun dah tercabar banyak kali pun saya bersetuju. Tapi dengan syarat, pulangkan wang saya semula 25k tersebut. Dan kita berpisah cara baik.

Dia terus bersetuju, tapi dia cakap dia pulangkan 5k dulu dan kami proceed untuk berpisah. Malam tu juga dia transfer 5k untuk saya. Dan esoknya dia dah ke pejabat agama daerah untuk berpisah dan buat alasan kepada pejabat agama mengatakan saya yang mengabaikannya.

Bila saya tahu alasan itu, saya terus balas balik ke pejabat agama, saya baru berkahwin dengannya 2 bulan, taklik pun tak berlsaya, macam mana saya pula yang mengabaikannya? Saya teruskan ke episod mahkamah.. Disana hakim bertanya kami kenapa nak berpisah, saya cakap saya tak ada sebab.

Si dia terus cakap saya ni tak sesuai jadi suaminya dan macam2 fitnah dia tabur demi perpisahan ini berlsaya. Saya terus lawan hujah dia. Dan saya jelaskan kepada hakim ini adalah fitnah.

Dan saya terus tanpa ragu2 nak juga berpisah kerana dia dah fitnah saya dalam mahhkamah syariah ini. Hakim tunda kes dan suruh kami cari jlan berdamai, setelah sebulan menanti, tetap tiada jalan pendamaian. Kami kembali ke mahkamah dan hakim izinkan saya untuk lafazkan talak.

Saya pun lepaskan dia dengan jatuhan 1 talak. Setelah selesai proses berpisah saya minta maaf dengan keluarganya. Dan dia langusung tidak meminta maaf dengan saya dan keluargsaya.Selamani saya berkahwin dengan orang yang cuma ambil kesempatan terhadapku.

3 bulan perkahwinan yang sia2. Duit saya lagi 20k. Dibuat senyap. Nak dituntut mahkamah, saya memang tiada hitam putih. Saya cuma dapat konklusikan, perkahwinan saya hanyalah sia2, duitku 30k dibazirkan begitu sahaja.

Kelakian ku dicabar dan hidupku terhadap perkahwinan penuh dgn dilema. Saya jadi tsayat untuk berkahwin lagi. Walau ibuku pernah nak kenalkan saya dengan orang lain. Bgi saya mungkin ini dugaanku.

Jadi saya terima. Mungkin tiada jodoh lagi buatku. Biarlah saya keseorangan. Terima kasih dan Assalamualaikum.

– Lokman (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *